Powered By Blogger
Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Kek Pastry Buah-Buahan Campuran

Teringin nak mencuba kek yg lain dari biasa saya buat..jengok2 dapur tanpa sempadan CMG..terjumpa resepi Kek Pastry Buah-buahan Campuran yg melimpah dengan buahan campuran....nampak sungguh mengoda!..terus mencuba resepi ni..walaupun resepi asalnya mengunakan buah segar saya  gantikan dengan buah campuran dalam tin sebab takde stok..tapi rasanya tetap sedap & tak rugi mencubanya..:)



 

BAHAN-BAHANNYA :-)

100 gram mentega
150 gram gula kastor 
3 biji telur, dipukul sedikit
60 ml susu cair*
1 camca teh bes minuman oren sunquick*(*disatukan dan kacau rata)
1 camca teh esen vanilla
210 gram tepung gandum
1 camca teh baking powder
500 gram campuran buah2an segar digaul dengan 2 camca besar gula halus( strawberry, blueberry, peach, kiwi, pisang atau apa2 buahan yang kurang berair) 
(saya gantikan dengan buah-buahan campuran dalam tin)
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak dan lebihkan sedikit kertas tadi pada kiri dan kanan tin. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula dan bancuhan susu + oren sunquick hingga kembang. Masukkan telur dan putar hingga sebati. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung + baking powder tadi, gaul rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Tabur buah2an atas permukaan adunan, jangan tekan, jika guna buah2an pelbagai warna, susun ikut kreativiti anda. Bakar 60 - 70 minit hingga kek masak. Kalau permukaan buah2an nampak perang tapi kek belum masak, tutup dengan aluminium foil dan bakar kek hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya. Ayak gula aising jika suka sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang...Selamat mencuba.

Monday, November 14, 2011

Moist Chocolate Cake..pelepas rindu..:)

 
Assalamualaikum..
Lama sungguh saya tidak membuat kek..rasanya semenjak bulan Syawal lagi & semenjak badan dah semakin "sihat" lepas tu..
bila jalan2 kat kedai kek..terpandang kek coklat..rasa macam nak beli seketul..dua..
tak boleh jadilah kan..dari beli seketul dua..baik buat sebijik terus..barulah puas makan..hehe

resepi dari kak umi @ homesweethome..


MOIST CHOCOLATE CAKE

Bahan:-

  1. 1 cawan tepung kek/tepung gandum*
  2. 1 sudu teh serbuk penaik * (digaul dan diayak 3x)
  3. 1 cawan gula halus
  4. 2 biji telor gred A
  5. 125 gm butter
  6. 1 sudu teh esen vanila
  7. 1/2 cawan serbuk koko *
  8. 1/2 sudu teh nescafe *
  9. 1/4 cawan gula halus *
  10. 1/2 cawan air panas *
  11. 1/4 cawan susu cair * (* disatukan menjadi pes coklat)


Untuk Chocolate Ganache:-

  1. 100 gm coklat masakan
  2. 50 ml UHT Whipping Cream
  3. 1 sudu teh butter


Cara Membuat:-

Panaskan oven pada suhuu 175C. Lenser tin berukuran 5x8x3 in dengan butter dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanila dan telor satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembag dan gula hancur. Perlahankan speed, maskkan tepung berselang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul rata dan sebati. Tuangkan adunan tadi ke dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 -50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache..



Untuk Ganache: Satukan coklat dan Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas, cairkan secara double-boiler. Bila semua larut, matikan api dan masukkan butter dan gaul rata. Biarkan suam dan tuang atas kek coklat tadi...

Wednesday, May 11, 2011

Chocolate Cheese Cake






Chocolate Cheese Cake ni projek malam tadi...lepas masak nasi lemak untuk makan malam..terperasan cream cheese dah nak expired...hehe..terpaksalah mulakan projek mengekek pulak..hehe..Resepi ni ambil dari blog Chef Hanieliza...tak rugi memcubanya..rasanya tak terkata..sungguh sedap....
..kalau nak tahu macamana rasanya..kena cuba sendiri... :)

Bahan Base
  1. 200 gm biskut marie (kisar halus)
  2. 3 sudu besar mentega
  3. 2 sudu besar madu

Bahan Keju
  1. 250 gm keju krim Philidephia
  2. 60 gm butter
  3. 100 gm gula perang
  4. 3 kuning telur
  5. 1 s/k esen vanilla
  6. 3 s/b fresh atau whipping cream
  7. 1 s/b tepung gandum ]
  8. 2 s/b serbuk coklat ] ayakkan
  9. 3 biji putih telur [pukul sehingga gebu dan menjadi ringan]


