Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, August 3, 2016

:: Raya 2016 ::

assalamualaikum..
cak!!!

setelah tidak bersiaran hampir 3 bulan..
aku kembali, terus dengan entry raya..

haha..

sibuk bebenar dengan life sekarang, lagi lah lepas raya ni..
tapi since today last day of syawal, terpaksa juga mencuri masa mengupdate cite raya..
cerita lain lain kali kita story.. =D


so, raya tahun ni sepatutnya turn aku, tapi sebab adik-beradik belah en asben sorang pun tak dak di pagi hari raya, maka anak menantu bongsu ni kena lah berkorban.. 
sambutlah raya di rumah mertua dulu..
anak 9 orang pun belum tentu ada di rumah di hari raya..huhu..
sadis ibu mertuaku di hari raya tahun ini..

nasib baiklah ibu mertuaku dapat menantu orang dekat kan..hahaha..
pendamkan  saja, tahun depan kalau adik beradik belah asben ada belaka, jangan harap aku bagi lagi lampu hijau beraya kat sana walau beribu alasan en asben bagi..hahaha.. tahun ni dah berkorban gitu!

kami di pagi raya.. en asben tukang ambil gambar..hahaa..sadis raya tahun ni..

punya lah aku excited tahun ni siapkan baju raya, bulan syaaban lagi pergi tempah baju raya en asben.. baju anak-anak mak yang jahitkan.. lagi hebat baju aku,kain baju peram dari tahun lepas masa shopping di Vietnam..hahaha



the best picture yang dapat daripada budak 2 orang ni..

proses pujuk Hazim la paling haru..
Hazim - budak anti baju lengan panjang & kopiah..
huhu
snap cepat-cepat gambar, pastu terus hilang budak dua orang tu.. =p


pastu bolehlah feeling-feeling pengantin makbapak diorang.. haha

bapak budak pun susah bebenar nak serius bergambar..haha

Selamat Hari Raya daripada kami...
Mohon ampun salah silap sepanjang hayat kita sama-sama..

susah gila nak pakaikan baju melayu kat budak ni..kena umpan susu,lipatkan lengan baju baru ok..

maka beraya lah budak dua orang ni kat rumah tok ma..

pukul 10 pagi, Hadif pun ajak balik rumah nenek, dia kata, "kata hari ni Hari raya, xbest pun raya"
hahaha..

Lepas Zohor kitaorang pun balik kampung aku pula..haha


balik Bachok seronoklah ye sebab semua adik-beradik ada..
meriah gitu..


Raya ke-2





k, lah.. tu saja..

tunggu update lain kali pula..
ntah bila pula ye..

tempat kerja kurang staff, audit ISO datang lagi bulan ni..

bertabahlah..

haha







Wednesday, October 14, 2015

: Aidiladha yang lalu::

assalamualaikum..

Alhamdulillah, dapat juga ketemu bff masa raya haritu..my bff semua single lagi, sapa nak masuk meminang bolehla..hahaha..
selalu je jumpa, mesti mak-mak diorang ni bising-bising..

mak-mak :"Aja dah masuk anak 2, budak 3 orang ni tak kawen2x"

jawapan standard dari diorang :

"jodoh pertemuan di tangan tuhan", "orang cari tak jumpa", atau "mak la tolong carikan"

hahaha~

aku pun join mak-mak diorang dah, biasalah dah jadi mak orang kan..membebel-bebel gitu..hakss


cerita hari raya Aidil adha aritu.. sebelum tu, salam maal hijrah buat semua..heee


seperti kelaziman, adik-beradik belah ayah akan berkumpul di rumah aku untuk melaksanakan ibadah korban..tapi tahun ni ramai sepupu sepapat balik rumah mertua, so tak pasal-pasal warga bapak-bapak saudara yang selama ni tak turun padang kena turun padang..haha..



menu adik aku, daging bakar selepas itu..




ni bapa saudara aku, tukang sembelih, memang tugas dia tiap-tiap tahun.. tapi pantang larang dia nak sembelih lembu, dia bagi arahan agak-agak 50 meter dari lembu tu berada..haha


ayah dengan lembu kesayangan


Alhamdulillah, berjalan dengan lancar walaupun semua amatur je aritu..
=)

sepagi hari raya aritu, budak Hadif tukar baju 3 kali, sekali nak pergi solat hari raya, balik pakai baju melayu, sekali lembu tumbang, pakai baju lain pula.. heh



Tuesday, July 21, 2015

:: raya 2015 ::

assalamualaikum...


selamat hari raya untuk semua..

amacam hari raya tahun ni?

aku simple je.. syahdu pun ada..


