Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Sunday, June 14, 2015

:: show off your ebm? wajar atau tidak? ::

assalamualaikum..

suka tengok orang post pasal breastfeeding journey... Alhamdulillah rezeki masing-masing, bukan?

pernah satu ketika dulu, masa aku dah stop breastfeeding, suka scroll tengok orang show off their ebm kat pejabat...tiba-tiba kena tegur oleh seorang senior..

"orang zaman sekarang semua nak show off, pasal susu anak pun nak tunjuk..awak tak fikir ke apa tanggapan orang lelaki bila tengok susu tu? "

aku pandang dia? perghh, ayat menusuk kalbu bila datang daripada mulut orang lelaki sendiri..
tak pernah terfikir pula dari sudut orang pandangan lelaki..
yang fikir untuk saling memotivasi para ibu.. tapi tak fikir bila publish kat sosial media, benda lain yang jadi.. tak gitu..

ada satu akak ni share kat blog dia sini 

so, untuk bagi aku, depends kepada nawaitu masing-masing..
dan aku memilih untuk setia letak ebm dalam freezer.. jadi tatapan aku je untuk bagi semangat kat diri sendiri..hehehe

kalau orang tanya aku pasal ebm aku..

aku hanya cakap," Alhamdulillah, rezeki Hazim masih ada"
kalau ingin tahu sangat, bukak la freezer rumah mak kat kg, aku tak angkut stok ke rumah MIL, kat sana pun tak muat..errr


untuk tatapan semua

Monday, April 29, 2013

:: proses bercerai susu badan ::

assalamualaikum..

Aku tidak lagi breastfeed budak Hadif..
syukur?
Alhamdulillah, diberi rezeki untuk breastfeed budak itu walaupun tak sampai 2 tahun..
satu pencapaian yang membanggakan juga terasa..
walaupun perjalanan breastfeeding aku agak mudah sejak Hadif lahir sampai ke saat ini,
tanpa sokongan daripada suami & keluarga,sukar juga untuk dihadapi bagi seorang wanita bekerjaya..ehemm

dulu, masa start breastfeed, selalu terbayang macam mana nanti proses bercerai susu dengan Hadif?
yela, aku tengok persekitaran aku, macam-macam yang terjadi..
ada yang terpaksa jumpa bomoh minta penawar..
ada yang guna gincu la, bawang putih la sapu kat breast supaya anak tak mau hisap lagi..
ada yang umur 3 tahun lebih masih bertepek dengan maknya lagi..
macam-macam..
=)
haha~

tapi, untuk aku dengan Hadif, Alhamdulillah.. senang sangat..
aku guna kaedah psikologi je..
=D
sementelah lepas operation hari tu, Hadif terpaksa tido dengan nenek dia, takpun dedy dia..
mula-mula, merengek juga,yela,selalu nak tido dok bertepek dengan umi saja..
selepas seminggu,dah ok..pastu boleh pilih pula nak tido dengan sapa..
aku pun last pump buat stok masa minggu pertama lepas operation je,susah sangat rasanya..
sakit kat luka,sakit kat breast lagi..
lama-lama..biarkan aja..kalau sakit sangat,ajak menyusu budak hadif secara mengiring..
budak dah besar, bukannya duduk diam time menyusu..
mak pun cakap,"time ni la senang nak bercerai susu"
bila bincang dari hati ke hati..
redakan saja..

awal-awal dulu,kalau Hadif merengek nak susu pun, aku cakap je kat dia,"umi sakit, Hadif minum susu botol ye?"
pastu dia ok, sampai la sekarang..takde masalah dah..
syukur..

dari pengenalan guna EBM dalam botol.. senang sangat..
dari pengenalan susu formula.. senang juga..
dari proses cerai susu..juga senang..
terima kasih Hadif sebab bagi kerjasama yang terbaik..

 berakhir di sini..
terima kasih Tuhan kerana rezeki ini..



dah 5 hari Hadif tidur dengan aku, taknak tidur dengan nenek ataupun dedy..
tapi tak lagi breastfeed, minum susu botol pastu tepuk-tepuk,ulit dia..lepas tu tido..
bangun 3 kali untuk minum susu..
sekarang dah ada 'alarm' untuk bangun tahajud.. ada juga hikmahnya..
=)

cuma sekarang susu formula dah kena letak dalam list-mesti-beli tiap-tiap minggu..

aku hanya ingat pesan ayah
" setiap anak itu ada rezeki yang Allah bagi sejak azali lagi"
hanya kita yang perlu berusaha dan istiqamah..

=)

Wednesday, November 21, 2012

:: andai ini takdirnya.. aku reda.. ::

assalamualaikum..

=)

tajuk sadis aja kan?

memang tengah sadis ni..

hu.hu.hu

STOK SUSU BUAT ANAKANDA DAH HABISSSSS!!!!!!!!

T_T

tinggal aku pam hari ni untuk bekalan hari esok..
oh, hiba rasa hati ini..

tapi nak buat macam mana..
rezeki masih ada..
cuma nyawa-nyawa ikan..

stok susu kat rumah MIL masih ada, tapi malas nak pergi ambil..
hukhukhuk..

maka, demi kebaikan anakanda..

bukan hari-hari balik kerja sampai rumah tepat pukul 5.30 petang..
ada hari, budak Hadif terlebih main, terlebih minum susu.. maka mak telefon, Hadif tak cukup susu..
kesian Hadif, kesian mak..

so, dengan berat hati melangkah ke pasaraya mencari bekalan susu Formula..
ok, sebenarnya dah 3 kali aku pergi pasaraya tapi pulang dengan tangan kosong..
hakhak...

tapi kelmarin, paksa diri juga untuk pergi beli, buat back up..


macam-macam perlu dititik beratkan..
harga.. berapa bajet bulan-bulan nak habiskan..
brand.. brand apa yang best..

orang kata jangan ajar anak minum susu mahal-mahal, nanti bila bajet lari, beli susu murah sikit, anak tak nak minum..

itu ini.. ini tak best..apa yang best pun tak tahu..

last sekali dua-dua pening..
ha.ha.ha

nak bancuh susu pun tak reti..
macam mana ni..
huhuhu~

banyak yang nak kena belajar pasal susu formula ni..

last sekali..

en asben : beli fernleaf la yang, kalau Hadif xse minum, boleh dedy minum..
aku : ha??? sabo je la..
=D

hari ini.. setahun 1 minggu 3 hari perjalanan fully-breastfeeding ku..
masih bernafas.. nyawa-nyawa ikan

tapi, aku dah rasa bangga gila dah dapat bagi susu badan untuk Hadif untuk tempoh ini..

kalau aku jadi housewife, rasanya takde masalah untuk fully-breastfeed Hadif sampai 2 tahun, kan?
aku rasa la..*konfiden*


p/s : susu formula masih elok tersadai di kabinet dapurku..
=)





::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers