Memaparkan catatan dengan label Rumahtangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumahtangga. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Oktober 2024

0 Isteri jaga suami sakit tapi suami kahwin lain

1. Tular kisah seorang wanita berkongsi kisah menjaga suami yang sakit akibat kemalangan, lepas 6 tahun dah sembuh, mereka berpisah dan bekas suaminya kahwin lain.

2. Ramai yang terus menerus membuat jenaka, mengejek dan mengecam suami wanita tersebut, hingga akhirnya wanita itu memadam perkongsiannya dan menyatakan yang perpisahan itu bukan salah sesiapa dan mereka berpisah secara baik.


Selasa, 2 Julai 2024

0 Bila perempuan nak lelaki tanggung semua benda

1. Dalam rumahtangga, lelaki wajib bagi nafkah kepada tanggungan iaitu isteri dan anak-anak seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya. Maka ada yang beranggapan suami kena tanggung semua benda dan isteri tak boleh kongsi bayar.

2. Betul, tak salah pun lelaki nak tanggung semua benda dari A ke Z, cuma kita kena realistik. Kalau nak lelaki tanggung semua, isteri pun kena rela dan sanggup hidup dengan apa yang suami mampu tanggung. Kalau suami gaji RM2000 sebulan, isteri kena terima lah dengan apa yang suami mampu sediakan dengan gaji sebanyak itu.


Jumaat, 1 Disember 2023

0 Apabila terpaling di media sosial tak sama dengan realiti

1. Tahun ni sahaja dah beberapa pempengaruh yang kecundang. Di media sosial tampak terpaling bahagia, terpaling setia, terpaling sweet, terpaling nasihat dalam perhubungan, terpaling motivasi, terpaling macam-macam lah.

2. Alih-alih, beliau sendiri melakukan perkara yang sangat bertentangan dengan apa yang pernah dia cakap, nasihat dan tunjuk pada umum.



Sabtu, 9 September 2023

0 Buasir Otak TV: Ikrar

Sebuah komik yang mengisahkan tentang dua orang pelajar sekolah menengah, seorang dari kelas hadapan manakala seorang lagi dari kelas belakang. Walaupun mereka dari dunia yang berbeza, namun bersama mengikat ikrar demi mengejar impian. Jom tonton animasi ini.



Khamis, 22 September 2022

1 Apabila pemangsa lebih dikasihani dari mangsa

1. Ada kes budak perempuan 19 tahun share kat IG dia gambar, rakaman audio dan pendedahan menjadi mangsa penderaan ayah tiri yang berusia 40-an.

2. Dia kena cekik, lempang, lempar, tarik rambut, pukul, pijak, tendang, sepak, hampir kena tetak parang dengan bapak tiri. Mata lebam, muka berdarah, badan bengkak.


Isnin, 10 Mei 2021

0 Perlukan jodoh untuk berubah menjadi baik

1. Selalu baca terutama kat page-page confession yang entah apa-apa tu, orang tulis yang dia perlukan pasangan hidup agar dapat membimbing dia ke jalan yang baik.

2. Yang lelaki berharap ada perempuan hadir dalam hidup dia untuk mengubah dia jadi baik. Yang perempuan pula berharap ada lelaki hadir dalam hidup dia untuk ubah dia jadi baik.


Sabtu, 24 April 2021

0 Jangan takut bini sebab beras kita beli

1. Frasa "beras kita beli" adalah satu jenis gurauan para lelaki yang menggambarkan suami tidak perlu takut dan tunduk pada bini kerana mereka yang beli beras.

2. Hakikatnya, frasa tersebut sebenarnya membawa makna yang lebih mendalam dari sekadar nak berlagak dan tunjukkan kekuasaan suami dalam rumahtangga, sebaliknya ia menggambarkan suatu tanggungjawab.


Ahad, 17 Mei 2020

1 Buasir Otak TV: Kenapa aku yang diuji?

Seorang lelaki yang berjaya dalam hidup dan membuat banyak amal kebaikan, diuji dengan dugaan berat apabila dia hanya tinggal 5 hari sahaja lagi untuk hidup akibat penyakit kanser hati. Namun isterinya sukar untuk menerima kenyataan dan mula mempersoalkan kenapa dalam ramai-ramai orang di dunia, suaminya yang dipilih untuk menerima ujian berat ini? Jom tonton animasi ini.



Khamis, 14 Mei 2020

1 Buasir Otak TV: Sedetik bahagia

Sebuah kisah tentang seorang wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya pada minggu hadapan, namun mendapat tahu yang beliau menghidap penyakit leukemia dan hanya ada beberapa bulan lagi untuk hidup. Jom tonton animasi ini.



