Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Family

PART 3: Sabah, Ada Umur Jumpa Lagi

Sementara Aisha masih tido, jom habiskan entri Sabah, boleh bah kalau kau  (^_^) Hari ke3 di Kota Kinabalu Dah nak balik pun, baru nak merasa duk apartments cantik sambil berangan rumah sendiri, dah nak balik, haha. Saja pagi tu merehatkan diri, taknak bangun dari katil. Anak2 besar dah riuh kat luar, pepandai makan roti dan biskut kat dapur. Umie sedap berbaring di katil layan baby SAA. Dah cakap kt enAbe, check out nanti terus cari makan. Simpan perut, malas nak keluar pepagi. Lepas solat Zohor, dalam jam 1 tgh hari kami check out dari apartment.  Terus cari makan, untuk kali ke2nya kami singgah lagi makan ikan terbang di Restoren Nasi Padang Ibu . Ntah kenapa suka nak makan kat situ. Order yang selain dari menu sebelum, cuma Ikan Terbang dan Rendang Daging Hitam tetap kami pilih. Lepas makan terus ke airport, serah keta dan check in. Masa tu dah jam 3.30 ptg. Tak sangka dapat jumpa kakak yg pernah trip ke Medan dulu Klik Sini . Dia mmg duk KK, ajak kami ke rumah ...

PART 2: Kundasang Mini New Zealand

Sambungan dari entri sebelum... Sebenarnya masa pilih nak ke Sabah, takde perancangan nak ke Kundasang pada awalnya. Sebab plan nak bawak Mil makan seafood je, tapi bila Google pasal Sabah dan komen2 rerakan di fb, ramai yang komen kata rugi kalau ke Sabah kalau tak ke Kundasang, ala2 New Zealand kata diorg. Eh, kita dahlah rindu nak pegi lagi ke NZ lagi tapi setakat rindu je lah, sedar diri bukan lagi airline staf yg ada tiket free tiap tahun. So jomlah kita mengubat rindu ke Kundasang, huhu Kami gerak dari apartment jam 6.40 pagi, sebab ada kawan yang kata kalau lambat sampai, nanti awan dah tutup Gunung Kinabalu. Emmm, pagi lah sangat, padahal dah mcm pukul 8 pagi kalau di Semenanjung. Suka je tgk pemandangan sepanjang jln. Yelah, tempat tak pernah pegi kan. Kami singgah di Pekan Nabalu, singgah sarapan. Sempat bergambar kenangan nampak Gunung Kinabalu dari belakang gerai buah tu. Sempat jugak rembat tshirt 3 helai sebagai kenangan datang Sabah. Rezki kedai tu bukak awal pagi. ...

PART 1: Family Tiket Terakhir, Jom Kita Ke Sabah

Minggu lepas, 23-25 April 2016 (Sabtu - Isnin), kami sekeluarga bersama MIL ke Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Ini adalah family tiket yang terakhir dari syarikat 'wau bulan' utk en abe. Dah purchase Ogos tahun lepas lagi. Ingat nk gi jauh sikit tp mengenangkan ada baby kecik, kita pilih destinasi dekat2 je, asalkan terbang suda.. Sian anak-anak dah lama tak naik kapal terbang katanya 23/04/16 SABTU Pagi tu betul2 kelam kabut, kunci jam pukul 6 pagi tapi tangan tanpa sedar off alarm, dan tido balik. Maka berlakulah adegan lompat katil kuasa kilat bila aku terjaga jam 6.45 pagi sedangkan dah janji dengan jiran sebelah minta tolong hantar kami ke airport jam 7.15 pagi. Sib baik semua dah ready, tinggal nak mandi dan sarung je. Fuhhh berpeluk keti mak nak. Bertolak dari rumah jam 7.30 pagi dan bersarapan di Marrybrown KLIA sebab tak sempat sarapan kat umah. Flight kami MH2610 KUL/BKI jam 9 pagi. Mendarat di BKI jam 12 tgh hari. EnAbe sewa sebuah kereta (Vios) Rm180/per day u...

