Memaparkan catatan dengan label Something to share. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Something to share. Papar semua catatan

Ahad, Julai 05, 2015

Melentur Buluh Biar Dr Rebungnya..

Taka blajar bangun sahur..


Uda-chan: Taka.. Bangun! Sahur!

Uda-chan: Jangan tido balik!..

...


Uda perlu lebih tegas lagi lepas nie.. (^^")..



Jumaat, Mei 15, 2015

Bila Takde Kerja..

Bila dah takde kerja (read: takde mood lg nak buat kerja).. kita layan jap how-old.net nie (^^")


Hanoi, Vietnam (2014)

Doraemon 100's Days, Kuala Lumpur (2014)

Doraemon 100's Days, Kuala Lumpur (2014)

Hokaido, Japan (2012)

UniMAP, Perlis (2015)

Hot Air Balloon Fiesta, Putrajaya (2010)

Disney Land, Paris (2010)


Ok.. dah boleh buat kerja dah (^^,)..



Selasa, Mei 12, 2015

Bento Balas dr Aishah

Hari tuekan aku bawakan bento untuk Aishah.. so dia pulangkan bekas beserta dgn isinya (^^,).. Hontoni suki desu! Terima kasih Aishah..





//Dah habis makan dah pun bekal nie.. (^_^)v



Khamis, April 09, 2015

Talking to Stranger




Lama dah x tgk wayang.. so semalam, aku keluar dengan Iffah, tengok wayang citer FF7.. Wayang sangat full.. Kami dapat 2 seats hujung kiri row ke 3 dr screen..

Asalnya sebelah aku kosong.. Then bila wayang dah nak mula, sampai dua org budak lelaki duduk sblh aku.. Sblm dia duduk, dia toleh dua kali.. aku pandang balik.. kotlah kenal, tp x kenal.. cuma macam familiar..

Then sebelum movie start, keluar iklan movie Terminator: Genisys, ada scene Arnold yg dah berumur quote I'll be back tue.. Then secara spontan aku pun ckp "Eh!.. ada lagi dia nie?"..

Tetiba budak lelaki sblh aku balas.. "Ha'ah.. ada lagi dia nie..".. (^^")..



I found that's funny.. and totally cute. Suka-suki jawap aku.. Macam kitorng keluar berdua pulak (^^")..



Khamis, April 02, 2015

The Fast & Furious 7.10


You're my favourites.. Yes, you both.. (^^,) 


Had a brief discussion with my student via phone regarding his assignment..

Student: Ok miss, nanti sy siapkan
Me: Okey..
Student: Tq miss.
Me: Sama-sama..
Student: Berhati-hati di jalan raya, miss. Jangan langgar lampu merah.. :)
Me: Haha


Deng! Dia nampak ke aku laju dan langgar lampu merah pepagi tadi?.. Nak kejarkan thumbprint.. terpaksalah fast and furious.. (^^")..


Ermm.. ( ^_')

Dlm kelas aku selalu nasihat kt students berhati-hati.. jangan bawak keta/motor lelaju.. tp tuelah.. (^^').. Minta maaf yer, next time saya akan lebih berhemah di jalan raya dan menjadi contoh yg baik kpd kamu semua.. especially my students..



Jumaat, Disember 05, 2014

Khamis, Disember 04, 2014

Double Parking!?

Kat Malaysia nie.. dah jadi lumrah org buat double park. Pegilah memana pun.. terutamanya kawasan bank dan tempat tumpuan awam.. Tapi kalau nak buat double park perlu berhemah..

At the same time bertindak bijak dan comel (^_^).. Salah satu cara adalah dgn meletak note seperti ini:




Confirm orang tak marah.. Err.. at lease, kalau kena kat aku, aku x jadi nak marah (^^,)..



Isnin, November 10, 2014

Ada Apa Dengan Cinta 2014 (Mini Drama)





Dengs! 12 tahun? Giler lama tunggu.. Sangat terasa tua (^^").. Apa-apa pun.. Rangga makin hensem (^_^). Saya suka..





Aishh.. Ada Apa Dengan Rangga.. (`^_^)..






