Thursday, November 23, 2006

DuPuLi

Minggu ni tak ada yang menarik sangat. Mungkin sebab ini minggu terakhir menjelang DuPuLi. Ahad lepas bawak Farah pergi ke Pertandingan Mewarna kat Tadika Imani. Antara promosi kepada masyarakat setempat untuk memberitahu akan kewujudan Tadika tersebut. Atara ramai-ramai tu.. rasanya aku la seorang saja ayah yang turut serta dengan anak. Budak-budak lain semuanya dengan mak atau pun kakak.

Rupa-rupanya salah seorang cikgu situ perasan. Waktu aku menerima hadiah dia cakap dia kagum dengan aku sebagai seorang ayah yang setia bagi sokongan kat anak aku. Waktu nak balik tu dia cakap lagi kat aku.. "Abang ni memang world la, dari awal tadi saya tengok abang ni tak berganjak menemani dan memberi sokongan kepada anak'. Huhuhuhu. kena puji la pulak. Sebenarnya bukan apa, sebab isteri aku pergi Terengganu. Tu yang aku kena bawak Farah.

Lagi dua hari DuPuLi. Macam-macam dah perancangan nak buat hari tu. Biasanya DuPuLi aku bawak Isteri dan anak-anak makan kat luar. Sesekali.. bukannya selalu kan. Buat Isteri dan anak-anakku.. nantikanlah kehadiran DuPuLi.

Buat DuPuLi plak.. aku senantiasa setia terhadap mu.. Oh! ya lupa nak bagitau DuPuLi tu apa.. Du = Dua, Pu = Puluh, Li = Lima (dua puluh lima hari bulan.. time gaji la maksudnya tu hahahhaha)

Friday, November 17, 2006

Selamat Hari Jadi Harith


Hari ni genap umur Harith setahun. Pejam celik pejam celik dah setahun masa berlalu rupanya. Kalau dulu masa lahirnya cuma 1.2kg je.. sekarang alhamdulillah dah pun hampir 8kg.
Orang cakap anak lahir tak cukup bulan ni banyak ragamnya. Kena cermat dalam untuk membesarkan dia. Susu kena guna susu khas untuk bayi pramatang. Dah le mahal.. susah lak nak dapat. Agaknya Harith paham.. tak lama dia hisap susu tu.. dia menunjukkan tanda tanda dia tak suka. Pas tu kami tukar ke susu biasa. Alhamdulillah, agaknya memang itu yang Harith nak.

Sepanjang setahun ni memang kerap Harith demam dan selsema. Kulit lak sensitip... Ok la Harith.. ayah taip panjang-panjang pun bukannya Harith boleh baca..

Akhir kata.. SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN YANG PERTAMA..

Thursday, November 16, 2006

Mulakan dengan Bismillah



Hikmah Membaca Bismillah, Makan Dengan Tangan Kanan

ISLAM mengambil berat dalam setiap perkara yang dilakukan umatnya, termasuk dalam soal makan.

Misalnya makan, ada adabnya yang diajarkan dan dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW yang sewajarya menjadi ikutan kita.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda bermaksud: Umar bin Abi Salamah berkata: "Rasulullah mengajarkan kepada saya: Bacalah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan dari yang sedekat-dekatnya kepadamu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Daripada hadis itu, ada beberapa perkara penting yang ditekankan oleh Baginda.

Pertama, apabila makan mulakan dengan membaca Bismillah dan makan dengan tangan kanan.

Mengapa begini? Sebabnya, syaitan akan ikut bersamanya jika makan dengan tangan kiri dan tidak dimulakan dengan Bismillah.

Dalam hadis lain dinyatakan Jabir berkata: Saya mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila seorang masuk ke dalam rumahnya dengan menyebut Bismillah ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada temannya: Tiada tempat tinggal dan tiada bahagian makanan bagi kamu di sini."

Dan apabila masuk tiada menyebut nama Allah, syaitan berkata: "Kamu dapat bermalam di rumah ini, kemudian jika waktu makan tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata: Kamu dapat bermalam dan makan di sini." (Hadis riwayat Muslim)

Dalam hubungan ini apakah yang harus dilakukan bagi orang yang terlupa membaca Bismillah pada awal perbuatan?

Aisyah berkata: "Rasulullah bersabda: Jika salah seorang antara kamu terlupa membaca Bismillah, maka hendaklah membaca: Dengan nama Allah pada permulaannya dan pengakhirannya."

Sekali imbas mungkin ajaran ini, kelihatannya kecil, tetapi sebenarnya ia mempunyai fadilat dan berkat yang amat besar kepada kita.

Perlu diingat bahawa syaitan adalah makhluk halus yang durjana yang sentiasa berusaha mencari jalan merosakkan umat manusia, baik yang bersifat fizikal mahupun yang bersifat mental dan spiritual.

Salah satu cara bagaimana memasuki benteng pertahanan manusia itu adalah melalui makanan.

Melalui jalan ini syaitan akan masuk ke dalam jasad dan rohani manusia. Daripada jalan ini ia mula mempengaruhi dan merosakkannya dari sudut kekuatan dalaman manusia.

Oleh itu, bacalah Bismillah sebelum makan dan gunakanlah tangan kanan.

Adab dan cara makan yang baik untuk kesihatan menurut pandangan ahli perubatan Islam.

* Makan hanya apabila berasa lapar.

* Basuh tangan dan kuku hingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun.

* Sebelum makan hendaklah membaca 'Bismillah..."

* Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya, makan dengan tangan dapat membantu penghadaman disebabkan wujud aliran yang dipanggil 'bio-current' yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.

* Tinggalkan kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang.

* Seboleh-bolehnya dinding bilik makan berwarna merah jambu kerana boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan makanan.

* Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.

* Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu.

* Jangan makan makanan lama.

* Perbanyakkan makan makanan segar. Suri rumah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap, berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.

* Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makanan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.

* Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan daripada terdedah.

* Berpegang pada prinsip 'makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan.'


sumber... tak ingat

Wednesday, November 15, 2006

Macam mana nak mula nih..


Huh! mende la aku nak tulih kat sini. Aku bukan penulis. Aku juga bukan penyair yang turun dari gunung.. yang beratus tahun duduk di situ. Tapi aku tak kira.. aku nak gak tulih walau pun apa yang aku tulih tah apa-apa.


Template by:
Free Blog Templates