followers

salji

waktu

bird terbang

Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Thursday, July 9, 2015

SERAWA TIMUN BETIK


timun betik ni memang susah nk jumpa. kalau ada pun time bulan puasa je.. ada musim juga buah ni.. sama dengan buah ngaku ia banyak time perayaan cina sahaja..

SERAWA TIMUN BETIK

sebiji timun betik - potong kiub
1 tin susu cair
Air gula secukupnya
ais batu kiub

masukkan semua sekali dan simpan sekejab dalam peti sejuk
bolehlah d nikmati sejuk

Sunday, November 25, 2012

THAB THIM KOOB


terlalu ramai yang berjual durian.. akak pun x ketinggalan membeli... akibat terlalu banyak makan durian... suhu badan akak seperti ada yang x kena... sakit semua urat urat... suara pun kian parau...apatah lagi sejak akhir akhir ni keadaan cuaca di tempat akak huuu... x boleh nk cakap... duduk di rumah pun dah macam sauna.. apatah lagi nk g riadah di luar... memang x sanggup... akak kena cari menu yang boleh menyejukkan tekak yang kering... pernah dengar satu dessert ni..? akak pun baru pertama kali mencuba.. anak kata sedap... berulang dorang makan..


THAB THIM KOOB


BAHAN BAHANNYA

1  biji ubi sengkuang [di ptong dadu                  
3 sudu tepong ubi                                              
1 tin susu cair /santan                                        
1 sudu perwana merah                                      
1    ,,        ,,   hijau                                            
air gula dan secubit garam        
                 
       
CARA MEMBUATNYA                       

 Gaul sangkuang yang di potong dengan perwarna kemudian      gaulkan pula dengan tepong ubi rebus sangkuang tadi hingga
timbul angkat dan toskan kemudian campurkan sangkuang    
yang telah siap direbus tadi dengan santan ,air gula dan garam
kacau rata dan tambahkan dengan ais batu siap untuk diminum

Friday, November 16, 2012

KUAH DURIAN


sekarang ni dah la masuk musim panas petang saja macam nk ujan tapi x juga ujan ujan..... akak pula tiap hari makan durian... huhuhu.... bila malam x senang nk tidur... panazzzz.. buka acond pun masih terasa bahang panas... durian durian ni bukan akak beli tapi Alhamdulillah... semuanya dari pemberian kawan kawan anak... akak manalah ada pokok durian... tapi bersyukur sangat.. masih ada yang sudi memberi durian.. dapatlah akak buat itu ini dengan durian ni... inilah hasilnya... kuah durian cicah dengan roti.. jemput makan semua..


RESIPI KUAH DURIAN

10 ulas durian manis - buang biji dan ramas sedikit
1 tin susu sejat / santan pekat
gula secukup rasa
sedikit garam
1sb tepung gandum (jika nak pekat) * kali x bubuh
2 helai daun pandan

campurkan ke semua bahan dan masukkan ke dalam periuk lalu di masak di atas api sambil di kacau selalu. masaklah sehingga mendidih.

* boleh di makan dengan roti jala/ roti/ pulut juga..

Sunday, July 1, 2012

KUAH DURIAN SUSU


sekian lama dulu akak pernah rasa kuah durian yang kawan akak buat.. sedap sangat... akak pun tanya rahsia rasepinya... 
ok.. kalau nak tau rahsianya jum lihat resipinya di bawah ni..


RESIPI KUAH DURIAN SUSU

10 ulas durian
6 sudu gula pasir
1 cawan santan sederhana pekat
1 tin susu cair
sedikit garam
2 helai daun pandan - kerat
** boleh juga tambah gula merah untuk mengubah warna

Cara-cara

Buangkan biji durian dan hancurkan sedikit.
Masukkan dalam periuk bersama daun pandan, garam, gula, susu dan santan.
Masak hingga mendidih.

** cicah roti, roti jala, serabai, lempeng tepung dll



Saturday, October 22, 2011

AIR BEPERISA SPRITE / 7UP


wah.. berpeluh kedinginan air ku... air ni kalau minum memang x menjemukan.. hilang segala dahaga....
jemput minum semua.. masih banyak lagi ni...

RESIPI AIR BEPERISA 

1 botol pewarna hijau 
1 botol perisa pisang
1 botol perisa oren or 1 botol kecil oren sunquick
3 kg gula
2L air

masak air dan gula hingga mendidih dan larut.
masukkan pewarna hijau
masukkan pula perisa oren atau sunquick. dan didihkan sebentar.
tuangkan perisa pisang kacau sekejab terus tutup api.
biarkan sejuk baru di simpan dalam botol.

* x perlu simpan dalam peti ais
* jika guna sunquick tambah lagi 1/2 botol pewarna hijau - jika suka
* akak guna star brand

Wednesday, July 27, 2011

set PULUT DURIAN


setiap kali musim durian di Perak Tengah khasnya pasti ada yang membuat kenduri pulut durian.. tapi jika musim durian tu terlalu banyaklah.. jemput semua sedara mare dan buat doa selamat di dusun durian.. salah satu sebab boleh makan durian fresh. huh sedapnya.. teringat zaman dulu keluarga dulu rajin buat doa selamat kat dusun durian tapi kini x lagi...
sekarang ni terlebih makan durian 2-3 hari kemudian tumbang x bangun! sakit kepala!! durian ni sebenar angin. pada yang x tahan jangan makan banyak silap hari bulan darah tinggi pun naik mendadaklah jawabnya.. tapi biasalah bak kata orang "pantang nampak" kalau jumpa mesti x kuat imam.. baunya alamak mengancam... mana tahan menahan imam!!


