Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kenangan

Lockching @ Satey Ikan

Ini Lockching @ Satey Ikan Masa kecik dulu-dulu, selalu petang-petang ada motor masuk kampung macam jual aiskrim tu, jual Lockching. Seposen secucuk. Beratur lah budak-budak beli lockching. Sabar je tunggu pakcik tu membakar atas pembakar arang mini yang di sangkut tepi tong satey tu. Bau nya wangi menyucuk hidung buat kami menitik air liur. Boleh pilih nak Sos Pedas ke Sos Manis. Bila makan tu, hirup sos sampai licin plastik, punya lah sedap  Sekarang dah moden, Lockching dah boleh order online Yang dalam gambar  ni aku order dari Terengganu Seller pos guna Poslaju Siap dengan kuah pilihan Sos Pedas dan Sos Manis dalam botol Nanti bakar dalam pemanggang ajaib atas dapur gas Makan lah sepuas nya sambil mengenang memori dulu-dulu

Entri Pertama 2018: Ayah Hebat

Alhamdulillah, masih bernafas sehingga kini. Sudah di bulan Februari, bulan kelahiran aku yang ke39 tahun. Lamanya aku tinggalkan blog kesayangan ni. Bukan takde masa, tapi mood untuk berblog dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Okeylah, ini Entri perttama di tahun 2018. Malam ni tiba2 rasa nak bercerita tentang AYAH. Setiap anak pasti nya menjadikan AYAH nya sebagai Idola. Masa remaja, aku berharap akan bertemu lelaki macam ayah sebagai pasangan hidup, Yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga. Ayah seorang yang tak banyak cakap, kalau minta izin, bila diam itu tandanya ayah izinkan. Tapi kalau ada bunyi ayat dari mulutnya, itu bererti, Ayah tak bagi. Sekarang aku ada 4 anak, semestinya Ayah mereka adalah Ayah Yang Hebat di mata mereka. Bila Ayah Out Station, asyik bertanya bila ayah nak balik, bila Ayah sampai kemuka pintu, berkejar sambut Ayah. Bila Ayah nak keluar rumah, semua tadah pipi untuk di cium. Ayah yang melayan cerita mereka, melayan permintaa...

Makan Atas Dulang Menggamit Kenangan

Hai Blog Mood Rajin datang Manfaatkan sebaik2nya Saja tulis sebagai kenangan Seiring dengan bertambahnya usia Kita suka mengenang kisah dulu-dulu Kisah kita membesar di kampung Antara perkara yang mengimbas memori ialah Pinggan Lama dan Dulang yang dulu2 kita tak ambik kisah pun Tapi sekarang, tengok Pinggan Lama pun boleh menitik airmata sob sob sob Kecik2 dulu biasa tengok nenek hidang makan guna dulang tutup dengan tudung saji  makan bersila ramai2 sekarang makan bersila pun dah payah jumpa kecuali ada kenduri di kampung tu pun dah banyak yang majlis ala buffet, sendiri cedok Beberapa minggu lepas aku ternampak orang jual dulang lalu tu dia panggil  'singgah tengok dik, hari ni last day, murah saja rm10' tak fikir panjang terus beli 1 dulang dia besi je takde bunga2 corak anak2 buah datang rumah tu hari, aku rasmi kan bagi kakcik dan sepupu2nya makan atas dulang pelik je muka diorang makan ramai2 atas satu bekas ...

