Thursday, July 31, 2008

To My Beloved Wife

I SEARCHED MY WALLET. . . .

IT WAS EMPTY.

THEN I CHECKED MY POCKETS. . . .

I FOUND A FEW COINS.


THEN I SEARCHED MY HEART. . . .

& FOUND YOU

. . . . I REALIZED HOW RICH

I REALLY AM!!!!

Thanks for being my wife

May you be

As rich as I am!


... walaupun bulan ni masuk gaji sikit je

Timbang bonus untuk kakitangan awam

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang menimbang tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk pemberian bonus atau bayaran honorarium kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan tahun ini serta penyelarasan elaun kos sara hidup (Cola) kepada RM500 sebulan.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata perkara itu dinyatakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, dalam surat maklum balas kepada kesatuan itu dua minggu lalu.

“Ini memberi gambaran positif kerajaan berhubung tuntutan kami. Kami menaruh harapan kerajaan boleh mengumumkan bayaran bonus dalam Bajet 2009 yang dibentangkan 29 Ogos depan,” katanya.

-- sama-samalah kita doakan tahun ni ada bonus.. tidak lagi hanya Air Soya Cap Bonus lagi dah...

Wednesday, July 30, 2008

Secret Recipe

Wah.. pertama kali melangkah masuk ke Secret Recipe.. Tu pun wife banjer.. nak celebrate birthday lastweek lagi katanya. Tapi tak berkesempatan.. kalau saja-saja nak pergi makan situ.. tidak lah.. mahal bebeno.. tak layak rasanya nak habiskan duit kat situ..

To my beloved wife... Thanks A Lot... len kali leh try makanan lain plak..


Awaiting for lemon tea..


A fine quality cake.. yeah.. that's true


Thanks my dear


Tuesday, July 29, 2008

Sukaneka Taska Sinar Imani

Buat pertama kali tahun ni Taska Imani (atau lebih sesuai panggil kumpulan Imani sebab dalamnya banyak lagi selain dari Taska i.e. Seri Imani (Transit/KAFA) , Suria Imani (pusat asuhan bayi)) mengadakan sukan tahunan. Seronok melihat gelagat anak-anak bersukan. Ada yang suka sangat dan ada juga yang menangis sebelum acara bermula.

Farah masuk dua acara.. seperti ayah dia.. we play to win.. hehehe. Dua-dua dapat juara (berkumpulan). Tak penting menang atau kalah.. dah adat permainan.. mesti ada menang dan ada yang kalah. Yang penting ialah kesungguhan pihak Taska untuk mengadakan program seperti ini. Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ibu-bapa dan penjaga.


Perbarisan sebelum acara bermula


Lari bawa bola ping-pong dalam sudu


Jauh meninggalkan peserta lain

Monday, July 28, 2008

Bila Lelaki Main Netball

Huru-hara.. bila lelaki plak main netball. Banyak muka baru tahun ni.. banyak la orang lelaki yang makin tahu akan undang-undang permainan ni.

IIUM Kuantan Staff games 2008 dah berakhir dengan netball sebagai acara penutup sebelum penyampaian hadiah pada hari berikutnya. Dapat gak Team Spongebob meraih satu emas tahun ni. kalu tak.. kesian diaorang.. tak de emas langsung.. dan duduk di tangga bawah seperti selalu.

Aku lak tahun ni tak dapat pun gold medal.. cuma 1 perak dan satu gangsa.. badminton dan bowling. Paling ralat.. bowling sebab aku ngan nizam tak spare last frame.. arghhhh


Lenguh ref meniup wisel.. asyik foul je

Basic Occupational First AID & CPR Course

23 & 24 Julai 2008. Multi Purpose Hall IIUM Kulliyyah of Medicine. Belajar Basic je.. banyak benda yang aku belajar.. dan makin banyak lagi yang perlu aku belajar.


Lan tunjukkan CPR yang betul..



Cara mengangkat mangsa


Tolonggg!!! saya jatuh tadi dari atas

Tuesday, July 22, 2008

Basic HTML

HTML.. hyper text markup language.. betul ke tu.. atau aku salah tafsirkan apa yang aku belajar.. Baru belajar basic.. HTML ni ibarat asas dalam internet. Ibarat kalau kita nak belajar bahasa asing.. kita kena tahu sebutannya dulu.

Baru aku tahu apa itu declaration.. head, body dan sebagainya. Tapi baru sikit sangat.. memang agak menyeronokkan belajar. Dapat kawan-kawan baru.. yang sama-sama ingin memperbaiki diri untuk lebih maju dalam kehidupan.


Sunday, July 20, 2008

Stuck




Hari ni dah start seminar untuk sem Jul-Dec 2008. Padah bila lupa nak beli tiket balik ke Kuantan. Penat! Mengantuk! Lesu! Itulah gambaran yang tepat sekarang bila berada di tengah kotaraya Kuala Lumpur. Tiket semua habis dijual.

Pagi tadi seawal pukul 12.30 tengahmalam bertolak dari Kuantan ke Shah Alam. Sampai pukul 5.00 pagi. Dalam bas tak boleh tidur sangat. Mungkin siangnya dah tidur selepas main bowling Inter Dept. Gagal pertahankan kejuaran untuk kali ke tiga.

