Assalamualaikum semua,
Maafkan diriku, lambat buat entri hari ini. Dari pagi dah banyak kerja sampai sarapan pun lewat. Hujung minggu baru ini sabtu Edy tak kerja, ajak ke nursery cari tanah dan pokok baru. Niatnya nak cari tanah je tapi eh ada pulak pokok daun sup. Beli lah sepasu... RM15 sepasu tu, petang tu Edy terus pindahkan ke pasu baru. Hari isnin Edy kerja di Sungai Buloh, kirim kat dia pokok ketumbar,banyak nursery yang biasa kami pergi dan yang dekat rumah tapi asyikla abis stok.
Nasibla ada, yelah di Sungai Buloh tu kan banyak nursery, pusing jelah kan. Itu pun Edy kata nursery ke 10 baru jumpa pokok ketumbar, banyak yang ketumbar jawa je. Aku tak pernah masak dengan ketumbar jawa tu, itu tak berani nak beli.
 |
| Aku dengan Aiyan duduk dalam kereta je, Edy yang buat urusniaga dan pembelian |
 |
| tanam sendiri asyik la tak menjadi, itu yang beli sepasu lagi puas hati |
 |
| bukan main rimbun pokokya |
 |
| potong semua daunnya simpan untuk masak |
 |
| pisahkan dalam 2 pasu, harapnya hiduplah daun sup aku tu |
 |
| percubaan tanam nanas, harapnya hiduplah ia |
 |
| pokok ketumbar, beli 3 pokok ada kawan kirim jugak... |