Followers

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

# Ada aku peduli?

ni saya dapat dari emel,just nak share..renung2kan lah ye..


Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli
jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....

Ada aku peduli
berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika
isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...

Ketika
isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...

Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?

P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki 

Tuesday, March 22, 2011

# Bayi perempuan gergasi Britain


LIBBY (kanan) bersama sepupunya, (Thomas) dipangku nenek mereka.
WIGAN, Britain - Seorang wanita, Gemma Woods, 28, melahirkan bayi perempuan terbesar di Britain seberat 5.6 kilogram (kg), dua kali ganda berat bayi normal pada Oktober lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun saiznya besar, bayi yang bernama Libby itu dilahirkan secara normal dengan proses bersalin pendek iaitu selama enam jam di sini baru-baru ini.

"Saya seperti tidak percaya apabila bidan memberitahu berat Libby, bunyinya seperti mendengar berat sesuatu barang," kata Gemma.
Sepupu Libby, seorang bayi lelaki bernama Thomas yang lahir tiga minggu lebih awal hanya mempunyai berat 3kg.

Bayi paling berat di dunia setakat ini dilahirkan di Aversa, Itali pada September 1955 yang mempunyai berat mencecah 10.17kg. - Agensi

Friday, March 4, 2011

# Iklan kejap..

kepada sesape yang duk area putrajaya dan bangi, sekiranya berminat nak buat lesen boleh la hubungi CT LP :
KAK SITI - 017-6286566 atau anak dia ISZRI - 017-6856466

Aku pernah amik dengan dorang so far puas hati la,aku rasa harga tempat diorang lagi murah sebab aku pernah gak survey2 sebelum buat lesen aritu.tapi harga tempat lain agak mahal,I means kat area Putrajaya la.
kat kampung takyah cite la memang jauh lagi murah.

HARGA YANG DORANG TAWARKAN ADALAH:

kereta (D)
umur 17 tahun ke atas
10 jam masa belajar
RM 850

tambah kelas (D)
10 jam masa belajar
RM 690

kereta + motorsikal (D) & (B2)
10 jam masa belajar
RM 980

lori (E) full
RM 700

tambah kelas B full
RM 550

percuma lesen L & P
percuma buku undang-undang
percuma pengangkutan pergi dan balik
100% milik bumiputera
skim bayaran ansuran
tiada kos tambahan
perlindungan insurans

kalau berminat boleh la hubungi no di atas.kalau kat area lain aku tak pasti.apa-apa korang boleh tanya kak siti sendiri.


Wednesday, December 22, 2010

#Kebaikan bayi dibarut

BARUT...pemakaian barut boleh mengelak daripada kembung perut, sekali gus memberi keselesaan pada bayi.
BARUT...pemakaian barut boleh mengelak daripada kembung perut, sekali gus memberi keselesaan pada bayi.

Amalan memakaikan barut (binder) untuk bayi memberi banyak manfaat antaranya mengelak bayi kembung, perutnya tidak mudah dimasuki angin, sekali gus memberi keselesaan kepada bayi.

Namun, pastikan ikatan barut tidak terlalu ketat. Minyak bayi juga boleh digunakan bersama barut untuk memberi keselesaan dan membuang angin dalam badan.


Bayi juga perlu dibedung supaya sentiasa tidur lena dan dan tidak mudah terkejut. Pemakaian bedung memberi keselesaan kepada bayi seakan seperti berada di dalam perut ibu mengandung.



Menurut Amrah, Warisan Mama adalah produk turun-temurun daripada zaman nenek moyang yang digunakan untuk ibu dan anak selepas bersalin.


Antaranya bengkung, barut bayi, krim panas yang dipakai bersama bengkung, minyak tradisional yang selamat digunakan untuk bayi, tungku dan mandian herba.

Ia juga didatangkan dalam pakej bersalin dan pakej bayi (bengkung, krim dan tungku di dalam satu set untuk ibu bersalin) serta bedung, barut dan minyak (untuk pakej bayi).

Wednesday, December 8, 2010

JOM JOIN BLOGLARIAN!


aritu ai dah tengok psl BLOGLARIAN ni tapi tak tau ape..last2 kena tag ngn hezrina pastu dia explain baru la paham..

jom kawan2 kite join BLOGLARIAN ni utk up kan traffic blog..
senang saja nak join ni..nanti boleh klik kat SINI k..

saya suka berblogwalking kerana nak up kan traffic blog kecik saya ni serta memperkenalkan blog baru ni disamping menjalinkan persahabatan dengan blogger yang lain serta mendapatkan info2 atau pengetahuan yang berguna..