Habis dahhh


Mujur ada tiket VIP. Walaupun harga berganda. Tak apalah. Asal boleh balik ke Kuantan malam ni. Rindu! Pada anak-anak. Terlebih rindu pada ibu kepada anak-anak.

Executive coach

Friday, July 18, 2008

TerkenaNG KenaNG

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1984… MESTI KORANG INGAT NI

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, SilverHawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron and satu lagi Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?…Hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah…

Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

Ni sure korang ingat…program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb…

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan… kan ?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

Time sekolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu…ada yang suka stoking tebal laaa…Paling top jaman aku, Converse..!!

Internet? Email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, ‘TiKam’. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh….

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje sekolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa…

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’ , ‘Police & Sentry’, main kejar2 duduk… Kalau main basikal mesti nak BMX, Kepala GT la.. saper paling banyak sisik la.. spoket mati la.. Atau diwaktu lapang gi carik spider kat pokok sireh, kaduk atau pandan pastu main laga spider... tam,bah sikit lagi. main tayang (galah panjang) main konda kondi.. (patuk ulor)

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! Aiskrim pop

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

Hmm…budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu ‘We Are the World, We Are the Children…’ dan lagu ‘Uptown Girl’ yang diorg tau, yg Westlife nyanyi….bkn Billy Joel nyanyi…

Bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun ‘Atari’ dgn ‘Game & Watch’.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih… dan diorg skarang tak
reti nak switch on TV kalau xde remote control..

Dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone…

Hmm…jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu…

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa…heheh

Tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam.. mungkin ada diantara kita mengalirkan air mata.. yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan alui zaman yg sebegitu lagi.. sayangnya masa begitu pantas berlalu…

Dimanakah kita???

Karom Pulak Dah...

Dah ada satu permainan baru kat opis ni. Karom.. sebelum ni kalau di rumah bujang biasa la main. Tung-tang siang malam.. sampai ganggu jiran sebelah rumah. Dengan hasil jualan surat khabar lama. Satu papan karom berjaya dibeli untuk bagi staff main. Mungkin untuk latihan menjelang Sukan Olimpik nanti.

Ada baik buruknya karom ni. Yang baik ialah boleh mengeratkan silaturrahim antara sesama kita. Boleh menguji kesabaran kita.. Yang tak baiknya ialah kalau kita berjudi. main waktu kerja.. tak puas hati.. sampai bergaduh.

Apapun pada kawan-kawan.. main waktu rehat atau lepas kerja saja dah la. Jangan sampai kena pecah papan karom tu dek boss.


Boleh main 4 orang. Seorang lagi tidak kelihatan dalam gambar sebab sedang ambil gambar.

Datang Dan Pergi

Satu majlis makan-makan sebagai meraikan Nora.. pelajar tahun akhir di UITM Shah Alam yang buat praktikal di UIA Kuantan. Sehari selepas buat pemeriksaan kesihatan beramai-ramai. Semalam ialah hari untuk melupakan kisah duka di bilik pemeriksaan... Hari membedal makanan.

Macam-macam makanan ada. Nizam dengan Mee Hailam. Zaa dengan Ayam Soledad. Roti Jala.. Kuih Muih.. Nasi... Kari Kambing... Ikan Goreng.. dan macam-macam lagilah.. Aku pula bawa buah-buahan. Kena jadi MC lak semalam. Tak prepare apa-apa. Sampaikan kata-kata aluan pun aku terlupa... sorry boss.. Saiful cakap aku bercakap lama sangat.. lambat dapat makan. Sorry la geng.. rasa cam sikijap je.. hehehe.



Ayam Soledad



Nasi Putih + Kari Kambing.. slurpppp



Nora.. yang di raikan


Sedap ni....



Pencuci mulut



Ais Kerim Berlada

Masa makan semua tak ingat... natijahnya.. hari ni semua orang mengadu sakit perut. Termasuk aku. Sehingga Pukul 10.00 pagi ni.. dah sebelas kali dah.. Har Har Har

Thursday, July 17, 2008

13 Years Serving The Ummah

Hari ni genap 13 tahun berkhidmat di UIAM. Bermula dengan UIAM Induk di Petaling Jaya. Kemudian bertukar ke UIAM Kuantan pada tahun 1997.

Alhamdulillah.. aku bersyukur bekerja di UIAM. Setakat ni tak pernah lagi kami sekeluarga kebuluran. Tak pernah lagi tak boleh bergerak kerana tak mampu nak bayar harga petrol. Berapa ramai lagi orang yang lebih tidak bernasib baik.


Penurunan Berat Badan Mendadak

Berat badan turun mendadak... Itulah kenyataannya. Berat kini cuma 60.4 kilogram. Tapi mengapa masih mengenakan pakaian yang lama. Sepatut dah tak boleh nak pakai. Kena tukar baru dah. Tapi itu ialah berat tanpa lemak. Lemak menguasai 30% dalam badan mengakibatkan berat dengan muatan melebihi dari yang sepatutnya. Obesiti.. itulah kategori yang aku di golongkan.

Semalam buat pemeriksaan kesihatan di Health Centre UIA Kuantan. Berbagai ragam kat dalam tu. Ada yang gembira bila dalam usia tua.. umur metabolik masih muda.. belasan tahun. Ada pula yang merungut bila usia metabolik berkali ganda dari usia sepatutnya. Aku sendiri dah boleh berkira-kira untuk bersara.

