Showing posts with label #bocahxvnture. Show all posts
Showing posts with label #bocahxvnture. Show all posts

Monday, 4 January 2016

Welcome 2016

Assalamualaikum

Bertemu kembali setelah lama menyepi.

Apa khabar anda hari ini? Ecewah. Monday blues datang lagi I guess. Hihi.

Tak banyak menulis dan tak banyak berjalan tahun lepas. Tapi nak recap jugaklah mana yang ingat. Exact date and month mungkin lupa. Jadi kita agak-agak jelah ye. Haha.

Januari

- Sambutan tahun baru di Krabi. Kompilasi entri Sawadeekappp di sini.
- Terlibat juga dengan pasca-banjir di Pos Balar, Gua Musang.
- Macam ada masuk Selangor Run juga bulan ni. haha.

Februari

- Bukit Kutu untuk pertama kali.
- Ke Krabi lagi. Dengan family. By bus. By package. Kakak yang tolong arrange last2 beliau tak dapat pergi. This time cover Songkhla juga.
- Trip Santai Yong Belar 3 hari 2 malam. Gambar and description banyak di fb.
- Macam masuk lari2 lagi kat Titiwangsa. Banyak jalan yang pasti.

Mac

- Viper Challenge. Ini entri.
- Pine Tree and Twin Peak, Bukit Fraser. Link kat sini.
- P Sarawak menghantar kawan kahwin hihi.

April

- Kerunai 2D1N. Ni pun update kat fb je.
#fromKLtoSBL. Trip ke Surabaya, Bali dan Lombok. One of the most memorable hike at Rinjani I must say. Ah rindu pula.
Entri Bali : Part 1Part 2, and Part 3 (finale)

Entri Rinjani :
cintarinjani-The Day before The Hike
cintarinjani-Day 1: Into the mist
cintarinjani-Day 2: The Hike after the rain
cintarinjani-Day 3: Danau Segara Anak and Hot Spring
cintarinjani-Day 4 : I'm coming home
cintarinjani-Day 4 part 2: It's a suprise
cintarinjani-Day 5: Lombok di hati (finale)

Mei

- Macam ada layan Tabur East time nih. Jumpa seorang bapa membawa anak mendaki bersama kerana bonda nya p berlari. Siap bawak EBM lagi thawing kat atas. Nak cari laki camni ah. Eh?
- Bukit Kutu kedua kali. Mendapat teman mendaki baru. Dan pengalaman dan pelajaran baru. Betapa SOP adalah perlu.
Gunung Bunga Buah with #bocahxvnture.
- Chemerong-Berembun-Langsir 3D2N. Here's the link.

Jun

- Balik dari CBL masuk Pos Lenjang, Lipis pula. Ada kursus.
- Rasanya bulan ni juga ada Family trip ke Bayou Lagoon Water Park, Melaka.

Jun-Julai

- Ramadhan Kareem and Eid Mubarak.
- Nuang selepas raya. Follow shaly dan kawan2.

Ogos

- Bandung 3D2N. Short trip sesangat ni. Sampai Jumaat petang. Balik Ahad petang. Sempat buat entri Lembang Floating Market je.
- Layan Bukit Besi dengan teman lelaki upahan.
- Merdeka trip to Pulau Lang Tengah, Terengganu with family.

September

- Nuang 2.0 with #bocahxvnture. Pendakian penuh drama. Boleh buat sinetron dah.
- Malaysia Day escape to Sri Lanka. Here's tips and tricks and itinerary gitu.

Oktober

- Cancelled SCKLM because of the haze.
- Cancelled Puma Night Run sebab hujan lebat gila.
- Penang 2D1N trip dengan kawan uni. Padat dan ketat itinerari nya.
- Teater Van der Wijck with them. Awal tahun ada tengok teater Sirah Junjungan rasanya arahan Erma Fatima.

