Showing posts with label Culture. Show all posts
Showing posts with label Culture. Show all posts
| 0 comments ]

Mulai 1 Jan tahun depan, kadar mas kahwin di Selangor ditetapkan sebanyak RM300 berbanding kadar semasa iaitu antara RM40 dan RM80 yang dilaksanakan sejak tahun 1978.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata kadar baru itu ditetapkan setelah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Ketua Agama Islam di negeri itu. Kadar baru itu dikuatkuasakan setelah mengkaji beberapa perkembangan semasa termasuk menyeragamkan jumlah mas kahwin kepada wanita tanpa mengira status mereka seperti sebelum ini.

"Sebelum ini kita tetapkan mas kahwin bagi anak dara ialah RM80 manakala RM40 bagi yang berstatus janda. Saya yakin dengan kadar baru ini ia lebih memuliakan kedudukan wanita tanpa mengira status," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kad Perakuan Nikah Pintar Jais di Shah Alam Khamis.

Mohamed Khusrin yakin kadar baru itu tidak membebankan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga kerana ia berpatutan dan bersesuaian mengikut keadaan semasa.

Terdahulu, beliau melancarkan Kad Perakuan Nikah Pintar JAIS iaitu kad perakuan pengesahan bagi pasangan yang bernikah dan berdaftar di Selangor.

Beliau berkata kad itu dilengkapi dengan cip maklumat termasuk data pasangan yang merangkumi identiti suami, isteri, wali dan nombor siri surat perakuan nikah pasangan masing-masing.

"Kad pintar ini akan berkuatkuasa mulai tahun depan bagi menggantikan kad nikad sedia ada untuk mengelakkan kes kad perakuan perkahwinan palsu yang dikesan dalam beberapa siri tangkapan Jais sebelum ini," katanya.

Mohamed Khusrin berkata JAIS juga bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) bagi membolehkan kad perakuan itu diakses melalui terminal mudah alih Jabatan Agama Islam berkenaan.

Selain Selangor, Perak, Kelantan dan Terengganu merupakan antara negeri yang menggunakan kad perakuan nikah pintar dalam pengurusan pendaftaran perkahwinan mereka.

(Sumber: Bernama - 10/12/2009 - 20:54pm)

Rasanya, kadar baru maskahwin ini sudah biasa diamalkan di beberapa negeri di Malaysia. Memang tidak membebankan. Yang pihak Majlis Agama seluruh negeri perlu fikir dan ambil tindakan adalah masalah hantaran perkahwinan. Ini yang membebankan pengantin lelaki sebenarnya.

Jangan kita terlalu fikirkan maskahwin itu sebagai masalah. Ianya adalah adalah salah satu rukun nikah, dan kadarnya disifatkan oleh Rasulullah sebagai lebih rendah semakin baik. Yang tiada dalam rukun - iaitu hantaran, itulah bida'ah yang amat berat - ini isunya. Kerana itu menyebabkan urusan nikah kahwin menjadi sesuatu yang menyusahkan, menggalakkan kes zina serta melewatkan umur berkahwin bagi para muslim. Apa komen para mufti yang bijaksana & bijaksini..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru berbeza dengan cara pemilihan pengganti raja dan sultan di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Kaedah digunakan adalah berdasarkan Adat Perpatih yang dijunjung berkurun lamanya.

Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar.

"Dari keempat-empat mereka ini, seorang akan dipilih sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Besar Sembilan yang baru. Kaedah pemilihan ini dibuat oleh Undang Yang Empat," kata Tiang Kerajaan (Pakar Rujuk Adat Perpatih) kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget, 69.

Persidangan yang diadakan pada pukul 3 petang di Istana Besar Seri Menanti dan pengumuman dijangka dibuat lewat petang ini atau pada Isnin sebelum jenazah Almarhum dimakamkan.

Khalid berkata pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar ini adalah mengikut adat yang diucap dan dipakai seperti kata adat "Yamtuan Mangkat, Yamtuan Menanam", begitu juga dengan "Undang Mangkat", Undang Menanam" yang bermaksud mengumumkan pengganti Yang Dipertuan Besar Negari Sembilan sebelum Almarhum disemadikan.

Cara pelantikan ini dipakai mengikut Adat Perpatih dari dahulu hingga selama-lamanya.

Beliau berkata, kemangkatan Almarhum Tuanku Ja'afar telah dimaklumkan kepada Undang yang Empat dan Tunku Besar Tampin oleh Datuk-Datuk Lembaga Yang Empat Luak Ulu Muar iaitu Datuk Paduka Besar, Datuk Seri Maharaja, Datuk Senara Muda dan Datuk Orang Kaya Bongsu.

"Kemudian Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin akan menziarahi jenazah Almarhum baginda, setelah itu mereka akan mengadakan rundingan secara tertutup bagi memilih bakal Yang Dipertuan Besar Negeri yang baru," katanya.

Istiadat pemakaman jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok selepas solat 'Asar. Tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari sejak semalam.

