Memaparkan catatan dengan label Bento Lunch Box. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bento Lunch Box. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 17, 2018

Various of Lunch Boxes

Lama giler x up gambar bento.. Sejak dah ada insta.. rasanya memang dah tak up dah gambar di blog (-_- ).. Ermm.. lagipun selalunya buat bekal, tapi x tempat nak deco.. so malas nak ambil gambar.. (^^' ).

Okeylah.. nie antara yg ada dalam phone:


Daging Panggang BBQ

Tauhu Begedil

Chicken Wings + Steam Broccoli and Carrot

Ayam Goreng Kunyit + Sayur Campur

Mee Konjac Goreng Ala Mee Tarik Warisan

Tauhu, Tempe dan Ayam Goreng

Tauhu Begedil Ninja

Ayam Goreng Ala Nasi Ayam + Salad Timun



Selasa, Julai 26, 2016

Various of Lunch Boxes (^_^)

Sekarang nie, selalu x sempat nak hias bento cantik².. So jadi malas nak amik gambar. Then kamera pula rosak.. terus cam mandom..

Maybe lepas nie.. just update pasal bento seminggu sekali.. kumpul untuk seminggu letak semua sekali (^^").. Tak pun buat tema ikut minggu.. hahah banyak benar masa ko kan, ngah..

Aku mmg sedikit busy skrg nie.. tp tangan gatal jer nak deko² bekal pepagi..


Oh! ye.. nie gambar² bekal yg aku hantar untuk masuk contest.. tapi tak menang walaupun saguhati.. (^^').. Since dah lama berlalu.. just up kat sini untuk simpanan sendiri.


Neko² Sandwich Bento

My Owl Fried Noodle Bento

Simple Rice Noodle Bento + egg

Bento Nasi Goreng Miaw

Pooh in Bento Box

Bento Meehoon Goreng (lagi)

Little Picnic Lunch Box..


Hantar sampai 7 penyertaan.. tp satu pun x kena (-_-').. Takde rezeki..

Besides, orang lain lagi gempak² penyertaan diorng.. Siap hantar gambar bento setiap hari.. hehehe.. siapa suruh ko malas, ngah (^^,)..



//doakan sy rajin dan punyai lebih banyak masa selepas ini..~amin






Khamis, Mei 05, 2016

Pick A Side Bento

Nak deko betul² bentuk Captain America dan Iron Man, blm cukup mahir.. just guna baran/ bento cover jerlah (^^").. So.. Nak yg mana? belah kanan ke belah kiri? (^^,)


Its War! Which side are you on?


Last monday tetiba rasa mcm nak tgk wayang.. so kena pilih, nak tgk Civil War ke nak tgk Rangga.. Last² pilih Civil War.. Pastu bila dah tgk Civil War.. kena pilih lagi sekali..

Nak geng Tony ke nak geng ngan Cap? (^^")


 I could do this all day!! ~ Cap

 We need to be put in check. Whatever form that takes.. 
 I'm game ~ Tony



..and I choose Tony (^_^)v


btw.. before tgk Capten America: Civil War nie, sila pastikan korng dah tgk semua marvel's movies.. or at least: Capten America I & II; Iron Man I, II & II; Avenger I & II; Spider-man and Ant-Man..

Kalau tak nanti cam blur² (^^,)




Rabu, Mac 02, 2016

Bento Nasi Lemak Doraemon & Doralin




Hari nie kitorng masak nasi lemak.. request by ebah.. tapi kalau nak makan nasi lemak, perlu makan oat time sarapanlah (^_^)..



Lauk tambahan (^_^)

Nasi lemak buah bidara..


Untuk buat telur bentuk doraemon dan doralin... hanya guna egg mold bentuk katun tue.. Lepas rebus, kupas dan masukkan dlm mold.. rendam dlm air ais dan letak dlm freezer sekejap..

After 30 minit bolehlah dikeluarkan.. pastu, celup dlm kicap supaya bleh nampak garis-garis dan features pd telur rebus..dan strusnya, ltk dlm bekas bekal (^_^)..


ok.. Happy makan-makan time!



Isnin, Februari 29, 2016

Bento Daging Goreng Kunyit (^_^)




Hari nie, Mama Maryam yg masak.. So kita tumpang makan shj (^^,).. TQ Nana.. tlg masak lauk tengah hari.. So aku just siapkan breakfast jerlah..


Satu untuk aku, satu untuk uda..