Raya tahun ni beraya di belah en asben dulu..ikut giliran la kan, kalau ikut giliran, memang tahun ni raya belah sana sebab semua ahli kerabat ada, tapi tahun ni memang tak cukup korum.. separuh suku pun tak ada..*betul ke bahasa aku ni* hahaha.. Menu raya pun tak mencabar tekak nak menelan..adehla... takpelah, janji raya gitu.. syukur selalu..

potret family pun tak terambil.. cucu-cucu separuh baru berkumpul, dah huru-hara.. kalau 28 orang berkumpul, ntah ke mana anakku menghilang..hahaha~

tema tahun ni : tones of purple..

hahaha~ gambar kat atas pun ambil di rumah sedara, selepas solat maghrib..dasyat u olls raya tahun ni..anak baru dua, kalau anak ramai tak tahu la..

lagi-lagi la si Hadif naik benjol atas kepala tu, penat dok gaduh dengan dia je nak keluarkan nanah kat situ.. nasib baik Hazim behave je, walaupun umi tak pakaikan baju raya untuk dia...errr

sengal betul tahun ni buat preparation raya.. Ada rezeki raya tahun depan,InsyAllah, kena mentally buat preparation yang terbaik gitu.. =p

Tengah malam baru pulang ke rumah mak ayah di Bachok..

raya kat rumah tahun ni syahdu la..

pandang mak ayah pun dah rasa syahdu, kalau start berborak mula la keluar air mata.. sampai sekarang tak pasal-pasal dah kena selesema..*berkaitan sungguh*

biarlah raya tahun ni simple dan syahdu..

harap raya tahun depan bukan begini lagi..


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin

ikhlas daripada kami : Hajar, Hafiz, Hadif dan Hazim


Thursday, July 16, 2015

:: selamat tinggal ramadan, selamat hari raya ::

assalamualaikum..


arini last ramadan..sayu di hati..moga segala amalan kita sepanjang ramadan ini diberkati dan diterima oleh Allah SWT..
amin..

buat semua, selamat hari raya..
maaf jika ada segala kekurangan mahupun kekasaran sepanjang kita bersua di alam maya ini..

=)

moga aidilfitri kali ini membawa seribu kenangan manis buat semua..

berhati-hati di jalan raya..

suasana jalan raya dekat kelantan sekarang ini sangat jemmmmm...aku nak pergi kerja pun sangatla menguji kesabaran musim raya ni.. ye, masih bekerja hari ini..hehe

kereta Hadif pun beratur nak balik beraya..huhu..


Selamat Hari Raya semua!!

Maaf zahir dan batin..

=D

Thursday, October 9, 2014

:: Aidiladha tahun ini ::

assalamualaikum...


meriahnya hari raya aidil adha tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya..
cuma tahun ni, abang aku yang ke2 balik kedah..adek aku pulang bercuti.. so, tak cukup korum juga..
huhu~

tapi takpe, raya tetap raya..

lembu korban

 lembu ni berkat sebab 

nampak tak pada daging itu?


*selepas direbus*
kalimah Allah..
Subhanallah..


 hadif pagi selepas solat raya je pakai baju melayu bagai..
pastu pakai t-shirt..panasss..



 sedikit daging lembu untuk makan-makan..

siap semua, tiba masa untuk bahagi-bahagi kepada orang..

adik aku punya gigih pergi beli baju raya di Calaqisya.. haha..
me wearing syiffa jubah, adik is wearing sabrina maxi dress..
Hadif pakai baju belang-belang.. =P

me @ 5 months of pregnancy..




lepas tu buat sup gear box..
memang ummppphhhh!!!