Kenangan: Air 4 Jenis

Tadi aku duk skroll gambar2 dalam handphone, terjumpa gambar ni. Sebelum delete, meh kita stori mori sikit. Apehal lah ye sampai 4 jug air tu? Nak kenduri ke? Sebenarnya ini gambar masa Ramadhan yang lepas. Aku bancuh air oren sunquick, sekali enAbe balik bawak air jagung. Tak lama tu adik pulak datang nak berbuka sesama, dia pun beli air jugak (2 jenis, aku pun dah lupa air apa). Gambar ini mengingatkan aku pada zaman berpuasa masa kecik2 dulu di kampung. Seronok sangat kenangan membesar bersama adik beradik. Mak ayah melayan je karenah anak-anak berpuasa, kalau 3 anak, ada 3 jenis air. Air tebu, air soya, air oren. Semua mengadap jug air tu sementara tunggu waktu berbuka. Hehehe Itu baru bab air, belum bab makanan lagi. Tapi selalunya, masuk je waktu berbuka, dah togok air bergelas-gelas, dah tersandar kekenyangan air, haha Okey lah itu je nak share, korang pun mesti ada kenangan camni kan? Sekarang semua sudah berfamily, kita pulak layan karenah anak-anak berpuasa

My Last Tickets is B.U.R.N

Salam Jumaat Tajuk omputeh konon, abaikan kalau grammar ke laut, haha Post ini ditulis sebagai kenangan, tiada kaitan dengan yang hidup @ dah mati Sepatutnya pada waktu entri ni ditulis Aku sedang berpeluh ketiak tawar menawar dalam Pasar Ben Thanh haha ni kalau CikViva baca konfem gelak dengan kakak sengal dia sorang nih nasib baik lah dia bertangguh2 beli tiket kalau tidak, dengan tiket dia sekali BURN jugak Dibawah ini adalah ticket terakhir aku sebagai 'airline staff' Ticket ke Vietnam hari ini 6 May 2016 Masa diberi notis oleh kompeni, bagi sesiapa yang Exit Ogos 2015, mesti habiskan tiket sebelum Jun 2016, aku buntu nak pilih destinasi, masa tu aku dah tahu 'baby' akan lahir samada Dec@Jan. Tapi aku gamble pilih Vietnam, konon masa tu baby 4/5 bulan, mungkin aku boleh tinggal kejap dengan Mak aku @ Mil. Cadangnya nanti nak ke Vietnam bulan May dengan CikViva , sambil shopping baju raya, makan pho mee dan minum kopi ais ka...

Terima Kasih, Kau Tetap Di Hati

Salam Terima Kasih pada yang masih sudi singgah di blog sendu ni makin lama makin sendu, huhu Semalam 24 Ogos 2015 hari terakhir aku menerima gaji sebagai pekerja Setiap bulan sejak 17 tahun lepas, Maybank menghubungkan kami berdua Lepas ni aku cuma mengharapkan 'wang sara hidup' dari housemate Dengan izin Allah, aku takkan  lupa untuk berdoa semoga usahanya diberkati Di murahkan rezki untuk menyara kami semua Hari ini 25 Ogos 2015 Aku datang ke opis untuk kali terakhir Mengembalikan harta benda syarikat yang di pinjamkan kepada aku Selama aku bertanggungjawab menjaganya # sebak weiii Terima Kasih untuk segala kenangan  manis, masam, pahit selama 17 tahun kita bersama Pastinya aku merindui 'lambang wau' itu sampai bila-bila babai

Victoria Secret, Wangi Sepanjang Hari

Salam Jumaat lunch kat mana? aku tadi baru balik pos barang emm sekarang ni sepanjang masa ramai orang kat Pejabat Pos #semua pakat jual online ke sekarang? hehe #kos pos pun dah naik sikit 6sen lebih kurang, emm oh ni nak share banyak kali dah tolong kenkawan beli jadi kali ni nak share kat blog pada sesiapa yang suka produk Victoria Secret tapi tak tahu nak beli kat mana @ takde masa nak gi beli kat sopim mall @ nak belikan utk suprise pada yang tersayang boleh order ngan aku i tak charge mahal, upah GST je, boleh gitu? siap pos terus sampai ke muka pintu, hehe * sebenarnya ada kenaikkan sikit sejak Gst ni, huhu*   LOVE SPELL Set 3in1 -body mist, body wash, body lotion # member suri rumah mintak tolong belikan takde masa nak membeli kat luar katanya ni order dari kawan blogger hadiah utk diri sendiri sebab nak tengok hasil lebihan bayar cukai, hehe ni order dari member sekolah ops, aku pun ada kisah 'manis' dengan Vic...