Oh!.. ada dua bento lagi.. dr minggu-minggu sebelum nie yg sempat disnap tp x sempat nak upload (^_^)..



Bento Solok Lada

Bento Masak Lodeh (^_^)..


OKlah.. Enjoy!



Rabu, Januari 20, 2016

My Happy Owl Bento




Bekal hari nie.. lebihan kuih cara semalam (^^").. Then goreng isi ayam untuk makan dgn garden salad.. sedih pulak tgk bekal hari nie.. hahaa..

Nielah akibat bila terlajak tido..


Bento Uda + Bento utk aku..


Menu serba ringkas.. cukuplah buat kami hari ini (^_^)..

Ittadakimasss!!..



Selasa, Januari 19, 2016

Sea World Bento




Hari nie, for lunch kita makan ikan keli berlado (lagi sekali).. cuma kali nie kita guna lada hijau pulak (^^").. dan sbb tak sempat nak goreng sayur.. maka kita buat salad timun + tomato shj..

Simple salad; just gaulkan dgn olive oil + secubit garam, then nanti bila nak makan baru letakkan mayo.. kalau tak nanti dia jadi berkuah pulak (^^!)





Untuk breakfast, ada kuih cara berlauk.. tp aku buat bentuk bola rugby.. bakar dlm kuali kuih cara dan masak mcm nak buat takoyaki (^_^)..

Dalamnya berinti daging cincang perisa kari (lebih uda masak mlm semalam).. Then tambah dgn sosej goreng..


Alhamdulillah.. cukuplah bg kami utk hari ini (^_^)v..




Jumaat, Januari 15, 2016

My Routine Futsuu Bento

Minggu nie.. walau pun setiap hari bawa bento, tp dpt snap 2 gambar shj.. Itupun yg biasa jer (^^").. Hiasan hanya menggunakan picks..


Meatballs + Garden Salad

Ikan Keli Goreng Berlado + Sayur Campur..

Tapi mmg kontralah.. satu western sgt.. satu lagi lauk kampung (^_^).. dan breakfast spt biasa, Telur dan sosej..



Rabu, Januari 06, 2016

Sunny Day Bento




Alhamdulillah.. hari² di tahun baru nampaknya cerah dan ceria jer.. so kita buat tema bento untuk hari nie bersempena dgn sang suria yg indah memancar² - giler poyo bahasa (^^,)..

Untuk breakfast makan nasi goreng dan telur mata + nuggets ayam dan ulam timun.. Lunch, lauk simple jerlah.. ayam goreng berlado..


Jemput makan semua.. (^_^)..




--------------//--------------



Menu semalam.. sbb x sempat nak up gambar bento hari semalam.. so share jer kat sini..


Ikan Talapia Goreng Asam Jawa


Hari Kelmarin, beli ikan talapia dgn Mai.. So dptlah buat lauk utk tengah hari.. Goreng jer pun, tapi perap dgn asam jawa semalaman so lagi sedap rasa dia..

Lepas siang dan cuci.. ikan² mcm nie, aku selalunya akan lumur dgn tepung skit spy boleh hilangkan lendir² pd bdn ikan.. then basuh, dan rendam pula dgn air asam jawa/ limau nipis dlm 30 ke 40 minit..

Then basuh bersih, baru simpan dlm fridge.


Tapi utk goreng asam jawa (resepi Dayah) nie.. lepas basuh dan bilas.. lumur asam jawa, simpan dlm peti ais dan esok, bila nak goreng, tambah serbuk kunyit+ lada boh+ garam; dan lumur semua bagi rata..

Pastu goreng.. kalau rajin boleh buat sambal kicap, boleh cicah².. Serious sedap.. Lebih pecah selera; dapat pulak nasi panas.. (^_^)..


.. Iskh.. bercerita jer pun bleh droolling nie (^^,)..






Khamis, Disember 31, 2015

Cat and Little Octopus Bento




Haha.. baru masuk hari ke-empat start balik bawa bekal.. dah malas kembali.. Sempoi sgt nieh, tapi nama nak gempak (^_^)

Smlm bawa bekal ikan cencaru dan sayur kobis.. hari before that bawa bekal ayam goreng berlado dan telur rebus.. Tapi tak sempat pulak nak snap gambarnya.. (^^").


