Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sharing Is Caring

Komen Paling 'Pelik' Setakat Ini

hai korang sejuk eh pagi ni rasa macam nak pakai stokin je # tiba-tiba teringat mangsa banjir di negeriku beberapa tahun yang lepas. diorang tinggal dalam khemah macam mana lah agaknya menghadapi cuaca sejuk camni, huhu eh, ni nak citer pasal pengomen kat blog tipulah kalau blogger tak suka bila ada orang komen, huhu aku ngaku suka baca komen sesapa yang singgah kat blog aku sebab taknak terlepas pandang semua komen aku setting semua komen kena approve baru publish # setakat ni takde lagi komen mengutuk, yelah.. aku bukan blogger femes pun tapi, ni komen paling 'rare' aku dapat berminat? pm dia, jangan pm aku ye hehe

Fitnah Dunia Akhir Zaman

DEAR BLOG.. Bertemu kembali kita, sekarang jam 2.12 minit pagi Emm apa nak citer ye? Hari ni rutin biasa menguruskan rumah tangga (wpun rumah takde tangga, haha) Okey dah datang pun benda yang aku nak citer. Ini tentang fitnah akhir zaman. Masyarakat sekarang memang tak bagi peluang langsung untuk sesiapa melakukan sebarang kesilapan. Untuk cepat glemer dalam dunia sekarang, ko buat benda bodoh, sekejap je viral dan ko akan femes sekelip mata. Aku kalau keluar rumah, sampaikan nak parking keta pun fikir 16x kali kalau tetiba rasa macam nak terparking kat kotak parking tempat OKU (wpun aku sangat yakin takkan ada OKU datang parking masa tu) dibuatnya ada manusia kaki viral yang hobinya suka meviralkan apa saja dengan konsep 'aku mesti share nih, konfem like 8 juta'. Sanggup lah aku menapak parking jauh semata-mata takut kena viral. Bila ko dah femes, semua kisah silam zaman lampau ko akan di korek satu persatu dari zaman tadika sampai lah saat ini. Kadang aku kesian te...

Hidup Ini Penuh Ujian

Salam Jumaat Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan bernafas dimuka bumi ini lagi. Walupun setiap hari kita lalai dan lupa akan perintahNya. Bangun lah setiap pagi dengan rasa syukur. Pagi ni agak emo, bukan pagi ni je tapi sejak seminggu dua yang lalu. Ujian pada diri sendiri dan juga orang sekeliling buat aku berfikir, apa yang kita cari didunia ni. Hidup ini cuma sementara, entah esok @ lusa kita akan meninggalkan apa yang kita ada hari ini. Kenapa nak melukakan hati orang yang kita sayang? Tak boleh ke kita hidup ikut landasan yang betul? Hidup kita bukan untuk kita semata-mata Kalau kita adalah seorang anak, kita ada tanggungjawab pada ibubapa, adik beradik Kalau kita ibubapa, kita ada tanggungjawab pada anak-anak yang diamanahkan oleh Allah Janganlah mementingkan diri sendiri. Jangan aniaya orang lain demi kepuasan kita. Hari ni buat orang menangis, sakit hati. Esok lusa kena kat kita @ orang yang kita sayang. Apa kita rasa? Rasa oren kah @ rasa lem...

Kongsi Cerita: VCO Virgin Cocunut Oil

Hai Semua nak share sesuatu yang menarik  (ini bukan entri berbayar ye, ikhlas nak cerita) Sapa sini ambik VCO sebagai supplement harian? Aku ni cukup malas nak makan supplement Tapi yang peliknya, masa pregnant cikebom Aisha, aku rajin pulak Siap makan dengan teratur lagi tau tepuk untuk diri sendiri syabas  Ni antara yang aku makan tanpa culas waktu pregnant VCO by Catalyst * beli ngan kawan opis dulu*  yang ni aku makan masa awal kandungan Lagi 2 bulan sebelum bersalin, aku cuba yang ni yang ni jenis cecair, minum pakai sudu Alhamdulillah, Kelebihan yang aku dapat dari VCO ni dengan izin Allah ialah: - Masa cikebom Aisha ni langsung takde kena tegur dgn misi pasal Hb low. Pregnant 3 yg lepas, asik kena bebel dengan misi sebab hb low. Mcm2 cara aku cuba dan mcm2 petua aku ikut, mkn sayur bayam, mkn kerang, makan hati ayam@lembu. Tp kali ni hb elok je smpai bersalin.  ALHAMDULILLAH. - dengan IzinNYA juga, bers...

Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak-Anak

Hai blog *lambai ala ratu* kebetulan bukak laptop ni meh lah kita update blog sepatah dua kata Alhamdulillah, setelah bertangguh sekian lama akhirnya urusan buka akaun Tabung Haji untuk anak2 pun selesai Susahnya sebab Tabung Haji takde di Nilai kena pegi Seremban @ Banting, yang mana terdekat Nampak sangat beza buku lama dengan buku baru buku kuning tu aku dan kakak dah bukak tahun 2010 dan 2011 tapi tak aktif, so bila nak simpan duit kat Bank Islam tak boleh katanya, akaun tak aktif kena aktifkan akaun semula di Tabung Haji Alang-alang dah sampai Tabung Haji teruslah buka akaun untuk abam, kakcik dan cikebom fuh lega rasanya Untuk buka akaun Tabung Haji - mykid @ surat beranak - isi borang di kaunter - rm10 untuk buka akaun tapi belum daftar haji, sebab perlukan rm1300 dalam akaun kalau bekerja, cuma bawak penyata kwsp terus boleh daftar next time lah, sebab penyata kwsp tak bawak (sebab tak tahu) okey, mula menyimpan dar...

Pertama Kali: Rawatan Acupunture

SALAM HARI MINGGU..  BYE BYE SEPTEMBER and WELCOME OCTOBER Sementara roh rajin datang ni, hari-hari kita update blog ye, nanti datang roh malas, berbulan lah blog ni bersawang dan bersemak sampai tak jumpa jalan masuk, haha. Okey nak tanya, ada sesapa yang singgah baca blog aku ni penah try Rawatan Akupuntur? Ala yang cucuk2 jarum kat badan tu. Kalau tengok gambar, konfem belah bagi nak buat ke tidak sebab ngeri tengok badan kena cucuk dengan jarum tu. Sedikit info tentang rawatan akupuntur dan kebaikkannya boleh baca di  SINI . Aku copy sikit je. Apa itu Akupuntur? Akupuntur berasal dari bahasa Latin iaitu Acus (jarum) dan Punggere (cucuk) manakala dalam bahasa Cina ianya disebut Cenciu. Ianya adalah satu ilmu atau seni perubatan yang menggunakan jarum-jarum halus yang dicucuk pada titik tertentu di badan yang lebih dikenali sebagai  "acupuncture point"  atau  titik akupuntur . Tujuan akupuntur adalah untuk merangsang tenaga...

Jaga Muka Dengan Serum

Salam Jumaat... Sebenarnya aku tersilap hari, mati-mati duk ingat hari ni Khamis. Adoi la, dah tak keje ni kadang haribulan dan hari pun boleh ingat-ingat lupa. Sabor je lah Perkongsian hari ini ialah tentang jaga kulit. Wah ko... bajet cantik sangat kan nak kongsi rahsia kulit cantik. Takde maknanya pun. Aku kulit biasa-biasa je. Takdelah gebu gebas mana pun, cuma takde jerawat batu je. Dah penghujung 30an ni baru sedar nak jaga kulit nak jaga badan bagai, harapnya belum terlambat. Lagi 3 tahun masuk angka 4 series, kekadang rasa jeles tengok akak-akak yang aku kenal nampak cantik walaupun dah bercucu. Moga aku pun cantik dan sihat macam diorang di usia itu nanti, Insha Allah. Aku baru berjinak pakai serum sejak beberapa bulan lepas. Memula dapat free, pakai lah bila ingat. Lama-lama rasa suka bila sentuh kulit muka rasa licin dan lembut je. Takdelah lembut macam pipi Baby Aisha tu, tapi lembut dan lembab lah dari dulu-dulu. Rupanya banyak je serum jual kat pasaran, tinggal ...