November

- To Cameron Highlands with love. Jadi kita skip WWR Ulu Slim. Mujur pernah try tahun sebelumnya. Hihi.
- To Strata Waterfall with #CintaRinjani and Aisyah turut serta sekali. Entri masih dalam draft. Vitamin M datang menyerang lately.
- Berembun with #bocahxvnture. Another drama. Asal dengan bocah mesti ada drama. Hahaha.
Hawk Run yang I skip part lari, berjalan dan menjemah sahaja di pagi hari, selfie dan ambil medal cantik.
- Pas run p kenduri dan lantas terlajak sampai ke Melaka pula.

Disember

- Dipenuhi dengan kenduri kendara. Selamat pengantin baru Ara dan juga buat sepupu dua orang.
- Dipenuhi dengan kursus juga, di Melaka dan attending Kursus Magnet Diri by Amin Idris. "Memberi adalah syarat menerima" katanya.
- Pastu teragak nak mendaki, roger Aisyah ke Bukit Saga.
- Macam bosan, roger Aisyah dan Kak Su lagi untuk makan boat noodle, ikea, Bidor Station dll.
- Bosan lagi p Bukit Besi pula. Pastu makan je lagi dengan Kak Su and Aisyah. Tak menahan dok melantak Ayam Penyet, dessert kat Sangkaya pastu sambung p Big bad Wolf pula. impromptu plan gitu. Thanks girls. Ayuh fit and fat bersama.

Bulan ini juga Alhamdulillah kami berkesempatan meraikan 6th anniversary sahabat. Moga kekal hingga ke akhirat. Moga dipermudahkan urusan kalian dan moga cepat sembuhnya kak. #DoaUntukHafizdanLaila.

2015bestnine. Semua adalah best sebenarnya. Just live your life gitu.

To conclude 2015.
There's ups and downs. Hiccups here and there. Kita manusia. Kata akar "Nasia" maknanya lupa. Kita tidak sempurna afterall.

Sebaik mana kita merancang, DIA adalah sebaik-baik perancang.

Terima kasih kalian untuk 2015 ini.
Bersama kita warnai langit dengan tangan kita sendiri.
Looking forward to the new adventure in 2016. Dengan izinNya in sha Allah.

Sehingga berjumpa lagi.

Wassalam.

Friday, 19 June 2015

Cinta Bertaut di Lata Langsir - Day 3 (finale)

Assalamulaikum

Salam Ramadhan Kareem. Selamat berpuasa buat semua.

Bersua kita kembali. Sambungan dari Day 1 and Day 2.

31 Mei 2015

Hari terakhir. Dan hari ini kami akan bergerak pulang.

Misi utama tercapai. Dengan sunrise pagi ini jelas sekali. Haruslah posing dan bergambar sepuas hati bagi mengubat kekecewaan dan luka semalam.



survey port menarik
swimming pool di atas awan



Makan megi sat alas perut


Membunga
9.30 pagi

Kami memulakan perjalan pulang setelah puas bergambar berkumpulan dan taklimat perjalanan. Rencananya pada hari ini kami akan bersarapan di Sungai Bangan, lunch di Kem Balak dan akan singgah di Air Terjun Chemerong.


Pengemasan
Pemerahan
Pemandangan


















Tiba di Sungai Bangan pada pukul 10.10 pagi. Sekejap pula time balik ni. Bersarapan bihun tomyam, dan terjun sepuas hati. Jika terusan yang sebelumnya keruh masa pergi, kali ini jernih sejernihnya yang kalau tak terjun macam rugi lah pulak kan. haha. Terima kasih sekali lagi kepada life jacket shahril, saya boleh melakukan terjunan tanpa was-was. Pastu kena tarik ke tepi sebab berenang tak sampai-sampai. haha. Air sejuk dan sedap. Risau dah ni nak balik nanti macam mana sebab baju basah, sejuk mandi air lagi. Harap tak pancit.









