Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Tuesday, April 8, 2014

:: tips : bakar kek dengan cantik ::

assalamualaikum..


aku suka cuba eksperimen bila buat kek...
tapi biasalah, dah nama nya eksperimen, bukan semua yang menjadi..

hakss...

bila eksperimen menjadi boleh share dengan semua, bukan..
selalu aku share resepi dengan akak-akak, kadang-kadang diorang buat tak jadi..pastu tanya balik aku..takut aku bagi ajaran salah..haks..

aku ni kadang-kadang tak jadi eksperimen, biasalah, tok guru aku cik google je,buku resepi jarang-jarang-bila-lepak-di-popular-saja-aku-hadap..hakss




anda selalu mengalami kek naik kat tengah saja bila membakar?
aku dulu selalu jadi macam tu, try and error, google kenapa jadi macam tu.. sebab adunan dah betul, tapi nasibnya jadi macam tu aja..

banyaklah petua nya kan bila dah cari sana-sini..

tips dengan banyak lagi : kat sini

last sekali aku stick dengan petua ni..


 sebelum bakar kek, balut adunan kek dengan aluminium foil..
tebuk-tebuk sikit bagi udara dan haba mengembang dengan jayanya..

 Alhamdulillah, sekarang tak perlu risau lagi..
=)

suhu : 180 darjah celcius, bakar 30-40 minit, guna api bawah selama 30 minit, lepas tu guna api atas  bawah selama 10 minit..

hasilnya : perfecto!!


Sunday, August 18, 2013

:: renew pasport ::

assalamualaikum..

=)

khamis lepas aku berkesempatan pergi renew pasport...'acece, berjalan lagi ye tahun ni kita'
aku bawak sekali adik-adik aku sebab nak pergi renew mykad..
senang, buat sekali harung gitu..

 sekali aku terpacak kat situ pukul 8.30am, dah nombor 30 lebih..
agak-agak orang datang pukul berapa la kan?

=p


 turun tingkat satu pergi buat mykad baru..
sekali aku kena kompaun 40hengget sebab tak pernah tukar ic sejak zaman kanak-kanak lagi..
hahaha~
kejap je buat, tak sampai 15 minit dah siap!
mykad baru boleh ambil dalam masa sehari selepas itu..

dan naik balik ke imigresen-buang-masa-2-jam-sambil-main-game-dengan-adik-adik-untuk-tunggu-turn..
fuh~

 sebab dah lama tak renew pasport, rupanya sekarang dah lain dah prosedur dia..

sekarang nak buat pasport kena pakai 2 keping gambar pasport ( background putih ye!!), kalau tak kena reject, terhegeh-hegeh pergi ambil gambar baru... * aku la tu!..hehe*

tak perlu fotostat ic.. bawa saja ic betul.. * aku la tu!..hoho *

dan tak perlu isi borang berjela-jela..

hanya pasport lama+2 keping gambar+duit+ic betul untuk semakan..

yoyo e jekan rujuk website imigresen..tapi tak baca betul-betul..haha
rugi 17henget 20sen untuk gambar pasport dan fotostat ic..

 masih berwajah sama diluar..

tapi berwajah baru di dalam..

 pasport baru..
hitam putih..patutla, nak gambar background putih..
tebal.. kalis air..senang, tak rosak kalau terendam dalam air..
ciri-ciri lain.. gambar ade duo.. ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan..

pasport lama..
ada beza bukan..
pasport lama, kalau ada jerawat pun nampak..
=p

sementara nak tunggu pasport siap..
lepak la bersama adik-adik..
bila lagi kan..
adik lelaki aku tu jarang sekali balik malaysia..
=p


petang tu, bff datang beraya..
tanya nak makan apa..

nasib baik nak makan takoyaki..
kalau cakap nak makan kuah kacang nasi impit, naya aku..
=p

cara-cara budak Hadif makan takoyaki..
cucuk dengan chopstiks..

kan senang~

Saturday, April 27, 2013

:: tutorial : daripada cebisan kain ::

assalamualaikum..

sesiapa yang mengenali aku yang lebih dekat pasti taw,
aku punya brooch xde yang mengerlip-ngerlip, apatah lagi dari batu brooch swarovski..
bagi aku nampak macam mak-mak..tergantung bagai..
=D 
*biarpun aku dah jadi mak orang*
haha~

aku pakai brooch yang dibuat sendiri..
kedekut?
ish, nila namanya hak ciptaan eksklusif..
huawawa..
walaupun aku buat,aku pakai-pastu-orang-berkenan-aku-bagi-je..lagi-lagi-adik-aku-sorang-tu..

kali ni aku kongsikan cara-cara jimat nak buat brooch pakai cebisan kain..
ni kain baju kurung cotton,polkadot..beli kat jepun aritu..





ok?
selain jadi brooch, boleh juga jadikan handbouquet..
mahupun deko untuk pengikat kain langsir ataupun bunga atas hantaran..



cebisan kain juga boleh buat gaun untuk Qalesya..
=)



Monday, October 17, 2011

:: kitar semual ::

assalamualaikum...

=D

berkat kerajinan en asben kemas bilik..
terjumpe lah byk paper beg terpelosok bwh katil..

daripada xbuat ape...

marilah kite kitar semula paper beg itu..

 paper beg yg xberguna lagi..
nyahkan segala lipatan...

 amek template yg berkenan d hati..
ukuran : 6x6x3 cm

 jadi macam nie..

 buat lah sampai abeh kertas tue..
=D

pastu lipat2x n gam...


dah siap!!!!!

dapat 12lipatan utk 6 bijik kotak...
then bley la deko2x suka hati...

=D

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers