followers

salji

waktu

bird terbang

Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

Sunday, April 19, 2015

APAM GULA HANGUS


aiii.. dh lama x mengapam... sesekali teringin nk makan...

APAM GULA HANGUS 
(resepi dr jabatan Pertanian)

1 1/2 cwn gula pasir - d hanguskan
1 1/2 cawan santan / susu cair

hanguskan gula masukkan santan / susu cair kacau hingga ia cair semula. tutup api. sejukkan.

2 cwn tepung gandum - ayak +
2 st soda

3 biji telur - pukul kembang +
1 st vanila -

masukkan tepung + soda dalam gula hangus.
masukkan telur dan kacau rata.
masukkan dalam loyang hgga masak 40 - 1 jam

* bakar pun boleh (alas kertas)
* kukus pun boleh
* x perlu d perap
* jk guna acuan kecil letak 1/2 paras acuan

Saturday, January 24, 2015

KEK APAM SUSU LAYER COCO POWDER


sekali lagi buat kek apam susu ni dulu buat comel comel d sini. tapi kali ni akak ubah suai sikit dengan cara "layer"nya... akak ikut cara layer kek alunan kasih... 
resipi ada disertakan di gambar bawah ini

KEK APAM SUSU LAYER COCO POWDER

 * ikut resepi kek apam susu

adunan yang dah siap akak asingkan kepada dua bahagian..
A) 1 adunan hijau
B) 1 adunan plain
** kemudian setiap warna bahagikan kepada 2 bahagian lagi..

## serbuk koko untuk setiap lapisan warna (bahan wajib)

 cara:

- lapiskan adunan plain
- tabur serbuk koko
- lapiskan adunan hijau
- tabur serbuk koko
- lapiskan adunan plain
- tabur serbuk koko
- lapiskan adunan hijau

dan kukus hingga masak


Friday, January 23, 2015

KEK APAM SUSU


apam susu yang sangat famous d fb... gebu dan lembut... tapi sayang corak yang akak buat ni x menawan mata yang memandang.. pening kalernya... hehehe

KEK APAM SUSU
fb

Bahan-bahannya :-

5 biji telur
1 sudu besar Ovelette
1 cawan gula halus
**campurkan dan pukul hingga kembang menggunakan mixer**

masukkan lagi :-
1 sudu teh esen pandan
1/2 cawan susu pekat
**pukul lagi hingga kembang menggunakan mixer - max**

kemudian masukkan :-
2 1/2 cawan tepung gandum
**kacau perlahan-lahan menggunakan mixer - min sehingga sebati**

Cara-caranya :-

Asingkan dalam 3 bekas dengan warna yang berlainan. (ikut suka ye)
Panaskan kukus yang berisi air hingga mendidih.
 Ambil loyang (8 inci) dan sapu dengan minyak sehingga rata dan
masukkan adunan berwarna tadi bergilir-gilir sehingga habis.
Kemudian kukus selama 30 minit sehingga masak. (cucuk dengan lidi)

*Elakkan air tudung kukus menitik ke atas kek.
*Dah masak, angkat dan biarkan ianya sejuk dan meregang sendiri dari loyang.

SELAMAT MENCUBA DAN MENIKMATINYA

Wednesday, February 19, 2014

SERI AYU KISMIS


 buat seri ayu tapi gatal tangan guna acuan love pulak... erm.. bila siap masak semuanya senyum lebar... merkah ke semuanya... lain kali kena guna acuan seri ayu juga hehehe...., tapi x pe... percobaan...!! seri ayu maintain lembut.. dalamnya ada kismis untuk memberi kelainan dari seri ayu kelapa tu..


SERI AYU KISMIS

Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

2 biji telur
1 cwn gula
1 sk ovallete
2 cwn tepung gandum
1 cwn susu cair
1 sk pes pandan
1 sk pewarna hjau epal - akak guna pewarna merah
kismis secukupnya

Cara-cara

Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovallete dan pukul lagi.
Masukkan tepung, susu cair, pes pandan dan pewarna hijau, pukul lagi sehingga sebati.
Oleskan sedikit minyak pada acuan. Isikan beberapa biji kismis ke dalam acuan dan tuangkan adunan sehingga hampir penuh.
Img_4561 Pastikan tudung pengukus di balut dengan kain sebelum mengukus. Kukus selama lebih kurang 7 minit.

