BACA
DAHULU: Segala maklumat yang dipaparkan di dalam maklumat ini adalah
ambilan rawak di internet sahaja yang kemudiannya diletakkan di dalam
satu post... Jika ia menimbulkan sedikit kekeliruan dalam membaca dan
memahaminya maka segala ke...
sulitan amat dikesali hehe.. ----------------------------------------------------------- Penemuan Terowong Rahsia Bawah Tanah Yang Dikatakan Sepanjang 100KM di Palekbang, Tumpat Kelantan Hangat diperkatakan mengenai lubang rahsia yang dikatakan sebagai
terowong purba yang pernah digunakan olen Jepun sepanjang hampir 100km
bawah tanah di Palekbang, Kelantan ketika ini..Penemuan terowong purba
bawah tanah di Palekbang, Tumpat, Kelantan ini mengejutkan kerana ia
mungkin merungkai landskap sejarah baru yang tidak diketahui diketahui
sebelum ini..Apa sebenarnya rahsia disebalik penemuan terowong
Palekbang, Tumpat, Kelantan ini ? Melalui perkhabaran yang
diterima, terowong ini pada mulanya dijumpai oleh beberapa pekerja
kontraktor ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan disana..Dikatakan
terowong Palekbang Tumpat yang dijumpai ini mungkin mengubah landskap
sejarah yang tidak pernah terungkai selama ini dan masih menjadi
misteri.. Masyarakat sekitar kawasan Palekbang Tumpat dan
Kelantan khususnya yang mengetahui tentang terowong bawah tanah ini
dikatakan mula menjenguk tempat penemuan terowong yang mungkin dibina
telah lama dahulu tapi tidak diketahui sebelum ini.. Pihak
berkuasa tempatan, polis, tentera mula mengawal rapi tempat penemuan
terowong purba misteri yang ditemui di sana buat masa ini.. Melalui info yang diterima terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini dikatakan: Merentasi Sungai Kelantan (panjangnya dikatakan hampir 100km) Sebagai kubu bawah tanah yang pernah digunakan oleh tentera Jepun dahulu Kota purba Raja Siam yang mengandungi harta karun Tempat simpanan emas yang digunakan oleh kerajaan melayu purba Dikatakan pihak bomba Malaysia masih lagi menjalankan kerja-kerja
menyedut air untuk dikeluarkan dari terowong tersebut bagi memudahkan
kerja-kerja dijalankan oleh pihak bertanggungjawab ketika ini.. Pihak dari Jabatan Arkeologi hanya dapat memasuki sebahagian sahaja
dalam terowong tersebut kerana laluan terowong ini di penuhi air.. Dijangkakan juga kepanjangan terowong ini boleh mencecah hingga ke Tak Bai, Siam..