Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

Tuesday, June 25, 2024

GAMBAR RAYA DI TEPI PANTAI

 Assalamualaikum semua,

Terlupa pulak nak kongsikan gambar raya di kampung aritu, Raya Haji kali ni kami balik ke Terengganu. Dah balik kampung tu wajibla bergambar di tepi pantai kan seperti selalu. Jom la kita tengok gambar kami ber3 ni hehehhe. Aku la paling suka sebab tepi pantai, sentiasa cantik bagi aku tepi pantai ni.

Aiyan ni tak suka sebenarnya bergambar di pantai... 



ada la gambar bertiga kan

gambar dari atas
gambar dari bawah pulak



sanggup naik sampai atas lagi

aku anik setingkat je 

sebelum turun dari menara tu


pemandangan dari tingkat atas


gambar sambil tidur


aku malas pakai sandal lain... udahnya berselipar jepun 

pandai dah Aiyan ambilkan gambar 


ini menara pandang yang kami naik tu





gambar kat atas sekali menara tu

Friday, June 21, 2024

RESEPI SAMBAL KELAPA @ SAMBAL NASI IMPIT

 Assalamualaikum semua,

Lama dah blog aku ni senyap sunyi bila tiba hari jumaat. Maafkan lah diriku yang kehabisan idea untuk kongsi resepi dalam blog ni. Tapi kali ini, resepi ini memang antara yang jarang jumpa dan tak semua orang kenal. Biasa jumpa sambal kelapa ni bila makan dengan nasi impit, selalu belah pantai timur yang kenal makanan ini. Aku ni kalau sekali rasa   makanan tu sedap memang aku terjuja nak cuba masak. Balik kampung kali ini belajar dengan mak mentua, walaupun renyah nak buatnya tapi puas hati sebab dah dapat resepinya. Jom kawan-kawan aku kongsikan resepinya.


Bahan-bahan:

1 biji kelapa parut (saiz besar)

2-3 keping gula nisan atau gula melaka - kikis halus (ikut pada selera nak manis mana)

4 ekor ikan selayang - rebus dan buang tulang

3 ulas bawang putih- kisar

1 biji bawang merah besar- kisar

1 inci halis- kisar

4 batang serai- kisar

garam

Cara masak:

- Kelapa parut jadikan kerisik hingga warna coklat, kisar hingga keluar minyak, boleh jugak di tumbuk hingga halus dan keluar minyak. Ketepikan

- Dalam talam atau bekas besar letakkan kerisik, gula nisan dan isi ikan. Gaulkan semua bahan hingga semua bercampur.

- Dalam kuali masukkan bahan-bahan kisar, tak perlu tambah minyak... kacau hingga naik bau dan boleh masukkan bahan-bahan kerisik yang telah digaulkan dengan gula dan isi ikan.

- Masak dengan api kecik gaulkan hingga kering semuanya. Tambahkan sedikit garam. Bila dah kering boleh matikan api dan sejukkan. Siap

Menu raya haji, orang lain makan nasi minyak aku beria makan nasi impit dan sambal kelapa ni

perjuangan nak jadikan kerisik

hingga coklat gini

tumbuk hingga halus

sampai keluar minyak gini tau... 


satukan semua bahan ini kecuali bahan kisar


Tumiskan hingga naik bau atau warna kekuningan

Masaukkan bahan lain, masak hingga kering

Ini lah rupanya bila dah siap

makan dengan lontong pun sedap

makan kering-kering gini sedapnya

Thursday, June 20, 2024

PHOTO DIARY #19/2024 JENJALAN KE PESTA JUALAN DI KAMPUNG

 Assalamualaikum semua,

Maaf lah ye sejak dua menjak ni memang selalu sepi blog aku ni. Kadang aku selalu je jenguk blog kawan-kawan tapi blog sendiri tak dihiraukan. Kita kongsi gambar masa balik kampung aritu ye, cuti Raya Haji kami semua balik ke Kerteh, Terengganu sampai hari rabu. Kebetulan ada macam pesta bunga atau funfair gitu, jadi wajibla kita jenguk kan. 

Jom tengok gambar yang ada jom

geram tengok gerai jual orkid ni



ini cantik sangat

cantik tapi harganya tu yang tak berapa cantik heheheh


ini murah rm18 je

sejenis orkid hutan




nak beli mainan katanya

mahal jugak ni wei

ini lagi mahal rm250 memang tak la nak beli

kongsi je hehehe

ini kat luar pesta tu, nasi goreng udang

mee udang, RM15 tapi puas hati udang besar

muka gembira dapat beli orkid