Wednesday, February 18, 2009

Review Geng The Movie (Upin Ipin)


Betul, betul, betul. ingat lagi tak dengan ungkapan watak Upin & Ipin yang sering keudara ketika bulan Ramadhan. Skrgni, Upin & Ipin - Geng The Movie kembali mengubat rindu peminat, dimana aksi lucu mereka akan dipertontonkan di pawagan bermula pada 12 Februari 2009. Aku dan family menonton di Teruntum CNPLX pada Sabtu 14 Februari 2009.

Saja aku nak buat review kat blog ni bagi member2 satu opis hangin satu badan (mana yang tak pergi menonton lagi la)

Upin & Ipin merupakan animasi 3D popular terbitan Les’ Copaque, menelan kos/ budget sebanyak RM4 Juta manakala tempoh nak menyiapkan pula selama 2 tahun setengah. Belanja melebihi Cicak Man. Tempoh lebih kurang citer Shrek ataupun Finding Nemo. Tapi selepas aku menonton filem ni.. aku rasa bangga dan berbaloi.. rupanya ada product sebaik ini mampu dihasilkan di Malaysia.
Pilem Shrek

Cerita bermula bila lampu di panggung di matikan.. hehehe.. jangan marah aaaa..

"Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...

Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia"

Rumah Tok Dalang (Atuk badrul )

Pengembaraan bermula (Sapi... GO!!!.. Sapiii.. STOP!!!)

Aksi Upin ngan Ipin dalam hutan

Gelogsor kayu

Oopet


Hantu?

Ular besar..

Kesan bunyi.. besttttt... animasi.. bestttt... jalan cerita.. simple tapi bessttt... bese la.. dah nama katun animasi.. mesti masuk lam dunia khayalan kan.. lam movie ni.. watak yang paling menonjol pada aku ialah Rajoo.. Antara dialog yang aku suka ialah waktu papan gelongsor kayu tiba2 berhenti kat cerun bukit..
upin: Kenapa berhenti ni? (sambil lompat-lompat & henjut2)
rajoo: woi.. janganla!! nanti jatuh!
upin: cepat ipin, tolong henjut ..
rajoo: jangan ipin jangan.. ingat masa depan!!
Yang sedihnya bila Opeek OOpet nak berpisah ngan Rajoo.... sayu gak..

Gabungan unsur-unsur KELAKAR, SUSPEN memang sesungguhnya tak membosankan aku sekeluarga lam panggung. Pada yang tak pergi tengok lagi tu.. pegi la.. aku rasa cam kuno je bila tak tengok2 lagi.. muhahahhaa... pas ni boleh lah kalau nak adaptasikan Upin Ipin kat kete... buat ganti NEMO.. hehehehe.. (aku tak tujukan pada sapa2 n
i)

untuk lebih lanjut.. sila layar ke laman web dia

Monday, February 16, 2009

Dua Malam Bersama Keluarga

Jumaat lepas.. malamnya dok rumah je... bersama keluarga. Jarang dapat peluang keemasan ni.. Asyik kerja je. Dok melayan Harith sampai kul 12 lebih.

Jumaat malam.. Harith dok dalam "rumah" dia sambil menonton TV

Sabtu malam... gi tengok wayang citer Geng (Upin Ipin)

Sunday, February 15, 2009

Cerita Minggu Lepas

Ah!!.. malasnya nak update blog. Bz ke.. ntah. bz campur malas kot.
Minggu lepas gi Shah Alam drive. Bawak JDM sampai Triang then antar bengkel. JDM ni.. pantang org ada duit lebih sikit.. abis duit OT aku 2 bulan. Pastu bawak Wira MU ke Shah Alam. Aku lupa hari 8/2/2009 tu Thaipusam. Awal pagi nya aku selamat.. jalan 3 lorong tu 2 lorong je yang jem. So aku tak terkandas la masa pergi ke Shah Alam tu. Masa balik.. entah macam mana aku boleh lalu jalan yang sama gak. Adusss... lama gak la aku sangkut kat situ. SMS ke wife ckp tengah makan roti.. hehehehe....

Balik Kuantan.. hari Selasa pagi pergi Bank Muamalat. Honda aku lak wat hal.. nak gak makan duit OT. "Dia" bleh pergi pancit plak kat depan Bank Muamalat.. uhhh!! jenuh aku menolak moto ke Jalan Gambut. Kedai pertama pergi.. tak de pomen.. kedai je besar.. cuma buat jualan je.. tak de service or repairing.


"Kereta ni dah tua . macam-macam lah sakit" kata tokey bengkel

Jem kat Batu Cave...

Friday, February 06, 2009

Isteri Idaman

Kriteria isteri-isteri idaman adalah:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.


2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur di kala duka juga penting.


3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.


4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.



5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat isteri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...hu..hu..hu..


Template by:
Free Blog Templates