Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Cuti

Apa yang menarik tentang Traveloka Sale dan Matta Fair 2018

Wah! Dah di bulan September kita ye. Cepat sungguh masa berlalu. Rindu nak update blog hari ni. Sedikit  free lepas hantar anak-anak ke sekolah. Si kecik pun sedap tido berselimut litup lagi. Takde gangguan untuk mengadap laptop. Hihi Urusan rumah tangga biasalah, tak pernahnya habis. Jadi kita buat yang mana termampu, kalau rasa penat.. kita pejam je mata, so tak nampaklah kan, haha (oh! jangan tiru tau perangai camni) Sebelum tu, sempat lah scroll laman Facebook, tengok aktiviti kawan-kawan. Melintas di wall, post 'kawan baik' yang baru balik dari bercuti ke Korea, seronok membaca pengalamannya ke Korea. Aku ralit membaca bila dia bercerita dengan detail setiap tempat yang dia lawati, tren nombor berapa dia naik dan berapa harga tiket yang perlu di bayar untuk masuk ke tempat yang dilawati tu. Aku yang membaca pun serasa ada bersama dalam setiap cerita nya. Sebenarnya, Korea pun ada dalam list impian negara yang ingin di lawati. Moga tercapai satu hari nanti. Emmm, tak ...

PART 3: Sabah, Ada Umur Jumpa Lagi

Sementara Aisha masih tido, jom habiskan entri Sabah, boleh bah kalau kau  (^_^) Hari ke3 di Kota Kinabalu Dah nak balik pun, baru nak merasa duk apartments cantik sambil berangan rumah sendiri, dah nak balik, haha. Saja pagi tu merehatkan diri, taknak bangun dari katil. Anak2 besar dah riuh kat luar, pepandai makan roti dan biskut kat dapur. Umie sedap berbaring di katil layan baby SAA. Dah cakap kt enAbe, check out nanti terus cari makan. Simpan perut, malas nak keluar pepagi. Lepas solat Zohor, dalam jam 1 tgh hari kami check out dari apartment.  Terus cari makan, untuk kali ke2nya kami singgah lagi makan ikan terbang di Restoren Nasi Padang Ibu . Ntah kenapa suka nak makan kat situ. Order yang selain dari menu sebelum, cuma Ikan Terbang dan Rendang Daging Hitam tetap kami pilih. Lepas makan terus ke airport, serah keta dan check in. Masa tu dah jam 3.30 ptg. Tak sangka dapat jumpa kakak yg pernah trip ke Medan dulu Klik Sini . Dia mmg duk KK, ajak kami ke rumah ...

PART 2: Kundasang Mini New Zealand

Sambungan dari entri sebelum... Sebenarnya masa pilih nak ke Sabah, takde perancangan nak ke Kundasang pada awalnya. Sebab plan nak bawak Mil makan seafood je, tapi bila Google pasal Sabah dan komen2 rerakan di fb, ramai yang komen kata rugi kalau ke Sabah kalau tak ke Kundasang, ala2 New Zealand kata diorg. Eh, kita dahlah rindu nak pegi lagi ke NZ lagi tapi setakat rindu je lah, sedar diri bukan lagi airline staf yg ada tiket free tiap tahun. So jomlah kita mengubat rindu ke Kundasang, huhu Kami gerak dari apartment jam 6.40 pagi, sebab ada kawan yang kata kalau lambat sampai, nanti awan dah tutup Gunung Kinabalu. Emmm, pagi lah sangat, padahal dah mcm pukul 8 pagi kalau di Semenanjung. Suka je tgk pemandangan sepanjang jln. Yelah, tempat tak pernah pegi kan. Kami singgah di Pekan Nabalu, singgah sarapan. Sempat bergambar kenangan nampak Gunung Kinabalu dari belakang gerai buah tu. Sempat jugak rembat tshirt 3 helai sebagai kenangan datang Sabah. Rezki kedai tu bukak awal pagi. ...