By Dream Sister Bundle, Kualiti Setanding Dengan Harga

Dulu jarang tengok @ jumpa kedai bundle baju baby. Yang ada cuma untuk dewasa je. Sekarang ni dah banyak, kalau di Facebook tu boleh kata berderet jual baju bundle baby. Aku pun dah jadi ketagih beli baju kat laman bundle baby ni  *pre love lah sedap sikit sebut dari bundle, hehe* . Sebelum tido, duk skrol FB yang jual prelove. Kalau timing bagus, ada orang prelove baju anak-anak diorang yang dah tak muat, baju branded dapat kurang dari rm10 dengan kualiti cantik lagi.  Selain dari kawan baik aku jual bundle baby, yang aku pernah share kat blog suatu ketika dulu  KLIK SINI , terbaru adik ipar pun baru berjinak jual bundle baby. Meh tengok model tak berbayar masa diorang ambik stok, cikebom meyelit bersama sepupu2nya, hehe. Okey jangan malu-malu untuk like page diorang ye, By Dream Sister Bundle . Ada jual selai selai dan boleh jugak beli kiraan kilo (mana tahu korang nak niaga jual kat opis ke, jual kat taman dengan jiran2 ke) boleh pm terus kat page...

Dilaila Food, Sambil Makan Sambil Jual

Antara hobi aku selain baca buku, jalan-jalan, makan pun aku suka. Duk umah ni lagi lah buntu makan masakan sendiri. Ko masak, ko makan. Nasib baiklah enAbe memahami, jadinya Sabtu @ Ahad wajib keluar jalan-jalan dan makan kat luar. Yelah kan, isnin sampai jumaat dah penat jadi House Manager, kihkihkih. Okey ni nak share satu tempat makan best kat Nilai. MMA Santai Corner namanya, kalau warga Nilai tak tahu tempat ni, memang saja lah tau. Kalau nak pegi, korang google je MMA Santai Corner, nanti en Waze tunjukkan jalan. Kalau sampai bulatan Bandar Baru Nilai tu nampak keta atas bumbung, hah dah betul lah tempatnya tu. Kat situ memang banyak gerai makan, tapi yang aku nak share ni gerai Kak Laila gambar dari sini Masuk je korang perhatikan warna hijau, nampak je banner hijau itulah gerai kak laila. D'laila Mee Udang namanya. Sapa suka udang size besar, sini tempat wajib singgah. gambar asal dari blog ini (maaf kongsi gambar dari blog lain, henpon dah slow malas nak c...

Cuci Mata ke Bangi Central, Banyaknya Butik Tudung

Alhamdulillah, pagi ni bangun dengan sihat walafiat selepas 2 hari demam melepek (demam selsema teruk + demam perasaan, haha) . Setakat ini apa yang aku risaukan cumalah mainan perasaan, harap2 tidaklah berlaku dalam masa terdekat, tak sanggup menghadapinya lagi, huhu. Ops, jangan fikir bukan2 ye, cuma kerisauan kot mengandung lagi sebab sampai sekarang, period lom datang. Ada yang kata itu biasa sebab aku full breastfeed. Alhamdulillah, hari ini juga masih berupaya mengganti puasa Ramadhan lepas, ada lagi baki 8 hari nak kena ganti, mesti ganti jugak sebelum habis bulan ni. sebabnya Jun nanti dah masuk Ramadhan. Seronoknya dapat bertemu Ramadhan lagi, Insha Allah. Okey, hari ni nak bercerita tentang kisah Isnin lepas. Ini ialah plan terjah je, selepas kisah trip Vietnam yang kensel. Cikciva dan sorang lagi adik pompuan dah ambik cuti nak follow gi Vietnam, sib baik cuma apply cuti je tapi dedua belum beli tiket dan yang adik sorang lagi tu pun belum buat passport, haha). Diorg da...