=D

Thursday, August 7, 2014

:: main bunga api ::

assalamualaikum..


ayah kata, "hari raya bagilah anak-anak main bunga api, at least bila dia besar nanti dia ada cerita main mercun walaupun sekadar main bunga api"

haks..

teringat masa kecik-kecik dulu, main bunga api apa la sangat,main mercun roket, ayam, gasing baru la advanced..tak gitu?tapi bila budak-budak main sekarang, seram pula terasa..
=p

so malam raya, berdentum-dentum satu kampung main mercun, dedy belikan bunga api untuk hadif dan sepupu-sepupunya..
main bunga api kena main rumah nenek ye, sebab cucu ada 5 orang je..kalau main rumah tok ma yang cucunya 25 orang,rasanya hancusla suasananya.. =D

raya tahun ni 1st time Hadif main bunga api.. 
 umi dan dedy bajet Hadif takut main bunga api, sekali ambik ko, tak nak masuk rumah selagi nampak ada stok bunga api..
T_T

bersambung lagi malam seterusnya..

suka saja main bunga api kan..

tahun depan,InsyAllah kita main lagi..

=D

Tuesday, August 5, 2014

:: kek di hari raya ::

assalamualaikum..

tempahan kek raya lepas agak memberangsangkan tapi terpaksa aku tolak sebab kekangan masa & kudrat..
haks..
ada akak tu sanggup ambil hari khamis minggu sebelum raya sebab aku memang tak sempat nak buat..

ahad sebelum raya (isnin), balik kerja sempat saja buat untuk santapan raya di rumah..

malam raya siap red velvet(topping pun xkemas,sebab guna baki frozen topping saja),choc moist dan kek keladi untuk santapan di hari raya..
tapi, choc moist malam raya dah separuh habis ditelan oleh orang-orang dalam rumah..haks..

mak request suruh buat kek lobak satu lagi, tapi aku dah tak larat..

petang raya balik rumah mak mertua pun aku potong je red velvet tu kasi kat mak mertua..
haksss..malas punya menantu..

*takpe, mak mertua faham*


=p

Thursday, July 31, 2014

:: salam aidilfitri ::

assalamualaikum..



semoga kedatangan Syawal membuka lembaran baru buat kita semua..


salam Aidilfitri daripada kami

Hajar, Hadif dan Hafiz

maaf jika ada kekurangan,kekangan mahupun kesalahan sepanjang penulisan dunia maya ini..

kita mula dengan kosong-kosong


=)

Thursday, October 17, 2013

:: suasana aidiladha ::

assalamualaikum..

suasana aidiladha tetap meriah tahun nie walaupun tanpa kepulangan ramai ahli keluarga belah ayah..
penuh dengan pengisian, gelak tawa..salah seekor lembu terlepas-keesokan-hari baru dapat laksanakan ibadah korban..

=)



dedy dok pot-pet-pot-pet kat aku,
orang nak ambil gambar urusan jual beli kat belakang..
aisyy..

kakap, aku, mak , kak wani..

nampak tak benda kecil kat langit tu?
raya tahun ni special sikit sebab dapat liputan dari udara..
ha.ha.ha
poksu punya kerja..
keluarkan gadjet tercanggih beliau..
=D


ayah dengan adik-beradiknya walaupun tak cukup 2 orang sebab sorang tu sibuk jadi tukang sembelih, sorang lagi sibuk di dapur..
dan nenda selaku pemerhati majlis korban..apa yang tak betul, dia yang tegur..

rewang dikuasai oleh generasi muda..
nasib baik siap juadah dengan jayanya..
Alhamdulillah..


sesi bahagi bahagian daging..

budak Aufa yang cengeng!
eiii, geram betul dengan budak ni..







selalu lepas siap ibadah korban, semua boleh dok bersembang, dok gelak-gelak dan rehat-rehat..
tapi raya kali ni jadi rushing sebab ada kematian pada pagi tersebut..
sebelum zohor semua dah siap..

Al-Fatihah buat almarhum Datuk Abdul Razak, mantan SUK Kelantan..

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers