Showing posts with label VOA. Show all posts
Showing posts with label VOA. Show all posts

Friday, 9 January 2015

Namaste Nepal : The End

Assalamualaikum

Sambung dari sini

Jadinya, kami dah sampai ke penghujung trip. After saying bye2 dengan Kessar, mintak dia kirim salam dengan Puru, kami proceed to check in counter. Agak lama beratur kt counter sebab orang depan kitorang macam ada problem sikit. Risau lah kitorang yang di belakang ni terkena tempias.

Semua ok. Luggage macam terlebih sebenarnya tapi buat2 confident dan beramah-tamah dengan petugas. So lepas je. Kalo dia letak beg ktorang betol2 atas penimbang confirm kena bayar. Hiks.

As usual, isi departure card. Dan beratur di imigresen. Kitorang cam musykil betul ke ni airport yang sama masa touchdown hari tuh. Beza gila arrival dan departure. Departure nampak teratur sikit. Cepat pun ya.

Since duit NPR banyak lagi, so kita habiskan dengan membeli coffe dan momo (lagi). Momo ni xsesedap momo atas gunung. Rindu momo.

Amik gambar permit dat day. Naif je muka pasport masing2. hee
Flight x delay. Dan kami selamat tiba di LCCT on time. 4 pagi Sabtu waktu tempatan. Warga Nepal yang datang bekerja I tengok diorang kena kumpul satu tempat dulu masa kat Imigresen. Sebab datang beramai-ramai kan.

So overall expenses,

Customized package with Adventure Himalaya - USD 475
Visa - USD 25
Collection - USD 50 convert to NPR (cover makan, transport, rencam and entrance fees Pokhara)
Sovenir shopping - USD 100 plus (cover entrance fees kat Kathmandu)

Flight ticket KUL - KTM - RM 299.50
Flight ticket KTM - KUL - RM 440.55
Luggage, meals - RM91

Total = USD 650 + RM 831.05
        ~ RM 2, 781.05

Of course if kita customize sendiri lagi murah kan. Tapi bagi saya overall ok je. Boleh tgk entri terdahulu kenapa ktorg opt untuk agent. hee

Di bawah adalah kompilasi entri2 berkaitan Nepal ini:

Namaste Nepal : Itinerary
Day 1 Visa on Arrival, Kathmandu - Nagarkot
Day 2 Nagarkot - Pokhara - Nayapul
Day 2.1 Nayapul - Tikhedunga
Day 3 Tikhedunga - Ulleri - Ghorepani
Day 3.1 Ghorepani
Day 4 Ghorepani - Poon Hill
Day 4.1 Poon Hill - Ghorepani - Nayapul - Pokhara
Day 5 Pokhara Day Tour
Day 6 Sarangkot, Pokhara - Thamel, Kathmandu
Day 7 Kathmandu Day Tour and going back

Terima kasih kerana sudi membaca. Mohon maaf atas segala kekurangan dan kelewatan. Syabas untuk diri sendiri kerana berjaya menghabiskan entri walaupun ambil masa setahun. Akhirnya, yay.

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Saturday, 8 February 2014

Namaste Nepal : Day 1 (Visa not sooooo on Arrival)

Assalamualaikum

Tajuk boleh diabaikan. hahahaha

Jadinya kami bertolak ke Nepal pada tanggal 28 Disember yang lalu. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun ada drama sikit kat Imigresen tapi perjalanan mesti diteruskan.

Sampai kat aircraft AirAsia X, terkejut gileeeeeee tengok ramaaaaaai sangat warga Nepal yang pulang bercuti. 90% flight dipenuhi dengan depa. Kitorang lak musykil betul ke tak flight ni. Warga Malaysia betol2 group kitorang dan 1 group yang lain. Selebihnya faham2 je. hehehe.

Perjalanan mengambil masa selama 4 jam 40 minit dan kami selamat tiba di Tribuvia International Airport tepat jam 2.00 petang waktu tempatan.
upon arrival

Warga Malaysia memerlukan visa untuk masuk ke Nepal. Since ada Visa on Arrival (VOA), kte mtk VOA je. xrajin and xsempat nak g kedutaan.

Untuk warga Nepal dan mereka yang sudah mempunyai visa, kaunter nya akan terus dijumpai. Untuk yang opt for VOA kena g hujung sikit.

Dokumen yang diperlukan adalah:
1) Pasport of course
2) Gambar saiz pasport (background putih atau biru xde masalah)
3) Arrival Card
4) Borang permohonan visa / Visa application form (nampak group Italy belakang ktorg dah download borang siap2)
5) USD25 jika anda stay less than 15 days.
* item 3 dan 4 boleh diperoleh kat airport.
* kalo xbwk gmbar, kat sana ada booth untuk ambil gambar. maafkan saya tak ingat harganya berapa

Kenapa visa not soooo on arrival?

Kene beratur 2 kali. Sabo ajelah. Joget lambak dah kmk di sia menunggu turn. Beratur kali pertama adalah untuk membayar visa fees sahaja. Dah bayar, dapat resit semua, kena beratur lagi sekali di sebelahnya untuk apply for visa.

Ikutkan proses tak lama mana, tapi masa ktorg touchdown tuh banyak jugak flight lain yang touchdown at the same time, redha dan berjemaah lah menunggu VOA.

Jadinya, marilah membuat visa dengan lebih awal yakni buat siap2 di kedutaan. Boleh rujuk link Supermeng Malaya untuk maklumat lanjut. :)

Bersalah dah dengan Puru. Nak contact dia xdpt. Keluar2 je nampak dia. Lega rasa hati. Dia pun cakap "I thought it only takes one hour." Dia pun xsangka smpi 2 jam jadinya. Nampak Puru bawak bunga dalam plastik. Rasanya dia nak sarungkan kitorang dengan kalungan bunga upon arrival, tapi last2 bagi dalam keta je. For good luck katanya. Hihi.

Jadinya, kami terus menuju ke office Puru untuk urusan pembayaran dan penyerahan dokumen yang berkaitan. Tukar duit USD to Nepalese Rupee (NPR) pon kitorang serah kat Puru je. Rate pon ok. Sementelah masa tukar duit hari tuh, money changer xde NPR.

depan ofis Puru. member sorang lagi tgh tukar duit.



Dah selesai semua, kami meneruskan perjalanan ke Nagarkot untuk bermalam di sana. Jalan adalah bumpy2 dan berdebu. Kagum ku dengan driver yang dapat memandu dengan cakap. Nagarkot adalah kawasan berbukit and hotel kitorang adalah antara hotel yang agak tinggi dr segi kedudukan di situ. Memang menuju puncak lah kira.

Our dinner tonight adalah nasi impit dan rendang daging. Sejuk2 xbrp lalu nak makan. Hehe. Air kt bilik air pon xbrp panas. Menggigil iols. So tidur adalah lebih baik. Rehat sepuasnya before perjalanan yang panjang esok hari. Misi memburu sunrise dan yang pasti esok nak mula trekking. Erk~
ladies room. 3 single bed.