Memaparkan catatan dengan label Kuiz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuiz. Papar semua catatan

Isnin, 26 Februari 2018

2 Mengukur dan menilai tahap perkauman anda

Anda seorang berbangsa X. Anda ternampak seseorang yang berbangsa X sedang berbalah dan bertekak dengan seseorang berbangsa Y di tepi jalan. Apakah tindakan anda?

Pilih salah satu dari jawapan berikut:

1. Masuk campur dan terus mempertahankan orang X.
2. Masuk campur dan terus menyalahkan orang X.
3. Masuk campur dan mendengar apa dari kedua pihak apa sebenarnya yang berlaku.
4. Tidak masuk campur tetapi mengutuk orang Y di belakang.
5. Tidak masuk campur tetapi menyalahkan orang X di belakang.
6. Tidak masuk campur dan terus berlalu pergi tanpa menyalahkan siapa-siapa.
7. Terus berlalu tanpa sekelumit peduli dan peristiwa tersebut terus hilang dari ingatan.

Jawapan anda akan menentukan tahap perkauman dalam diri anda.


Sabtu, 27 Januari 2018

5 Tips Berkomik di Media Sosial dan Peraduan Komik Strip

TIPS BERKOMIK DI MEDIA SOSIAL

Bermula dari awal tahun ini, aku buka penyertaan komuniti group Buasir Otak: The Komik Crew kepada orang ramai. Terima kasih kepada yang sudi join. Aku tengok pun ramai orang berkongsi komik-komik mereka, satu perkembangan yang baik.

Setelah hampir 4 minggu, aku nak kongsikan sedikit penemuan dan pandangan aku tentang bagaimana cara untuk meningkatkan lagi Reach komik anda di seperti di Facebook. Reach diukur berdasarkan jumlah Engangement iaitu Post Clicks, Reactions, Comments & Share.



Rabu, 15 Jun 2016

3 Uji minda dengan Teka-Teki Buasir Otak

Bermula dari hari Rabu, 6 April 2016, kami telah menyiarkan segmen uji minda Teka Teki Buasir Otak di page FB Buasir Otak: The Komik yang dikelolakan oleh cEro dari blog cErolian - nULL & aLteRnate. Soalan bagi teka teki ini kami telah siarkan pada setiap hari Rabu jam 9 malam pagi manakala jawapannya pada hari Khamis jam 12 tengahari selama 10 minggu berturut-turut. Segmen ini telah pun berakhir pada hari Khamis, 9 Jun 2016 minggu lepas dengan siri ke-10 sebagai siri terakhir, dan dengan berakhirnya segmen ini maka kami kumpulkan kesemua soalan di sini.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk mencuba sebelum ini boleh cuba untuk uji minda anda dengan kesemua 10 soalan mencabar yang telah kami kumpulkan ini. Jawapan disediakan di bahagian bawah selepas semua soalan. Anda juga boleh kongsikan teka-teki ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda di Whatsapp, Telegram dan media sosial. Selamat mencuba!



Sabtu, 15 Ogos 2015

36 Soal selidik jenis lukisan komik paling digemari

Saya ingin membuat satu survey atau soal selidik untuk memilih lukisan watak yang anda rasakan paling sesuai untuk dijadikan komik, oleh itu saya ingin meminta jasa baik anda semua untuk memilih dan mengundi antara 3 lukisan watak berikut, jenis lukisan yang mana satukah yang anda suka dan rasanya dapat menarik minat anda untuk membaca komiknya?

Sila pilih 1 jenis lukisan sahaja yang paling digemari sama ada A, B atau C.

Nyatakan sekali generasi anda:
Lahir antara 1946 - 1964: The Baby Boom
Lahir antara 1965 - 1976: Gen-X
Lahir antara 1977 - 1997: Gen-Y
Lahir antara 1998 - 2009: Gen-Z
Lahir pada 2010 hingga kini: Gen-A

Anda boleh tulis pilihan atau undian anda di ruangan komen atau di ruang FB saya seperti contoh ini:
Saya pilih A
Dari Gen-Y



Rabu, 31 Disember 2014

21 Apabila protokol lebih penting daripada kecemasan

Masih lagi isu banjir, tapi sebelum tu jawab dulu soalan berikut:

Jika kenderaan2 ini bertembung di lampu isyarat simpang empat, kenderaan mana yang harus bergerak dulu?

A - Van ambulans yang tengah membawa pesakit kritikal ke hospital.
B - Bomba yang dalam keadaan terburu2 kerana ada kebakaran.
C - Kereta polis sedang mengejar penjenayah.
D - Rombongan kenderaan yang membawa VVIP untuk melawat mangsa bencana.



Ahad, 7 September 2014

26 Soalan asas mengenai Malaysia yang gagal dijawab

Sebagai seorang rakyat dan warganegara Malaysia terutama yang sudah melepasi umur kanak2, soalan2 asas mengenai sejarah, geografi dan pengetahuan am mengenai Malaysia seharusnya sangat mudah untuk dijawab. Tapi percayakah anda, masih ada lagi orang2 yang tidak boleh nak jawab soalan2 berikut walaupun lahir dan sudah hidup berpuluh2 tahun di Malaysia?



Rabu, 9 April 2014

73 Siapa yang paling layak mendapat tender projek?

Anda seorang pegawai kerajaan yang menguruskan sebuah projek baru yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta di jabatan anda. Projek ini ditawarkan melalui sistem tender terbuka. Terdapat 5 buah syarikat yang telah membida projek ini di mana kelima2nya memenuhi tawaran spesifikasi tender projek dan melepasi semua syarat2 yang telah ditetapkan.



Jumaat, 14 Disember 2012

76 Nak naik kenderaan ini harus bawa bekal

Teka teki untuk hari ini... Dalam banyak2 kenderaan, kenderaan apa yang kalau korang naik haruslah bawak banyak bekal?


Jumaat, 23 November 2012

72 Rahsia gelap orang lain di tangan anda

Bayangkan anda bekerja sebagai seorang juruteknik komputer di tempat kerja anda. Suatu hari P.A. kepada Managing Director syarikat anda bekerja memanggil anda untuk membaiki komputer bosnya yang telah rosak. Anda pun mengambil komputer pengarah urusan tersebut ke bilik pembaikian anda dan mula membaiki.



Khamis, 12 April 2012

39 Individu paling dibenci di Malaysia

Kita biasa dengar bintang paling popular, individu paling ramai peminat, individu paling disukai, tapi jarang kita dengar individu paling dibenci. Berikut merupakan 15 individu yg tidak digemari dan disenangi ramai orang di Malaysia tanpa mengikut turutan... Mungkin ada yg korang suka disebabkan ada talian darah, kawan anda, korang sokong ideologi yg dibawa, minat pada mereka, dan pada mereka ini pula mungkin mereka merasakan ramai yg meminati dan suka kat mereka tapi hakikatnya ramai juga yg benci dan meluat... Sebabnya? Fikir atau cariklah sendiri kat Internet...

1. Rosmah Mansor

Jumaat, 17 Februari 2012

20 Kuiz gender bender

Soalan berikut untuk menentukan anda lelaki atau perempuan... sila jawab dlm hati dgn sekali lalu tanpa merujuk Google atau kamus dewan, kalau tak tahu skip sahaja ke soalan berikutnya.