Showing posts with label Surabaya. Show all posts
Showing posts with label Surabaya. Show all posts

Sunday, 9 August 2015

Bali : Eat, Sleep and Eat lagi (finale)

Assalamualaikum

Selamat pagi. Last night Ema kata "your name is cute like you". Auww. So sweet of her.

Sambungan dari Bali part 2.

15 April 2015 (Rabu)

Ema akan balik hari ini setelah mengalami peristiwa tak best katanya. Geram dia. Haha. Idokler. Ema pulang sebab flight dia tengah hari ni setelah berminggu spend di Bali. Malam tadi borak-borak dan Ema bagi pamplet Peramatour kat saya. Simpan dulu sebab hari ni naik ojek kan.

Perama tour. Pernah saya bukak website dia untuk cari transport ke PadangBai dan kawan pon pernah pakai khidmat shuttle mereka untuk ke Ubud. Tapi saya kan dah tak jadi g Ubud. Batur, mu tunggu aku datang next time keh.

Ni detail hostel



CX Hostel
Website : www.cxhostels.com
Ada banyak cawangan. Yang saya duduk ni Kuta Raya, Tuban.
Rate : 140,000 Rupiah untuk 4-bed female dorm. 8-bed pon ada. Murah lagi opkos.

Pro : Dekat dengan makanan halal. Sepanjang lorong tuh penuh. Yang saya sempat try Bakso Malang, Nasi Bebek Bu Rima, Nasi Ayam Penyet sebelah Bu Rima, Nasi Pedas Ibu Andika, Ayam Bakar Wong Solo. Terang bulan dekat-dekat dengan masjid sikit. Ada nampak satu kedai tapi tak perasan signboard rupanya Nasi Betutu Pak Man. Tak sempat nak try. Begitu juga Nasi Pecel Bu Tinuk. Satay pun banyak kalau dah malam sikit. Banyak tak idea nak makan apa. Hehe. Moga bermanfaat.

Cons : Jauh sikit dari pantai. Tapi ok je bagi saya.

Pukul 9 pagi. Tunggu Dani. Motor takde pagi ni. Jadinya kami kena sewa speda untuk berjalan-jalan. Range harga 50,000 ke 60,000 Rp sehari.

Destinasi hari ini adalah Tanah Lot.

Jumpa kedai-kedai dulu
Beru jumpa pintu masuk


Jauh boleh tahan. Almost sejam. The joy of menaiki ojek adalah senang nak menyelit and bila bayar tiket dapat price local. hehe. Thanks Dani. Tanah Lot femes sebab temple nya di tebing tinggi. Lol. Sama je penerangan cam Uluwatu semalam.

Both Uluwatu dan Tanah Lot adalah pura (temple). Memang tempat orang sembahyang jadi tumpuan ramai.




Air surut, jadi boleh g dekat dgn temple. Nak naik temple kena pergi dekat holy water dulu dan jumpa monk dia. Tak ingat kene minum atau tak air nya. Jadi i tangkap gambar jelah. Nak bergambar dengan snake pon boleh, kena bayar yang pasti.








Kita p tebing amik gambar di mana ombak menghempas batu memukul pantai dengan ganas. Hihi. Macam kewajipan lak nak amik gambar camtu. Tak gitu Tim? Kemudian kami berjalan lagi sampai ke hujung cari port cantik. Jenguk ke laut siap ad orang surfing lagi.




Don't go up






Ada jumpa tangga turun ke bawah. Turun kejap sebab curios kan. Cantikkkk.







Panas dah. Awal lagi. Bukak jap peramatours punya pamplet tgk apa itinerary yang diorang offer. Kita amik idea sikit. Kiki. Selalu Tanah Lot diorang combine dengan Ulun Danu Beratan Temple dan Taman Ayun.

Jadi kami plan p Ulun Danu dulu sebab macam dekat. Jalan-jalan pusing-pusing on maps tak jumpa jalan. wuwuwu. Takpelah skip jelah. Tak dapat satu kena dapat satu lagi. Kami p cari Taman Ayun pula. Luckily jumpa.

Mencari yang ini. Ulun Danu
Temple on the lake katanya
credit pic to google : arounddeglobe.com
Kesesatan sampai sawah padi

Hello Taman Ayun
Taman Ayun Temple. Ada entrance fee. And taman ni salah satu UNESCO Heritage. Suka. Damai. Sebab hijau. Lagipun sebab dah dijamu dua pura tepi laut, pura yang ni ada kelainan sikit lah kan.




Meh layan gambar walaupun tak banyak.








Hampir pukul 1 petang. Rasa dah penat jadi cakap dengan Dani nak balik lah. Kalau jalan-jalan pun jalan dekat2 sendiri2 je. Sebab tempat wajib dah g. Tempat lain sunat je. hahaha. Jadi pulang semula ke hostel. Makan bakso lagi untuk kesekian kali.

Dah check-out dari hostel siap-siap. Walaupun barang masih di sana malas pula nak singgah jadi membawa kaki p Masjid berhampiran. Pastu p Pantai Kuta lagi tak menahan. hahaha. Kali ni layan blues kat Bali Discovery Mall. free-wifi ok. Tepon mak bagitahu nak gerak p Lombok pasni. Mujur Mr Wong, supir kami di Surabaya yang dikenali melalui PM ad bg tips untuk buat international call dengan murah. Hik hik.
Discovery Mall
Mr Wong rakyat Malaysia. Dah lama menetap di Surabaya. Kahwin dan kerja di sana. Sempat juga kami merasa durian dengan beliau masa kat Surabaya itu hari.
Mr Wong Supir Surabaya
Fb : Cuti Cuti Surabaya
Tel : +62 858 5071 3331
Mendurian bersama Mr Wong sambil menanti 3 org ahli rombongan touch down
Dah nak Maghrib layan sunset kat Kuta lagi? Takde sunset pon.



Pulang menjamu selera kat Ayam Bakar Wong Solo lagi. Sodap aih. Harga pun murah. Murah lagi dari bebek itu hari. Kenyang-kenyang pulang ke hostel. Bro Zul akan fetch saya kat hostel pukul 11 nanti dan kami akan ke airport untuk fetch Padil sebelum ke PadangBai untuk ambil feri ke Lombok. Dekat je hostel dengan airport. 5 minit kalo naik kenderaan. Hihi.

Kenali Bro Zul.
Rakyat Malaysia. Bekerja di Bali. Dah 3 tahun beliau kat sana.
Tahu dari fb sebab tengok beliau up itinerary Bali kan. Jadi kami try test berhubung dengan beliau.
Fb : Zulhabri Supian
Ig : @balihalal
Feel free to ask him anything about Bali from supir to halal food dan sebagainya korang. Bro Zul pun ada kawan wanita untuk kawan2 yang mencari ojek wanita.
Thanks for the coffee bro Zul. Hehe. Terima kasih daun keladi. Ada rezeki jumpa lagi in sha Allah.

spot Padil
Sekian, entri Bali.
Lepas ni sambung di Lombok pula. Cinta Rinjani di hati.

Terima kasih kerana sudi membaca. xoxo.