Friday, January 17, 2014

APAM BALIK


teringin nak makan apam balik... dulu akak buat guna pan kecil je.. tepung pula dari tepung naik sendiri.. tapi kali ni akak try guna tepung gandum, ubah suai guna santan kotak dan guna pula pan besar sikit... dapatlah apam balik saiz besar dan tebal... untuk resepi ni akak dapat 7 keping

APAM BALIK
alma

Bhn:A

1bj telur
1/2cwn gula (mommy kurangkn sket)

Bhn B:

1sdt bikarbonate
1sdt bkg pwdr
1 1/2cwn air / susu cair - akak try guna santan kotak
sdkit pewarna kuning

BhnC:

2cwn tepung gandum

Inti:
kacang kisar
gula
creamed corn
choc chips (optional)

Cara:

1. Guna whisk (resipi asal soh guna processor/blender), whisk-kan bhn A, smpai kembang & pucat.
2. Then cmprkan bhn B. - whisk smpai rata.
3. Akhir sekali masukkan bhn C - whisk lagi smpai sebati. Siap.
4.Panaskn non-stick fry pan saiz 23cm. Tuang 150ml adunan (saiz sederhana) atau 3/4cwn (besar sket) ke dlm kuali. Bila dh mula menggelembung2 tu, taburkan gula - kacang - jagung - choc chips. Lipat separuh bila adunan dh cam kering2 gitu then angkat ler. Siap!
Sedap dimakan masa suam2 panas gituuuu..........

Wednesday, April 24, 2013

APAM YIS COMEL


dulu pernah buat apam ni.... di sini... baru baru ni juga grop JW beramai ramai membuat apam ni sebanyak 500 pcs sempena hari penamaan calon.. mencabar juga sebab terlalu banyak.. tapi sayang kerana kesibukkan akak terlupa nak ambil gambar... huhuhu...


amboi yang kaler merah tu.. terlalu terserlah... hehehe... akak x sempat nak beli kelapa parut sebab kedai dah tutup..
untuk kali ni akak membuat apam ni sempena jamuan perpisahan staf di office hubby... ada empat jenis 4 semuanya akak buat.. apam sarang semutpuding Laici Kastad dan juga red velvet cake


APAM COMEL YIS

Bahan-bahan ( 30 biji )

1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan nasi sejuk dimesin bersama 1 cawan air
1 sudu makan yis
1 cawan air suam
pewarna ikut suka


Cara-cara

Mesin nasi bersama air sehingga halus .
Masukkan semua bahan kecuali pewarna ke dalam campuran bubur nasi.
Tambah pewarna. Kacau. tutup dan biarkan 3-4 jam.
 Cedukkan adunan ke dalam mangkuk kecil sehingga hampir penuh. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang kuat.
Setelah apam masak, rendamkan mangkuk kuih ke dalam sedikit air selama 5 minit supaya senang untuk mengeluarkan kuih dari bekas
Coretkan sedikit pewarna jika suka untuk buat colour-colour.



Wednesday, March 6, 2013

ATVT KELAS JW - APAM DEWA


inilah atvt mingguan bersama Jw.. resepi ni telah dikongsikan oleh puan Norlida Zainon dari Lake Ville.. menurut kata puan Norlida diambil resepi dari tenet...
terima kasih puan Norlida mengongsikan resepi yang mudah dan menarik ni untuk Jw Bandar U.