"Awak kena kurangkan berat badan ni," kata doktor.
"Apa nasihat doktor" aku tanya.
"Kurangkan makan nasi.. sekarang makan berapa pinggan?" doktor minta kepastian.
"Itulah yang susahnya doktor.. isteri saya masak sedap.. kalau tak makan nanti dia kecik ati plak..." aku berseloroh.
"Cakap kat wife.. ayang.. kalau sayangkan abang.. jangan masak sedap-sedap lagi dah".

Nasi.. dah jadi sebahagian dari kehidupan. Susahnya nak kurangkan.. selera makan ada je. Tapi doktor pesan.. apabila umur meningkat 30 tahun.. gaya makan kita dah kena ubah. Jangan makan seperti usia belasan tahun.


Doktor.. usia metabolik saya 24 tahun.. boleh kawin lagi satu tak?



Hangpa toksah nak auta aku la.. aku lebih dulu makan garam...


Mari dengar sini.. al-kisah.. al-kisah maka tersebutlah kisah

Wednesday, July 16, 2008

ajar zaa

hari ni ajar zaa buat blog.

Tuesday, July 15, 2008

Penawar Bagi Penyakit Takabbur

e-mail untuk dikongsi bersama...


Menurut Hajjatul Islam Imam Al-Ghazali, penawar bagi Penyakit Takabbur ialah...:

1- Bila berjumpa kanak-kanak,
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, sebab mereka masih belum bergelumang dengan dosa jika dibandingkan dengan kita, di mana setiap langkah kita boleh menjeratkan kita kepada melakukan dosa.

2- Bila berjumpa orang-orang tua,
anggaplah juga dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih dulu melalui kehidupan ini dan beribadah kepada Allah.

3- Bila berjumpa dengan alim ulamak,
anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia mempunyai ilmu yg lebih jika dibandingkan dengan kecetekan ilmu yg ada pada kita.

4- Bila melihat org2 jahil,
anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana kejahilannya itu, sedangkan kita yg berilmu dan berakal ini pun sering bergelumang dengan dosa.

5- Seandainya berjumpa dgn org2 jahat,
janganlah menganggap kita lebih mulia darinya, sebaliknya anggaplah dia akan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.W.t. dimasa tuanya.

6- Seandainya bertemu dengan orang kafir pula,
maka katakanlah di dalam hati bahawa suatu hari nanti, dia akan insaf lalu masuk Islam dan diampunkan Allah dosa-dosanya yg lalu, sedangkan kita yg lahir Islam ini pun masih melakukan dosa.

Monday, July 14, 2008

Berhati-hati di jalan raya

Berhati-hati di jalan raya. Kita sering mendengar baris ayat-ayat ni. Selalu keluar dari TV kan. Amaran oleh pihak kerajaan. Tapi berkesankah kalau hanya pihak kerajaan sahaja yang memberi amaran. Apakah peranan kita sebagai pengguna jalanraya.

Bukan hanya pemandu. Pejalan kaki juga perlu berhati-hati dengan jalanraya. Ramai orang malas menggunakan jejantas untuk melintas jalan. Lama menunggu lampu isyarat untuk melintas. PADAH andai tidak mengikut langkah keselamatan. Untuk apa kemudahan kalau tak digunakan. Berapa banyak kes kemalangan maut di lintasan keretapi. Bukan tiada amaran. Tapi DEGIL..

Keretapi.. tiada di Kuantan. Tapi lori ada. Tadi dalam belek-belek email lama. Satu e-mail menarik perhatianku untuk dikongsi. Gambar kemalangan maut di jalan Mahkota Kuantan. Kalau tak silap.. berhampiran dengan banggunan UMNO Kuantan. Tragedi berlaku tahun 2007. Semoga gambar ni akan memberi kesedaran kepada kita. Kita tidak lagi di zaman dimana kenderaan yang menggunakan jalanraya boleh dikira dengan jari. Kenderaan sekarang bertali arus. Semakin hari semakin ramai pengguna jalanraya. Berhati-hati melintas jalan. jangan berhenti di atas garisan putih menunggu kenderaan berlalu. Gunakanlah kemudahan yang ada. Lintaslah di tempat yang selamat.



GAMBAR-GAMBAR TERPAKSA DI DELETE.... RAMAI YANG MENJERIT BILA TENGOK




Bukan niat nak menakutkan. Tapi sebagai peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan. Sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian tiada berguna. Tempat kejadian tu berhampiran sahaja dengan lintasan pejalan kaki. (berhampiran pejabat pos)

Friday, July 11, 2008

Mengantuk.. Layan Kopi Dangdut jap...

Fahmi Shahab ~ Kopi Dangdut

Kala kupandang kerlip bintang nun jauh disana
Saat kudenger melodi cinta yang menggema
Terasa kembali gelora jiwa mudaku
Karna tersentuh alunan lagu semerdu kopi dangdut

Api asmara yang dahulu pernah membara
Semakin hangat bagai ciuman yang pertama
Detak jantungku seakan ikut irama
karna terlena oleh pesona alunan kopi dangdut

Irama kopi dangdut yang ceria
Menyengat hati menjadi gairah
membuat aku lupa akan cintaku yang telah lalu

Api asmara yang dahulu pernah membara
Semakin hangat bagai ciuman yang pertama
Detak jantungku seakan ikut irama
Karna terlena oleh pesona alunan kopi dangdut

Dag dig dug detak jantungku
Ser ser ser bunyi darahku

Na na na
Mengapa kamu datang lagi menggodaku
Dulu hatiku membeku
Bagaikan segumpal salju

Ku tak mau peduli
biar hitam biar putih
Melangkah berhati hati
Asal jangan nyebur ke kali

Bowling lagi..

