Showing posts with label Chatuchak. Show all posts
Showing posts with label Chatuchak. Show all posts

Friday, 13 February 2015

Sawadeekappp : Part 7 - Going back from Krabi to KL (the end...)

Assalamualaikum

Sambungan dari part 6 : Let's Railay (Hiking and Kayaking)

Hari terakhir di Thailand. Kami akan bergerak pulang ke Hatyai lantas ke KL.

Kami ke Hatyai dengan menaiki minivan yang telah dibook di Baan Nisarine. Harga 300 baht/person/way.
Breakfast roti canai yang dibeli dekat kedai tidak jauh dari Kopi Kita
Bergambar kenangan dengan Pak Man
Sebab keretapi dari Hatyai akan bertolak pukul 4, kami dicadangkan untuk ambil van yang pukul 8 punya kerana ia akan mengambil masa 4-5 jam perjalanan dari Krabi ke Hatyai.

Minivan cantik, dan selesa tapi rasanya sempit sedikit haha. Tapi tak kesah sangat sebab semua pun membuta je dalam perjalanan. Kebas jugak lah kaki. Bangun-bangun je tahu dah sampai hentian Trang. Boleh shopping-shopping makan-makan kat sini.

Dalam pukul 1 lebih camtu, kami dah sampai Hatyai. On time kan. Minivan mendropkan kami di Terminal Hatyai Songkhla 2 kalau tak silap. Luar dari Hatyai. Jadi kami kena naik tuktuk dari bus terminal ke Hatyai Railway Station dengan harga 20 baht/person.



Jalan tubik yang dijawikan
Dah sampai, kenalah cari nasi kuning dan cha yen pujaan hati kat area Kimyong Market. Kenyang makan, pusing masuk shopping complex amik aircond, timbang berat badan, tengok-tengok barang survey harga pasaran in case terdatang lagi tau dah nak buat dan beli apa. Hiks. Cukup masa, kami g kedai Nasi Kuning tadi untuk menapau bekalan dalam keretapi pula. Tapau lagi murah dari makan di sana. Murah 10 baht.



Air minuman bateri, 6 baht
Kembali ke stesen keretapi, tunggu keretapi sampai, dan bergeraklah kami menuju ke tanah air. Cop keluar masuk di Imigresen, pemeriksaan bagasi oleh kastam, naik atas jap buat apa-apa yang patut sementara menunggu keretapi yang akan bertolak ke KL pukul 6.45 petang nanti lebih kurang camtu timingnya.

Lepak sini sebab kat dalam terminal ramai

Nak balik dah. Sekejap pula rasa. Ahaha.

Sunset


Koc kitorang paling bising sebab ada pakcik Perodua ni tak berhenti-henti buat lawak. Rombongan dia je 40 orang kot. Separuh dapat katil, and the rest seat. Sempat jumpa geng BBM dua orang. Mereka dari Phuket singgah Krabi pastu turun Penang sebelum ke Kelantan tolong masa banjir. Panjang perjalanan mereka. Semoga dipermudahkan.

It's a wrap. Sesi ditutup dengan minum milo panas di kafe ketapi
Sampai Ipoh dan Hana pun turun. Kami yang lain turun di KL Sentral dan selamat tiba di ibu kota sebelum Subuh. Bid farewell dan kami pulang ke destinasi masing-masing. Habis dah.

It's hard to say goodbye orang kata but the memory remains kan. Gittew.
Terima kasih kalian.

Berikut adalah kompilasi entri Sawadeekappp :

Sawadeekappp : Itinerary
Sawadeekappp : Accommodation (Bangkok & Krabi)
Part 1 : Overland journey (from KL to Bangkok) and Chatuchak Market
Part 2 : Lopburi & Khao San
Part 3 : Damnoen Sanduak & Maeklong Railway Market
Part 3.1 : Sunset at Chao Phraya & Bangkok at night
Part 4 : Masjid Darul Aman, Grand Palace and Happy New Year Krabi~
Part 5 : Emerald Pool, Green Pool, Hot Spring and Tiger Temple
Part 6 : Hiking and Kayaking at Railay

Untuk versi Hana boleh baca kat sini.

Moga bermanfaat. Terima kasih kerana membaca.

Till then. Bye. Wassalam

Wednesday, 14 January 2015

Sawadeekappp : Part 1 Overland journey & Exploring Bangkok


Salam...

Bertemu kembali. Mari sambung entri thailand.

Kami ke sana dengan menaiki keretapi. Pertama kali nak mencuba ni. Begini ceritanya.

Day 0 KL Sentral to Hatyai

Keretapi Senandung Langkawi dijangka bertolak pukul 10 malam dari KL Sentral. Jadi kami berempat mengalas perut di KFC sambil menunggu panggilan masuk. Afa akan join kami di Krabi nanti

Harga seat : RM 48/pax. Tiket dibeli sebulan awal oleh Atounk. Hajat nak amik bed tidak kesampaian. Limited kot satu koc je yang ada bed. Selling fast orang kata.

Seat pon ok sebab nak tidur je kan.

Sebelum tidur mengopi dulu di kafe. Berjalan dari hujung ke hujung sebab koc kami hujung sekali. Ada surau juga depan sikit dari kafe. Usai mengopi, dan kami pun lena dibuai mimpi.




