Assalamualaikum semua,
Cerita semalam, boleh terboria dengan adik-adik misi. Uniform mereka ada warna biru gelap dan ungu. Kebetulan tersama warna baju pulak.
| ini yang shift pagi pukul 7-11 |
| bertambah lagi 2 orang yang shift kedua |
Assalamualaikum semua,
Tahun ini rasanya banyak betul aku beli pokok. Pokok bunga ros entah dah berapa pasu dah tapi beli lagi. Edy pun dah tak tahu nak cakap apa. Aku beli je tapi yang tolong pasukan pokok itu selalunya Edy hehehehhe. Beli seronok tapi nak jaga tu kadang datang malas jugak.
Bagi aku ini terapi aku, kadang kalau diikutkan balik kerja tu penat. Penat melayan rutin harian aku. Penat melayan sakit, jadi ini lah terapi buat aku.
| Minggu lepas baru beli 3 pokok ni |
| Semalam sampai lagi, namanya 'baby rose' sebab saiznya kecik |
Assalamualaikum semua,
Pagi ini ada 3 orang je kat pejabat, yang lain semua hilang. Ada yang kerja luar, ada yang kursus udahnya tinggal lah kami 3 orang je di pejabat ni. Tahun ini memang sangat sibuk semua kakitangan Bahagian aku. Boleh dikira sebulan berapa kali je mereka ada di pejabat.
Sebenarnya nak cerita pasal si comot ni, waktu pagi elok bersolek, tudung pun cantik je. Tapi lepas solat zuhur dah pucat tudung pun kadang tak bagi kerjasama. Hahahah
| Pagi selalu masih kemas lagi |
Assalamualikum semua,
Berjumpa lagi di hari jumaat, yakyakyeh esok lusa boleh rehat kat rumah. Gini lah orang yang kerja kan kalau dapat cuti seronok betul rasanya. Lagilah bila kau pulak buat kerja lain selain kerja hakiki. Oklah aku nak kongsikan pasal resepi paprik ayam. Walaupun ramai mesti tahu nak masak tapi aku nak kongsi jugak cara aku.
Assalamualaikum semua,
Pagi ini awal aku tidur dekat hd ni, pukul 8.00 pagi dah terlelap mengantuk sangat. Pukul 8.35 bangun dah. Sekarang setiap hari aku bangun pukul 3.30pagi sebab nak masak menu jualan. Penat memang penat tapi selagi belum dapat untuk claim duit bayaran hd, jadi kene gigih cari duit lebih.
Terbebel panjang pulak, jom tengok cerita bergambar.
| Rutin 2,4,6 |
| Bekal pagi ini |
| Pukul 7 lebih dah berselimut sebab sejuk, awal pagi tadi kan hujan |
| Baju batik baru arini tapi tetapl dengan warna maroon |
| Besar kan, 5 biji RM13.00 |
| Menu semalam, masak kat pejabat |
| Dah tahu kalau pasni kene cuci ulam raja ni dulu baru masuk dalam plastik kalau nak bawak ke pejabat |
| Adik cleaner yang selalu kemaskan meja kerja |
| Semalam sarapan jauh sikit dengan geng kedai |
| Mee rebus |
| Mencuba pakai beg untuk bawak barang, jumaat ni ada budak opis nak naik Gunung Kinabalu |
| Tetamu sabtu ahad |
Assalamualaikum semua,
Hari ini kita nak cerita pasal roti lagi, aku memang jenis suka cuba pelbagai jenis roti. Ini rasanya roti bun baru dari Massimo. Perisa sambal udang katanya. Rasa dia sedap juga, tapi takde lah rasa udang seketul tu. Tapi ada lah rasa udang tu, lepas tu ada rasa berkrim dari mayonis. Pedas-pedas sikit.
| Banyak jugak isi nya |
Assalamualaikum semua,
Beberapa minggu dah nampak orang dok cerita pasal roti ini. Ahad lepas terjumpa kat pasaraya Giant kita beli 2 nak rasa. Aku perasan jenama sunshine ni banyak dah keluarkan roti yang ada beberapa perisa cream yang sedap juga. Tapi harganya agak mahal dibandingkan Gardenia.
Sedap roti nya, inti cream dia tu banyak dan terasa berries tu. Kita boleh rasa ada ketul- ketul kecik berries. Sedap
Assalamualiakum semua,
Aku dah beberapa minggu nak cerita pasal si kecil ini tapi aku asyik terlupa. Aku selalu lupa nak buat stiker untuk makanan aku. Kadang orang tak tahu apa isi dalam bekas makanan. Sebelum ini aku tulis pakai tangan, kadang tak sempat. Jadi aku cari pencetak stiker yang mudah dan murah. Jumpa lah si kecik ni Phomemo D30. Beli di shoppe dan boleh juga di tiktok. Mudah nak guna dia ini, tak perlu ink cuma perlukan stiker nya dan apps yang perlu di download dalam telefon bimbit kita dan perlu gunakan bluetooth. Mudah je nak guna cepat jugak dan hasilnya sangat puas hati.
| Harga dia dalam Rm70 lebih |
| cara letak stiker nya |
| ini apps yang perlu kita download dalam telefon kita |
| Hasil tulisan yang kita pilih |
| pilih berapa salinan perlu di buat |
| boleh jugak letak emoji dan gambar |
| Hasilnya |