Selasa, Februari 18, 2014

Rick Mereki - Move

Aku rasa video nie sangat menarik..





Rick Mereki spent 44 days, traveling 38,000 miles, across 11 countries, just to film this one-minute video. It's simple, yet amazing (to me). Just don’t blink while watching this video (^_^)v. Enjoy!



Isnin, Oktober 07, 2013

Dialog Orang Dah Besar

Last weekend Uda babysits si Widaad.. Sesampai jer kat depan rumah Uda, dgn beg baju digalas dibahu.. Widaad masuk dgn soalan di muka pintu..

Widaad: Acik Shida mana?..
Uda: Acik Shida kan dah x duduk sini.. dia kan dah kawen..

Widaad: Ow!.. Dah ada anak dah?"..
Uda: ...

Blank Uda kejap.. sbb rasa mcm cakap ngan macik-macik dah (^^")..




Ahad, Julai 21, 2013

Satu Rasa Satu Hati..

Ermm.. dan merenek darah keluar kat dahi nie tapi x siap-siap lagi 2 pages of my introduction (^^").. Adeh.. sempat ke nak siap sebelum esok nie? Hehe.. dah lama x buat article, tetiba nak start semula mmg sedikit sensara (^_^)v..

Since tengah uBuntu buntu nie.. kita rest jap sambil share v-klip yg aku rasa sangat menarik..




Menarik kan? Non-muslim pun terasa nak try blajar berpuasa.. jangan pula ada org kita yg saja² nak ponteng puasa (^_^).. dan sikap camnie yg perlu ada pada kita semua.. bertimbang rasa, hormat-menghormati dan cuba saling memahami sesama kita, barulah x gaduh²..


Oh!.. aku suka bila non-malay berbahasa melayu.. nampak sangat unik dan cute (^_^).. dan actually based on apa yg aku baca.. from these few articles nie kata.. language memainkan peranan sgt penting untuk merapatkan semua manusia..

kita perlukan satu bahasa yang bersifat untuk semua bg membolehkan kita berkomunikasi seterusnya mengelakkan perselisahan paham dan salah sangka.. Bak kata Usman Awang, "Bukankah kecurigaan telah terbunuh ketika kita bersapa"..


.. ermm apalah aku merapek sendiri time nak dekat waktu berbuka nie kan? keylah.. nak gi goreng pisang dan masak nasi.. Kang berbuka makan lauk je pulak kang (^^,)..



Jumaat, Jun 07, 2013

Wahai Manusia Perokok..




Kenapa.. Kenapa kebanyakan perokok di Malaysia nie sgt tidak beretika? Merokok di tempat yg disediakan dan tidak membuang putung rokok merata-rata. Susah sgt ke nak ikut 2 perkara tue? Susah sgt ke nak fikir.. dalam dunia nie masih ada orang yg nak hidup sihat tanpa rokok?


Okey.. katakan situasinya begini..

Dalam sebuah kedai makan, tiga manusia yang tidak merokok memilih untuk duduk jauh drpd kelompok pelanggan yang merokok di meja makan. Sedang 3 manusia nie makan, datang satu kumpulan manusia dan  duduk di meja yg sgt berhampiran. 

.. then dgn selamba merokok sambil pesan makanan. Bagi aku, kalau aku yg dtg kat area diorng yg sedang merokok, mungkin la salah aku.. tp nie sebaliknya.. dan masih ada meja lain untuk diorng duduk.. kenapa diorng boleh fikir yang manusia-manusia tidak merokok nie tidak kesah bila mereka merokok berhampiran?

Bukankah manusia macam nie biadab?


...


Erm.. (^-^)..

Aku xder masalah dgn perokok sebenarnya.. Suka hati kamulah nak merokok berkotak2 sehari.. nak merokok sampai meroyan dan sasau sekalipun.. It's up to you.. tp janganlah sampai menyesakkan paru-paru orang lain yg tidak merokok nie.. (^_^)v



Jumaat, April 05, 2013

Watashi wa Marēshia desu (^_^)v

kemas photo galery kat hanset tadi.. Pastu terjumpa gambar nie (^_^)..