Sebuah Kehilangan, AlFatihah Buat 'Mok'

# terima kasih pada yang sudi singgah wpun dah banyak hari tak update banyak perkara berlaku sehari dua ni 20/01/2015 (Selasa) Lebih kurang jam 7.50 malam aku baru bangun nak ke bilik air, balik keje lepak2 dulu dengar henpon bunyi, belum sempat angkat, henpon dah stop bunyi tengok henpon, rupanya miss call dari 'MUM' hati dah terasa sesuatu, sebab mak aku pantang besar telefon waktu Maghrib # ingat lagi mak selalu bebel kalau henpon bunyi waktu Magrib sebab bagi mak, itu waktu sibuk orang kejar nak solat Maghrib bila kol mak semula, talian dah sibuk tiba2 CV jenguk ke bilik aku, bagitau ' kak, mok takdok doh, baru kejap tadi' ALLAH, rasa nak gugur jantung aku harap itu mimpi, tapi cepat2 sedar yang aku bukan mimpi dipendekkan cerita, kami semua balik kampung malam tu jugak nak balik dengan flight, rasa dah suntuk sangat Terima kasih kepada 'teman sebilik' kerana memahami Terima kasih kerana bersengkang mata drive so...

Mak Datang dan Kebaikkan Bawang Putih

Salam Jumaat untuk semua wah! senyum lebar muka sorang2 ye maklum lah esok lusa tulat cuti ada rancangan nak kemana2 ke? aku ada 2  jemputan kenduri Sabtu & Ahad ni Sabtu kat Puchong sedara jauh kawenkan anaknya Ahad di Shah Alam, 2 pupu kawen Semalam mak datang, naik keta api taknak naik flight, takut katanya, huhu Mak datang untuk 2 kenduri tu # mak tahu, kalau mak tak datang, kitorang tak pegi kenduri tu nanti, huhu Macam biasa lah bila mak datang satu kampung kalau boleh nak hangkut bawak untuk anak cucu sebut je nak apa petai jeruk? cendawan kukur? semua ada asam keping tu dah bertahun aku tak beli ayah buat sendiri, berbalang2 kat umah tu petai yang dah kopek kulit, satu tipuware aiskrim yang besar tu mak bawak dah macam poket doraemon beg mak tapi kali ni ada satu yang lain dari yang biasa tapi ni bukan aku kirim tapi jiran sebelah merangkap mak angkat bagi anak2 aku tu yang kirim hasben akak tu selalu gak macam sakit ...

Sup Bebola Daging Mabeles

my lunch today sup bola-bola api, hihi # lagu Siti Nordiana n arwah Achik tu kan? femes jap lagu tu zaman remaja dulu kalau blog orang lain duk up apa dia orang masak aku pulak duk post gambar makanan beli kat kafe emm, hari bekerja bila nak masaknya balik masak untuk dinner jelah pun tapi sup tu sedap sangat bebola daging tu terasa sangat dagingnya terus teringat masa makan bebola daging kat Bakso Amat, Medan Indonesia dulu dahlah sup panas, tambah sesudu sambal kicap perghhhhhhhhhhhh layan okey, tu je nak share hari ni daaa

Buah Manggis Batu Itu Memanggil Ku Pulang

Jumaat terakhir di bulan Ramadhan yang ke 27 masih di opis hati jangan tanya lah kat mana ada pulak blogger 'sekapal' post gambar ni kat FB perghhhhhhhhh, hati rasa menggelupur nak balik kampung sobs sobs sobs 'buah manggis' yang menjadi ikon bandar tempat aku membesar kenangan sweet sour ada disini 'balik kampung, ooooo balik kampung'

Nanti Bila Kiamat, Sempat Tak Besar?