APAM DEWA
puan Norlida Zainon
Lake Ville

Bahan-bahannya:
6 biji telur
2 sudu besar oren sunquick
1 cawan gula
1 sudu kecil ovellete (optional)
1 sudu kecil esen vanila (optional)
2 cawan tepung gandum
Cara Membuat:
Didihkan air dalam periuk kukus.
Sementara itu, lenserkan loyang dengan sedikit minyak. Ketepikan.
Pukul telur, gula, ovellete, sunquick, esen vanilla hingga betul-betul kembang dan adunan naik 2 kali ganda. (Saya pukul guna speed maksimum selama 15 hingga 20 minit)..
Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul hingga rata.
Bahagikan kepada beberapa warna kegemaran.
Masukkan ke dalam loyang bermula dari bahagian tengah. Kemudian masukkan adunan warna lain di atas warna tadi. Tak perlu diratakan. Adunan akan merata sendiri. Buatlah sehingga semua warna adunan habis.
Untuk membuat coraknya, ambil sebatang lidi, bermula dari tengah, tarik arah keluar. Bersihkan lidi dengan tisu setiap kali selesai setiap lorekan. Buat kepada empat bahagian. Kemudian, antara lorekan tadi, tarik lidi dari arah luar hingga ke tengah adunan. Buat kepada empat bahagian.
Kukus apam selama 40 minit@ hingga masak menggunakan api sederhana.

Thursday, August 2, 2012

APAM COMEL YIS


teringin sangat nak makan apam tapi di bulan puasa ni rasa nak makan tu meluap luap tapi bila dah berbuka... tengok pun boleh kenyang.. akak cuma makan 2 ketul je.. yang lain lainnya semua akak sedekah je.. risau takut x habis..


apam ni amat sedap gebu dan lembut je.. x rugi nak cuba...

APAM COMEL YIS

Bahan-bahan ( 30 biji )

1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan nasi sejuk dimesin bersama 1 cawan air
1 sudu makan yis
1 cawan air suam
pewarna ikut suka


Cara-cara

Mesin nasi bersama air sehingga halus .
Masukkan semua bahan kecuali pewarna ke dalam campuran bubur nasi.
Tambah pewarna. Kacau. tutup dan biarkan 3-4 jam.
 Cedukkan adunan ke dalam mangkuk kecil sehingga hampir penuh. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang kuat.
Setelah apam masak, rendamkan mangkuk kuih ke dalam sedikit air selama 5 minit supaya senang untuk mengeluarkan kuih dari bekas
Coretkan sedikit pewarna jika suka untuk buat colour-colour.

Tuesday, April 17, 2012

APAM INDON

dah pernah beberapa kali buat apam indon ni.. tapi bila tengok Yatie buat,... hati mula x keruan lak nak mencuba lagi.. bila dah buat baru lega... hati dah x keruan lagi.. hehehe... yang penting rasanya amat sedap, gebu dan lembut je..
anak nak g KL petang tadi jadi apam ni akak potong ketika suam suam sebab anak dah x sempat tunggu hingga sejuk.. bas dah nak tiba..


RESIPI APAM INDON

Bahan-Bahan
5 biji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
2 sudu besar minyak-Yatie tambah
pewarna dan perisa kegemaran


Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
Sediakan loyang ukuran 9 inc
Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Campurkan garam ke dalam susu.
Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. Masa ni Yatie tambahkan 2 sudu besar minyak dan gaul sebati.
Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 minit atau sehingga apam masak sempurna.

Cara Ita, Yatie juga ikut cara yg Ita buat.
Cara ita sedikit berbeza, ita bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap satu bahagian anggaran 1 cawan, jadi kita akan dapat 6 cawan.
2 cawan ita letakkan coklat emulco, ini untuk lapisan atas dan bawah. Baki 4 cawan yang lain ita warnakan dengan hijau dan letak pandan emulco, warna purple dan letakkan bluberry paste, warna merah jambu dengan paste strawberry dan warna kuning dengan vanilla.
Ita kukus lapisan coklat yang pertama selama 10 minit, kemudian ita letakkan 4 warna yang lain secara berselang seli dan kukus semula selama 30 minit. Bila dah masak ita tuangkan pula warna baki warna coklat yang terakhir dan kukus semula anggaran 20~25 minit atau sehingga apam masak sempurna.
**Masa mengukus, Yatie tutup loyang tu dngn aluminium foil. Aluminium foil tu hendaklah di sapu rata sedikit butter supaya bila apam masak, ianya tak melekat di aluminium foil dan kelihatan cantik permukaannya. Gunakan api sederhana semasa mengukus apam.