Hahaa.. klaka plaks biler ingat balik.. ('∀ `)

Masa nie kat Chitose Airport.. Kami tgh tunggu kat Gate 2 untuk ke Narita.. Tengah² lepak, tetiba dtg dua org mamat Jepun nie mintak nak amik gambar sesama.. (tp kamera aku kat Farah.. yg ada kamera enset jer.. so agak blur)

Actually 3 kali dier datang area kitorng duduk tue.. Kali pertama diorng just jalan sana-sini sambil ambil gambar dgn pose² maut.. Aku ngan uda just pandang dan senyum sesama sendiri.. sbb diorng mmg sgt pelik..

Pastu datang skali lagi; pandang² uda.. pastu dier senyum sambil lambai².. uda balas senyum sambil angguk.. aku pandang pelik dan gelakkan ajer.. Then diorng pegi sambil gelak² dan tolak² sesama sendiri..

Kali ketiga diorng terus straight pegi kat uda.. then tanya.. bleh ambil gambar sesama tak? hahahah.. klakalah dorng berdua nie.. rupa-rupanya.. duk pi-mai-pi-mai dr tadi tu nak ajak amik gambar ke? malu nak mintak kot? (^-^)..


Lepas amik gambar sesama.. borak² skit.. then nak kena naik flight dah (ke Kansai).. diorng lambai² sambil jerit.. "Malaysia good!.." kami lambailah balik.. walaupun segan sbb dier jerit agak kuat (^^').. tp layankan ajer.

aii.. mcm² jenis manusia nie kan? (^__^)




Jumaat, Januari 11, 2013

Birthday Present..

What was the best birthday present you've ever had?

... hohoho.. (^_______^)

I got this..

Ninomiya-san


Subarashi desu ne~..
Rasa tak sabar kan, nak unwrap.. (^^")
pastu ajak nino..








.. Shoppppinnnnggggg!!..


Uda yg kasik hadiah nie.. hahaha.. kalaulah betul2 dpt mesti best.. ada org teman gi shopping dan tukang bayarkan.. kad kredit yg dipegang nino tue yg penting.

haha... yo yo ne~


erm.. ( ^-')..

skrg nie susah nak ajak budak2 nie teman gi shopping.. diorng ckp aku shopping amik masa lama.. kadang2 berjam2 tp x beli apa-apa pun..

abis nak buat camner.. window shopping pun satu therapy gak.. apa?
..huhu.. nak gi shopping brg2 bento lagi laa..


Selasa, November 13, 2012

Teater Tun Dr. Siti Hasmah

Cousin: Erm.. Teater Tun Dr. Siti Hasmah..
Aku: Kenapa? Minat nak pegi tgk?
Cousin: Macam menarik..

Aku: Kalo nak gi tgk.. belikan tiket untuk Angah skali..
Cousin: Oh! Angah minat erk citer2 pasal tokoh2 nie?
Aku: Taklah.. Angah minat Nazim Othman..

(^^")

Ahad, Januari 23, 2011

The Day We Picked All the Cherries.. (^^')


(It's supposed to be uploaded six month ago.. pardon me if I've caused any misunderstanding.. (/_'\) gome nasai~)


[24 June 2010 THURSDAY]


Erm.. sungguh dolu-dolu la gambar nie... kaler dier mcm nolstalgic (^^ ').. maybe sbb matahari agak kejinggaan time nie, padahal hari baru nak naik.. baru pkl 8.00 am.. nampak sgt x pro amik gambar.. te-he (^^!)

oh!.. hari nie hari ke-empat road-trip we all.. dan kami rasa sgt bertuah.. Actually nak amik gambar depan signboard travelodge.. sekali tetiba Farah nampak ada pokok cherry berbuah lebat.. (^_^)



..mengusha bebuah cherri yg masak ranum



.. sgt mengujakan.. hoho.. (^.^)



..tgk nie.. heee ('_^)..







.. mengredkan bebuah cherry..