(Sumber: Bernama: 28 Dis 2008: 16:12PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 6 comments ]

Hari ini selepas Zohor, sebahagian umat Islam sekitar tempat tinggal PakTeh berkumpul di surau. Hari ni masak bubur 'asyura. Ikut kata Ustaz, 'asyura tu datang dari nama 'asyara, bermaksud "sepuluh" dalam bahasa Arab. Kan kita selalu sebut 10 Muharram itu Hari Asyura? Bagaimanapun, masak bubur asyura tak semestinya mestinya 10 Muharram, :D

Proses memasak
2 kawah bubur
hampir 4 jam



Berdasarkan sirah, dikatakan asal-usul bubur asyura dari kisah Bahtera Nabi Nuh yang baru mendarat selepas lama belayar sewaktu Banjir Besar yang memenuhi bumi. Segala apa saki baki makanan, bijirin dan sebagainya dalam kapal digabungkan sekali, dimasak dalam satu kawah sebagai bubur dan dimakan oleh semua penumpang2 bahtera. Ia juga sebagai lambang kesyukuran atas rezeki, rahmat dan perlindungan dari Allah dari kesulitan sebelum itu. Selepas itu barulah para penumpang kapal bergerak meneruskan perjalanan di muka bumi.


Bagi PakTeh, bubur asyura semata2 bukan suatu ibadah yang dituntut, tetapi suatu adat yang bermusabab di kalangan orang Melayu. Namun begitu, ada beberapa perkara lain yang amat bermanfaat. Bermula dengan pengumuman imam surau, usaha mengumpul sumbangan bahan resepi & kutipan modal, perkumpulan orangramai, solat zohor & asar berjemaah, bergotong royong menjayakan program; tetap menjadi ibadah yang menjurus kepada kesatuan dalam komuniti Islam di kawasan PakTeh.

Sebagai minoriti dalam komuniti bangsa Cina di sini; adanya aktiviti gotong-royong seperti ini merapatkan lagi silaturrahim semasa umat Islam. Dapat bertukar khabar, sembang2 borak2 dsb. Dalam sama sibuk buat kerja, usik-mengusik dan cerita kelakar menjadikan kerja berat menjadi ringan. Kan, proses mengacau kawah perlu dilakukan bergilir-gilir. Proses awal mengacau memang senang, tetapi setelah sejam dan bahan semakin banyak dibubuh, memang mencabar. Melekat dan liat.


Bagaimanapun, rakan-rakan dan para remaja sentiasa menunggu turn. Giliran mereka tetap akan tiba apabila yang dah letih mengacau kawah, mencari helah nak berhenti. Hehe. Tetapi tak apa, selagi ada air teh tarik kow dan ais oren ada stand-by.. keletihan dan kepanasan tak terasa. Setelah masak kira-kira 6.30 pm, bubur asyura diagih2 ke semua rumah2 umat Islam sekitar kawasan kami. Maklumlah, ada rakan2 yang bekerja ikut shift dan ada yang ada urusan lain di hari cuti Thaipusam ni.


Ramuan bubur asyura kami sebelah utara ni, jenis manis. Yang PakTeh perasan tadi, ia mengandungi rencah ubi keledek, kacang hijau, kacang kuda, kacang tanah, kacang peas, jagung dan serba maknika lainnya. Jangan kiralah tentang gula dan gula merahnya, hehe. Bila dah masak, dibiarkan bubur ini sejuk dahulu dan membeku. Selepas itu ia boleh dipotong-potong seperti kueh bingka mengikut selera si pemotong. Kalau tengok rupa - macam tak sedap, tapi bila makan - memang sedap!

Alhamdulillah
2 kawah @
200 pek
bubur
dapat diagih
untuk
200
keluarga
di sekitar
kariah
surau.


Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Sempena aqiqah cucu saudara PakTeh ('Ammar Haziq b. Azizul Rahman) pada pagi kenduri, ada sedikit adat seni Islam tradisi iaitu bacaan "berdah" kalau ikut slang utara. Ianya adalah pembacaan berlagu riwayat hidup Nabi Muhammad. Versi di rumah PakLong ni simple je.. pembaca "berdah" semuanya perempuan.

Laman Dunia Melayu Sedunia menyatakan dalam kelompok Melayu di Riau, bacaan "burdah" atau "berdah" ini ada iringan rebana sekali. Bila tiba kisah Nabi nak masuk ke kota Madinah, maka semua seniman "berdah" akan berdiri. Sebagai tanda memberi hormat kepada Nabi.



















Selepas majlis "berdah" & "berendoi", kaum lelaki pula naik ke rumah : bertahlil. Hajat MakLong. Semoga pahala bacaan ikhlas semua yg hadir, sampai kepada yang ditujukan. Mudah-mudahan, Insya Allah.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Makan malam lewat. Balik 10.45pm dari Keroh ambil PakLang dr KL. PakLong melayan ipar duai yang bertandang dari jauh. Makan paling sedap sebenarnya adalah sewaktu lapar. Apa saja dihidang akan cuba digodam secukupnya, sekadar termampu.

Makan bersila, guna tangan adalah satu budaya makan orang Melayu. Seronok juga, kan kita kadang2 dah kerap makan di meja atau guna sudu. Sambil makan, disulami sedikit cerita-ceriti. Tangan bersilang2 ambil makanan, menambah semangat dan selera. Nasi tambah sentiasa tersedia.




PakTam, MakTam, MakNjang, MakLong sibuk nak sediakan buaian untuk anak sulung Aman & Ji, 'Ammar Haziq. Esok paginya nak buat berendoi & bacaan burdah. Baby 2 bulan ni cucu pertama MakLong & cucu saudara PakTeh yang kedua. Nampaknya 'Pak' dah kena tukar jadi 'Tok' dah. Nama TokTeh sedap tak? hehe.

Mini-pelamin disediakan serba ringkas. Entah cemana PakTeh & PakNjang terpakai baju serupa pula. Urusan pelamin banyak diperhalusi oleh orang perempuan. Orang lelaki buat kerja kasar saja. Jadi tukang sangkut2 gantung2, tugas yang banyak kena langut, panjat kerabat.

Baca Selengkapnya (Read More)...