Monday, February 13, 2012

SERI AYU KACANG MERAH


kuih seri ayu ini juga adalah kueh ketiga akak untuk di bawa ke surau.... akak ambil dari resepi rakan fb.. pada mulanya akak risau gak nak buat campur inti kacang merah yang buat pau tu.. takutlah jadi bantat ke ape ke.. sebab kueh ni untuk meja hidangan vip untuk penceramah ustaz..
kueh ni akak buat sebelah pagi tapi nak di jamu pada sebelah malam lepas isya... akak terpaksa buat awal sebab sebelah petang selepas zohor kami JW ada gotong royong memasak nasi 3 piuk besar, ayam masak merah, kerabu tauge pucuk paku dan kobis masak lemak3, ikan masin goreng, sambal belacan dan ulam serta buah.
seri ayu ni sangat lembut dan sedap. x terasa bila di dalam mulut... untuk pengetahuan.. kuih kuih yang akak buat habis di luar jangkaan....

RESIPI SERI AYU KACANG MERAH


Seri Ayu Kacang Merah....
BAHAN
1 1/4 cawan gula
1 1/4 cawan santan/air kelapa
3 biji teur
1 s/k overlatte
2 1/2 cawan tepung gandum
1 s/b baking powder
sedikit pewarna merah - akak tambah
1 cawan inti kacang merah
kelapa parut (putih) +sedikit garam +sedikit tepung gandum...}gaul rata dan kukus
-mula2 pukul telur ,gula ngan overlatte hingga kembang & pekat....
--msukkan santan / air kelapa sedikit demi sedikit....hingga sebati....
-masukkan tepung gandum & baking powder sedikit2 hingga sebati.....
- ambil sedikit adunan masukkan kedalam mangkuk...kemudian banchkan bersama inti kacang merah hingga sebati..kemudian tuang kedalam adunan tadi....
-gaul hingga adunan rata...
-siap....
- bubuh kelapa parut kedalam acuan yg telah disapau ngansedikit minyak....tekan2 bagi rata...
- tuang adunan tepung kacang merah tadi kedalam acuan... kukus selama 10 minit.....

Tuesday, January 31, 2012

ATVT KELAS JW - PUTERI AYU CERIA


cantik x puteri ayu ni... ini adalah kuih hasil dari air tangan akak berkongsi dengan grop JW... suka benor kawan akak dapat belajar buat PUTERI AYU CERIA dan .. siap ada kata kalau buat hantaran ni cantiklah... rasa pun sedap.. biar sampai ke malam pun masih lembut lagi...


KUIH PUTERI AYU CERIA

Bahan-bahan;
270 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
240ml santan/ fresh milk
1 sudu besar jus pandan- 1 sk perisa pandan
3 biji telur
240gm gula
*Kelapa parut (muda) digaulkan garam dan 1 sudu besar tepung kanji


Cara-caranya:
Telur dipukul bersama gula sehingga kembang. Masukkan santan, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati. Panaskan periuk kukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. Tuangkan adunan tepung tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.

NOTA: kuih ini boleh juga ditukarkan jus pandan / perwarna lain dengan pes coklat.

nota dapur mamasya
utk dptkan warna-warni bahagikan adunan kpd 3 warna, tuangkan setiap adunan berwarna sebelah menyebelah dlm acuan cepat-cepat agar setiap warna muat di bahagian atasnya. Barulah dikukus.
kelapa muda ni guna decicated coconut-campurkan dgn sedikit air suam,kacau dan masukkan dlm microwave

Monday, January 30, 2012

ATVT KELAS JW - APAM KUKUS MEKAR COLA


tengoklah apam akak ni.. macam x puas hati je akak lihat.. sengih sikit je... tapi ape pun senyumannya... apam ni memang best.. sedap!! masa akak beli majalah SEDAP x teringin nk buat tapi terlihat je kat blog ita ni terus teruja.. akak kena ambil semangat kat oranglainlah nampaknya...
sebenarnya inilah resepi yang akak kongsikan bersama rakan kat kelas JW... (malu nk cakap sebab jadi cikgu x bertauliah.. ahaks... hehehe..!!) semuanya JW suka sangat dengan apam ni. akak kongsikan 2 resepi sebenarnya, tungguuuuuuu....