..geram tak? (^^,)


We all dpt 2 plastik besar buah cherry hari nie.. bleh buat makan-makan dlm keta sepanjang jalan dari Wellingborough ke New Castle (^_^)v..

alhamdulillah rezki.. rezki... (^-^)..

Khamis, Julai 22, 2010

Selingan: Gerhana di Rome..


Erm.. kan we all bernasib baik dpt menjoinkan diri kat 'Eclipse' Promotion Tour di Rom tue.. so nie gambar² tambahan.. kebetulan cuma dua org jer yg hadir.. Sowie Ona.. your edward didn't come, so xderlah gambar beliau..

dan kepada kengkawan yg mendambakan minat akan lelaki kachak+ muda+ comel_lote ini.. saya hadiahkan beberapa piccas untuk tantapan korg... terutama Fifi dan Nad..

enjoy yaaa.. (^_^)/



Jacob yg comel



Bella yg kaku/kayu di dlm & luar movie.. (^^i)


Since jacob dan bella x dtg pun kat tempat kitorng.. so xleh lah nak bergambar laga-laga pipi cam yg awek Itali tue dapat.. giler happy minah tue lepas dpt bergambar ngan jacob; guna kamera phone dier.. confirm ltk kat wall phone lepas tue.. aku doakan muka dia x masuk frame.. ~ahahah giler jahat (^^i)


//Sorry gambar agak kabur sbb guna kamera compak jer..
//DSLR x sempat beli lagi (^^,)..

Isnin, Julai 19, 2010

La Bella Vista.. (A beautiful life)


Sesungguhnya gerak hati seorang wanita itu sangat hampir dengan ramalan yang tepat


(^-').. errmm...

Kisah ini adalah berpunca daripada ke-baka-ness seorang traveller (^^i)..
Tapi takpelah.. untuk panduan dan iktibar kepada diri sendiri dan orang lain juga.. Semoga tidak berulang kembali..

Hazukashi.. hontoni hazukashi.. (^^!)..


------------------------------------



Hari terakhir di Florensa, kami empat beradik perlu naik Eurostar Italia untuk ke Rom.. Pagi tue agak tergesa² sebab fara nak belikan bah sarung buku kulit.. Then hampir² terlewat untuk sampai ke train stesen.. Alhamdulillah, nasib baik sempat..

Then kami ke gerabak no.21 yang pastinya sangat jauh ke belakang.. Perlu heret beg jauh skit. Bila dah sampai, tiba² fara tanya kenapa tiket masih tak distamp (Last time tak dapat naik flight di France sebab tiket tak distamp.. so fara sangat alert pasal nie)..

So dier ngan nana pergilah ke kaunter semula, sambil aku dan uda tunggu bersama sebahagian beg² yang ada.. Then uda tak sedap hati, Uda kata nak tengok adik² takut diorng tak sempat naik.. bila uda dah agak jauh aku jerit.. tanya boleh naik dulu tak?

Sebab rabun aku nampak tangan uda mcm buat “NO” sign.. so aku tunggu je sambil pegang beg fara di tangan kanan, beg pack aku sandang di belakang; beg plastik bekal makanan di tangan kiri; dan beg sling silang dr bahu kiri ke kanan.. (Sarat tak?.. kesian kan.. Sila kekalkan rasa kesian tue (^^')..)

After 5 minute budak² nie tak balik² gak lagi.. so aku gerak dari tempat tunggu diorng sambil cari diorng.. Then nampak sayup² budak baju merah naik train kat depan.. Takkan diorng naik kot? Tak nampak pula nana dan fara naik sama.. So aku jalan lebih laju lagi ke depan dgn semua beg yang ada..

Dalam hati dah terdetik.. ada yang kena tinggal dek train nie kang...


Pastu tetiba train bunyi.. Semua pintu dah close rapat.. Aku dah cuak dah.. Start lari menuju ke depan.. Tetiba dengar orang ketuk² tingkap dari dalam train.. huhuu diong kat dalam train? kenapa tak cakap nak naik train?..