RESIPI PULUT DURIAN

isi durian fresh
pulut putih
santan pekat + garam

KUAH DURIAN



tengah musim durian ni ape lagi jom lah layan pemanis mulut ni...

RESIPI KUAH DURIAN

10 ulas durian manis - buang biji dan ramas sedikit
1 tin susu sejat/santan pekat
gula secukup rasa
sedikit garam
1sb tepung gandum (jika nak pekat)
2 helai daun pandan

campurkan ke semua bahan dan masukkan ke dalam periuk lalu di masak di atas api sambil di kacau selalu. masaklah sehingga mendidih.

* boleh di makan dengan roti jala/ roti/ pulut juga..

Wednesday, July 20, 2011

TIRAMISU


tiramisu ni projek ke 2 anak untuk menjamu kawan kawan lama classmate masa SPM dulu.. mase dia buat tiramisu akak ade kelas JW.. balik balik tengok dh siap jer Tiramisu ni.. woww... sedap banget ni..


RESIPI TIRAMISU ♥ yang simple dan sedap!U-mie
1 biji sponge kek atau apa2 kek (guna biskut tiramisu /lady finger)
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara :
Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
Satukan gula, cheese dan cream
Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
Potong kek pada 3 bahagian
Susun 1 bahagian dalam bekas
Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
Susun lagi bahagian yang selebihnya
Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya..

Tuesday, July 19, 2011

BANCAU


sekarang ni musim panas. bila petang sungguh x tahan rasanya kerana terik sangat panasnya... kalaulah dapat minum yang best2 kan ke bagus dapat jugak basahkan tekak ni.. sedang akak updatekan gambar di sini akak di hidangkan segelas air minuman ni... waaahhh... rajinnya suamiku ni... terimakasih ye.. melayani akak yang kebetulan terasa haus banget ni... huhuhu..


RESEPI BANCAU

sirap ros
susu cair secukupnya
gula secukupnya
cincau paket kecil
air secukupnya
ais kiub

bancuh semuanya kecuali ais batu.
kacau serata kesemuanya
akhir sekali masukkan ais batu
siap untuk di nikamati...         ermm..segarnya tekakku..

MILO AISKRIM BLENDED


Anak kembar sedang bercuti ketika ni.. ade ade je yang dorang buat untuk mamanya.. yang ni milo aiskrim blended..  ermm memang sedap ni tau cukup kaww tapi sayang gambar di ambil ketika ais sudah cair...


RESIPI MILO AISKRIM BLENDED

milo
 susu secukupnya untuk memekat
ais kiub
** semua di blended
- tuangkan di dalam mug @ cawan..

sedap di nikmati segera.

Wednesday, May 25, 2011

ATVT KELAS JW - TAPAI PULUT


sapa suka makan tapai pulut ni..  beri isyarat "best" dan katakan best!! hehehe

cara membuat tapai ni telah di kongsi resepinya oleh rakan kami puan Siti Rokiah dalam kelas JW. dia telah membuat demo sebanyak 2 kilogram pulut. sedap sangat tapai pulut ni.. cukup manis seperti dicampurkan gula walhal x da pun.. 
nak membuat tapai setengah orang banyak sangat pantang larangnya... tapi kawan ni cakap ia x da pantang apa pun.. pagi hari ni buat tengahari esok dah boleh makan dan rasanya memang manis.


RESIPI TAPAI PULUT

1 kg beras pulut - di basuh bersih bersih hingga pulut putih bersih(dengan cara berulang kali)
1 ketul ragi sebesar 20 sen
air secukupnya

peralatan:
rice cooker 1.8L

setelah pulut di bersihkan dan toskan. 
kemudian masukkan dalam rice cooker.
masukkan air hingga setakat no 7.(ada sukatan no dalam piuk tu) kemudian terus panaskan rice cooker dan masaklah sehingga pulut masak.
* ketika memasak pulut ambil ragi dan letakkan di atas tutup periuk rice cooker sekejab sehingga suam sahaja dan angkat.
kikiskan ragi yang di bahagian luar hingga nampak putih dan kemudian hancurkan ragi tadi hingga betul betul halus.
setelah pulut masak keluarkan pulut dari rice cooker dan ratakan di atas dulang sehingga pulut benar benar sejuk.
masukkan serbuk ragi di dalam penapis kemudian ayakkan di atas pulut. gaulkan pulut sehingga rata dan sebati.
setelah itu bolehlah pulut ini di masukkan dalam bekas yang di sukai seperti bekas kecil @ bekas taufufar.
simpanlah pulut di dalam bekas seperti tupperware besar @ plus nasi besar @ bungkus dengan kain.
* sekiranya kita membuat tapai ni sebelah pagi dan tengahari keesokkannya bolehla di makan.
kemudian bolehlah di simpan dalam peti ais.

* sedap di makan sejuk sejuk/dengan ais krim vanila/buat puding tapai yang amat sedap!

Thursday, May 19, 2011

TIRAMISU

tiramisu yang simple lagi sedap ni sebenarnya projek ke 2 anak teruna akak. teringin sangat nak makan tiramisu... jadi akak hulurkan resipi dia buatlah ikut resipi ni.. hampir 1/2 dari tiramisu ni habis kat dia sorang je.. maknanya tu sedap sangatlah tu.. dulu dulu masa kecil setiap kali akak masak, akak mesti panggil dia untuk merasa apa yang akak masak... apa yang dia rasa memang betul semua.. abahnya cakap kalau beli makanan dia kata sedap memang betul makanan tu sedap! kalu dia cakap x sedap.. memang x sedap!




RESIPI TIRAMISU

sumber : umi e

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek (DJ guna biskut tiramisu /lady finger)
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
    • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara :
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...




poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...