Mewujudkan impian menjadi kenyataan. Bagaimana untuk jadi kenyataan? Perlu ada usaha bagi merialisasikan impian kita. Usaha.. berusaha. Ilmu.. harus di cari. Bukan ilmu mencari sang pencari ilmu itu. Lantaran itu.. bagi merialisasikan impian untuk memajukan diri kugagahi diri menuntut ilmu pada yang ahli. Dengan ilmu... amalkan.. practice makes perfect.

Malam tadi pergi berguru dengan En. Rafi kat Megalanes Kuantan. Bukan tak boleh main selama ni. Cuma nak cari kesinambungan dalam setiap game. Konsisten yang di cari. Bukan mencari damai di hati. Kusut..? Mula-mula memang kusut.. mana nak ingat board.. arrow.. step.. deliver.. swing.. arghhh!!! macam-macam. Selama ini ingat main betul dah. Bila pergi kepada yang ahli.. banyak lagi yang perlu diperbetulkan.




Pin 6, 10 InsyaAllah dah boleh sekarang ni. Perlu lebih usaha untuk pin 4 dan 7. Berapa lama untuk memahirkan diri? Entah.. tunggu dan lihat. Charge berguru malam tadi?.. entah.. En. Rafi cakap.. "nanti-nantilah kira.. pergi bayar lane je dulu". Gurlpp!! jangan terlebih budget dah la.. tak damai hati nanti.

Thursday, July 10, 2008

Bank

Bank merupakan sebuah tempat di mana wang dapat disimpan dan dipinjamkan. Di zaman moden, bank bererti suatu institusi kewangan yang menawarkan khidmat perbankan dan mempunyai lesen untuk berbuat demikian.

Kata bank berasal dari bahasa Itali, banca, yang diambil dari bahasa Jerman dan bermakna bangku. Ini adalah kerana pada awalnya, peminjam wang di utara Itali biasanya memberikan khidmat di tempat awam, dan mempunyai kerusi dan meja sendiri. Kata bankrap (bankrupt) pula berasal dari banca rotta, yang bermakna bangku pecah.

Biasanya bank menghasilkan untung dari bayaran pinjaman atas khidmat yang diberikan dan faedah dari pinjaman. Penyimpan juga bakal memperoleh keuntungan atas faedah yang diberikan oleh pihak bank.

Dengan aplikasi online, penguna boleh melakukan transaksi di mana-mana cawangan bank. Kini dunia teknologi bertambah pesat. Kita boleh mengakses akaun bank dari mana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet. Telefon bimbit juga kini boleh kita gunakan bagi tujuan tersebut. Risiko..? wah.. sememangnya ada. Takut diakses oleh pihak ketiga.

Selain dari itu dengan kemudahan perbankan online, kita sekarang boleh membayar bil utiliti. Nah.. tidak perlu lagi ke pejabat pos untuk membayar bil. Kan jimat petrol tu. Di zaman ini tiada lagi simpanan di bawah bantal. Kalau pun simpan juga bawah bantal.. suami atau isteri sendiri yang kebas.

Pihak bank berlumba-lumba menarik hati pelanggan. Dengan kemudahan pinjaman, khidmat pelanggan yang cemerlang mahupun kemudahan prasarana. Di bawah ialah salah satu keunikan bank yang jarang di lihat.



Bank condong pertama yang masih beroperasi

Wednesday, July 09, 2008

Bila Nak Dapat Macam NI

Kekuatan atau kelebihan seseorang dalam permainan bowling.. bukan hanya terletak kepada berapa kali dia boleh strike. Tetapi ialah kebolehan seseorang tu untuk spare. Aku masih lagi belajar.. bagai mana untuk menjadikan permainan aku bertambah baik.

Bagaimana untuk mengelakkan open frame. Dengan spare (tanpa open frame) membolehkan seseorang itu memperolehi mata lebih kurang 180. Banyak lagi yang perlu aku belajar. Semakin aku belajar.. semakin banyak yang aku tak tahu. Orang kata itulah lumrah orang yang belajar.


Mungkinkah aku boleh main macam ni nanti...

Mungkin aku perlu mencari seorang yang boleh mengajar aku secara terus. Sekarang ni banyak bergantung kepada internet sahaja. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.




Penangan BloG

Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@nstp.com.my




MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu.

Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui.

Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.

Blog media baru berpengaruh

KIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini.

Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik.

Bagaimanapun, keadaan berubah secara drastik sejak kebelakangan ini. Ramai yang bercakap mengenai blog dan menjadi blogger.

Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik.

Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata antara perintis kemunculan blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada 1998.

Ketika majoriti masyarakat masih buta mengenai blog, katanya blogger seperti Tok Rimau dan Bluehikari merintis minat terhadap blog.

Beliau berkata, perkembangan blog meningkat selepas insiden politik membabitkan penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituruti kemunculan pelbagai blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun.

