Showing posts with label kami. Show all posts
Showing posts with label kami. Show all posts

Thursday, July 31, 2025

PHOTO DIARY #24/2025

 Assalamualaikum semua,

Awal kita buat entri hari ini, samentara belum mengantuk. Kalau tidak nak tulis apa pun kadang melalut-lalut. Ok la jom kita layan cerita bergambar.

Malam tadi, bawak adik ipar dan kawan dia keluar makan nasi arab

Dia ada kursus kat Kuala Lumpur dari hari isnin lagi



Projek jual inang-inang goreng


Cantik bila ada titis hujan


Sebahagian budak opis buat kerja dalam bilik meeting tingkat 7

3 bulan lagi harap dah cantik... tapi kami tetap turun naik ke tingkat 7 ni, untuk buat kerja sebab bilik fail aku kat sini

Hari selasa sempat pakai baju biru ni, tapi tak jadi bedah, ditunda pulak.


Pemandangan dari tingkat 8, Bangunan Pakar HKL

Cantik kan?

Monday, April 7, 2025

SELAMAT HARI RAYA 2025

 Assalamualaikum semua,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua kawan-kawan. Cuti raya seminggu memang tak jenguk blog langsung, sakan sungguh beraya. Tahun ini beraya di Kerteh Terengganu dulu baru balik ke Pontian Johor. Balik Kerteh memang jem la, 12 jam juga nak sampai tu. Raya kedua dah balik Johor sebab jumaat dan nak balik ke Kuala Lumpur semula. Walaupun singkat tapi alhamdulillah seronok raya tahun ini walaupun ada beberapa ranjau durinya.

Gambar 3 beranak kene la ada kan




Rayyan yang dah makin tinggi

gambar dengan mak dan pak mentua

gambar berdua konon-konon romantik pun kene ada

kali ini cuma kurang 2 keluarga je... 


Maktek pun beraya di rumah mentua nya di Raub

Tema keluarga aku hijau, sekali dengan langsir dan dinding hijau hehehe

wajib bergambar tepi pantai... 

walaupun panas terik


see macam makwe dan pakwe dah

Pantai Kertih


Monday, February 3, 2025

MOGA KAMI ISTIQAMAH

 Assalamualaikum semua,

Maaf la ye kawan-kawan minggu lepas dari rabu kan cuti aku sambung sampai ahad jadi jumaat tu cuti rehat. Bila duduk rumah tu memang lupa la nak buat entri tu heheheeh. Ini alat senaman baru kami setelah stepper, moga kami istiqomah la ya. Nak beli treadmill mahal sangat kita beli `walking pad` jelah. 

gini lah rupanya, memang simple je tapi mula-mula tu 2 minit pun mengah gak


budak ini pun lapang-lapang dia berjalan kat sini... 

Monday, March 4, 2024

MEMERIAHKAN SUASANA KEMBALI KE SEKOLAH

 Assalamualaikum semua,

Semalam ke Aeon Alpha Angel untuk beli seluar sekolah menengah Aiyan. Mahal jugak rupanya seluar sekolah menengah ya , RM70 jugak sehelai. Beli seluar je, baju elok lagi cuma tukar lencana je. Ramai juga orang membeli persiapan sekolah semalam. Kami pun menyelit menyibuk buat-buat tambah meriah.

ukur dulu 

saiz 42 ni wei... 

masa ni dah penat ni, nak balik dah


cantik bunga besar  ni kan

dah penat sebenarnya ni, dari pagi berjalan sana sini

Wednesday, April 26, 2023

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2023

 Assalamualaikum semua,

Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Dah masuk raya ke lima baru buat entri itulah beraya sakan kan. Tahun ni kami ke terengganu dulu dari 19hb sampai 24hb, 24hb sampai 30hb kami ada di Johor. 

Patutnya tahun lepas giliran di Terengganu udah aku sakit jadinya kene ikut giliran juga lah kan. Mana boleh langgar perjanjian heheheh.Tahun ini umah belah terengganu meriah ada 7 beradik yang balik, lagi 2 beradik je beraya rumah mentua. Oklah takmo bebel panjang jom gambar raya kami.

Gambar kat rumah



Kurang 2 keluarga lagi


Wajib bergambar tepi pantai



Angin memang kuat masa ni


3 budak bulat

Cantik pulak bunga putih tu