APAM KUKUS MEKAR COLA
Sumber : Majalah SEDAP
Suntingan : Azlita Masam Manis

2 biji telur
1/4 sudu teh garam
150 gm gula pasir
50 gm gula merah - ita guna gula perang
1/2 sudu makan ovalete
275 gm tepung gandum
15 gm susu tepung
1/2 sudu teh baking powder
225 ml coco-cola
50 gm coklat cip - ita lebihkan sebab 50 gm ni macam sikit sangat


Pukul telur, garam, gula pasir, gula merah dan ovalete sehingga kaku selama 10 minit. (dia mmg akan kaku tau! lagi pekat dari yg selalu kita buat kek chiffon yg pukul sampai jadi bertanduk tu)
Masukkan tepung gandum, susu tepung, dan serbuk penaik yg di ayak berselang seli dgn minuman coca - cola. (bukan sambil tuang sambil minum ye!...) sambil dipukul perlahan.
Masukkan coklat cip dan kacau rata guna spatula.
Sudukan adunan ke dalam papercup dan masukkan dalam acuan apam yg berlobang2 (boleh tengok gambar)
Sediakan kukusan. Buka api kuat. Biar air kukusan mendidih. 
Susun dalam kukusan dan kukus selama 10 - 15 minit dgn api besar sehingga masak.

apam ni dapat banyak so boleh buat separuh adunan jika keluarga tak ramai....
Tolong jarakkan setiap apam semasa mengukus kerana takut bila mekar ia akan melekat2 pulak antara satu dgn yg lain

Monday, November 14, 2011

APAM TEPUNG GANDUM


breakfast pagi ni... kenyang perut. pagi ni terlebih rajin lak... sebenarnya mr Hubby yang request kuih apam ni 2-3 hari lepas tapi kerana akak kurang sihat masa tu.. dan baru sekarang akak penuhi permintaan dia.. harini anak dan mr Hubby pulak yang kurang sihat... agaknya nilah di katakan demam sekeluarga..hehehe.. lepas sorang... sorang di serang demam.
akak suka buat apam ni sebab x perlu nk peram lama.


RESIPI APAM TEPUNG GANDUM

2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung
3/4 cawan gula (saya guna 1/2 cawan je sebab tak suka manis)
1 paket yis mauripan
1 1/2 cawan air suam
pewarna ikut suka (akak guna pewarna hijau)

mula mula ayakkan tepung gandum bersama susu tepung. (ayak sekali je, kalau tak nak ayak pun x pe)

satukan bahan ayak bersama dengan gula ke dalam mangkuk. gaul rata.

selepas itu buat lubang kat tengah tengah bahan tadi dan masukkan yis mauripan.

masukkan air suam di tengah tengah bahan tadi dan kacau kacau yis bersama dengan air. kalau yis tu elok.. dia akan mengeluarkan buih. kemudian kacau kacau rata bersama dengan bahan bahan lain sehingga sebati. (jangan ada ketul tepung)

akhir sekali letakkan pewarna dan kacau kacau rata. tutup mangkuk dengan penutup dan biarkan selama 1/2 jam. resepi ni tak boleh peram lama lama sebab kita pakai yis sepeket.. nanti dia rasa masam.

panaskan air kukusan sementara nak tunggu bahan kembang/ naik.

boleh guna acu bulat @ loyang biasa. kalau guna loyang biasa, griskan dengan minyak loyang tu dulu supaya mudah di potong

bila kukusan dah panas, bolehlah dikukus. kukus dalam 20 minit.. @ lebih..

boleh dihidangkan bersama kelapa putih yang dikukus dengan garam.

