Showing posts with label PKPB. Show all posts
Showing posts with label PKPB. Show all posts

Tuesday, November 24, 2020

KEK PISANG KUKUS

 Assalamualaikum semua 

Hari ini bersiaran dari pejabat, minggu ini kerja hari ini je jumaat BDR. Duduk rumah sebenarnya lebih memenatkan dari kerja di pejabat. 

Minggu lepas 2 hari berturut buat kek pisang kukus. Campur serbuk koko dan coklat chip laku keras. Melambung-lambung Aiyan puji kata sedap nya mama. Masa tengah kukus tu pun di sibuk tanya mama masak apa ni bau sedap. Aku buat dengan pisang berangan, kali ini tak guna pengisar tapi guna mixer itu tambah gebu sikit. 

19hb buat biasa tanpa coklat cip... 

tambah cokla coin kat atas je... 

makan pulak panas-panas memang best

Aiyan dok puji, sedap mama lembut

rupa yang letak coklat coin lebih moist

orang tak reti sangat membakin, ini pun dah rasa seronok sangat

20hb buat lagi,,, kali ini tambah coklat chip 

siap tabur atasnya lagi

kira jadi lah ni... gembiranya hati

janji Aiyan puji melambung aku dah gembira sangat

Thursday, November 19, 2020

PHOTO DIARY #36/2020

 Assalamualaikum semua,

Bersiaran lagi di rumah, biasalah memang lewat, masak sarapan dulu, kemas dapur sikit baru boleh buat entry. Semalam pagi baru lipat baju separuh bakul  pagi ini tengok penuh lagi. 🙄

Jomla kita layan cerita bergambar ya.


Cik tam bila di ajak berselfie... muka garang je macho konon

Ada kawan di jupem minta anak pokok mulberi, kita bawakkan sepokok harapnya hidup lah

Di pejabat kalau lapar tapi malas nak turun cari makanan, layan je biskut dengan milo o panas... biskut memang ada 1 tin

Cik teh pun muka eksen, tapi tulah kucing belakang tu pulak terlebih lentok

Bila dah tak tau sarapan apa, aku suka masak bubur ayam

Popia sardin 90 keping

Ahad lepas tolong jagakan Ecah, petang tu hujan lena dia tidur

Gelap gelita petang tu... baru pukul 3 lebih

Jumpa kucing di kedai makan, bersih, gebus sangat geram

Aku suka masak telur dadar gebus macam ini,tak minat yang ranggup

Kalau beli terung mesti Edy suruh masak gini... terung gerang asem

Ini kerja dia cik mot... dok kerjakan tisu tu, menyepah je

Antara menu kegemaran orang di rumah... mee goreng daging

Kalau masak ayam ungkep aku suka letak daun kunyit... bau dia sedap dan harum

Masa ni hari selasa, baru bangun tidur muka bukan main happy bila maklongnya kata nak ambil gambar , Aiyan muka mamai

Ini menu pagi tadi, mee goreng ayam pula