Sejak empat tahun lalu, katanya perkembangan blog mula memberangsangkan, tetapi masih tidak disedari dan dipedulikan hingga Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan lalu, blog menonjolkan pengaruh sebagai media baru yang memberi kesan besar.

Bluehikari atau nama sebenarnya, Ludinata Misnun, berkata ketika Tok Rimau, iaitu bekas Presiden Geng Jurnal membentangkan kertas penyelidikan bertajuk Web Log: Kuasa menerbit di hujung jari dalam satu seminar peringkat kebangsaan pada 2002, isu blog yang dibentangkan itu kurang mendapat sambutan.

Selain itu, katanya membuat blog ketika itu lebih susah kerana prosesnya sama seperti membina laman web yang perlu membuat reka bentuk sendiri.

Katanya, zaman sekarang untuk berblog sangat mudah kerana ada laman web menyediakan kemudahan blog seperti Blogspot, Wordpress atau Diaryland. Hanya perlu daftar, pilih reka bentuk diminati dan mula menulis.

Hari ini, ramai yang bergelar blogger, tetapi semudah itukah menjadi blogger? Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web.

Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya.

Sudah tentu hari ini, ada blogger veteran berumur lingkungan 50-an atau lebih tua, tetapi majoriti blogger adalah golongan muda yang dinamik, luar biasa, mempunyai pendirian dan tidak takut melahirkan pandangan mereka.

Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya.

Tanyalah kepada sesiapa yang memiliki blog. Mengemas kini blog setiap hari menyebabkan dirinya mempertimbangkan pandangannya dengan berhati-hati serta berasakan pandangannya unik dan perlu disuarakan.

Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah.

Seorang blogger harus mampu melahirkan dirinya dalam penulisan, mahu berkomunikasi dengan orang lain dan berterus terang.

Blogger, Yasser Arafat Ishak yang dikenali sebagai Jiwarasa berkata, blog yang baik selalunya akan mendapat perhatian dan ibarat pasaran terbuka yang pengunjung mempunyai pilihan. Blog yang baru sering meletakkan alamat blog yang bagus di blog masing-masing.

Katanya, memuatkan blog yang bagus di blog masing-masing bagaikan satu trend untuk menempatkan diri dalam kelompok blog.

“Pengunjung blog juga cerdik dan bijak memilih bahan yang baik. Mereka selalunya akan membuat rujukan silang di mesin carian Yahoo dan Google untuk mendapat kepastian sesuatu fakta yang ditulis di blog,” katanya.

Apakah faktor yang menyebabkan blog popular? Sifat interaktif adalah punca menyebabkan blog mendapat perhatian ramai. Semua orang berpeluang memberikan pandangan walaupun tidak semua pandangan itu bernilai.

Blog bukan saja membolehkan blogger memberikan pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi pembaca menyuarakan pandangan masing-masing. Anda mahu bersetuju, membangkang, menambah maklumat dan fakta baru. Semuanya dalam blog.

Blogger perlu ada sikap kawal selia kendiri

LESEN besar penulis blog (blogger) untuk menulis mengenai apa saja di atas muka bumi ini menimbulkan banyak persoalan.

Melihat sesetengah blog, penulisan bukan berisi fakta dan kebenaran, tetapi penuh dengan fitnah, kepalsuan dan bersumberkan khabar angin.

Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku.

Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu, ada anggapan bahawa harga rumah melambung naik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah.

Katanya, anggapan itu berlegar dalam dunia blog dan maklumat itu tidak diketahui ketepatan serta kesahihannya.

“Tiada siapa tahu perkara ini, tetapi anggapan ini wujud di kalangan masyarakat negeri berkenaan. Oleh kerana tiada siapa menafikan maklumat ini, maka maklumat yang disebarkan melalui blog dianggap benar,” katanya.

Dalam era perang maklumat, katanya blog membentuk maklumat dan sama ada maklumat itu tepat atau sahih adalah perkara kedua.

Bagaimanapun, blogger tidak dibiarkan bebas sewenang-wenang. Di Singapura, dua etnik Cina dipenjarakan mengikut Akta Hasutan negara itu kerana memuatkan kenyataan anti Islam dalam blog mereka.

Tahun lalu di Mesir, blogger Abdel Monem Mahmoud, ditangkap kerana menulis kenyataan anti kerajaan.

Di negara ini, tiada undang-undang secara khusus boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap blogger dan blog. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya bertanggungjawab menyelia infrastruktur sesebuah laman web dan bukan memantau laman web yang menyeleweng.

Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik dikenakan tindakan.

Selain itu, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan boleh digunakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah ada beberapa kes blogger di negara ini disaman kerana tulisan mereka.

Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Star supaya pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, membayar ganti rugi RM4 juta kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi, kerana memfitnah melalui artikel disiarkan dalam blognya pada 2006 adalah antara kes utama.

Bagaimanapun, undang-undang bukan jawapan terhadap persoalan ini. Menubuhkan polis siber seperti di sesetengah negara juga bukan penyelesaian terbaik.

Harus ada kerelaan daripada blogger untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan kod etika yang boleh diguna pakai di Malaysia. Lebih baik sikap kawal selia kendiri wujud di kalangan blogger berbanding pihak lain yang memaksanya.