Huhuh sedih sgt.. (T_T)


Air mata dah mengenang² dah time nie.. siap panggil² "Uda camne nak buka pintu train nie..?" Semua buttons kat pintu tue dah ditekan tapi tak boleh buka juga.. Dari luar tingkap nampak muka diorng kat dalam cuak giler + macam nak nangis. Aku dah nangis dah.. hahaha..

Pastu train terus gerak laju.. tinggalkan aku terkapai². Time tue memang dah jerit pun nama Uda sekuat² hati tapi seriously.. tersekat di kerongkong.. Cuma seperti gema² kecil shj kedengaran.. dan air mata tak payah cakap laa.. Laju jer mengalir..

~Giler Hindustan (^^’).. jerit sambil mengalir air mata kat stesen keretapi.. macam dalam movie Kuch² Hotak Hang Hota Hai laks.. (^^")


"Korng..", itu perkataan terakhir aku before train hilang dari pandangan mata dan terpaku sekejap kat tepi rel keretapi..

Imagine yer.. dengan beg yang banyak giler.. ditinggalkan sorang² di train station yang most of the people tak tau berbahasa Inggeris, dan aku tak boleh berbahasa Itali.. Tiada kad kredit dalam tangan.. Pasport aku pada Uda.

Kesian tak? Huhuhu sila kekalkan rasa kesian tue sekali lagi.. sebab kesah ini memang sangat sadis.. dan sangat memalukan.. hahaha (^^!)


Mujurlaa aku tak habiskan duit baki Euro yang ada untuk beli beg kulit yang cantik² kat kedai² tepi jalan tadi dan mujurlah masih ada sedikit baki duit pound dan IC ada kat dalam dompet...

Berbekalkan sisa² semangat yang ada.. beranikan diri bertanya di kaunter pertanyaan.. Tanya macam mana nak beli tiket baru.. sebab uda kata Eurostar train nie laju dan banyak kali; maybe ada train untuk ke Roma dalam masa terdekat..

Then dapat message dari Uda.. Tanya aku ada duit tak? Then kalau ada, dia suruh beli tiket baru. Tiket untuk ke Roma dalam €44.00.. Kalau tak ada, dia suruh tunggu.. nanti sampai di Roma Termini, dia datang balik ke Florence untuk selamatkan aku (^^')..

Terharu okey, dapat message Uda.. Nangis lagi sekali ~hahahah..


Then aku reply.. Duit ada cuma perlu top up skit lagi.. tapi takpe boleh guna duit pound yang ada.. Then bila tanya kaunter, pakcik tue cakap better tukar ke euro siap², kaunter tiket tak terima duit pound.. Then dia tunjuk money changer kat hujung kanan sana..

Mujur ada money changer.. Sebelum pergi tukar duit; mula² lap mata then tepuk² pipi.. Tak adalah nampak macam budak dalam kesusahan atau baru lepas menangis (^^'). Dahlah passport dalam beg Uda.. Bimbang kena tahan ke apa ke.. huhu.. haru des~

Then dengan yakin aku pergi.. Dia interview skit² sambil tersenyum.. Then minta apa² dokumen pengenalan diri.. hoho cuak tak? Aku cuak (^^').. tapi masih mampu keluarkan IC dengan cool.. Muka jer cool, dalam hati tuhan jer tahu..

Seriously.. sepanjang² menuju dan berurusan kat kaunter tue, dalam hati memang macam baca jampi.. "Jangan lah dia mintak pasport.. Jangan lah dia mintak pasport.." (^^").. dan sempat juga laa sembur² sikit sambil baca "bismillahitawakaltu.." dan surah al-khafirun kat akak kaunter tue..

Alhamdulillah dapat tukar duit euro..


Sepanjang² beratur nak beli tiket pun sedih tak habis-habis lg.. Sedih sampai pakwe jepun kiyut senyum kat aku pun, aku tak endahkan..

Train budak² nie naik pukul 8.45 am.. Train aku pukul 9.45 am.. Actually ada train every 15 minutes, tapi sebab perlu tukar duit dan lain-lain semua tadi.. dapat train yang pukul 9.45. Oklah tue, dan sangat lega, plus bersyukur sebab walaupun masalah teknikal melanda diri tapi Rom Trip kami tak terganggu..


