Showing posts with label rumah kami. Show all posts
Showing posts with label rumah kami. Show all posts

Thursday, June 12, 2025

PHOTO DIARY #17/2025

 Assalamualaikum semua,

Pagi ini mengantuk betul, sedangkan malam tadi aku tidur awal, pukul 9.35 dah lelap. Pagi biasa bangun pukul 4 untuk masak. Sampai Felda awal, pukul 8.15 aku dah tertidur sedar-sedar dah pukul 9.00. Itu yang cerah mata untuk buat entri ni.

Batik day kan

Aku sampai sini awal jugak 6.30pg

Semalam baru perasan dah kembang bunga nya

Semakin banyak keluar tunas

Semalam berbaju korporat

Edy dah pindahkan anak ulam raja

Sebenarnya tangan Edy yang sejuk, tanam apa selalunya hidup

Kalau hd hari sabtu memang santai jelah


Suka menyibuk menempel je macam takde tempat lain.

Rak pokok orkid

Bunga yang baru sampai teduhkan dulu

Monday, February 10, 2025

HANTAR MIL DAN ADIK IPAR PERGI UMRAH

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat malam sabtu baru ni ayah mentua dan adik-adik ipar tumpang tidur kat rumah kami. Mak mentua dan adik ipar lain terus ke homestay berdekatan KLIA. Mereka sampai malam dalam pukul 9 lebih, sempat la aku masak nasi dan telur dadar. Edy belikan sup campur di kedai je. Esok paginya masakkan sarapan mehun goreng dan epok-epok goreng. Dalam pukul 9 pagi kakak ipar pulak sampai  untuk sarapan sekali dan pergi bersama ke KLIA. 

Dalam pukul 12.20 tengahari kita semua gerak ke KLIA, katanya pukul 2 nak jumpa pukul 4 nanti dah mula nak dengan taklimat. Sampai KLIA pukul 2 lebih tapi entah mana silapnya, pukul 5 masih lagi tak siap-siap. Akhirnya pukul 6 lebih baru checkin apa semua penerbangan pukul 9 malam. Kami pukul 5 dah cabut balik, kepenatan berkeliaran di KLIA. Bila badan tak sihat sangat ni tak boleh nak melasak macam orang sihat biasa, nanti kita yang menahan sakitnya. Moga dipermudahkan semuanya buat mak mentua, dan keluarga adik ipar moga dapat menjalani ibadah umrah dengan sempurna.

Lepas sampai berehat kejap sambil tengok tv dan makan malam

sarapan pagi pulak

sebelum bergerak ke KLIA

bergambar dulu, dengan semua adik beradik ipar duai


cukup 9 beradik semuanya, ikut turutan yang bongsu tu sebelah pak mentua




dua budak bulat

Monday, February 3, 2025

MOGA KAMI ISTIQAMAH

 Assalamualaikum semua,

Maaf la ye kawan-kawan minggu lepas dari rabu kan cuti aku sambung sampai ahad jadi jumaat tu cuti rehat. Bila duduk rumah tu memang lupa la nak buat entri tu heheheeh. Ini alat senaman baru kami setelah stepper, moga kami istiqomah la ya. Nak beli treadmill mahal sangat kita beli `walking pad` jelah. 

gini lah rupanya, memang simple je tapi mula-mula tu 2 minit pun mengah gak


budak ini pun lapang-lapang dia berjalan kat sini... 

Thursday, July 4, 2024

PHOTO DIARY #21/2024

 Assalamualaikum semua,

Hari ini sempat kita buat entri dulu setelah kerja selesai. Pagi tadi hujan sejuk je rasa masih redup je lagi cuacanya hari ini. Tak nak membebel panjang, jom kita layan cerita bergambar. 

dah masak kedai buah kan, ini stok buah untuk seminggu... aku jual buah potong di kedai puspanita

Ada tempahan bingka pandan, harum betul bau nya... dah lama tak masak bingka

Selalu berjalan seiringan, kawan baik ni

Petang selalu kan silau, tapi gagah jugak dia baring dekat situ hahahha

Gaya orang 40an nak ambil gambar heheheh... kene bukak spek sebab rabun dekat

dipaksa memotong kek mamasab... 

macam nak membuli kan


makcik  tidur ke apa mata tu tak nampak

batik ke bukan? gasakla kan

stok kudapan tepi tu memang ramai yang datang singgah

ruang depan yang kosong, bila lah rajin nak mendeko dengan keadaan pejabat yang takde lif 


dah lama tak jual menu ini, akhirnya kembali dijual semula

Wednesday, November 29, 2023

MAK ABAH DAN ADIK-ADIK DATANG RUMAH

 Assalamualaikum semua,

Sambungan kisah konvokesyen paksu, hari ahad malam keluarga aku dan maktek balik ke rumah kami di Selangor. Jadi tinggal mak abah dan adik-adik duduk di homestay lagi untuk 1 malam. Isnin pagi tu lepas selesai urusan pulang jubah konvo, paksu bawak mereka makan lepas tu tiba-tiba abah kata nk tengok masjid besi, ke Putrajaya lah mereka. Lepas tu ke kilang coklat Beryls di Seri Kembangan baru la ke rumah aku. 

Kira oklah jugak walaupun pertama kali memandu kereta dari kampung ke Kuala Lumpur tapi paksu boleh sampai ke Putrajaya dan Selangor dengan panduan dari waze. Memang sangat membantu. Isnin petang tu sampai rumah aku terus la melepak, makan la memacam yang ada. Lepas tu lewat petang adik 3 orang ke rumah maktek mandi bersiap kat sana. Mak abah je lepak rumah aku. Lepas maghrib mereka datang lepak dan makan malam kat rumah aku.Masa tu memang meriah betul rasanya macam raya gitu heheheh. Selasa pagi aku cuti rehat mereka sarapan dekat rumah aku dalam pukul 10 pagi mereka gerak la balik ke Johor. Dalam pukul 3 petang mereka selamat sampai kampung.


petang tu sampai je ke rumah aku terus melepak la mereka


makan macam-macam 

adik-adik aku tengah usha coklat yang mereka borong

petang abah dah mula lapar semula, makan nasi

pagi selasa, macam2 sarapan ada

rumah kecik gini lah semua nak duduk bersila takmo duduk kat kerusi dan meja makan

siap-siap nak balik

mak dok usha tanaman dan rumput rampai rumah aku

penuh sendat axia ni

gambar kenangan dengan maktek


gambar kenangan dengan kak long