Showing posts with label Languages. Show all posts
Showing posts with label Languages. Show all posts
| 0 comments ]

Lima Sekolah Rendah Agama (SRA) di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dipilih sebagai sekolah perintis yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata pemilihan sekolah itu bertujuan menjadi model untuk dicontohi jabatan agama di negeri lain supaya turut menggunakan ICT di peringkat Sekolah Rendah Agama.

Antara SRA yang dipilih ialah SRA Al-Mubarakah, SRA Al-Watan, SRA Taman Ibu Kota, SRA Segambut Dalam dan SRA Kampung Pasir Baru yang semuanya terletak di sekitar kawasan Kuala Lumpur, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Integrasi ICT SRA dan mengumumkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) 2009 di sini, Rabu.

Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Pengerusi Telekom Smart School Sdn Bhd, Fazlur Rahman Zainudin.

Jamil Khir berkata projek Integrasi ICT SRA telah bermula sejak November tahun lepas di lima sekolah berkenaan dan JAWI akan mempertimbangkan untuk memperkenalkan penggunaan ICT di sekolah-sekolah agama lain di Wilayah Persekutuan pada tahun depan.

Beliau berkata JAWI dan jabatan agama di negeri-negeri di seluruh negara sebagai pentadbir SRA akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan imej sekolah rendah agama setaraf dengan sekolah rendah kebangsaan di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran.

Sementara itu, seramai 114 calon atau 2.4 peratus daripada 4,792 calon memperoleh keputusan A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) peringkat JAWI tahun ini.

Mata pelajaran Tajwid dan Sirah juga menunjukkan peningkatan mendadak dari tahun ke tahun sejak 2006, katanya.

Selain itu, 10 calon UPSRA disenaraikan sebagai pelajar terbaik 2009.

Asma Abdul Halim, 12, dari Sekolah Rendah Agama Ibnu Khaldun, Kuala Lumpur dipilih sebagai pelajar terbaik UPSRA 2009 peringkat JAWI dengan memperolehi 95.7 peratus.

Selain itu, SRA Sri Pantai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur dipilih sebagai Sekolah Cemerlang UPSRA 2009.

(Sumber: Bernama - 09/12/2009 - 20:43pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Peguam terikat dengan ketetapan menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia dalam prosiding mahkamah, menurut penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan semasa menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah RM100 juta terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bahasa Malaysia mesti digunakan bukan sahaja semasa prosiding tetapi juga dalam memfailkan dokumen-dokumen mahkamah, kata Hakim Abdul Malik Ishak dalam penghakiman setebal 31 muka surat bertarikh 2 Nov dan diedarkan kepada pemberita Rabu.

Pada 10 Okt, Hakim Abdul Malik, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad menolak rayuan Anwar atas alasan memorandum rayuan difailkan Anwar dalam bahasa Inggeris adalah cacat, tidak sah dan mencabuli proses mahkamah.

"Keutamaan Bahasa Malaysia atau bahasa Melayu dalam mahkamah kita tidak boleh dinafikan. Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama-sama Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan menetapkan semua prosiding, selain daripada memberi keterangan oleh seorang saksi, di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan mahkamah rendah mesti dalam bahasa kebangsaan.

"Peraturan 101, Peraturan-peraturan Mahkamah Rayuan 1994 menetapkan dokumen-dokumen perlu dalam bahasa kebangsaan. Oleh itu, kegagalan di pihak perayu untuk memfailkan memorandum rayuan dalam Bahasa Malaysia menyebabkan rekod rayuan yang difailkan oleh perayu tidak boleh digunakan"

(Hakim Abdul Malik)


Beliau berkata mahkamah perlu menguatkuasakan keperluan memfailkan dokumen mahkamah dalam bahasa Malaysia seperti ditetapkan oleh undang-undang.

Memorandum rayuan dalam bahasa Inggeris yang difailkan Anwar secara terang-terangan melanggar undang-undang dan perlu ditolak, katanya.

