Showing posts with label kedai. Show all posts
Showing posts with label kedai. Show all posts

Thursday, October 2, 2025

PHOTO DIARY #31/2025

 Assalamualaikum semua,

Kawan-kawan, marilah kita doakan supaya semua saudara kita yang ikut Global Sumud Flotilla diberi perlindungan oleh Allah, dipermudahkan semuanya, moga mereka semua selamat dan moga iblis yang menahan mereka akan musnah. Amin-amin.

Jom kita layan cerita bergambar ya kawan-kawan. 

Bekalan pagi ini

Menu pagi ini, ramai yang suka pulut ikan masin

Menu baru mee goreng ala mamak

Semalam maktek bagi raspberi, tapi dah tak berapa elok jadi tambah blueberi yang aku bekukan pastu jadi kan jem

Tambah gula, garam sikit dan perahan limau

Ada kawan bagi buah kedondong, masam tapi layan

Bila rajin, buat popia carbonara frozen

Karipap pusing yang sedap, sampai malam ranggup

Bangunan tepi JUPEM

Menu semua sama ada udang

Intan payung 

Nak cepat guna kaunter layan diri

Benda bahaya, layan live sedar-sedar terbeli

Terbeli 2 pokok... matilah nak

Tuesday, May 27, 2025

MENU BARU, AYAM KOREA

 Assalamualaikum semua,

Hari ini pagi agak kelam kabut, salah sendiri jugak. Masak menu memacam hari ini. Sedangkan awal dah bangun, pukul 4 pagi. Tapi silap sendiri jugak, selalu malam sebelum tidur aku dah gosok tudung tapi sebab nak tidur awal aku gosok pagi. Udahnya pagi tadi dah azan baru gosok tudung hahahah padanla muka.

Menu baru aku jual di kedai puspanita.

Thursday, May 15, 2025

PHOTO DIARY #13/2025

 Assalamualaikum semua,

Hari yang memenatkan adalah pada selasa dan khamis, jadual penuh. Awal pagi pukul 6.30 pagi dah ke pusat dialisis habiskan masa 4 jam, lepas tu ambil Aiyan kat sekolah hantar balik ke rumah. Balik semula ke pejabat dan mendaki tangga ke tingkat 7. Doakan aku terus sihat dan kuat ya kawan-kawan. Jom kita layan cerita bergambar.

Baru sampai pejabat pukul 2.00 petang... 

Pukul 1.15 petang sampai rumah, hanar Aiyan

Pukul 12.45 tengahari tunggu di sekolah Aiyan

masa untuk cas tenaga4 jam

6.25 pagi sampai di Felda, awal sikit hari ini

dah 2 hari terpaksa guna payung baru, sebab hujan setiap petang, bila dah guna payung lupa nak bawak ke kerete semula.

Takde nya nak pakai kasut tinggi bertumis, aku setiap hari pakai kasut sukan dan beg galas je

mug baru heheheh

ada jamuan perpisahan pegawai 

bukan la kami nak raikan perpindahannya tapi, untuk beri semangat buat dia

menu baru roti john ayam pedas


pelangi

terjumpa keluarga maktek sarapan kat kedai yang sama

culik kejap budak ni... geram

Friday, March 14, 2025

RESEPI MURTABAK AYAM

 Assalamualaikum semua,

Aku dah lama nak kongsi resepi ini tapi asyik lupa je. Tetiba datang idea untuk dijadikan frozen dan jual di kedai. Intinya boleh juga dibuat inti popia atau samosa. Mudah dan ini sesuai untuk bulan puasa kan. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

5 ulas bawang putih, cincang

1 biji bawang holland, potong dadu

2 pek kecil serbuk kari , bancuh dengan air panas

3 biji kentang, potong dadu

1 kiub ayam

4 keping ayam kisar Ramly

Gula dan garam

1 mangkuk daun bawang ( boleh tukar daun lain)

Kulit popia

4 biji telur

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan bawang holland hingga kekuningan.

- Masukkan bancuhan kari, biarkan untuk 5 minit biar serbuk kari masak.

- Masukkan kentang dan kuib ayam. Tutupkan periuk dengan penutup masak dengan api kecil hingga kentang empuk.

- Masukkan ayam kisar, kacau hingga hancur semuanya. Tambahkan gula dan garam.

- Akhir sekali masukkan daun bawang, masak hingga inti kering dan matikan api. Sejukkan

- Ambil beberapa senduk inti, campurkan dengan telur. Letak di tengah kulit popia, dan goreng dalam kuali pan dengan sedikit minyak. Bila dan kekuningan boleh angkat dan siap.









Biarkam hancur isi ayam kisar tu

Kalau letak daun sup lagi sedap bau








Pastinya inti banyak

Untuk dibekukan

Thursday, December 12, 2024

PHOTO DIARY #42/2024

 Assalamualaikum semua,

Dari tadi menguap-nguap je, rasa nak tidur . Nasibla pengarah ada kalau dia takde memang ku kunci pintu tidur dalam bilik kejap. Jom kita layan cerita bergambar ye.

hari ini buat pulut ikan masin, ini bekalan kita tapi aku tak suka ikan kering

nasi impit goreng

menu baru jugak, makaroni dan drummet bakar

tertinggal kunci kedai kat rumah, jadinya kene tunggu orang lain sampai kedai 

menu baru jugak, English Breakfast

meatball fries pun menu baru

teringin sarapan roti tisu


cantik gebu bulat apam coklat

nasi ambeng, makan di pejabat