Showing posts with label Lopburi. Show all posts
Showing posts with label Lopburi. Show all posts

Friday, 13 February 2015

Sawadeekappp : Part 7 - Going back from Krabi to KL (the end...)

Assalamualaikum

Sambungan dari part 6 : Let's Railay (Hiking and Kayaking)

Hari terakhir di Thailand. Kami akan bergerak pulang ke Hatyai lantas ke KL.

Kami ke Hatyai dengan menaiki minivan yang telah dibook di Baan Nisarine. Harga 300 baht/person/way.
Breakfast roti canai yang dibeli dekat kedai tidak jauh dari Kopi Kita
Bergambar kenangan dengan Pak Man
Sebab keretapi dari Hatyai akan bertolak pukul 4, kami dicadangkan untuk ambil van yang pukul 8 punya kerana ia akan mengambil masa 4-5 jam perjalanan dari Krabi ke Hatyai.

Minivan cantik, dan selesa tapi rasanya sempit sedikit haha. Tapi tak kesah sangat sebab semua pun membuta je dalam perjalanan. Kebas jugak lah kaki. Bangun-bangun je tahu dah sampai hentian Trang. Boleh shopping-shopping makan-makan kat sini.

Dalam pukul 1 lebih camtu, kami dah sampai Hatyai. On time kan. Minivan mendropkan kami di Terminal Hatyai Songkhla 2 kalau tak silap. Luar dari Hatyai. Jadi kami kena naik tuktuk dari bus terminal ke Hatyai Railway Station dengan harga 20 baht/person.



Jalan tubik yang dijawikan
Dah sampai, kenalah cari nasi kuning dan cha yen pujaan hati kat area Kimyong Market. Kenyang makan, pusing masuk shopping complex amik aircond, timbang berat badan, tengok-tengok barang survey harga pasaran in case terdatang lagi tau dah nak buat dan beli apa. Hiks. Cukup masa, kami g kedai Nasi Kuning tadi untuk menapau bekalan dalam keretapi pula. Tapau lagi murah dari makan di sana. Murah 10 baht.



Air minuman bateri, 6 baht
Kembali ke stesen keretapi, tunggu keretapi sampai, dan bergeraklah kami menuju ke tanah air. Cop keluar masuk di Imigresen, pemeriksaan bagasi oleh kastam, naik atas jap buat apa-apa yang patut sementara menunggu keretapi yang akan bertolak ke KL pukul 6.45 petang nanti lebih kurang camtu timingnya.

Lepak sini sebab kat dalam terminal ramai

Nak balik dah. Sekejap pula rasa. Ahaha.

Sunset


Koc kitorang paling bising sebab ada pakcik Perodua ni tak berhenti-henti buat lawak. Rombongan dia je 40 orang kot. Separuh dapat katil, and the rest seat. Sempat jumpa geng BBM dua orang. Mereka dari Phuket singgah Krabi pastu turun Penang sebelum ke Kelantan tolong masa banjir. Panjang perjalanan mereka. Semoga dipermudahkan.

It's a wrap. Sesi ditutup dengan minum milo panas di kafe ketapi
Sampai Ipoh dan Hana pun turun. Kami yang lain turun di KL Sentral dan selamat tiba di ibu kota sebelum Subuh. Bid farewell dan kami pulang ke destinasi masing-masing. Habis dah.

It's hard to say goodbye orang kata but the memory remains kan. Gittew.
Terima kasih kalian.

Berikut adalah kompilasi entri Sawadeekappp :

Sawadeekappp : Itinerary
Sawadeekappp : Accommodation (Bangkok & Krabi)
Part 1 : Overland journey (from KL to Bangkok) and Chatuchak Market
Part 2 : Lopburi & Khao San
Part 3 : Damnoen Sanduak & Maeklong Railway Market
Part 3.1 : Sunset at Chao Phraya & Bangkok at night
Part 4 : Masjid Darul Aman, Grand Palace and Happy New Year Krabi~
Part 5 : Emerald Pool, Green Pool, Hot Spring and Tiger Temple
Part 6 : Hiking and Kayaking at Railay

Untuk versi Hana boleh baca kat sini.

Moga bermanfaat. Terima kasih kerana membaca.

Till then. Bye. Wassalam

Friday, 16 January 2015

Sawadeekappp : Part 2 Lopburi & Khao San Road

Assalamualaikum

Sambungan dari Part 1 : Overland Journey & Exploring Bangkok

Bangun pagi. Gosok gigi. Mandi-mandi. Gigih tak mandi pukul 3. aha.

Dah pack barang siap-siap sebab kami akan terus check out. Tumpang letak beg sat sementara kami pergi ke Lopburi.

Lopburi


Bagaimana ke Lopburi?
Boleh menaiki keretapi direct ke Lopburi dari Hua Lamphong.
Tiket boleh dibeli di mana-mana kaunter.
Harga 28 baht/person/way.
Murah kan. Seat keras tapi selesa.