Rakyat Malaysia belanja RM8.59j hisap 33 juta batang rokok sehari

KOTA BHARU: Kejayaan syarikat tembakau melaksanakan pelbagai taktik bagi mempromosikan rokok keluaran mereka menyebabkan kadar perokok di negara ini semakin meningkat.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Lila P Mohamed Meeran, berkata hasil kejayaan itu, didapati rakyat negara ini menghisap 33 juta batang rokok sehari dengan membabitkan perbelanjaan sebanyak RM8.59 juta.

Katanya, data yang diperoleh dari kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan pada 2006 itu juga mendapati seramai 461,624 remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun pernah merokok.


"Daripada jumlah itu, 422,710 orang membabitkan lelaki manakala 45,807 orang adalah perempuan dan mereka berbelanja kira-kira RM272,132 sehari untuk membeli rokok.


"Manakala lebih 2 juta golongan dewasa di negara ini terbabit dalam kegiatan menghisap rokok," katanya.

Beliau berucap dalam majlis perasmian Hari Tanpa Tembakau 2008 peringkat negeri Kelantan, di sini, semalam.

Dr Lila berkata, menjelang akhir tahun ini, rakyat Malaysia akan mendapati kotak dan bungkusan rokok yang dibeli dilengkapi dengan amaran bergambar pada rak jualan rokok di seluruh negara.

Katanya, amaran ini akan menjelaskan kepada pengguna mengenai kesan sebenar penggunaan rokok terhadap kesihatan dengan risikonya akan ditanggung sendiri oleh perokok.

"Amaran itu sebagai menepati komitmen negara terhadap perjanjian global yang mewajibkan semua kotak dan bungkusan rokok untuk pasaran tempatan mempamerkan amaran kesihatan bergambar," katanya.

Beliau berkata, banyak kejayaan sudah dicapai kerajaan dalam usaha membanteras gejala merokok melalui pelaksanaan pelbagai program termasuk promosi serta kempen.

"Keadaan masih membimbangkan dan Kementerian Kesihatan tetap berusaha memerangi ancaman tembakau bagi mengurangkan jumlah perokok di negara ini," katanya.


berita harian online (9/7/2008)

Monday, July 07, 2008

IIUM Kuantan Campus Staff Inter Department Games

Sukan antara department di IIUM Kuantan Campus dan bermula hari ni. Hari ni 2 acara dah dijalankan. Acara bolatampar dengan dart. Tahun ni library bergabung dengan Kulliyyah of Allied Health Sciences. Memang setiap tahun library tak pernah kekal dengan satu team. Tahun depan tak tahu dengan team mana pula kami akan bergabung.

Terdapat 9 acara yang dipertandingkan. Aku bagi nama untuk join 3 acara je. Cam biasa... boling memang aku takkan lepaskan.. dah memang minat. Nak wat macam mana kan. Lagi pun main free.. siapa yang tak nak. Dua lagi ialah badminton dengan lawn bowl (boling padang) boling lagi.. heheheheh. badminton tu saja aku bagi nama sebagai reserve player je. Boleh gak aku pergi tengok dan belajar kan.

Lain-lain acara ialah carom, futsal, ping-pong, dan bola jaring. Kepada semua yang terlibat.. bermainlah dengan semangat kesukanan. Jangan hanya kejarkan kemenangan. Sampai ada lagi yang terluka.... seperti yang telah berlaku sebelum ni..

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..
BERSUKAN DEMI KESIHATAN


Citer Lawak.... 3 Remaja Bermasalah

Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

HuHuHu.. PeNAt!!!!!

Aduss penatnya. Malam tadi main badminton persahabatan dengan staff dari library Universiti Malaysia Pahang (UMP). Biasa main dekat Astana Golf cuma sejam sahaja. Itupun bukannya main terus sampai sejam. Main ramai-ramai bertukar ganti.


Malam tadi tak banyak rehat. Tambahan pula kami dari UIA tak ramai. Aku bergandingan dengan Saiful Nizam. Siap dengan baju sama warna. Saja nak bagi nampak garang sikit hehehe. Nizam dengan Asyrafuddin. Ariff pulak bergandingan dengan Syed Nadzmi.


Gandingan Arif dengan Syed beroleh kemenangan. Manakala aku dengan Saiful kalah pada rubber game. Nizam dengan Asyraf pulak kalah straight set (nampak cam kena gulai je hehehe). Alasan yang aku dengar dari kawan-kawan ialah sebab tak biasa dengan kiraan 21. Come on.... sekarang mana ada lagi kira 15 mata.


Habis main pukul 10.30 malam terus aku balik ke rumah. Arghh!! lapar la pulak rasa. Anak isteri dah tidur. Dah kelaparan so selongkar lah apa yang patut. Dah makan.. layan plak citer Korea sampai 12.30 pagi.

Lepas ni.. nampaknya kami kena berlatih lagi untuk buat persediaan kalau nak lawan mana-mana team. Baru tahu kelebihan dan kekurangan kita.. Tentang kiraan... aku nak cadangkan kepada kawan-kawan untuk guna kiraan mata 21.. selamat tinggal 15 mata.

Sunday, July 06, 2008

MAKSAK Tenpin Bowling

Pagi tadi buat pertama kali aku join Kejohanan Tenpin Bowling MAKSAK Pahang. Kejohanan ini adalah untuk membuat pemilihan bagi mewakili MAKSAK Pahang ke Kejohanan MAKSAK Malaysia yang akan diadakan di Kedah Ogos nanti.