PART 1: Family Tiket Terakhir, Jom Kita Ke Sabah

Minggu lepas, 23-25 April 2016 (Sabtu - Isnin), kami sekeluarga bersama MIL ke Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Ini adalah family tiket yang terakhir dari syarikat 'wau bulan' utk en abe. Dah purchase Ogos tahun lepas lagi. Ingat nk gi jauh sikit tp mengenangkan ada baby kecik, kita pilih destinasi dekat2 je, asalkan terbang suda.. Sian anak-anak dah lama tak naik kapal terbang katanya 23/04/16 SABTU Pagi tu betul2 kelam kabut, kunci jam pukul 6 pagi tapi tangan tanpa sedar off alarm, dan tido balik. Maka berlakulah adegan lompat katil kuasa kilat bila aku terjaga jam 6.45 pagi sedangkan dah janji dengan jiran sebelah minta tolong hantar kami ke airport jam 7.15 pagi. Sib baik semua dah ready, tinggal nak mandi dan sarung je. Fuhhh berpeluk keti mak nak. Bertolak dari rumah jam 7.30 pagi dan bersarapan di Marrybrown KLIA sebab tak sempat sarapan kat umah. Flight kami MH2610 KUL/BKI jam 9 pagi. Mendarat di BKI jam 12 tgh hari. EnAbe sewa sebuah kereta (Vios) Rm180/per day u...

Cuti CNY ke Lexis Hibiscus Port Dickson

Hai korang Buat apa tu? Baby SAA tengah tido, cepat update blog Taip laju-laju dalam senafas, fuh dan sila abaikan jika ada typing error, hihi *************** Sebenarnya nak stori pasal pengalaman bersalinkan baby SAA Tapi karangan lom siap, huhu Jadi kita post kisah cuti2 masa CNY yang lepas sebelum ia basi # dah banyak citer basi yang lom sempat update kat blog # sebenarnya henpon aku dah mula problem sebab terlalu banyak gambar, huhu # jadi cepat update kat blog sebelum delete/tsfer gambar dari henpon Okey, ini plan last minute oleh CikAbe # kami memang gini selalunya, jarang plan awal kalau nak kemana2 main redah je bila ada masa dan bila ada bajet, haha Bila cuti sekolah, anak2 mesti akan tanya 'nanti kita nak cuti kat mana?' hamboih korang ni, ingat ayah cop duit eh? Sebenarnya diorang takdelah demand nak bercuti setiap kali cuti sekolah Diorang okey je terperuk kat rumah bila cuti tapi kami sama cam ibubapa yang la...

Bayou Lagoon Park Resort, Melaka

gambar dari SINI Destinasi seterusnya selepas balik dari JPO, cikAbe mencadangkan untuk bawak anak-anak 'main air' kat  Bayou Lagoon Park Resort . Last minute booking bilik, yang tinggal cuma Studio Apartment with jacuzzi, lain semua dah penuh. Kami sampai lebih kurang jam 9 malam. Bilik nun tingkat 11, tinggi melangit,nak kuar kat balkoni pun gayat semacam, sejuk tapak kaki, hihi. Takde apa aktiviti, nak kuar cari ikan bakar terkenal kat Melaka pun tak larat dah, sib baik ada 'nasi dan lauk kenduri' yang dibekalkan pada kami lepas majlis tu (orang sebut apa ye, 'berkat' eh?).  Makan tu jelah sementara tunggu esok pagi. Paginya..  pepagi cam biasa turun sarapan dengan kakak dan abam bagi can ayah dan kenit sambung tido # makanan yang disediakan biasa-biasa je Habis sarapan, kakak dan abam teruskan agenda ke theme park #sebakul pesanan pada mereka untuk jaga diri nak teman memang aku betul2 tak larat aku pulak naik ke bilik mel...

