Showing posts with label garden kami. Show all posts
Showing posts with label garden kami. Show all posts

Thursday, October 9, 2025

PHOTO DIARY #32/2025

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi hujan lebat siap dengan angin lagi. Dekat pukul 7 juga baru berhenti hujannya. Aku lak mengantuk betul hari ini. Tidur awal dah malam tadi pukul 9.40malam. Tapi tulah pukul 3.15 pagi dah bangun masak. Panjang lak pembukaan, jom layan cerita bergambar.

Ini la bahananya layan live kat tiktok


Jumpa sotong kecik aku panggil cumek

Anak bujang teringin

Paksu ada datang ke Kuala Lumpur kelmarin bawak anak murid melawat parlimen, tapi kami tak sempat jumpa

Ada kawan pergi ke Turki dia belikan ini

Cantik

Beli glow in the dark tapi tak glow pun

Layan roti canai segera sesekali untuk sarapan

Sesekali layan biskut dengan air kopi o...sedap

Ada misi kat hd ni bagi aiskrim... sedap

Sofa ni memang port tidur dia, malam pun memang sini la tempat lepak dia

Thursday, September 18, 2025

PHOTO DIARY #29/2025

 Assalamualaikum semua,

Semalam rasa macam hari isnin, hari ini rasa selasa tapi dah khamis rupanya. Seronok betul bulan september ini banyak cuti hehheeh. Oklah jom kita layan cerita bergambar.

Ini jualan hari ini

Ini pun ramai peminat tau

Cok kembong cicah kuah kacang

Ini menu baru, biasa aku jual yang beku kali ini cuba siap goreng

Menu nasi pun ada sebab kawan yang biasa jual nasi bercuti

Cantikkan bunga orkid ku, tak pernh nampak sebelum ini bunga macamni

Genting higland dari cermin pantry tingkat 8

Bila bawak kerepek memang cepat habis


Suka iman dapat petai

Hari selasa, ke kenduri kawin anak kawan... kakak kepada kawan baik Aiyan

Dari pagi dia dah tunggu Aiyan

Menu sarapan pagi isnin

Matcha atau kopi? Aku pilih kopi...

Thursday, September 4, 2025

PHOTO DIARY #27/2025

 Assalamualaikum semua

Hari ini awal buat entri sebab semalam sibuk tak sempat buat entri. Biasala orang sakit kerjanya kalau tak hospital,klinik pastu ke pusat hemodialisis pulak. Itu lah rutin sekarang ni. Jom la kita tengok cerita bergambar.

Ada pesanan dari pegawai kat pejabat, sandwish telur dan sardin untuk mesyuarat 20 pek

Ini kalau boleh melepak kat luar syok jugak, dengan lampu yang malap gitu

Sejenis pelupa, ada yang tegur dalam group whatsapp kedai... aku lupa tutup tingkap

Halwa halia

Mujur lif dh boleh guna, tapi itulah punya comot dalam lif tu

Balik dari klinik, lapar ada beli mee sup kat luar klinik..sedap


Klinik Kg Pasir

Nampak bersih lepas rumput dah dicabut

Balik sekolah lambat sebab ada kelas masak donat

Panas lagi donatnya, mama ngecek satu.

Besar betul buah beri biru ni


Isnin tu maktek balik dari kampung, dapat siput sedut dan kari ikan merah

Hasil terakhir pokok serai

Isnin tu lepas balik sarapan, pi cabut rumput

Tuesday, August 26, 2025

TERAPI JIWAKU

 Assalamualaikum semua,

Tahun ini rasanya banyak betul aku beli pokok. Pokok bunga ros entah dah berapa pasu dah tapi beli lagi. Edy pun dah tak tahu nak cakap apa. Aku beli je tapi yang tolong pasukan pokok itu selalunya Edy hehehehhe. Beli seronok tapi nak jaga tu kadang datang malas jugak. 

Bagi aku ini terapi aku, kadang kalau diikutkan balik kerja tu penat. Penat melayan rutin harian aku. Penat melayan sakit, jadi ini lah terapi buat aku. 

Minggu lepas baru beli 3 pokok ni

Semalam sampai lagi, namanya 'baby rose' sebab saiznya kecik


Thursday, August 21, 2025

PHOTO DIARY #26/2025

 Assalamualaikum semua,

Pagi ini awal aku tidur dekat hd ni, pukul 8.00 pagi dah terlelap mengantuk sangat. Pukul 8.35 bangun dah. Sekarang setiap hari aku bangun pukul 3.30pagi sebab nak masak menu jualan. Penat memang penat tapi selagi belum dapat untuk claim duit bayaran hd, jadi kene gigih cari duit lebih.

Terbebel panjang pulak, jom tengok cerita bergambar.

Rutin 2,4,6

Bekal pagi ini

Pukul 7 lebih dah berselimut sebab sejuk, awal pagi tadi kan hujan

Baju batik baru arini tapi tetapl dengan warna maroon

Besar kan, 5 biji RM13.00


Menu semalam, masak kat pejabat

Dah tahu kalau pasni kene cuci ulam raja ni dulu baru masuk dalam plastik kalau nak bawak ke pejabat

Adik cleaner yang selalu kemaskan meja kerja

Semalam sarapan jauh sikit dengan geng kedai

Mee rebus

Mencuba pakai beg untuk bawak barang, jumaat ni ada budak opis nak naik Gunung Kinabalu

Tetamu sabtu ahad