Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Thursday, May 29, 2025

PHOTO DIARY # 15/2025

 Assalamualaikum semua,

Awal pagi lagi aku dah mengantuk, baru nak masuk 2 jam hd hari ini. Sempatkan dulu buat entri supaya hilang sikit mengantuk

Biasalah buat gaya comel

Ini lah gara-gara layan live nursey bunga ros

Sedapnya rangka ayam

Dah lama tak buat megi goreng

3 hari lepas baru sampai 5 pokok bunga orkid

Cantik... tapi aku yang tak sampai

Teringin makan ubi rebus dengan kelapa dan gula merah

Bunga tepi jalan, sebelum ni tak pernah tahu bunganya cantik gini

Hari ahad masa makan kat kedai, terjumpa dengan Maktek 

Geram betul tengok dia ni

Rasa nak culik je dia ni

Sabtu lepas menu nasi lemak, ini hidangan aku makan lepas balik hd...lapar sungguh

Tuesday, March 25, 2025

UBI REBUS CICAH KELAPA PARUT DAN GULA

 Assalamualaikum semua,

Di tiktok beberapa hari ini asyik fyp pasal ubi rebus Chow Kit. Ubi rebus di makan dengan kelapa parut dan gula perang. Bukan main ramai orang beratur sejak dah viral. Aku ni teringin tapi tak rajin la nak beratur kat Chow Kit tu. Jadi mintak Edy carikan ubi kayu, rebus sendiri biar empuk pastu lawankan dengan kelapa parut dan gula pasir. Stok gula merah dan gula perang dah habis kat rumah. Sedap memang sedap, tapi aku lebih pilih cicah sambal merah hehehhe. 


Masa buat tu memang petang tu hujan lebat, lagi la sedap makannya


Wednesday, November 13, 2024

WW LAKSAM

 Assalamualaikum semua,

Kawan pejabat bawak

sedap sungguh laksanya... cukup sedap kuahnya

Tuesday, September 6, 2022

DINNER FAMILY BESAR DI AZLAN SEAFOOD, KULAI

 Assalamualaikum semua,

Hari ahad malam isnin kami buat perancangan nak makan-makan kat luar. Dah lama tak makan malam ramai-ramai gini, rasanya terakhir tahun 2019 kami makan kumpul ramai gini itu puj tak cukup korum. Kali ini kami ke Azlan Seafood Kulai, betul-betul lepas exit tol kulai. Makanan sedap, servis cepat, harga pun berpatutan.

Kami pergi 2 kereta je,lepas maghrib terus keluar. Pukul 8.20 dah sampai sana dalam 8.35 dapat makanan. Bila buat entri dengan hp memang kadang gambar tak tersusun harap maaf ya.


Mak kalau ajak amik gambar memang payah nk senyum

Ini semua ada dan senyum

Abah tak tengok kamera, Aiyan pulak tak nampak muka


Sebelum makanan sampai asyik ambil gambar je

Gambar sebelum balik


Siakap 3 rasa


Baca doa dulu sebelum makan

Siakap stim pun sedap

Kami ambil set untuk 10 orang makanan banyak siap lebih lagi


Habis makan

Wednesday, September 8, 2021

ROJAK KATEH

 Assalamualaikum semua,

Maaf ya semalam aku agak sibuk waktu pagi sampai sudahnya terlupa nak buat entri. Hari ini seperti biasa rutin harian diteruskan ya. Kawan-kawan pernah makan rojak kateh? Pernah jumpa atau pernah makan? 

Rojak kateh adalah antara makanan tradisional di Terengganu dan Kelantan. Rojak kateh asasnya diperbuat dari urat keting yang di rebus hingga empuk, dan kuah rojak nya menggunakan gula, cuka, cili dan lain-lain bahan. Rasanya kenyal dari urat tu, pedas, manis, masam, masin dari kuah. Sedap 😁 , hari itu ada kawan di JUPEM jual aku pun beli lah bekas kecil, mujur dia buat sedap. Memang teringat-ingat.