ai nak tag:
kayyana
lyza
kak izan

Saturday, November 13, 2010

#Kanak-kanak luar biasa

 1. Kim Ung-Yong : Manusia Dengan IQ Tertinggi di Dunia
Lahir pada tahun 1962, kanak dari Korea ini diiktiraf sebagai manusia genius di seluruh dunia. Bayangkan Pada umur 4 tahun, dia sudah boleh membaca huruf Jepun, Korea,Jerman dan Inggris.Pada umur 5 tahun dia mampu memecahkan masalah pada soal kalkulus.Dia duicatatkan dalam Guinness Book of World Records dengan “Highest IQ” 210.
 2. Gregory Smith : Mendapat Penghargaan Nobel Pada Usia 12 tahun
Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya pada nobel perdamaian. berkat usahanya dalam mendirikan International Youth Advocates,Komuniti Orang muda seluruh dunia.Dia pernah bertemu langsung dengan Presiden Bush, dan juga Michael Gorbacev.
3. Akrit Jaswal : Dokter Bedah berusia 7 tahun 
Dengan gelaran “budak terpandai di dunia” telah melekat pada Akrit Jaswal, seorang kanak dari India.Dia mengejutkan orang awam, ketika pada umur 7 tahun kerana melakukan pembedahan pada seorang gadis di tempatnya. gadis itu menderita luka bakar di tangannya, hingga tangannya tidak dapat dibuka, dan jaswal pun melakukan pembedahan hingga jari-jemari gadis itu boleh terbuka seperti sedia kala.Saat ini, dia tercatat sebagai dokter paling muda di dunia, dia diterima di Universiti pada usia 11 tahun.
4. Cleopatra Stratan : Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Gaji 1000€ per lagu
Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. Dia adalah pencatat sejarah di Industri muzik sebagai seorang penyanyi,dengan albumnya tahun 2006 La vârsta de trei ani (“pada usia 3″). Dia mencatat rekod seorang artis cilik yang muncul diatas pentas dengan ribuan penggemarnya. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam Artis termuda yang mencetak #1 Hit.
5. Aelita Andre : Pelukis berusia 2 tahun
Kanak kelahiran Australia ini, baru berumur dua tahun namun sudah menunjukkan bakat sebagai genius, dia memiliki sebuah gudang pertunjukkan untuk karya-karya abstraknya.Pada mulanya Mark Jamieson, director dari Brunswick Street Gallery di Melbourne’s Fitzroy, tertarik melihat sebuah foto lukisan dari Aelita Andre. dan dia mahu Aelite Andre bergabung dengan groupnya kerana bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, dia baru saja menyedari bahwa Aelita adalah kanak2 yang masih berumur 22 bulan. Namun dia tetap me neruskan pertunjukannya itu.
6. Saul Aaron Kripke : Mengajar Havard ketika masih di Sekolah Menengah
Lahir di New York dan membesar di Omaha di 1940. Genius satu ini, ketika darjah empat dia sudah menguasai algebra, akhir Sekolah Rendah dia sudah pandai geometri, kalkulus dan falsafah. Ketika Sekolah Menengah dia memperolehi surat lamaran kerja dari Harvard sebagai pensyarah, namun ibunya menyuruhnya untuk menamatkan sekolahnya dahulu.Kripke dihadiahkan Schock Prize, Nobel Falsafah. Sekarang, dia dinobatkan sebagai ahli falsafah terbesar dalam sejarah.
7. Michael Kevin Keaulus :Menyelesaikan kuliah ketika berumur 10 tahun
Kevin lahir pada tahun 1984, dia menyelesaikan kuliah pada umur 10 tahun. dan tercatat sebagai sarjana termuda. dia mengajar universiti pada usia 17 tahun. Namanya semakin popular ketika dia memenangi sebuah quiz online. Pada 2006, dia mencapai final di tanda burnett/aol perebutan Gold Rush, permainan menguji minda/teka-teki, dan menjadi pemenang pertama 1 juta di permainan online tersebut.
8. Fabiano Luigi Caruana : Grandmaster pada usia 14 tahun
Seorang kanak berwarga negara Amerika dan Itali ini sungguh genius. Pada tahun 2007 dia memperoleh Grandmasternya,pada usia 14 tahun 11 bulan, 20 hari. sejarah telah mencatat namanya dalam Grandmaster termuda.Dan pada bulan April 2009, dia memperolehi Elo rating 2649, dalam usianya yang dibawah 18 tahun, membuatnya sebagai orang yang memperolehi ranking terbanyak, dan menakjubkan, hal tersebut dilakukannya sebelum usianya genap 18 tahun.
9. Willie Mosconi : Pemain Billiard Professional pada usia 6 tahun
Mendapat gelaran “Tuan Pocket Billiards”. Dia berasal dari Philadelphia, Pennsylvania. Ayahnya seorang pemilik tempat Billyard, namun ayahnya tidak mengizinkannya bermain, dia sering bermain dengan gagang sapu milik ibunya. Ayahnya melihat bakat anaknya, dia sering mengalahkan orang-orang yang lebih tua darinya.Antara tahun 1941 dan 1957, dia memenangi BCA World Championship selama 15 kali tanpa pernah kalah sekalipun.Dia membuat berbagai macam trik, membuat banyak rekod, dan membuat billyard menjadi olahraga yang terkenal.
10. Elaina Smith : Penyiar Radio berusia 7 tahun
Dalam usianya yang 7 tahun Elaina telah menjadi penyiar radio dengan pendengar yang melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan penyelesaian tentang percintaan kepada para pendengarnya. Bagaimana caranya memutuskan hubungan dengan kekasih, Bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmonis dan banyak lagi yang lainnya.sumber : ODDEE

Friday, November 12, 2010

#So kreatif lah..