Asam Pedas dan Gulai Lemak Ikan Keli Salai di Cafe Impian

Ya Allah mengantuknya petang ni. Malam tadi tido tak lena, si kecik asik berjaga je, nyamuk banyak pulak tu, dah lah halus, nak tampar asik tak kena je. Nak tido pun tak boleh, banyak lagi urusan belum selesai, baru lepas hantar kakak gi ko-ko, abam ke sekolah agama. Ni tengah tunggu call dari EnAbe untuk pick-up kat airport, penat oi jadi supir nih. Dah lama tak apdet blog, ada je rasa nak tutup terus blog ni tapi sayang pulak. Takpe lah ye sesekali update cerita basi. Sekarang aku suka nak share makanan, kedai makan, benda yang diguna, apa saja yang bagus untuk dikongsi, takkan hari2 nak cite pasal diri sendiri je, ko ingat ko artis yang semua benda orang nak ambik tahu? haha Okey, ni nak share satu restoren? Em nak panggil restoren ke? Sebab kecik je kedainya, ala kafe gitu. Eh memang Cafe pun namanya, CAFE IMPIAN. Terletak di 9 Avenue Nilai, senang citer dalam kawasan Giant Nilai. Banyak kedai2 tepi tu, cafe ni terletak sebelah Sushi King, bawah Kedai Buku Popular. ...

Cheesekut Semudah ABC, Kegemaran Anak-Anak

 Selamat Pagi korang buat apa tu? dah masak ke belum? kain dah basuh ke? soklan itu ditujukan kepada surirumah cam aku bagi yang bekerja, selamat bekerja ye tunaikan tanggungjawab sebaik mungkin *tetiba rindu meja kat opis dulu sapa agaknya duk kat meja sebelah mesin potostat tu ye* okey, move on *tarik napas, hembus* Sejak duk umah ni, baru tahu boleh tahan selera anak-anak aku nih mulut asyik mengunyah je, hihi sampai aku kena perah otak nak masak apa pagi nak sarapan apa? petang nak kudap-kudap makan apa? malam nak makan nasi ke nak makan apa? wah! mak-mak sangat tau Saja nak share, kegemaran anak-anak terutama si kakak sekarang ni ni bahan2nya biskut (apa brand pun boleh, janji biskut) susu segar nestum cream cheese (ni pun belasah brand apa pun) susu pekat (setengah tin je aku guna) Caranya: blend susu pekat dengan creem cheese (nak kacau ngan sudu pun boleh, tapi blend lagi sebati) rendam b...

Kaklin Kids Bundle

Baru selesai asingkan baju-baju Baby Aisha yang dah tak muat, jangan tak tahu, umur baru 3 bukan lebih, tapi baju size 3-6 bulan dah tak muat. Dia pulak susu badan sepenuhnya, kemain membolat badan, kalau dukung setengah jam pun dah lenguh tangan. Kuat menyusu, badan naik bagai di pam-pam. Aku ingat nak jual prelove je baju-baju tu, tengok banyak je page prelove kat Facebook, kalau tak laku.. sedeqah jelah kat sesapa yang baru dapat baby, baju elok-elok lagi, pakai tak sempat berpeluh pun. Ada yang baru pakai sekali dua, dah tak muat. Aku ni pulak pantang betul nampak baju baby girl, laju je nak membeli. Tambah2 lagi membeli sekarang tak payah keluar kedai, online pun habis duit, huhu. Baju baby bukan murah, kalau masuk butik baby, paling sempoi brand Anakku pun dah puluh2 RM selai baju, belum lagi masuk butik mahal. Bukan tak boleh beli baju baru tapi nanti membazir, lain lah kalau anak sulung, boleh diperturun pada adik2nya nanti. Tapi aku ni dari zaman anak sulung lagi, tak suka s...