"Perayu mesti memfailkan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan. Tiada bahasa lain akan dilayani dan tidak layak sebagai rekod rayuan," kata beliau.

Anwar memfailkan saman pada 26 Jan, 2006, mendakwa kenyataan Tun Mahathir yang menggelarnya sebagai seorang homoseksual adalah satu fitnah dan bertujuan mengaibkannya secara peribadi dan kapasiti rasminya sebagai bekas menteri kewangan dan timbalan perdana menteri.

Pada 4 Julai, 2007, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman itu dengan kos selepas membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk membatalkan saman itu.

Anwar kemudian mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu.

Pada 10 Okt, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk membatalkan rayuan itu dan memerintahkan Anwar membayar kos.

Hakim Abdul Malik berkata: "Semuanya silap berhubung rayuan itu dan secara terang-terangan melanggar peraturan di pihak perayu dalam kes ini.

"Memburukkan lagi keadaan, memorandum rayuan dalam bahasa Inggeris itu juga tidak ditandatangani oleh peguam yang mewakili perayu dan dengan itu menyebabkannya tidak sah dan tiada mempunyai sebarang kesan."

Peguam Karpal Singh dan S.N.Nair mewakili Anwar manakala peguam Datuk V.K.Lingam dan R. Thayalan mewakili Dr Mahathir.

(Sumber: Bernama - 09/12/2009 - 16:21pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kementerian Pelajaran merancang menambah lebih banyak sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah harian yang mengajar bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga selepas bahasa Melayu dan Inggeris.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, untuk itu setiap tahun kementerian akan menambah tenaga pengajar bahasa Jepun di sekolah-sekolah terbabit.

"Setiap tahun kita akan menambah kelas bahasa Jepun di sekolah-sekolah berasrama penuh dan menengah harian apabila pelajar-pelajar kita yang belajar di Jepun pulang ke tanah air,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Osaka University Forum 2009 di Kuala Lumpur.

Alimuddin berkata, sehingga kini tenaga pengajar dalam bahasa-bahasa antarabangsa masih tidak mencukupi kerana permintaan itu bukan sahaja wujud di sekolah-sekolah malah di kementerian dan jabatan kerajaan. Sehingga tahun lepas, sebanyak 43 buah sekolah berasrama penuh dan 29 buah sekolah menengah harian terlibat dalam program bahasa Jepun yang menjadikan Malaysia sebagai negara ke-12 teramai mempelajari bahasa Jepun di dunia, katanya.

(Sumber: Bernama - 03/11/09)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Ahad: 3 Ogos, 2008
Untuk menyatakan 'lelaki', Bahasa Arab dan English berbeza sedikit dari Bahasa Melayu. Ini kerana kedua bahasa itu ada perbezaan dari segi kata nama majmuk (plural) dan kata nama tunggal (singular).

Dalam Bahasa Arab, kata nama tunggal bagi lelaki ialah Rojulun, manakala kata majmuk untuk lelaki ialah Rijaalun (kalau diwaqafkan, jadi Rijaal - ada huruf alif) . Dalam English pula, jika lelaki tunggal dipanggil Man; dan jika ramai lelaki ialah Men.


Dalam Bahasa Melayu, ada kekatunan sedikit. Laki-laki bermaksud seorang lelaki. Kalau ramai, disebut lelaki-lelaki. Tak boleh pula laki-laki laki-laki. Dari sudut bahasa slanga pula, laki tidak boleh berdiri sendiri merujuk seorang lelaki. Jika disebut laki sahaja, ianya bermaksud suami. Contoh, siapa laki dia tu?

Gambar di atas yang berperanan sebagai alat bantu mengajar dalam entri ini adalah foto ditangkap di airport Abu Dhabi, sewaktu umrah dahulu. Gambar itu sebenarnya label pada pintu masuk tandas lelaki, haha. Tak berani nak tangkap label tandas orang pompuan, nanti orang kata ngendap pula.

Baca Selengkapnya (Read More)...