Erm.. nie breakfast jer nie.. Untuk lunch sat gi keluar.. (^^,)



Isnin, Disember 28, 2015

Bento Daging Goreng Halia




Ada sedikit kelapangan bila dah nak habis tahun nie.. So kembali membawa bekal. Tapi bila dah terbiasa membeli jer setiap pagi, rasa sedikit malas tue mmg dtg kembali (^^")..

So hari nie menunya ialah.. murtabak tuna mini; daging goreng halia dan ulam timun + tomato cherry.



Siap sudah bekal 


Jemput makan semua..



Isnin, Disember 14, 2015

May the Force be with Doraemon?

Hehe.. Sebenarnya nak tayang bekas isi susu dan cereal bentuk R2-D2 tue.. Walaupun x pernah follow movie nie.. tp rasa cam comel laks bekas nie..

Oh!.. ianya adalah free gift bila beli 2 kotak besar cereal. Masa jumpa kat giant hari tue, rasa cam nak melompat sbb dah tinggal satu jer time tue.. Rezeki sungguh rasanya (^^,)




So.. inilah bekal untuk hari ini.. breakfast with scramble eggs and sausages.. Then lunch with lauk ikan aya masak kicap pedas.



Khamis, Disember 10, 2015

Simple Fried Rice & Sandwiches Bento




Hehe.. lama x ltk gmbr bento.. rasa rindu plak.. walaupun masih dlm tempoh 'busy' tp curi² masa untuk buat bekal dan snap gambar pg tadi (^_^)..

Masak simple² jer utk hari nie..


Sandwich telur..


Nasi goreng pedas..


//Selamat menjamu selera..



Khamis, November 12, 2015

Have Fun in the Sun Day Bento




Lately i've been busy.. dgn hal office dan personal.. sedar x sedar.. dah lbh 2 minggu x update dan kongsi bawa bekal apa ke office (^_^)..

Gambar nie pun.. gambar bento 2 minggu sudah.. Baru skrg berkesempatan nak up kat blog (^^").. Gome ne~




Dua minggu sudah.. sy bawa daging kebab.. tp goreng jer dlm kuali.. x sempat nak panggang.. lepas daging masak; masukkan lada benggala hijau, merah dan kuning + bawang bombay dipotong wedges..

Untuk breakfast.. chicken meatballs; scramble eggs; sosej dan ulam timun+tomato cherry..


//Aii.. rindunya kat masa lapang saya (-_- )
//Tema bento bersempena dgn hari tanpa jerebu



Rabu, Oktober 21, 2015

Roasted Chicken Bento




I've oven roasted black pepper chicken for lunch today.. + roasted carrot fries.. Gantikan kentang dgn lobak (^^,).. Tapi manis pulak, mcm makan keledek pulak rasanya (^^")..

Untuk breakfast.. simple je, tamagoyaki + chicken sausages + tomato cherry dan timun (^_^)..



Selasa, Oktober 20, 2015

'Yaki-Onigiri' Chicken Ball Bento



My breakfast and lunch for today.. I have Chicken 'onigiri'-balls yg digoreng terlebih garing (^^").. Scramble eggs, tomato cherry, timun jepun dan ikan keli goreng berlado..

Ikan keli tue, dipotong kecil, goreng garam kunyit dulu.. then tumis lada hidup yg dah di blender bersama bawang dan halia.. Sedap pulak bila ratah mcm tue jer tadi (^_^)..


Bekal Uda


Key.. enjoy!



Isnin, Oktober 19, 2015

'Onigiri' Chicken Balls Bento




Chicken 'onigiri'.. Hehe.. Since x bleh buat onigiri biasa.. maka aku buat chicken ball bentuk onigiri.. So nampak cam nasi kepal jepun kalau sekali pandang (^_^)

Ini untuk breakfast pagi tadi..




Untuk lunch.. Perangat sup cendawan yg uda masak malam tadi (^^").. Banyak lagi rupanya.. maka panaskan balik dan tapau bawa gi opis.

Alhamdulillah.. kenyang sudah (^^,)..



Jumaat, Oktober 16, 2015

Simple Beef Stew Bento


Simple 


Hari nie bawa stew daging..

Actually tersilap masak pagi tadi.. Nak masak sup daging tp tetiba (tetiba?) termanis pulak supnya.. So amik tomato, racik halus², tambah cuka skit.. biar ada rasa masam².. Maka terhasillah stew daging tak sengaja ini.. (^^").




Untuk breakfast.. just goreng sausages dan buat scramble eggs + timun dan tomato cherry..


Oklah. Enjoy your meals as well!..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...