Showing posts with label eat clean. Show all posts
Showing posts with label eat clean. Show all posts

Thursday, April 1, 2021

PHOTO DIARY #13/2021

 Assalamualaikum semua,

Sekejapan sudah hari khami, esok jumaat rasa macam nak cuti. Rasa nak melepak kat rumah, bangun lambat layan drama korea. Tapi fikir balik sabtu pun aku melepak je kerjanya kat rumah cuma tak boleh bangun lambatla. Nak masak sarapan sebab Edy kerja, nanti kita fikirkan macamne yek. 

Jom lah kita layan cerita bergambar.

Bunga ros oren ni sekarang makin galak berbunga, sebelum ini dia hampir nak mati tapi tiba-tiba je subur. Pasunya macam kecil ingat nak tukar pasu lah nanti

Pokok asparagus daunnya terlentok cepat betul naik daunnya

nampak tak asparagusnya tu, cecepat aku patahkan ambil kalau tidak lambat dia keluar daun lah semakin semak

aku dah rasa stress dengan rumput sekitar pasu ini semakin subur membiak, nak bersihkan pulak susah... menyesal den

aku dah join geng makcik mangkuk tingkat hehehehhe

antara menu  yang rajin di bawa

biskut telinga hitam, korang kenal tak?

jajan masa aku sekolah rendah dulu, tak sangka sekarang ada lagi

dah lama tak makan limau bali

sandwish untuk makan malam bia malas makan nasi

cincin masa risik yang diterima 12 tahun dulu, masih lagi muat mujur lah kadang ketat jugak

Semala kat pejabat ada jamuan, rela ku telan banyak ulam dan sayur

malam kelmarin hujan lebat tengok pokok ubi aku... senget sampai

pokok kemboja pun sampai terpusing pucuknya

Patah 1 dahan kemboja, mujurla kecil je

Kudapan kalau kot lapar bila makan banyak salad hehehe

ini mangkuk tingkat hari ini... 1 set

sarapan, snack dan lunch nanti