Powered By Blogger
Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

Murtabak Maggi


Menu kegemaran anak-anak yg paling2 Amelin, bila sebut nak masak murtabak..suka sangat dia...1 adunan ni dia boleh habiskan sorang..:) Resepi asal dari blog Che Mat Gebu tapi hari ni saya tukarkan sedikit ramuan asasnya dari daging ke sardin...kebetulan sambal sardin ada berbaki beberapa ketul...Resepi ringkas & mudah sangat nak buat & CMC siapkan sekali resepi bawang jeruk, yang ni saya tak buat..cuma makan dengan sos cili je..:)



BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mee segera MAGGI perisa kari
2 biji telur
150 g daging cincang (saya ganti dengan 2 ketul sardin & 2 sudu sambalnya )
1 biji bawang besar, cincang
1 cm halia* (sy tak letak)
1 ulas bawang putih*(*tumbuh lumat)
1 camca teh rempah kari daging
1 pokok kecil daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam (sy tak letak)
1 camca besar mentega
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN BAWANG JERUK :-)
1 biji bawang besar
1/4 cawan cuka makan
1 camca besar sos cili
1 camca besar gula
Secubit garam (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK JERUK BAWANG :- Bawang besar, dikupas, cuci dan hiris halus2. Satukan bersama cuka makan, cili sos, gula dan sedikit garam jika perlu. Kacau rata dan simpan dalam peti sejuk 20 - 30 minit.
  2. UNTUK MERTABAK MAGGI :- Asingkan mee segera dari rencahnya. Celur mee segera tadi hingga lembut, toskan dalam tapisan dan biar sejuk. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga perang, masukkan rempah kari, perencah mee maggi, serbuk lada hitam dan daging cincang. Kacau rata dan tuang air, masak dengan api perlahan hingga hampir kering. Tambah hirisan cili merah, hijau dan garam secukup rasa. Matikan api.
  3. Dalam satu mangkuk, masukkan 1/2 bahagian mee, 1/2 bahagian daging dan 1/2 bahagian hirisan daun bawang, gaul rata. Pecahkan 1 biji telur, kocok sedikit dan tuang dalam mangkuk berisi bahan2 tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak masak.
  4. Masak dengan api perlahan sehingga permukaannya mengeras (nak cepat tutup sekejap), dan terbalikkan. Masak untuk 1 - 2 minit lagi hingga kuning keemasan. Alihkan ke dalam pinggan. Buat kaedah yang sama untuk baki bahan2 tadi.
  5. Potong murtabak maggi tadi ikut kreativiti masing2 dan hidangkan bersama bawang jeruk, kalau ada kari dhal pun sedap, nak hidang dengan cili sos atau thousand island sos pun boleh.....Selamat mencuba yeaaa..

Thursday, February 2, 2012

Popia bersira pedas !


Popia antara kuih favourite saya ..semuanya jenis samaada popia basah, popia goreng biasa & berkuah & popia sira pedas..semuanya suka..semuanya sedap..:P
lama rasanya tak buat popia..kulit popia yg asalnya nak buat murtabak mini..ditukar resepi ke popia goreng & bersira pedas..saya buat kedua-dua sekali sebab taktau nak pilih yg mana lebih sedap...lebih-lebih lagi di waktu petang masa perut berkeroncong..:)


Bahan-bahan
  • kulit popia secukupnya
  • Utk Inti
  • 1 batang carrot - dihiris halus
  • 1 biji sengkuang kecil
  • taugeh
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 10 ekor udang - dibuang kulit & di potong kecil
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • garam
  • perisa@gula sedikit
  • Utk Sambal Sira
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu makan bawang merah n putih kisar
  • 2 sudu besar sos chili
  • sedikit air asam jawa@cuka
  • gula
  • garam
  • bijan sangai
Cara-cara
  • Utk Inti - tumis bawang besar hingga naik bau. masukkan udang. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot dan taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa & gula (jika suka). tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
  • Utk Sambal Sira - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat dan kering. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang!
Jemput makan..:)