Then tunggu train...

Sambil² tue tanya² orang yang ada kat situ, betul ke ini tempat menunggu? Tiket perlu stamp ke.. apa semua? Then tak puas hati lagi, tanya pula pakcik yang jaga situe.. Then dier kata, tak perlu stamp tiket, just tunggu kat gerabak no.25 tue; nanti train sampai, boleh naik jer..

Elok jer diorang layan budak yang kena tinggal nie, kan? Bagus sikit orang Itali nie.. berhemah dengan tourist.. Tak macam di France hari tue.. Maybe diorang simpati dengan aku yang bermuka kasihan nie..


Oh!.. sedih masih tak habis²..

Sesambil tunggu train tiba-tiba air mata mengalir.. Kesat-kesat dengan lengan jaket jeans aku.. Tak ada tisu.. Sedih sangat rasa kena tinggal nie yer (^^")..

Then train sampai, cepat² naik.. tengok² seat aku ada empat seat, saling menghadap.. tapi kosong semua seat. Sedih lagi sekali, mengalir lagi air mata.. sebab kalau tidak, mesti dapat duduk dengan adik².. Elok jer duduk berempat ngam² semua seat..


Bahagian kanan gerabak ada kakak nie berbangsa Itali, duduk dengan kawan dia dan seorang anak lelaki.. Seat kami kira saling bertentangan.. Bila sama² terpandang, kitorang just berbalas senyuman.. yelah, nak ajak berborak aku tak reti cakap bahasa dia..

Bila duduk sorang².. air mata mengalir laju.. Pastu kakak tadi elok jer hulur tisu kat aku. Memang merah padam muka dibuatnya (^^’).. Tapi amik juga, sambil cakap “Gracie”.. Dia senyum.. ~ Hontoni hazukashi~.. Rasa macam nak pakai beg kertas sarung kat muker jer (^.^).. haha


Selang tak lama ada tiga orang lelaki berbangsa Itali datang dari hujung gerabak.. Then diorang duduk di tiga seat yang kosong nie. Dua orang mengadap aku, sorang lagi siap minta, nak masuk ke bahagian dalam, dan duduk di sebelah aku..

~Adeh laa.. Adakah 3 bidadara kachaks berbaju jersi bola pelbagai negara ini diturunkan untuk menghiburkan kokoro aku yang sedang kesedihan ini?

Oh! Aperkah?.. hahaha (^^’)


Makanya terpaksa berpura-pura membaca magazine yang ada kat atas meja sambil usha² dan kerling².. SubhanaAllah.. masing² memang sangat comel pun.. Muka bersih, berjambang nipis, iris mata biru laut.. Oh!.. Doki-doki dibuatnya (^^').. ~Suki desu (^^")

Sesekali kami berbalas senyum.. tapi diorang tak ajak berborak.. Maybe sebab aku bertudung dan bermuka asian.. So diorang fikir, tak paham pun kalau nak berborak.. Dah la mata bengkak-bengkil.. kang aku nangis pula lagi kang.. haaa camne?? (^^!)..

Then diorang start borak sesama sendiri.. terdengar antara yang disebut.. “bella..” “bella..” pastu keluar pula “totti..” “maradona..” "world cup".. borak pasal bola la agaknya. Lagi pun masing² macam nak pergi tengok bola.. Sorang berjersi Argentina, sorang France.. yang duduk sebelah aku nie, Germany.. Takkan cerita pasal benda lain pula, dak? (^^,)..

Erm.. Since tatau nak buat apa bila duduk sebelah dan menghadap pakwe² hansome nie; besides Uda pun dah pesan; "Don't talk to strangers".. Adik yang pesan (^^").. Last² pasang earphones, dan pejam mata.. (^.^)..


Alhamdullillah.. dalam pukul 11.15 am, aku sampai Roma Termini.. Berjumpa semula dengan budak² nie di depan McD. Kitorang lunch kejap untuk mengembalikan semangat yang hilang tadi (^^').. Then gerak ke hotel untuk check in..