Cara-cara menyediakannya :
1. Gaulkan semua bahan base dan tekan dalam acuan/loyang yg telah disapukan majerin.
2. Bakarkan dalam oven pada suhu 170'C selama 10 minit.
3. Campurkan krim keju, butter dan gula. Pukul sehingga gebu.
4. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
5. Masukkan esen vanila dan kacau.
6. Masukkan fresh atau whipping cream dan kacau rata.
7. Masukkan tepung gandun dan serbuk coklat berselang seli dengan putih telur yg telah dipukul. Kacau rata.
8. Masukkan dalam acuan yg ada base dan bakar pada suhu 150'C selama 60 minit.
9. Bila telah masak, biarkan dalam oven sehingga sejuk.
10 Keluarkan dari oven dan bolehlah ditambah coklatmasakan yg telah dicairkan & parutkan kepingan coklat masakan diatasnya dan potong dengan pisau yg telah dipanaskan.
Selamat mencuba !

Nasi lemak sambal sotong & Choc. Cheese Cake - menu makan malam..:)

Thursday, April 21, 2011

Marble Butter Cake

Teringin nak buat marble cake, malam tadi saya try buat Marble butter cake, campuran kek coklat & vanilla..resepi asal dari Nova @ Myresepi..tapi saya tukar sikit bahan-bahanya ikut citarasa sendiri..Kek nya lembut & gebu..& bahan-bahanya pun ringkas :)

Bahan-bahan
  1. 220grm butter
  2. 200grm gula halus
  3. 3 biji telur
  4. 250grm tepung berserbuk penaik *
  5. 1 sudu kecil baking powder (* diayak bersama)
  6. 1 sudu kecil esen vanilla
  7. 1/4 cawan susu cair
  8. 2 sudu besar serbuk koko
Cara menyediakannya :
  • Panaskan oven 180c selama 10 minit
  • Putar butter & gula halus hingga kembang. 
  • Masukkan telur satu per satu, putar rata & masukkan pula esen vanilla
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul sebati..akhir sekali masukkan susu segar..gaul rata
  • Asingkan 1/3 adunan & gaul rata dengan serbuk koko
  • Masukkan dlm loyang yg telah di sapukan sedikit butter..masukkan adunan secara berselang-seli & marble kan
  • Bakar pada suhu 180c selama 40 minit...

Thursday, March 10, 2011

Chilled Oreo Cheese Cake

 Semalam try buat chilled oreo cheese cake ni, resepi mudah dan sedap, masa menyediakannya tak sampai 1/2 jam dan tak perlu dibakar dalam oven. Terima kasih  pada lina atas resepinya..dan kawan-kawan nak mencuba resepi cheese cake silalah ;)

Bahan-bahan ;
  1. 1 bungkus biskut orea ( buang bahagian creamnya & tinggalkan 4-5 keping untuk bahagian atasnya)
  2. 50grm butter
  3. 250grm cream cheese 
  4. 150grm gula castor
  5. 200ml whipping cream
  6. 1 sudu besar lemon juice (@ 2 sudu besar jika suka lebih rasa lemon
  7. 1 1/2 sudu besar gelatin *
  8. 1/2 cawan air panas* 
Cara-cara membuatnya ;-
  • Untuk bahagian dasarnya ; Kisar halus biskut oreo (yg tlh dibuang creamnya)
  • Panas / Cairkan butter dan gaulkan rata biskut oreo
  • Padatkan di bahagian dasar loyang, tekan dan sejukkan sementara dalam freezer (saya guna loyang bersaiz 7 'inci lebar dan boleh dibuka bahagian bawahnya)
  • Gelatin di campurkan ke dlm air panas, kacau hingga larut dan ketepikan
  • Pukul cream cheese dan gula castor hingga gebu
  • Masukkan lemon juice dan whipping cream, pukul lagi hingga berkrim
  • Masukkan air yang mengandungi gelatin, pukul hingga sebati, masukkan ke dlm loyang tadi
  • Patah2kan @ kisar halus baki biskut yang tinggal masukkan ke dalam loyang 
  • Baki biskut yang telah dikisar tadi boleh juga ditaburkan di bahagian atas kek, selepas 2 jam dimasukkan di dlm peti sejuk.( tapi saya tidak letakkan) 
  •  Masukkan kedalam peti sejuk (bukan freezer) selama sekurang-kurangnya 4 jam
  • Bila dah sejuk ..potonglah dengan pisau yg telah dicelupkan dgn air suam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...