Salam Isnin kengkawan... Ramai ke yang keje hari ni? Esok cuti Isra' Mikraj kan? Selangor cuti ke? Rasanya tak cuti. Hari ni last anak2 bersekolah, lepas tu cuti panjang 2 minggu. Tapi ada jugak yang dapat cuti dari 'mak ayah', dengan alasan 'ala, sehari je lagi sekolah, tak yah lah pegi, bukan belajar pun' emm boleh lak gitu ye. Lama tak citer pasal anak-anak kan? Meh nak stori pasal Abam, My Only Hero. Tu hari dia ada citer  'Ustaz kata nanti dunia akan kiamat, semua akan hancur sampai takde apa2 lagi kat dunia ni. Semua orang akan mati, binatang akan mati. Tapi kita tak tahu bila kiamat kan? Umie rasa sempat tak abam besar?' . Hambek ko, bukan mati kutu je, bapak segala kutu pun mati dapat soklan camni. huhu. Aku terangkan pada abam, Kiamat tu PASTI. Tapi bila akan berlaku Kiamat, itu hanya Allah saja yang tahu. Sebagai hambaNya, kita tunaikan semua suruhan Allah. Jangan buat yang dilarang. Tunaikan solat 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, buat bai...

Hadiah Comel Buat Pengantin Baru

(^_^) hai, hai, hai dah sarapan? # this morning i eat nasi lemak, uwaa pas makan rasa nyesal, nape aku pilih nasi lemak, huhu  minggu depan cuti sekolah dah start kad kawin pun dah banyak diterima ada yang langsung tak kenal tapi kad ada atas meja kalau dekat ngan rumah, boleh lah di usahakan kalau jauh tu kirim salam dan hadiah je lah kot sebut pasal hadiah kawin tadi member tanya pendapat aku 'anak buah nak kawen minggu depan, nak bagi apa ye?' aku cakap 'susah2 sangat bagi lesung batu je kak, semua orang pakai lesung batu setakat bawang 2 ulas takkan nak guna blender' aku penah nampak orang bagi tong gas kat pengantin baru okey apa? mahal tu tong gas *bayangkan kalau 10 orang bagi hadiah tong gas, boleh bukak kedai tuh, haha* aku dulu masa kawen (14tahun yang lepas) berpuluh kotak set gelas/cawan aku ambik satu dua set je, yang lain simpan dalam lemari mak kat kampung nanti ada sesapa kenduri, mak balut je hadi...

Anak-Anak Dan Hari Guru 2014

Salam Jumaat untuk semua nah! jemput tengok banner Hari Guru yang aku cilok dari wsap # wsap grup zaman sekolah ramai cikgu-cikgi, aku je yang tak 'menjadi' cikgu   ramai kawan2 cikgu buat umah besar kat kampung sapa kata cikgu tak banyak duit, hihi dan sedikit kisah anak2 malam tadi Balik keje semalam terus pecut ke Hospital Seremban melawat sil yang bersalin kembar (dua2 lelaki) sampai umah, si kakak dan si abam dah balik dari sekolah SI ABAM tengah membalut sesuatu dengan kertas balut hadiah + balut apa tu abam? - hadiah untuk cikgu abam lah, esok hari guru + abam beli apa? - tak beli apa2, abam bagi bekas cantik umie kat dapur *bekas cantik? aku mana ada pinggan mangkuk lawa pun, muskil nih* sekali aku mintak tengok, terkejut terus rupanya dia balut doorgift bekas telur kenduri kawin ni ler doofgift yang dibalut utk cikgunya uwaaaaaaaaaaa, anak oi nanges cikgu korang dapat bekas telur ni di Hari Guru ...

Daun Bidara, Antara Ubat dan Pantun

yeay, dah Khamis, i love en Khamis sebab esoknya Jumaat, last day keje and the next day dah coti best best best semalam, jiran post kat FB bertanyakan sesapa tahu kat mana ada pokok Bidara nak ambik daunnya untuk berubat aku tak pasti untuk sakit apa terus tanya akak sebelah cuba hukurkan bantuan sekadar termampu katanya di sebelah surau kat taman dia ada pokok bidara tu kata kakak tu 'daun bidara diguna untuk mandi jenazah' aku pun tak pasti brother depan aku ni pulak kata 'daun bidara buat halau hantu' itu lagi aku tak pasti   sesambil tu aku tertanya2 apa sebenarnya khasiat daun bidara tu ye? jom tanya en gugel yang sedia membantu, hihi khasiat Daun Bidara ada gak pantun Bidara nasi lemak buah bidara sayang selasih hamba lurutkan tinggal emak tinggal saudara kerana kekasih hamba turutkan # zaman muda2 dulu orang tua suka bagi pantun ni tajam menikam maknanya tu tak paham? buat2 le paham lalal...