------------------------------------


Adik² mangsa kelihatan sedikit lega
bila kekanda mereka telah berjaya naik keretapi seterusnya..

Kutipan derma kilat untuk mangsa yang ditinggalkan kekasih

The Eurostar Italia..

..dan di sinilah tempat pertemuan semula kami 4 beradik..



//Nanti kemudian kita cerita pasal jalan² di Rom plaks..



Jumaat, Julai 09, 2010

Al-kisah di Aeroports de Paris




10 June 2010 [Thursday]

We all stranded kat airpot paris nie.. kalo diikutkan hati yg panas nie; mau jer aku bakar kaunter easyjet ngan brather²+ akak² yg bengong tue.. gerammnyer.. geramm-nyer.. Yan! Yan! Grrr!!!


-----------------------------



Tengah hari, after lawat museum.. we all terus ke Airport. Bimbang makan masa time nak check in nanti.. so we all gerak awal ke airport. Dalm pkl 12.50 sampai sana..

Pg makan dulu siap² then pegi ke kaunter EasyJet, tanya apa perlu buat semua.. walaupun communication agak bermslh skit tp after berpuas hati dgn jawapan (setelah ditanya 2-3 kali).. we all pun pegi ke setiap check point spt yg di maklumkan dek penjaga kaunter tue tadi..

Sampai kat gate.. 5 minit lg nak pkl 3, flight depart pkl 4 lebih, so lepak je area² situ.. selang x lama diorng inform flight delay.. muka memasing dah berubah; yelah tiket train kat Edinbrough dlm pkl 8 suku camtue dah dibeli. Kalo flight delay; akan ganggu train laks kan.. Semua dah diam dah.. frust tp redha jer. Anggap burn jerlah tiket train tue nanti.


Dlm pkl 5 suku flight sampai.. so beratur cam biasa utk naik flight.. sekali sampai² kat tukang amik tiket tue, org jaga situ ckp tiket kena cop dulu.. aku tanya² balik, kat mana nak cop apa semua; dia sibuk duk layan org lain.. geram betul aku nak tuing² pala dier.

pastu budak² lain dtg tanya² plaks.. then dier ckp lagik.. gi cop dan dtg semula.. maka berlarilah kami ber-6 dgn beg² yg berat tue.. dah laa jauh.. banyak la plaks org beratur kat kaunter tue..

keadaan sgt huru-hara.. selamba badak we all tarik mamat yg ckp xyah cop memula tadi tue suh tolong we all potong Q kat kaunter.. habis disumpahnyer dek org yg dah beratur dlm bhs yg x difahami.. org aper ntah Nigeria kot.


Tp aku buat bodo jer.. terus mintak kakak kaunter tue cop dan sahkan tiket we all cepat². Then berlari-lari semula ke gate..

Malang nyer sampai sana.. semua org dah naik flight, tp flight masih ada.. diorng tgh load beg² penumpang.. masing² berebut nak ckp.. we all dr dlm kena pg keluar untuk cop aper semua.. then dtg balik ke gate aper semua.. tp dpt laks officer sengal x paham BI kan..

asyik² ckp "U had been called 40 minutes before departs..” asyik ulang ayat tue jerk.. kecik jer mamat tue kat mata aku ne~ geram-nyer.. geram-nyer.. geram nak menampar jer muka dier laju².. huhuhu geram sangat..



last² semua terduduk.. sedey.. Hontoni kanashii... sedey ne~

Sedey sbb bkn salah we all sepenuhnya..
Sedey sbb we all tunggu lama giler kat gate; dgn flight delay lg..
Sedey sbb we all berusaha sungguh² utk cop tue.. berlari² ..
Sedey sbb we all tanya kat kaunter 2 kali.. tp korg ckp xyah..
Sedey sbb semua check in x ckp apa², walhal dah berkurun kot korg beroperasi.. setiap kali check dan go tru check point korg tgk tiket kan?

Huhuhu.. Baka! Baka! Baka!