Cuti CNY ke Lexis Hibiscus Port Dickson

Hai korang Buat apa tu? Baby SAA tengah tido, cepat update blog Taip laju-laju dalam senafas, fuh dan sila abaikan jika ada typing error, hihi *************** Sebenarnya nak stori pasal pengalaman bersalinkan baby SAA Tapi karangan lom siap, huhu Jadi kita post kisah cuti2 masa CNY yang lepas sebelum ia basi # dah banyak citer basi yang lom sempat update kat blog # sebenarnya henpon aku dah mula problem sebab terlalu banyak gambar, huhu # jadi cepat update kat blog sebelum delete/tsfer gambar dari henpon Okey, ini plan last minute oleh CikAbe # kami memang gini selalunya, jarang plan awal kalau nak kemana2 main redah je bila ada masa dan bila ada bajet, haha Bila cuti sekolah, anak2 mesti akan tanya 'nanti kita nak cuti kat mana?' hamboih korang ni, ingat ayah cop duit eh? Sebenarnya diorang takdelah demand nak bercuti setiap kali cuti sekolah Diorang okey je terperuk kat rumah bila cuti tapi kami sama cam ibubapa yang la...

Me Turn 37, Alhamdulillah

Hai semua, ada yang singgah sini lagi ke? YaAllah rindunya nak apdet blog, dah banyak hari duk log in pastu log out, dalam kepala dah karang macam2 tapi semuanya blur bila ngadap laptop, baru nak taip mukaddiah, si baby dah memanggil, memang babai lah jawabnya. Alhamdulillah, syukur padaNya kerana masih bernafas dimuka bumi ini. Bangun pagi, masih ada wajah2 kesayangan utk di tatap. Ada makanan utk di makan dan ada pakaian utk dipakai. Seiring dengan usia (tahun ni umurku 37 tahun, besday on Feb1,baru 2 hari yang lepas) . Bersempena dengan besday ku itu, berazam nak update blog dengan kerap, emm boleh percaya ke? Macam tak percaya boleh capai umur 37 tahun, masa umur belasan tahun dulu selalu fikir, macam mana rupa aku bila umur 20, 30, 40 tahun, apa aku buat masa tu, haha. Ngok ngek sangat kan? Sama macam tahun2 yang lepas, bukan celebrate sangat pun. Aku tak harapkan hadiah mahal, paling penting ialah orang yang aku sayang ingat tarikh keramat aku dilahirkan kedunia ini...

Selamat Hari Lahir ke 61, AYAH

Salam Hari Minggu untuk semua Apa xtvt hari ni? Sepatutnya sekarang dah ke Klia sambut Mak Ayah dari Umrah tapi flight delay  (dalam schedule pukul 11 pagi tapi delay kul 1 tgh hari) so lepak dulu lah, umah pun 10 minit je ke Klia tak payah lah terkejar2, hehe Hari ni hari istimewa untuk lelaki pertama dalam hidup aku Hero pertama ku iaitu AYAH Hari ni bersday ayah yang ke 61 tahun semoga Allah memberkati sisa2 usia yang ada TQ CikViva yang menaja kek comel ni *harap sedap secomel rupanya* Okey, nak bersiap ke airport daaaaaaaa

Happy Besday Mama, Terima Kasih Untuk Segalanya

Ni cerita bulan lepas, ada dalam draf, so teruskan je lah Sebelum berkahwin, masa single mingle dulu Aku selalu fikir nanti dah kawen, nak kawen dengan anak yatim piatu eh! betullah, ni bukan rekaan tau Aku bayangkan bakal suami tu anak yatim piatu @ pun kalau tak dapat yang yatim piatu aku harap dia cuma ada mak je, tapi ayah dah meninggal dan dia takde adik beradik # sebab aku takut adik beradik dia tak suka aku sebabnya apa aku takut kalau ada bapak mentua? aku takut kalau bapak mentua aku suh buat pengat pisang sebab aku tak yakin boleh buat pengat pisang, huhu gila punya imaginasi kan? TAPI... yang berlaku adalah sebaliknya aku berjodoh dengan anak sulung (kami sama2 anak sulung) aku 6 beradik dan enAbe pun 6 beradik masih punya mak ayah masa tu * Fil meninggal April lepas, kehilangan Fil masih terasa hingga kini* aku dapat 5 adik ipar dan enAbe pun dapat 5 adik ipar wah! besar adik beradik kami kan? Memandangkan mak ayah ak...

Hadiah Untuk Ma dan Ayah

Bagi pembaca setia (wah! berani mati punya statement claim ko ada pembaca setia ye, kikikiki)  mesti dah sedia maklum yang aku dan CikViva sudahpun menamatkan 'khidmat' kami selama berbelas tahun dengan 'kapal cap wau' itu. Teruskan langkahmu jangan dikenang perkara yang dah lepas #lap air mata dengan lengan baju, sobs sobs sobs. Kalau ada yang tertanya2 apa aku buat sekarang, aku tak buat apa2 selain mengurus rumah tangga dan anak2, jadi supir hantar anak ke tusyen/sekolah dan selain itu menunggu hari bersalin. eh! penat rupenya jadi supir ni ye, huhu CikViva pun dah sebulan lebih memulakan kerja barunya, moga dia baik2 aje menyesuaikan diri dengan kerja baru, kawan baru, suasana baru dan segala yang baru. Doaku untukmu sis..... krik krik krik. Eh! aku nak citer pasal apa tadi ye? Oh, nak citer pasal hadiah untuk my lovely parent, ayah dan ma. Memandangkan tiket free CViva masih berbaki (bahagian untuk parent), so kami adik beradik berpakat menghadiahkan pakej u...

Sambut Anniversary ke 15 di Restoren Berputar Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur

Sambungan dari post INI # walaupun dah lewat, kena tulis sebagai kenangan, maklumlah sekarang ni aku dah tak tulis diary Anniversary kami pada 18NOV tapi kami sambut secara rasmi pada 20NOV sebab pada tarikh sebenar anniversary, en Abe berada di 'luar kawasan', takpelah lewat pun asalkan dia ingat, hehe. Kejadian manis 20 NOV ini akan tercatat dalam diary hidup aku, sebab sebenarnya kami jarang celebrate berdua di tempat istimewa (u know me, yang sangat berkira untuk setiap sen yang keluar, rasa sayang je nak kuar duit makan tempat mahal (mahal bagi aku, mungkin biasa bagi yang ber'uang'). Sebenarnya beberapa minggu sebelum tu. SIL post kat facebook diorang celebrate anniversary ke20 kat situ. Aku secara bergurau pada EnAbe cakap nanti nak celebrate kat situ jugak bila anniversary kami nanti. Dia reply, OK. Aku tak ambik serius pun, sebab lebih suka sambut dengan bawak anak2 makan seperti biasa kami lakukan. Lagipun seperti biasa, aku fikir nanti anak2 sapa nak...

Bayou Lagoon Park Resort, Melaka

gambar dari SINI Destinasi seterusnya selepas balik dari JPO, cikAbe mencadangkan untuk bawak anak-anak 'main air' kat  Bayou Lagoon Park Resort . Last minute booking bilik, yang tinggal cuma Studio Apartment with jacuzzi, lain semua dah penuh. Kami sampai lebih kurang jam 9 malam. Bilik nun tingkat 11, tinggi melangit,nak kuar kat balkoni pun gayat semacam, sejuk tapak kaki, hihi. Takde apa aktiviti, nak kuar cari ikan bakar terkenal kat Melaka pun tak larat dah, sib baik ada 'nasi dan lauk kenduri' yang dibekalkan pada kami lepas majlis tu (orang sebut apa ye, 'berkat' eh?).  Makan tu jelah sementara tunggu esok pagi. Paginya..  pepagi cam biasa turun sarapan dengan kakak dan abam bagi can ayah dan kenit sambung tido # makanan yang disediakan biasa-biasa je Habis sarapan, kakak dan abam teruskan agenda ke theme park #sebakul pesanan pada mereka untuk jaga diri nak teman memang aku betul2 tak larat aku pulak naik ke bilik mel...