Bihun tomyam


Terjunan
Tirukan
Pusingan
Omg macam sakit je i tengok huhu

Terjunan berjemaah
Yaribaaa
Cukup sejam, kami beransur dengan perlu melalui laluan mencanak dari Sungai Bangan ke puncak tipu dan seterusnya ke Seraya Besar. Jujur peluh time balik ni gila banyak tak seperti masa mula-mula datang. Padahal banyak menurun kot. Faktor cuaca mungkin. Di puncak tipu kami berehat sepuas hati. Dan laluan permatang yang mental masa pergi itu akan dilalui sebentar lagi.





Jarak yang jauh, tapi sebab jalan berkumpulan, dok borak-borak tak sedar masa berlalu. Tup-tup sampai Seraya dalam pukul 12.30 tengah hari. Rehat sebentar sebab aim nak rehat lama di Kem Balak, kami teruskan perjalanan dan tiba di Kem Balak setengah jam kemudian. So cepat.

Tengah hari dah agak ngantuk sebenarnya haha. Lunch chicken buritto hasil gulungan Hana dan Mel dan Adib. Minum teh o manis gila untuk membekalkan tenaga, tepat pukul 3 kami sambung semula. Bakal berjumpa Bukit Taubat selepas ini. Kena redah sungai sedikit, perjalanan menaik sedikit dari Kem Balak dan menurun semula ke kaki Bukit Taubat. Dan kami teruskan ke Simpang Y, simpang yang akan membawa kami ke Air Terjun Chemerong.

Chicken buritto in the house




Atounk lead di depan, dan meminta kami berhati-hati kerana trek ini masa mereka pergi dahulu ada tebuan tanah. Berhati-hati especially time memegang pokok lagi2 yang lurus dan kurus macam kaki Boboy. hihi. Sampai ke sudah saya tak berpaut pada pokok. Pegang camtu setakat sentuh je lol. Trek menurun curam tak ingat. Dan trek menurun sahaja sampai dengar bunyi air. Perlu berpaut pada tali untuk menyeberang dan kami meneruskan perjalanan mendaki lebih kurang 10 minit.

4 petang. Air Terjun Chemerong. Cantik. Tinggi. Sejuk.







Beria panjat batu untuk dapatkan shot dan angle menarik. Licin. Mohon berhati-hati. Dah puas bergambar budak-budak ni sambung tiruk lak kat bawah. Mandi je keje hari ini. Tapi kali ini sangat dalam. Yang konfiden je turun.

Puas, kami bergerak pulang sementelah dah dengar bunyi guruh berdentum, harus cepat ke bawah. Trek menurun, di hujung nya ada tangga menanti. Bertabahlah wahai hati dan kaki.

5.30 petang, kami semua selamat tiba di kafe dan hujan turun selebat-lebatnya. Pekena air gas, kopok lekor, goreng pisang, air panas, mandi-mandi siap diri, pulangkan kembali barang company, nak dekat Maghrib baru kami berundur diri.

Singgah makan di tempat tak ingat nama, sejam jugak perjalanan sebab nak makan di bandar Muktafi tak banyak pilihan. Makan malam di bawah tanggungan company. Awesome sekali lagi.

Dan hampir 3 pagi baru sampai ke rumah sendiri.

Terima kasih #bocahvnture untuk trip kali ini.
Thanks gogo Apek, Eddy, Atounk, Hana, Afa, Shahril, Adip, Gaban, Hakim, Syafiq, Napi, GG, Abe, Tuek, Fadzil, Wan, Boboy, Mel dan Afen.
Terima kasih kalian untuk segalanya. Guider, sweeper, tanker, mokcik kantin. Mohon maaf salah dan silap terlebih terkurang. Minta izin ambil gambar uols. hik hik.
Trip ini sangat berjaya. You guys rocks and awesome. Syabas. Mohon ajak lagi. In sha ALLAH tak pewai lagi.

Hingga bertemu lagi. Wassalam.