Bila tgk muka semua org.. terus rasa mcm nak nangis.. Rose siap terduduk; kata dier.. dier ingat we all sempat masuk balik.. sbb kitorng berusaha gila² tadi.. berlari² ngan beg yg berat. Ingat senang? nak bawak badan lagik.. huhuhu.. habis satu airport tgk we all lari beramai².. mujur x runtuh airport tue.

Lepas tarik nafas dan tenangkan diri.. we all pakat² pg balik ke kaunter dan tanya condition we all camner. Dlm keadaan camnie kena tenang.. xleh cepat melatah.. dan paling penting, budi bahasa mencerminkan bangsa (^^i).. bangga la plaks rasanya jadik rakyat Malaysia.. dididik ngan kesopanan ne~ (^^ii)

So, balik kat kaunter tadi.. tgk ramai org beratur.. then sana-sini org bising².. rupa-rupanya bukan we all jer mangsa kebengongan system easyjet nie.. ramai lg.. sabar jerlaa

then jumper balik akak kaunter yg sahkan tiket tadi.. tanya dier aper kena buat elok².. kalo kena beli tiket baru pun terpaksalah.. baru nak intro pasal ketakpuasan hati ngan servis diorng; akak kaunter tue ckp.. “If u want to make a complaint, u can go direct to my manager.. I can only give u the replacement tickets but, the flight will only be available tomorrow at 4.15pm”.. begitulah lebih kurng ayatnya..


Lega skit hati ne~.. walaupun kena tido atas bangku sekali lagik mlm nie.. xperlah sekurng-kurngnyer x perlu beli tiket lain (^_^)..


Maka berkampungla we all di airport tue… gi carik port elok skit, yg terpencil skit then rapat²kan kerusi.. (^^i).. bleh bayang tak? Terkandas di negara org.. then tatau nak pg mana.. last² tido kat bangku airport jer sbb bimbang kalo keluar dr airport.. we all akan tersesat dan lambat utk flight esok laks..

Dan we all sgt bersyukur actually. Mujur ader flight esok ptg.. kalo tidak, for sure plan trip dan schedule we all utk nextweek akan terganggu sekali. Moo.. it's probably ne~?


Dlm kesedihan dan kesakitan kokoro yg amat sgt.. tertanya gak.. kiter xleh dpt free hotel ker? (^^i).. Then Uda kata.. kita tanyer nak kena cop ke tak pun dier tak paham.. agak² dier nak layan ke kalo kiter mintak hotel free laks? haha.. You yo ne~(^^ii)..

tp tuelah kan.. ingatkan hari yg malang akan berakhir dgn mimpi yg indah di malam hari- it could be worse ne~ guess what?.. tgh² lena diulit intan; selepas berhempas-pulas mendptkan posisi paling kimochi untuk tidur di atas bangku airport yg dirapat dua tue.. we all dikejutkan dgn siren fire drill..



"Evacuate!!.. Evacuate!!..."~huhu.. urusai yo!


nasib baik dekat jer pintu exitnyer.. heretlah kami beg memasing tunggu di luar pintu.. elok jer dibenarkan masuk.. we all heret balik beg dan tido semula.


Adoilaa.. kalo di kenang-kenang... mmg sgt menyakitkan kokoro


('_~ )...



Mangsa kejadian



Oh! Luper.. (^-^)

Thanx to Kak Khaliza & Wanis.. arigato gozaimashita!!.. tq sbb sudi amik we all kat airport edinbrough ne~.. terharu des!


//kalo ditanya nak ke paris lg tak?.. ike? ikeru? -ike naii! ike neiii!! haha.. err.. ermm.. kecuali kalo ader org nak banjer (^^i)

Ahad, Julai 04, 2010

Rapeseed Field...




We all sempat singgah kejap kat ladang menguning nie.. huhuh jumper gak ladang yg terbuka pagarnyer.. so curik-curik masuk amik gambar (^^!).. sekali tuan tanah dtg bersama trektornyer.. hahaha.. kantoi giler.. cepat2 minta izin.. so dpt la bergambar ngan kokoro yg tenang dan tenteram.











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...