Monday, June 27, 2011

APAM HARUM MANIS


apam yang teramat la sedap gebu dan lembut. akak buat untuk kenduri kesyukuran kawan akak ni... apam ni sesuai sangat untuk keraian kerana ia mual dan dapat banyak.. ramai kawan akak yang sukakan apam ni.. ada yang menanyakan apa nama kueh berinti pisang ni.. ada yang sangkakan kaswi sebab ia berkilat dan hitam pekat di permukaan kueh ni dan ada yang melawak kata kueh Jin Mata Satu... huhuhuhu.. ada ada aje korang ni.. mengubahkan namanya secantik kueh ni HARUM MANIS kepada N.HARUMAINI.. alamak.. nama akak pulak dah...!!



RESIPI HARUM MANIS

Bahan-bahan ( 40biji )

300 g gula melaka
350 ml air
3 biji telur
200 g gula pasir
350 g tepung gandum
1/2 st baking powder
1 st bicarbonate of soda
1/4 st garam
1 sm esen vanila
50 g mentega - dicairkan
8-9 biji pisang raja - dihiris bulat tipis


  1. Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan. Pukul telur dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
  2. Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati
  3. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan ½ penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.Adunan ini blh dapat 40biji apam.
  4. *** Isi separuh sahaja, apam ni akan naik tinggi ***


    Sunday, April 10, 2011

    APAM PISANG COKLAT

    tengok pun sedap.. kalau makan lagilah sedap... tengok gambar pun dah tau kannnn.. jadi x yah nak cerita panjang panjang daa.... jom kita buat... x de stok pisang jom g beli... hahaha... malas nak cakap panjang sebab nak g jemputan umah kawan. nasib baik sempat jugak siapkan resipi di sini..



    RESIPI APAM PISANG COKLAT

    2 cawan tepung gandum*
    2 sm serbuk koko*
    1 st soda bicarbonate*
    1st baking powder* ayak semua bahan* bersama.
    secubit garam
    1 cawan pisang emas yang dilecek - akak guna pisang embun
    1 cawan minyak masak
    1 1/2 cawan gula perang
    2 biji telur - di pukul

    panaskan kukusan
    masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk.
    masukkan bahan ke semua lain. gaul sebati.
    masukkan ke dalam loyang kecil @ loyang besar.
    kukus selama 1/2 jam @ hingga masak.

    pastikan air kukusan tidak menitis ke dalam loyang semasa mengukus.

    Monday, April 4, 2011

    ATVT KELAS JW - PUTERI AYU

    ASSALAMUALAIKUM...
    semoga ceria ceria selalu hendaknya.. 

    ini N3lama di kelas masakan JW di tempat akak. sampai terlupa akak nak masukkan di sini.. puteri ayu ini telah di kongsikan resipi oleh puan Zaitun dari 52 U8 Bandar Universiti. puan Zaitun ni adalah seorang pengusaha kueh mueh untuk jualan pagi.
    puteri ayu ni sedap lembut dan gebu. dah namanya seorang pengusaha kueh pasti kueh muehnya menepati citarasa customer.. kalau x masakan boleh laris di pasarankannnn..!
    pada siapa yang teringin @ dah lama x merasa kueh ni boleh kita cuba resipi puan Zaitun ni pula...


    RESIPI PUTERI AYU

    1 1/2 cawan tepung gandum
    1 cawan gula
    3 biji telur
    1 st ovalet
    1/4 sedikit pewarna hijau
    beberapa helai daun pandan

    hiasan atas:
    1/2 biji kelapa parut - putih
    garam secukupnya 
    sejemput tepung gandum
    *campurkan semua bahan hiasan

    panaskan kukus terlebih dahulu.
    pukul telur, gula dan ovelate hingga kembang dan masukkan tepung lalu di gaul rata.
    blend daun pandan dengan santan hingga halus lalu di tapis dan tuangkan ke dalam adunan tepung dan dikacau hingga sebati.
    ambil sedikit bahan hiasan atas dan masukkan ke dalam acuan lalu di tekan sedikit supaya ia padat.
    tuangkan adunan yang telah di sebatikan ke dalam acuan puteri ayu.
    kukuslah selama 5-10 minit/bergantung kepada api dapur masing masing.

    poster salam sayang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...