Selasa, 12 Mei 2020

0 Buasir Otak TV: Istikhara antara dua cinta

Menceritakan tentang seorang lelaki yang telah berpisah dengan kekasihnya. Akibat kecewa, dia telah meminta ibu bapanya untuk mencarikan isteri. Namun setelah berkahwin, bekas kekasihnya ingin kembali padanya, dan kini lelaki tersebut buntu sama ada mahu memilih untuk berkahwin dengan bekas kekasihnya, atau memilih untuk kekal dengan isterinya. Jom tonton animasi ini.



Isnin, 4 Mei 2020

0 Buasir Otak TV: Aku tidak perlukan lelaki

Mengisahkan tentang seorang wanita independen yang kaya, mempunyai kerjaya yang hebat dan berjaya dalam hidup, namun bencikan orang lelaki kerana pernah dipermainkan oleh orang lelaki sebelum ini. Namun pandangannya berubah apabila berjumpa dengan seorang jejaka yang baik dan ikhlas mahu mengahwininya bukan kerana hartanya. Jom tonton animasi ini.



Jumaat, 1 Mei 2020

0 Buasir Otak TV: Refleksi wajahmu

Sebuah cerita tentang seorang wanita yang didatangai bekas suaminya kerana mahu merujuk kembali dengannya, namun pengalaman pahit yang dilakukan oleh bekas suaminya yang pernah curang dengan perempuan lain sebelum ini membuatkannya sukar untuk menerima bekas suaminya itu semula. Jom tonton animasi ini.



Selasa, 28 April 2020

3 Buasir Otak TV: Fitnah itu membunuhku

Mengisahkan tentang seorang isteri yang telah difitnah oleh kawannya sendiri lalu dia dibenci keluarga dan diceraikan oleh suaminya. Sesungguhnya fitnah itu membawa kehancuran yang besar.



0 Buasir Otak TV: Tak larat sebab puasa katanya

Tahulah kita sedang berpuasa, tapi tak boleh dijadikan alasan untuk bermalas-malasan. Si suami tu tolonglah isteri sikit, anak-anak pula ringan-ringankanlah tulang bantulah ibu bapa buat kerja-kerja rumah. Ini main game boleh pula, tapi bila orang minta tolong mula lah penat lah, tak larat lah. Jom tonton animasi ini.



Selasa, 24 Mac 2020

0 Buasir Otak TV: Pergi ke rumah calon isteri

Bila kau sukakan seorang perempuan dan serius mahu mengahwininya, beranikan diri untuk datang ke rumahnya dan berjumpa bapanya untuk meminta izin, itulah yang sebaik-baiknya. Jom tonton animasi ini.



Ahad, 12 Januari 2020

0 Buasir Otak TV: Parodi lagu lahanat pengantin baru

Bila kekasih ditinggalkan demi untuk berkahwin dengan orang lain,  lagu Pak Kodi pasti akan menghantui majlis perkahwinan. Ketahui kisahnya dengan tonton animasi ini.



Khamis, 9 Januari 2020

0 Buasir Otak TV: Izinkanku berkahwin dengannya

Sebuah animasi pendek mengisahkan tentang seorang lelaki berjumpa dengan bapa kekasihnya untuk memohon izin mengahwini anaknya.

Adakah lamaran lelaki ini akan berjaya, atau ditolak kerana perbezaan darjat?
Berapakah hantaran yang bakal diminta keluarga wanita?

Dapatkan jawapannya dengan menonton video animasi ini.



Rabu, 4 Disember 2019

0 Buasir Otak TV: Tolak lamaran 18 perempuan

Bila kau dah tolak cinta 18 gadis namun tiada kekuatan untuk tolak gadis ke-19 kerana aura dia tu... Jom tonton video animasi ini.



Isnin, 25 November 2019

0 Buasir Otak TV: Percintaan jarak jauh

Cerita ini mengisahkan tentang sepasang kekasih yang terpaksa berpisah kerana salah seorangnya ingin menyambung belajar ke luar negara. Bukan mudah untuk bercinta jarak jauh kerana memerlukan pengorbanan, kepercayaan dan kejujuran yang tinggi.

Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? Berjayakah mereka mengekalkan hubungan mereka? Jom tonton kesudahannya video animasi ini.



Khamis, 25 Julai 2019

7 Kelebihan berkahwin awal dan berkahwin lambat

Bab kahwin adalah hal yang seringkali dibincang dan diperdebatkan, antaranya tentang kahwin awal, kahwin lambat, poligami, kahwin lelaki muda, kahwin perempuan tua, kahwin bawah umur, hantaran tinggi, hantaran rendah, kahwin pilihan sendiri, kahwin pilihan ibu bapa, bercinta sebelum kahwin, bercinta selepas kahwin, penceraian dan sebagainya.

Dari sudut hukum Islam pula, pernikahan boleh jadi wajib, sunat, harus, makruh dan haram, bergantung kepada keadaan.

Untuk kali ini aku nak kupas sedikit antara kelebihan berkahwin awal dan juga kelebihan berkahwin lambat. Kekurangannya pula boleh terbalikkan sahaja kelebihan masing-masing.