Beli bekas kecil je... makan sendiri Edy tak makan

Macamni lah rupanya rojak kateh tu

Aku makan waktu rehat, sekejapan je habis heheheh

Tuesday, December 15, 2020

DIMSUM SEDAP

 Assalamualaikum semua,

Salam selasa semua kawan-kawan, pagi ini sejuk betul malam tadi hujan renyai sampai lewat malam. Pagi ini aku kerja di pejabat, boss lama masih tumpang di biliknya sebab dia ada majlis untuk di hadiri projek semasa dia jadi pengarah di bahagian ini. Kelakar je bila dia masuk sambil sengih dan cakap nak tumpang bilik ye heheheh... 

Aku nak kongsi dengan kawan-kawan, dimsum sedap yang aku pernah beli. Bagi aku sedap dan harga berpatutan sebab selama ini dimsum harga memang agak mahal dan aku pernah beli dimsum di pasar tani bila balik rumah kukus, rasa hanyir walaupun 12 ketul tapi terkulat-kulat juga nak habiskan. Sejak dari itu aku tak berani beli dimsum sampaikan bekas PPM Aiyan ada jual. Mula-mula cuba beli 1 paket balik rumah kukus, eh sedap lah. Terasa isi dia tu bila gigit tak la rasa macam bebola tu kan, lepas tu ulang beli lagi dan beli lagi. 

1 paket RM 38 isi nya da 55 ke 57 biji lebih kurang 1kg beratnya. 

Dimsumnya ada 4 perisa ayam, udang, ketam dan sotong

PPM ini siap beli chest freezer untuk menampung tempahan yang semakin banyak


susun gini lepas tu kukus la hingga masak

Dah masak... sedap bau dia tuh

Aiyan pun suka makan, cuma yang perisa sotong tu je pedas sebab ada campuran lada hitam... yang lain ok sesuai untuk budak


memang jadi bekalan untuk bawak ke pejabat

aku suka letak sos nya sekali, baru meresap

ini yang ketam

Tuesday, March 17, 2020

BISKUT MAKMUR


Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Kawan-kawan suka tak biskut makmur? Dulu-dulu masa aku kecil aku tak suka biskut makmur ni. Masa dulu biskut makmur tradisional warna hijau bentuk macam daun. Aku memang cukup anti dengan biskut ini masa aku kecil tapi mak, abah atuk nenek aku suka biskut makmur ini. 

Senang cerita orang tua memang suka biskut ini tapi seiring dengan masa , dengan aku yang dah makin tua. Eh aku rasa sedap la pulak biskut makmur ini, suka bau dia yang lembut harum, bau susu. Lembut rasa cair di mulut dalamnya ada kacang yang ranggup. Memang jatuh cinta lah, tulah aku pun dah makin tua, sebab tu aku dah mula suka biskut makmur ini heheheh 

Ini aku beli dengan kawan pejabat aku yang jadi pembekal biskut raya. Tak raya pun boleh dapat makan biskut raya tau.

walaupun dah moden sikit tapi tetap rasa dia macam makmur yang dulu-dulu

aku suka bau nya tu

1 bekas kecil ni rm20
kredit kat google, ini lah rupa biskut makmur zaman dulu masa aku kecil,
zaman sekarang susah nk jumpa lagi yang macamni kot

Monday, March 9, 2020

ASAM MERAH BALDU

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Kawan-kawan pernah makan tak asam merah baldu? Masa kecil dulu asam nya besar merah menyala, bila makan tu bibir, gigi mesti merah. Lepas tu mesti akan sapu kat bibi buat gincu heheheh. Nostalgia betul lah.

Baru-baru ini aku ada beli asam merah baldu ni, tapi rasa dan rupa dah tak sama macam dulu. Kecil lepas tu dah tak merah dan gebu macam dulu. Korang ada pengalaman makan asam merah baldu macam aku?

comel je dah tak nampak berbaldu sangat macam dulu... 

kecik sangat kan, dulu besar dan memang betul rasa berbaldu sebab tebal...