Lopburi ni luar daripada Bangkok dan perjalanan mengambil masa selama 3 jam. Kami bertolak pukul 4.20 pagi. Dalam 7.30 pagi camtu dah sampai sana. Sekali dengan budak-budak sekolah ramai giler penuh keretapi.






budak sekolah study sambil berdiri

Pembacaan dari blog mencadangkan kami bergerak dan mencari bas di 7Eleven.
Kitorang follow the crowd jugak this time tapi kitorang ikut budak-budak ponteng sekolah sebab depa menuju ke pekan kan. Hihi.





Berjalan-jalan dan melilau, kami diapproach seseorang. Tak ingat nama dia tapi kitorang panggil Chappuis.

Tengah tunggu Chappuis ambil kereta sambil melihat budak sekolah p saloon buat rambut!



Beliau menawarkan 800 baht untuk 4 orang ke sunflower farm. No time limit. And dia akan bawa p halal restaurant nanti. Hasil tinjauan kat blog and group backpackers rata2 range dalam 150 ke 200 baht/person. Macam ok. Jadi kami proceed dengan mintak diskaun 100 baht.

Jadilah 175 baht/person. Chappuis bawak kereta sedan. Berhimpit sket tapi selesa sebab aircond.
Perjalanan lebih kurang 30 minit lah juga.

And here we are. Dah sampaiiiii

Langit cantik dan cerah. Alhamdulillah










Pano dash attempt to fit all of us in. 
mengopi, mengeteh, memilo dan mengardenia


group picture. 
Dah puas, dalam pukul 11.30 camtu kitorang cakap dengan Chappuis nak balik. Beliau dropkan kami kat kedai makanan Muslim. Setentang dengan stesen keretapi. Kitorang cari tiket balik ke Bangkok dahulu. Pukul 12.27 tengah hari. Harga 50 baht/person/way. Seat lembut sikit dari tadi.

Dah confirm ada tiket, baru kami p makan. 198 baht untuk 4 orang makan. Murah kan. Heavy meal kot masing-masing ambil. Dahlah sedap sup tulang dia.


Askar ni tolong ambil order sbb boleh kecek klate
Mihun sup

Seat 50 baht
Keretapi dah sampai. Pulang lah kami ke pangkal jalan.

Tiba di Bangkok, p Loftel 22 Hostel sat ambil beg. Kami akan check in di tempat lain pula. Hana and I dekat De Talak hostel, atounk dan Zaid di Khao San Road.

Depa hantar kami dulu. Pastu kami ikut depa sekali jalan p Khao San Road terus.
Usai check in, rumet kami dari China tanya apa plan, so kitorang ajak sekali p Khao San.

Khao San Road 


Nak ke Khao San susah sikit. Tiada MRT dan BTS yang menghubungkan.
Jadi kami ambil BTS ke National Stadium then tahan teksi untuk ke Khao San Road.
Mujur dia sudi memuatkan 6 orang dalam teksi beliau. Mujur jugak kitorang kecil. hihi
Harga 200 baht/teksi.

Dah sampai Khao San, berpisah dengan rumet, kami g cari Born Free Hostel. Dah settle, berjalan tanpa hala tuju pula di Khao San Road haha. Pusing-pusing cari makanan halal nak dekat sejam juga. Kenapa bila baca orang kata senang cari makanan halal kat Khao San tapi kitorang tak jumpa langsung. Huhu. Hijab tertutup agaknya.

Ada jumpa Taj Mahal tapi mahal lah kan.
Tanya-tanya, ada orang bagitahu tunjuk ada kedai makan halal. Dia tak sure bukak lagi ke tak sebab katanya kedai tutup awal dekat pukul 8.
Kitorang try je jalan-jalan dan cari. Dah jumpa, kami tanya lah Restoran Aisyah ke. Akak tuh angguk sambil menunjuk kepada Aisyah yang berkerusi roda.

Bulat tuh kawasannya. Kitorang termasuk jalan yang Pai Spa. lalu menjumpai Indian Halal yakni Taj Mahal.
Frust tau. Bukan kat Khao San Road. tp still satu area lah x dinafikan. haha.
Selang 2 lorong belakang. Satu lorong dengan NapPark Hostel. Thanon Tani nama lorongnya.
Dekat 7E dan Swensens tempat makan aiskrim tuh. Tempat makan dia macam tersorok and meja dia bersambung dengan kedai sebelah juga actually. Kawasan yang sama. Hujung peniaga lain. Kedai Aisyah ni hujung satu lagi.

sederet 7E kedainya. belah kiri. Dekat tuktuk bebanyak tuh ada Muslim jual roti.
Our meal. 300 baht/4 orang. Nasi ayam dan Ice lemon tea.



Seberang jalan nya ada orang jual roti. Kitorang try banana coklat. Sedap.


Dah kenyang, sambung pusing lagi Khao San Road. Dah nak malam ni baru nampak banyak stall yang jual makanan halal. Pusing2 tadi tak ada. Tapi sebab dah kenyang kita lalu je dengan harapan next time cuba. Sampai hujung jalan, kami berpisah. Hana and I ambil teksi pulang ke hostel dan kami berjanji untuk berjumpa esok pagi di BTS National Stadium.





one of the halal stall

Bersambung...

crdt picture to hana, atounk dan zaid :)