Cuci Mata ke Johor Premium Outlet JPO dan Pertemuan Selepas 17 Tahun

Sambungan entri semalam , habis majlis di Felda Sg Sibol, yang lain2 semua bertolak balik KL tapi kami sekeluarga ke JPO (bukan nak menyoping sangat pun tapi sekadar nak kenal apa itu JPO yang orang duk cerita best sangat tu, hehe). Dari umah pengantin ke JPO dalam 40 minit je, tak jauh pun. Walaupun gerak dari felda tu hujan lebat giler tapi elok sampai ke JPO cuaca elok tak hujan pun. Merestui sangat tau, haha. Aku membayangkan JPO terletak di tengah bandar, rupanya di tengah kawasan lapang tiba2 ada bangunan. Dari jauh tiba2 ko akan nampak  bangunan dengan logo jenama terkenal, eh! kat sini ke? dah sampai? hah, gitu reaksinya. Seperti biasa, enAbe akan turunkan aku kat pintu masuk, tak payah menapak dari parking, pepaham lah mak buyung memang mengah kalau kena menapak jauh pastu jalan ngan budak2 pulak, walaupun budak besar tapi agak huru hara sikit. Lagipun aku dah cakap nak singgah kejap je, ops sebelum tu memang ada janji ngan seseorang yang dah lama tak jumpa...

Cuti-Cuti ke Penang Episod 3: Jalan-Jalan Nak Cari Makan Sedap Tapi.....

Salam Jumaat.... Moga hari yang diberkati untuk kita semua, Alhamdulillah hari ni jerebu dah kurang sikit, anak2 pun dah kesekolah, banyak hari dah cuti. Maaf lambat sambung citer Cuti-Cuti Penang, sebabnya Isnin sampai Rabu aku duk ulang alik ke Shah Alam selama 3 hari berturut. Nanti aku citer pasal kursus tu kalau rajin lah, huhu. Okey, sambung citer ye, sambungan dari entri ni . Masih lagi di Hard Rock Hotel, aktiviti pagi ni gi sarapan dulu dengan kakak dan abam di kafe Hard Rock, banyak menu tapi tak tahu nak pilih apa, so ceduk nasi lemak dan bubur nasi. Kakak dan abam selera omputeh, makan roti + cereal dan sosej. Lepas sarapan pusing kejap sekitar hotel pastu balik bilik sambung berendam sementara menunggu check out time jam 12 tengah hari. Bagi ayah tido puas2 sebab nanti kena drive balik. Kali ni aku pun join berendam sekali, rugi oi datang jauh-jauh tak join berendam *sorry gambar takde eh* Jam 12 tengah hari, kami check out. Sebelum tu kita cari makan...

Family Trip 2015: Bye Bye Amsterdam, Malaysia.. Tunggu Aku Pulang

18 March 2015 ( Rabu) HARI TERAKHIR DI AMSTERDAM jam 9.00 pagi kami check out naik tren dari Amsterdam Centraal terus ke Schiphol Airport Dewasa: Euro 4.10 Remaja: Euro 2.50 Kanak2 : FOC  * budak2 ni tak pernah jemu dengan kucing, sampai sini pun masih intai kucing * tapau kebab sebelum naik tren Amsterdam Centraal sambil tunggu tren, kita posing dulu seround  aku ada gambar pertama kali kami ditempat yang sama pada tahun 2002 kalau ingat, aku edit balik entri ni korang boleh cari perbezaan aku dulu dan sekarang, haha   rasanya kami yang last check in, jumpa staf kami kat sana asal Vietnam tapi dah jadi warganegara Belanda rasanya   dalam flight Amsterdam ke Kuala Lumpur MH19 flight tak penuh, dapatlah tido selesa sikit bila seat sebelah kosong selamat mendarat di Klia jam 7.29 pagi (Khamis, 19 Mac  2015) layan Dunkin Donut sementara ayah kat kaunter taxi umie tiada dalam  gambar, tengah memikirk...