Wednesday, November 10, 2010

#Aku cinta kau sampai mati

Wanita di dalam gambar di atas adalah Katie Kirkpatrick,dia berumur 21 tahun,sebelah kirinya adalah tunangnya,Nick 23 tahun.Gambar tersebut diambil tidak lama pernikahan mereka yang dilaksanakan tanggal 11 januari 2005 di US.
Katie menderita kanser tahap akhir dan menghabiskan beberapa jam setiap harinya untuk terapi.kelihatan Nick sedang menunggu Katie sehingga selesai,ini adalah salah satu sekian banyak sesi kimoterapi katie.
Dalam kesusahannya menahan sakit,kegagalan organ tubuh,katie tetap mahu melaksanakan acara pernikahan.Gaun pengantin perlu diperkecil beberapa kali kerana katie terus menerus kehilangan berat badannya.
Katie terpaksa menggunakan tabung oksigen dalam acara pernikahannya.pasangan yang lain di gambar atas adalah orang tua Nick,ikut bergembira melihat anak lelakinya menikahi pujaan hati,kawan sekolah menengahnya.
Katie di kerusi roda dengan tabung oksigen,mendengarkan sebuah lagu dari suaminya dan kawannya.katie meninggal 5 hari kemudian setelah pernikahannya.melihat seorang wanita yang sakit dan lemah melaksanakan pernikahan dengan sebuah senyuman di wajahnya membuat kita berfikir,kebahagiaan boleh dicapai tidak peduli samaada boleh bertahan berapa lama.kita tidak seharusnya membuat hidup kita menjadi lebih rumit.



"Ohh,sungguh touching cerita ni..Buat mama rasa lebih bersyukur dengan apa yang mama ada sekarang ni..Betul la,kita tidak seharusnya buat hidup kita jadi lebih rumit dan jangan sesekali mengeluh dengan hidup ini kerana ada lagi insan yang lagi malang dari kita....Hargai insan tersayang di sekeliling kita mulai hari ini "



#Rainbow Roses

Bunga cantik ini yang dinamakan 'Rainbow Roses' dihasilkan di belanda,setelah melakukan kajian dan ujikaji selama bertahun-tahun.warna-warna indah yang dihasilkan di setiap kelopaknya,dibentuk secara natural melalui pewarnaan melalui batangnya selama masa pertumbuhan.

#Fakta @ Auta

Fakta Menarik Diantara Lelaki Dan Perempuan
1.Rata-rata perempuan tidur lebih lama 1 jam di waktu malam dari pada lelaki.

2.Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara,bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

3.Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi (gangguan) saat mengandung bayi lelaki dibandingkan dengan bayi perempuan.

4.Rata-rata berat otak lelaki lebih berat 1.4 kg daripada berat otak perempuan.

5.Pembedahan mengganti alat kelamin lebih banyak dilakukan oleh lelaki.

6.Perempuan kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

7.Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara perbicaraan perempuan terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada perempuan. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada perempuan.

8.Perempuan lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

9.Perempuan mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada lelaki.

10.Kemampuan indra laki-laki untuk mengecapi rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada perempuan.

11.Lebih dari dua kali pada perempuan cenderung homoseksual (menyukai sesama jenis) pada usia 45 tahun daripada lelaki.

12.Pada saat usia tua perempuan mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen (hormon lelaki ).

13.Berpapasan dengan perempuan di jalanan, lelaki menghadapkan tubuhnya menghadap perempuan yang dijumpainya. Perempuan pula cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sedar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

14.Kira-kira 48 % lelaki berdengkur ketika tidur, hanya 22 % saja pada perempuan.

15.Lelaki lebih banyak memilih merah, dan perempuan warna biru.

16.Perempuan rata-rata 153 saat berada di toilet, lelaki 113 saat.

17.Satu berbanding empat, perempuan dibanding lelaki yang berbicara gagap.

18.Penelitian di Amerika, perempuan menggunakan waktu hampir 2 kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

19.Perempuan secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

20.Penelitian di England, kanak-kanak lelaki lebih mudah ditipu/diperdaya dibanding kanak-kanak perempuan. Kalau di Malaysia ENTAHLAH..

#Bila masuk terus tak nak keluar2 lagi dah

KLINIK BERSALIN HELLO KITTY

info dr www.fcukz.co.cc

Comel kan?Mau ada yang tak nak keluar2 lepas beranak,nak stay je kat sini..Hehe..
Kat M'sia ni takde lagi kilinik camni,ni versi obersea ye tuan puan tapi tak pasti sama ada korea@japan@china..Sape2 nak merasa duk kat klinik camni sila ke obersea ye..

#Oh,sangat comel..

amik dari www.fcukz.co.cc
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...