Showing posts with label Airports. Show all posts
Showing posts with label Airports. Show all posts
| 4 comments ]

Isnin: 5 Ogos, 2008

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 4 comments ]

Sabtu: 19 Julai, 2008
Tiba di Abu Dhabi dari KLIA selepas 6 jam. Sepatutnya transit hanya sejam, sebelum menyambung flight ke Jeddah. Berlaku satu perkara yang semua orang tak suka. flight delayed! wah, 12 jam. Masalah kedua timbul, tiada hotel disediakan. Biasanya stranded passenger akan disediakan hotel oleh pihak airport jika lebih 4 jam. hrmph.

Jadi, kami cuba menidurkan diri sahajalah, pusing2 kawasan sekeliling. Makanan (packed) disediakan di Oasis Cafe di situ. Tak ada nak buat. Solat, makan, tidur, pusing2 sahaja. Banyak2 la bersabar. Mujur ada kawasan internet, boleh kasi mesej pada PakTam/PakNgah dalam blog mereka. Yang teruknya, cuba buka blog sendiri tak boleh! lupa password.. hehe, tu la lama sangat tak buka blog.

Sebenarnya konsep airport Abu Dhabi mirip bentuk rumah Majin Bu dalam komik Son Goku, komik favourite Zaim dulu2. Ruang penting berbentuk bulat, yang disambungkan dengan laluan. Konsep atom. Hiasan dalamannya mosaic hijau dan biru termasuk bumbungnya sekali. Simple. Kawasan shopping adalah dalam bulatan, 2 tingkat. Susah nak sesat.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 5 comments ]

Hari ni teringat nak kongsi maklumat tentang penghubung penting KLIA dengan Pantai Remis. Bas ekspress TRITON yang beroperasi dari KLIA-Ipoh. Hari ni PakNgah tanya bas apa di KLIA jika nak ke Ipoh. Maka, cari2 dalam hard-disk, masih ada stok foto dalam koleksi yang mungkin bermanfaat untuk semua, khususnya saudara dari Malaysia Timur atau dari luar negeri. Bila2 teringat nak tahu jadual Triton lagi, boleh click pada Label PakTeh: Airports , walau masa tu entri2 di sini dah berubah2.

Gambar2 di sini diambil semasa balik dari GoldCoast, Australia pada 31.05.2007. Kami tiba di KLIA 6.00am dan naik Triton 9.30am. Tempoh perjalanan KLIA ke Ipoh: 3 jam setengah.

Mengimbau semula pada pagi tu, terminal bas di KLIA kelihatannya okay, bersih. Ada tempat makan yang selesa. Ada beberapa kaunter di situ. Kaunter bas TRITON di sebelah kanan, paling awal ditemui. Tempat menunggu bas, air-cond. Bas bila sampai, rasanya dia rehat 30 minit sebelum jalan semula. Tapi masa hari tu, tunggu sejam, masih tiada penjaga kaunter tiket. Akhirnya drebar bas kata, bayar je dulu kat dia, dia akan serah pd penjaga tiket pd tripnya yg selepas itu. Tetapi dalam 8 minit bas nak jalan, baru penjual tiket di kaunter tiba. Drebar bas geleng kepala. Kami bergegas.. beli juga tiket, untuk elak risiko.

Kondisi bas ok. Dalamnya luas. Nampak bukan untuk 44 orang macam biasa, mungkin 25 orang sahaja. Ratio tempat duduk melintang adalah 1:2, lorong di tengah. Kami hari tu, bagi Zaim duduk di tempat single, kami duduk yang double. Sebelah2 juga. Jarak antara tempat duduk kita dengan penumpang hadapan amat luas! Sampai tak puas nak "tunjai" tapak kaki ke depan sbb tak sampai. Kira2 kalau ada barang sensitif tak mahu diletak di cargo bas di bawah, bolehlah kita letak di dalam, tepi kita.

Bas tu memang laju. Macam tak mau berenti. Sekali je dia berhenti, hentian sebelah Ulu Bernam. Tu pun sbb drebar nak ke toilet. Perjalanan 3 jam setengah. Sepanjang jalan, tidur atau baca paper. Baca paper sampai la muak, ulang 5-6 kali. TV depan ada VCD ditayang, tapi tak clear cerita apa, sbb duk jauh & mata pulak rabun, hehe. Zaim pulak, dia memang mudah tidur. Kalau duduk sorang, kena aircond sikit, dia akan hibernate sepanjang masa. Digerak hanya untuk dipastikan jika ada nature's call semasa bas berhenti sekejab tu. Sempat juga snap gambar2 dia masa tidur. Kiri, kangaroo style dan kanan; koala bear style. Hehe..

Baca Selengkapnya (Read More)...