Score yang menghampakan


Memandangkan tahun ni pertama kali aku sertai maka aku tak letakkan harapan. Gambar kat atas tu ialah score aku sepanjang kejohanan tersebut. Mungkin aku gugup diawal permainan, di tengah permainan dan di akhir permainan. Aku mungkin terlalu sangat nak tengok score orang lain kot. Tambahan pula aku pergi dengan Nizam sahaja. Tak ramai orang yang aku kenal.

Yang menyeronokkan aku dapat kenal ramai bowlers dari Pahang terutama Kuantan. Entry ni aku post dari handphone sebelum dak tidur. Saja nak tengok berapa maxis charge aku.

Oh! ya sebelum tidur terima panggilan dari pekan. Rumah mak ada ular tedung masuk. Ya Allah! macam mana boleh masuk. Abah yang sedar waktu nak ke bilik air pukul 12 tengah malam tu. Mujur abah perasan dan sempat panggil bomba untuk menangkap ular tu. Tips untuk mengelakkan ular ni masuk ke rumah ialah dengan menaburkan belerang di sekeliling rumah kita. InsyaAllah ular atau lipan akan lari bila terbau belerang ni.


Friday, July 04, 2008

Minyak Oh! Minyak

Siapa yang tidak terkesan den kenaikan harga petrol? Siapa yang tidak menggunakan minyak? Orang yang tidak menggunakan min yak ialah orang yang tidak mempunyai kenderaan. Adakah golongan ini terselamat dek kenaikan harga minyak?


Kenaikan harga minyak petrol sebanyak 78 sen seliter menjadikan harga sekarang RM 2.70 seliter. Satu kenaikan yang paling tinggi bagi negara. Kenaikan di sebabkan oleh kenaikan harga pasaran dunia. Yang paling menangung beban ialah orang awam. Bukan di sebabkan oleh harga minyak itu sendiri. Tetapi ialah kesan dari kenaikan itu terhadap perkara lain.

Dengan naiknya harga minyak, dengan secara tidak langsung semua barang keperluan akan naik. Peniaga masih tetap meraih keuntungan. Mungkin lebih menguntungkan. Contohnya kenaikan harga tepung gandum sebelum ini. Kenaikan sedikit dan peniaga terus menaikkan harga kuih-muih berasaskan tepung. Begitu juga kesan dari kenaikan harga ayam. namun peniaga tidak menurunkan harga satey contohnya apabila harga ayam kembali stabil.


"Kerajaan juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan."

Mengikut skim tersebut tersebut, kenderaan di bawah 2000cc akan menerima RM625 setahun - rebat bagi 800 liter di bawah harga baru. Pemilik motosikal pula akan diberi rebet RM150.

Betul kalau dikirakan pengguna hanya perlu memperuntukkan sedikit bagi keperluan bahan api ini. Tetapi bagaimana dengan harga bahan keperluan lain yang semakin meningkat. Peniaga Pasar malam sendiri sebagai contoh telah menaikkan semua barang makanan. Jadi kesimpulannya harga semua barang keperluan bergantung kepada harga minyak.

Suatu masa dahulu kita dikejutkan dengan harga air mineral yang lebih mahal dari harga petrol. Nah! sekarang.. adakah ini merupakan langkah untuk merendahkan harga air mineral agar lebih murah dari petrol.. hehehe. Fikir-fikirlah........

Thursday, July 03, 2008

IEEP 2008

Macam tahun-tahun lepas. Aku akan join 2 IEEP. Library sekali lagi tahun ni join IEEP bersama dengan OCD, Development serta Celpad. Tahun ni kami pergi ke Pulau Langkawi. Ini adalah kali ke dua aku pergi ke Pulau Langkawi. Pulau Langkawi selalu dikaitkan dengan lagenda Mahsuri serta syurga membeli belah. Pulau Langkawi adalah pulau bebas cukai. Biasanya orang yang pergi kesana akan cari pinggan-mangkuk, coklat, kain batik, ubat-ubatan berasaskan gamat dan lain-lain lagi.


Dalam feri



Di ketinggian 710 meter dari paras laut



Baru turun dari Cable Car


Kami sekali lagi berkesempatan melawat tempat-tempat seperti Makam Mahsuri, Pekan Kuah, Idaman Suri, Cable Car dan lain-lain.

Gambar ada aku upload di Multiply.


Wolcome to kapas Island



Bagi IEEP Kulliyyah of Pharmacy pula, mereka memilih untuk ke Pulau Kapas. Tahun lepas destinasinya ialah Pulau Redang. Tak banyak bezanya sebab aktiviti utama kalau ke pulau ni ialah snorkeling. Di Pulau kapas pula, pengunjung juga berpeluang untuk mencandat sotong. Mulanya aku nak join mencandat sotong. Tapi sebab peralatan aku tak bawa jadi aku batalkan saja niatku itu. Lebih baik lepak ngan family dalam chalet.

Aktiviti snorkeling tak menarik sangat waktu aku mengunjung ke Pulau Kapas ni. Mungkin sebab cuma di kawasan persisiran pulau tu sahaja dan juga kebetulan masa tu ada terdapat banyak obor-obor.