We Share, We Care: Umur Sesuai Ajar Anak Buat Kerja Rumah

DULU masa membesar di kampung, umah mak takde mesin basuh rasanya dah form 3/4 baru lah kami ada mesin basuh sebelum ada mesin basuh basuh kain baju dengan menggunakan tenaga memberus manual 2 besen besar, itu biasa bagi aku bila hari cuti masak memasak menu simple tu jugak biasa menu seperti masak nasi, goreng sayur, goreng ikan/telur, buat ikan/ayam sambal my food killer is maggi goreng kangkung dan ikan kembung sambal hehe keje rumah aku bertambah bila tempahan menjahit mak banyak  (selalunya musim nak raya/cuti sekolah-tempahan baju sekolah) aku tolong mak jahit tepi (klim tepi)  dan tolong sambungkan bahagian baju  (sambung lengan dengan pesak) adik2 aku mungkin banyak tak merasa sebagaimana aku anak sulung tapi, bila ada anak2 sendiri aku buntu nak mulakan dari mana waktu umur berapa nak ajar diorang kerja rumah? setakat ni, aku belum ajar kakak masak menu utama, huhu setakat tumbuk bawang, nasi goreng, goreng ikan, b...

Sayur Kangkung, Pilihanku Selamanya

Anak2 masih bercuti (cuti sempena besday YDP N9) tapi mak-mak kene keja la, dah keje kat Selangor kan Ramai gak yang sambung cuti dengan anak2 sunyi je opis hari ni Okey, ni nak citer dari minggu lepas, aku sedikit pelik sebabnya, rata-rata status kat FB tentang 'KANGKUNG' Ada yang post makan nasi dengan sayur kangkung ada yang post kata arnab peliharaannya suka kangkung ada jugak yang post lagu 'lenggang-lenggang kangkung' apa ke hal diorang ni? semua di 'kangkung' kan nampak sangat fresh sayur kangkung ni tengok dari rupa, ni spesis kangkung menjalar okey, dah tahu kisah sebenar, tapi tak nak komen boleh? apapun, kangkung always my feveret dari dulu sampai lo ni (sekarang) kecik2 dulu buat maggi goreng mesti letak sayur kangkung kutip belakang rumah je, tak beli pun # aku lebih suka kangkung yang menjalar dari pokok kangkung yang tanam tu   gambar kangkung goreng belacan pinjam dari blog KakJee itu versi rajin, sempat l...

Kasut Getah dan Kenangan

hallo hallo kengkawan sebelum berceloteh, nak iklan sikit stok pemanggang ajaib dah sampai semalam sesapa yang berminat boleh klik my-online-shop   @ sms @ wsap 016-6116459 *untuk harga kasih sayang* ***************** okey ni kisah anak2 lagi, kisah si abam # semalam pun ada kisah dia yang buat aku hilang darah kejap nanti lah citer bab tu  masa nak beli persiapan sekolah hujung tahun lepas aku ada nampak kasut ni berlambak2 kat Mydin/Tesco dan pasaraya  sewaktu dengannya dari jauh nampak macam kasut buatan kain macam biasa pegi dekat/pegang  'eh!plastik ke?' si abam mintak dibelikan kasut getah ni alasannya   'nanti senang cuci, lap je dah hilang kotor' emm bagus gak ni tengok kasut ini, ada kenangan menggamit memori ni dah lepas basuh, berus dengan berus lembut tu je dah putih bersih, bersinar seperti baru, hihi zaman aku sekolah dulu, ada jugak kasut getah ni tapi tak penah lah mak ...