Memaparkan catatan dengan label Nostalgia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nostalgia. Papar semua catatan

Selasa, 1 Julai 2025

0 Jangan mengharap pulangan tinggi bila jual nostalgia

1. Tahun 90-an dulu komik Hong Kong begitu popular. Alam Perwira, Juara Wira, Pendekar Laut, Pedang Setiawan dan sebagainya. Lalu pada tahun 1998, bila keluar live-action filem Pedang Setiawan iaitu The Storm Riders, sambutannya sangat menggalakkan termasuk di Malaysia.

2. Sekarang, cuba bayangkan kalau filem tersebut keluar tahun 2025. Belum tentu akan dapat sambutan yang hangat. Ya, ia memang pernah popular pada suatu masa lalu, tetapi pada zaman ini ia tak lebih dari sekadar kenangan dan nostalgia.


Sabtu, 25 Julai 2015

4 Kisah Raya: Secebis memori manis di Hari Raya

Zaman aku berpuasa dan beraya masa kecik-kecik dulu best gila. Aku ingat lagi, masa tu bila balik kampung rumah atuk, aku akan berjumpa dengan sepupu2 yang lebih kurang sebaya dengan aku.



Khamis, 23 Julai 2015

5 Kisah Raya: Aktiviti ziarah VS melepek depan TV

Masa dulu, awal pagi raya memang suasana yang sungguh syahdu. Pagi-pagi mandi, lepas tu pakai baju baru, cium tangan mak bapak. Lepas sembahyang, habis semua rumah jiran satu kampung kita serbu. Punya seronok walau pun masa tu satu rumah biasanya dapat seposen je.



Rabu, 22 Julai 2015

5 Kisah Raya: Kenangan bermain mercun

Memang tak nafikan sambutan Ramadhan dan Syawal setiap tahun kebelakang ni makin hambar, tapi mungkin saya sorang je yg terasa begitu kot. Mungkin bro2 yang lain ok je dan makin meriah. Saya boleh lihat budak2 sekarang pun dah tak bersemangat sangat menyambut Ramadhan macam saya masa budak2 nakal dulu2.



Selasa, 21 Julai 2015

11 Kisah Raya: Suasana raya sudah banyak berubah

Walaupun saya nih muda lagi, tapi zaman macam tu sempat gak rasa. Masih dalam zaman meriam buluh kalau kat kampung. Cuma saya tak tinggal kat kampung (jadi saya terlepas bahagian meriam buluh tu... Sedihnya... hehehe...). Tapi macam yang bro bwan cakap, kebanyakan ibu bapa zaman tu memang tak kasi anak2 kuar malam sangat.



Isnin, 20 Julai 2015

7 Kisah Raya: Sambut raya dulu dan sekarang

Pabila Ramadhan menjelma, saya akan mula mencari pelita minyak gas, mula memotong buluh untuk dibuat tiang dan dipacakkan disekeliling rumah. Semangat nak raya padahal baru saja bermula puasa. Dalam pertengahan bulan Ramadhan, kedai-kedai runcit mula menjual bunga api dan mercun. Dulu tak macam sekarang, jual mercun tak salah. Sanggup korek tabung dan mintak duit kat mak nak beli bunga api dan mercun. Malam ja, pakat dok main ramai-ramai. mercun apa yang tak pernah main, mercun lada, mercun papan, mercun telur naga, mercun mancis, mercun roket, mercun bunga, mercun gasing, mercun ayam, mercun lebah, mercun zig zag, mercun das, mercun payung terjun, dan mercun buatan sendiri. Semua saya dah pernah main...



Ahad, 19 Julai 2015

2 Kisah Raya: Seronoknya raya zaman kanak-kanak

Kata orang raya setahun sekali. Tapi setiap tahun keseronokannya berbeza bagi sesetengah orang. Ada yang makin seronok dan ada yang makin hambar barangkali. Terutamanya orang yang dah berumur macam saya. Anak dah dua tiga dan bajet pula banyak yang keluar nak balik kampung sendiri dan balik kampung orang rumah. Tapi, yang pasti, dalam agama, Ramadhan adalah penghulu segala bulan dan 1 Syawal pula adalah hari kemenangan bagi orang-orang yang beriman.



Sabtu, 18 Julai 2015

7 Kisah Raya: Aidilfitri dulu dan kini

Ketupat dan rendang masih dijadikan hidangan utama, namun hari pertama Syawal yang sangat istimewa buat semua umat Islam sudah banyak berubah mengikut peredaran masa. Meskipun terdapat kelainan, ia tidak bermakna hubungan silaturrahim antara sanak-saudara dan sahabat-handai sudah kian renggang serta matinya sesebuah tradisi dan budaya masyarakat Islam di Malaysia. Sebaliknya, ia membuahkan bukti evolusi tradisi dan budaya itu.


LOKASI



Khamis, 1 Januari 2015

13 Tahun 2014 penuh duka, tahun 2015 mengharap sinar

2014...
Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan...
Mengharap sinar, harapan dan senyuman...

Namun siapa sangka...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...



Isnin, 17 Jun 2013

56 Penipu dan pengkhianat di alam siber

Tengah2 blogwalking tiba2 terjumpa sebuah blog yang banyak menulis pasal sebuah web-based game iaitu Travian di http://travianclan2011.blogspot.com/. Aku teringat aku pernah aktif main game ni beberapa tahun yang lalu, waktu tu server Travian Malaysia masih lagi beta, belum ada admin pun lagi. So bila baca blog tu buat aku teringat zaman2 dulu, dan yang lagi ohsem, blogger tu adalah seorang awekz. Tapi entry ni bukan nak cerita pasal awek ya.



Khamis, 13 Jun 2013

82 Fesyen budak2 yang annoying di mata orang dewasa

Sewaktu zaman aku sekolah dulu, aku adalah seorang yang agak nerd. Masa darjah 6 aku dah start pakai cermin mata. Baju2 sekolah dan segala pakaian semua dibelikan oleh mak bapak aku, aku hanya pakai sahaja tanpa banyak cerita. Waktu sekolah rendah aku bersekolah di kawasan yang boleh dikira kawasan luar bandar jugalah, so tak berapa pandai dan peduli pasal fesyen2 pakaian. Biar la nampak selebet atau selekeh, janji aku selesa pakai sudah.



Selasa, 14 Ogos 2012

76 Muzik zaman kegemilangan aku

Tengok Closing Ceremony Olympics 2012 Londan tempoh hari dengan kemunculan semula Spice Girls dan persembahan lagu Wonderwall oleh Beady Eye (former Oasis bandmate) buat aku teringat nostalgia muzik zaman2 aku membesar dulu. Aku membesar dengan lagu dan muzik dari band2 dan pemuzik2 antara yang berikut terutama sewaktu di sekolah menengah. Sekarang ni ada yang masih aktif, ada yang sudah berpecah, sudah kurang aktif, tidak aktif, hiatus, akan bersara, buat comeback dan macam2 lagi. Sekarang cuba teka berapa umur aku? Sapa dapat jawab betul aku bagi hadiah percutian ke Nepal selama 4 hari 3 malam dengan perbelanjaan sendiri.



Sabtu, 10 Mac 2012

11 Korang tahu korang dah tua apabila...


Hurray for 70's dan 80's kids!