Aaaa tu nampak obor-obor banyak tu


Oh! ya.. nak juga kongsi pengalaman waktu mula-mula sampai di jeti Kapas Island tu. Waktu sibuk-sibuk memunggah barang dari bot tu, aku terperasan seorang jejaka yang kukira satu Malaysia mengenalinya. Wow!! Mawi ada kat sini.. bersama siapa. Siapa lagi kalau bukan Ikin serta beberapa orang lagi.. mungkin pengurus atau kenalannya. Aku pun apa lagi.. belum pernah sebelum ni bergambar dengan artis. kali ni berjumpa dengan artis paling popular di Malaysia ni. Di sebabkan Mawi dah nak cepat hari tu maka dapatlah bergambar sekeping je.... Malangnya.. Farah terdelete plak gambar tu.. so tak de bukti la. hahahaha.. atau mungkin khayalan aku je.

Keindahan Pulau Kapas



Gambar masa kat Pulau Kapas nanti kemudian aku update kan.

Temuduga

Semalam (2/7/2008) ambik cuti untuk menghadiri temuduga Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang. Lepas hantar Farah ke sekolah aku terus naik motor ke IKIP 3 di Kubang Buaya tempat temuduga tu. Mula sampai ingat tak ramai orang sebab aku nampak dalam 9 hingga 10 orang je. Tapi aku tersilap sebab ramai lagi yang dah masuk bilik menunggu.

Bila melangkah je masuk kedalam bilik menunggu. Aku rasa sesuatu yang pelik. Terasa terasingnya aku kat dalam bilik tu. Bukan sebab aku sorang je lelaki. Tapi pelik sebab aku nampak aku sorang je yang pakai t-shirt dalam tu. Orang lain siap pakai baju lengan panjang beserta tali leher plak. Tengok punya tengok ada lah dalam 3 orang termasuk aku yang pakai t-shirt.

Tambah lagi rasa lain macam bila dengan orang belakang aku siap nak menghafal nama Adun dan ahli parlimen bagi kawasan tertentu. Aku punya preparation macam mana.. takkan setakat t-shirt je. Dalam pada tu aku buat keputusan untuk balik ke rumah bagi menukar pakaian. Ah.! biarlah lambat sikit nama aku.. asalkan temuduga berjaya.

Rupanya aku selama ni tak tahu atau mungkin tak ambil tahu. Untuk pergi temuduga dengan kerajaan, bagi lelaki seeloknya pakai seluar slack dengan kemeja lengan panjang. Warna sebolehnya satu warna sahaja.. bukan baju berkotak mahupun berjalur. Satu informasi yang amat berguna bagi aku. Akan ku sampaikan kepada kawan-kawan. Lebih baik kalau ada tali leher dan juga tanda nama.

Teringat aku masa aku interview untuk jawatan kerani akaun di Kuala Lumpur masa lepas sekolah dulu.

Penemuduga "Do you have any experience with account?"
Aku "Errrr... errr.. yes....."
Penemuduga "Sorry.???"
Aku "Ermmm.. I have BSN and Maybank acount"

Aku rasa.. lepas je aku balik masa tu.. berderailah dia punya gelak...

Habis temuduga aku balik rumah. Kemudian ajak wife aku yang juga ambil cuti untuk menonton wayang. Dah lama tak tengok wayang bersama. Habis wayang kami main boling. Malangnya dapat main 1 game sahaja sebab lane fully booked untuk budak-budak sekolah training.

IIUM Inter Department Staff Games 2008

IIUM Kuantan Team


Tahun ni aku wakil Kuantan Campus untuk 2 acara iaitu Tarik Tali dengan Tenpin Bowling. Dua-dua event ni aku dapat emas untuk acara berpasukan. Selain dari tu aku juga pergi sebagai pengurus untuk Olahraga. Tiga pingat emas di sumbangkan dari Olahraga.


Menang acara bowling berpasukan lelaki buat pertama kali untuk pasukan Kuantan. Ada orang cakap mungkin kerana pihak lawan tak berapa menjadi hari tu. Tapi bagi aku, kami semua bermain dengan penuh semangat terutama last game. Sorakan dari kami juga dari pasukan lane sebelah menceriakan suasana lantas menyemarakkan semangat kami.

Juara acara berpasukan lelaki


Semoga tahun depan aku dapat turut serta untuk mendapatkan pingat emas lagi.

Separa Dua Ribu Lapan

Salam. Kini kita sudah melepasi separuh dari tahun 2008. banyak juga peristiwa yang berlaku di awal tahun 2008 ini. Bermula dengan Kereta aku kemalangan . Rentetan dari itu kereta aku masuk bengkel sampai lebih dari 4 bulan. Nasib baik abang ada kereta lebih. Boleh gak aku pinjam.


Tahun ni juga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum ke 12 boleh di lakukan pada 8 Mac 2008. Agak memeranjatkan bilamana Barisan Nasional bukan hanya tidak dapat menawan Kelantan bahkan kehilangan 4 lagi negeri untuk di pimpin oleh parti pembangkang.

Masalah pula timbul bilamana terdapat percanggahan pendapat antara pembangkang yang membentuk Pakatan Rakyat. Bagi aku, tak kira siapa yang memerintah semoga telus dalam segala hal.

Template by:
Free Blog Templates