Saturday, October 22, 2011

Chocolate Donat Ball

Assalamualaikum..
Pagi ni utk sarapan saya buatkan donut...kejadian ini disebabkan semalam asyik melihat keenakkan donat kt Astro di saluran 706..terasa-terasa keenakkannya..jadi utk memenuhi keinginan tu..wajiblah pagi ni mulakan menguli doh donut..tapi saya buatkan saiz yg comel..senang disediakan & mudah dimakan...resepi asal dari syuhaiza@myresepi.com..saya ubahkan sedikit resepi asalnya dan letakkan chocolate bar didalamnya..:)



 
Bahan-bahan :
  1. 3 cawan tepung gandum
  2. 1/2 pack mauripan
  3. 2 sudu susu pekat
  4. 2 sudu marjerin
  5. sedikit air
  6. gula aising 
  7. Coklat masakandi potong dadu (optional)
  8. minyak untuk menggoreng

Cara-cara menyediakannya :

  1. muripan di bancuh dengan air dan ketepikan(hingga berbuih)
  2. satukan tepung, susu, marjerin dan muripan tadi
  3. uli dengan air. masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi cantik dan lembut. sekiranya doh tak menjadi tambah marjerin sedikit dan uli lagi sehingga nampak cantik
  4. bulat2 kan doh menjadi ball dan letak diatas dulang yang telah disapukan dengan minyak supaya tidak melekat sementara menunggu doh naik 
  5. biarkan doh dalam 10 minit dan goreng
  6. gaulkan donut yang telah digoreng dengan gula aising.
  7. dah siap untuk dimakan.

Sunday, July 10, 2011

Kuih Bakar Pandan

Antara kuih favourite ni..suami & anak-anak pun sama....lemak, harum bau pandan tu..memang tak boleh tahan..:) selalunya buat ..bila abah (bapa mertua) bagi banyak stok santan....:)
Resepinya mudah, ikut sukatan cawan je dari zana @myresepi.com..tapi  buat sikit ubah suai sikit ikut selera saya..;)

Bahan-bahan :-
  1.  1 cawan tepung gandum - (saya guna 1tpg gandum + 1/4 cawan tepung naik sendiri )
  2. 1 cawan gula - (saya guna  3/4 cawan )
  3. 1 cawan air pandan
  4. 1 cawan santan -(saya gunakan 2 cwn santan)
  5. 1 cawan susu cair - (saya x gunakan)
  6. 3 biji telur 
  7. Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan
Cara-cara:-
  • Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
  • Blender hingga sebati
  • Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
  • Taburkan bijan (jika suka)
  • Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak..

buat dalam saiz2 yg comel jugak..

Monday, March 14, 2011

Tauhu Sumbat

Resepi kuih yang senang, ringkas & sedap..selalu buat bila rasa lapar & malas nak masak yang rumit..tapi kena pilih tauhu yang terbaik..sebab itulah bahan utamanya..:)
Bahan-Bahan
  1. 6 biji tauhu di potong 2 ( pilih yang lembut dan masih baru)
  2. 1 mangkuk campuran (Lobak merah, Sengkuang, Timun, Taugeh (di potong panjang & halus)
  3. 1 biji telur ( di campurkan dgn sedikit garam & lada sulah) 
  • Gaulkan tauhu (tak pyh letak garam lagi) ke dalam bancuhan telur & goreng
  • Belah dibahagian atasnya & masukkan campuran sayur-sayuran tadi
Bahan-bahan Sos Cili
  1. 1 cawan cili kisar (campuran 10 biji cili kering +2 biji bawang merah + 1 biji bawang putih)
  2. 1/2 cawan sos cili 
  3. 1/2 cawan gula
  4. 1 cawan air
  5. 1/2 cawan perahan air asam jawa
  6. Garam secukup rasa
  • Masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk (kecuali air asam jawa)
  • Masakkan dengan api sederhana besar hingga mendidih
  • Masukkan air asam jawa..biar hingga kuah sebati & pekat
  • Boleh juga di campurkan dengan sedikit bijan / kacang tanah yang telah di goreng tanpa minyak (klu takde pun takpe)
  • * Sos cili ini cukup untuk dimakan bersama lebih kurang 10 biji  Tauhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...