Showing posts with label labuci. Show all posts
Showing posts with label labuci. Show all posts

Wednesday, October 7, 2020

TUTORIAL BUNGA LABUCI

 Assalamualaikum semua,

Maaf semalam aku cuti rehat, Aiyan ada temujanji di klinik oftalmologi, selalu memang lama, itu yang ambil cuti je. Aku terlupa sangat dah janji dengan kawan-kawan nak kongsi tutorial buat bunga labuci. Jadi aku kongsi kan hari ini, ingat nak letak 2 cara berbeza tapi panjang pulak. Kita buat tutorial 1 jenis bunga dulu ye. Bunga labuci besar 2 lapis, guna saiz 20sen lama.

Rasanya dalam 12 tahun dulu bermula minat aku menjahit manik ni, masa tu aku tengah putus cinta. Nak cari sesuatu buat hilang frust tu, itu aku belajar memanik dengan buku je, makin lama makin seronok dan aku cuba ambil tempahan dengan kawan-kawan. Alhamdulillah banyak juga koleksi baju kawan-kawan yang dapat aku manikkan dari serata malaysia hehehe. Lepas tu lama aku tak memanik, takde kerajinan rasanya. Baru-baru ini bila mula main dengan manik dan labuci, seronok pula. Itu kongsi di sini tutorial yang mudah-mudah.

Bahan-bahan untuk bunga

- Labuci bulat melengkung 6mm

- Benang

- Jarum manik

- Pearl besar 

- Pen magic


aku guna 2 warna labuci, boleh je nak guna 1 warna
buat bulatan macamni, aku gunakan pen magic untuk fabric yang boleh  hilang bila kena air
buat 3 layer, susun macam ini
macam ini keadaannya bila dah jahit di kain

kita teruskan jahit hingga penuh 1 lapisan

ini fungsi kita lukis tu, baru dia ikut je bentuk bulat tu
jadi bentuk bulat, tapi tak la tepat sangat tu...maklum dah tak berapa pakar heheheh
kita akan mulakan untuk lapisan kedua

teruskan je sampai penuh, cuma kosongkan sikit bahagian tengah

selepas kita tambah manik besar di tengah... kene jahit dua kali untuk pearl saiz besar gini supaya kukuh