Gunung Jerai
Alor Setar
Menara Alor Setar
Arau

Day 1 Padang Besar - Hatyai - Bangkok


Kami tiba di Padang Besar lebih kurang pukul 9.30 pagi. Keluar imigresen Malaysia, masuk imigresen Thailand. Sebenarnya semua dalam bangunan yang sama. Pusing-pusing je. Follow the crowd. Kami dimaklumkan keretapi ke Hatyai akan bergerak lebih kurang pukul 10.45 pagi. Jadi kami mempunyai masa yang cukup untuk buat apa-apa yang patut.

Keretapi akan bertukar kepala di sini. Cuma tinggal 2 koc sahaja akan dibawa bersama. Free seating. Kitorang punya seat dah ada orang duduk, jadi kami melepak lah dekat koc yang ada katil itu. Susah senang dihadapi bersama orang kata.

Baru nak lelap mata, dah sampai rupanya. Sejam sahaja perjalanan dari Padang Besar.


Meninggalkan Padang Besar

Keretapi ke Bangkok pula dijadualkan akan berlepas pada pukul 3.39 pm.

Harga tiket: RM 57 (550 baht) untuk katil atas, dan RM 62 (605 baht) untuk katil bawah. Lebih kurang macam tuh bila convert. Atounk juga yang beli tiket masa dia datang Hatyai tidak lama sebelum itu. Nak walk in pun boleh.





Persediaan untuk menaiki keretapi selama 16 jam perjalanan dibuat dengan membeli bekal nasi kuning dari Kimyong Market. hehe

Tengah hari kitorang makan siap-siap kat Rocky Muslim Restaurant, Hatyai.

Then menunaikan solat di Masjid Pakistan, baru kami membeli tapauan.

Nasi Kuning : 5 baht/pack
Anggur : 100 baht for half kilo

Kimyong Market

menuju masjid
Masjid Pakistan

Kedai nasi kuning
On time dah ni sampai kat stesen. Sekali train delay ke pukul 5.20 pm. Mujur kami xada benda nak kejar. Jadi masa diisi dengan photoshoot sekitar stesen keretapi and acah-acah parody iklan colgate tapi tak menjadi.



Parody iklan ubat gigi lol



Keretapi yang dinanti tiba. Serius excited naik keretapi kat Thailand. Pertama kali memang camni. Teruja lebih. Haha. Suasana mungkin. Meriah. Tengok orang berjualan dan menghantar kaum kerabat menaiki keretapi. Asal berhenti setiap stesen mesti ada orang naik menjual.
orang berjualan

Duduk dulu seketika, ambil port, betul-betulkan tingkap, borak-borak.

Train waktu siang
gambar feeling retis kena ada
turunkan tingkap
bergambar kat tingkap
main kat pintu pula
mujur ketapi belum gerak
Kat Hatyai lagi. Dah nak gelap
laju

Dinner
Makan malam siap-siap, Kerana pukul 7 malam seat ini akan berubah bentuk menjadi katil.

Train waktu malam. Katil dah bukak
Tempat tidur kami. Complete bantal, cadar dan selimut. Tirai sekali.

Perjalanan panjang, tren boleh tahan laju and masing-masing kepenatan, 9 lebih nak dekat pukul 10 check in dah kitorang hehe.

duta katil
duta katil part 2
Day 2 Arrival at Hua Lamphong & Exploring Bangkok

Bangun pagi, gosok gigi. Ada sinki. Air ada xde kene tgk nasib jugak sebenarnya. Sinki belakang takde air, kami menumpang kat koc yang beraircond. Kitorang koc kipas. hee. Tengok sunrise dari dalam keretapi. Kemas-kemas sikit barang. Pukul 8 depa nak lipat balik katil menjadi seat kembali,


sunrise
breakfast
Breakfast roti gardenia dan tuna green curry pedas tak? Zaid tanya. Nasi kuning kitorang pun still ada balance sebab portion besar and Alhamdulillah nasi itu tahan lama.

Camni ar keje kitorang. Tido bangun makan tido bangun makan tak sampai-sampai lagi.

capturing sunrise moment
Hua Hin
belum lipat lagi katilnya

pembelokan
Phetchaburi
Terbaik dari langit
Ratchaburi
Indeed :)






Menghampiri Hua Lamphong
Finally!
Jadual train lopburi. Untuk lebih detail, ada pamplet disediakan berdekatan
Almost 12 tengah hari, kami tiba di stesen keretapi utama Thailand yakni Stesen Hua Lamphong dengan senang hati. Check dulu jadual train ke Lopburi, check in di Loftel 22 hostel dan rehat seketika. Then,

Jom sambung ukur jalan di sebelah petang.

Hua Lamphong Station

Chatuchak Market


Chatuchak Market hanya dibuka pada weekend sahaja. Ada pendapat kata weekdays buka tapi rasanya tak semeriah weekend. And kami suspect yang bukak tuh pun kedai-kedai biasa sedia ada.

Since kami dari Hua Lamphong naik MRT, kena turun dulu kat Silom.
Then tukar amik Skytrain kat Sala Daeng menuju Mo Chit.

Ringkasnya, How to go?
BTS Mo Chit Station. Take Exit 1. And follow the crowd.
Market nya sebelah dengan taman tasik.

BTS line


Follow the crowd. Sangat crowded sampai turun tangga kena beratur
And market dia besaaarrr sangaaattt. Macam-macam ada. Banyak sangat seksyen. Tak terpusing habis kitorang.




Penjual teh tarik yang ramah. Berpusing-pusing buat cha yen. Sebelah nya ada gerai jual kebab halal.
Cha yen : 30 baht
Kebab : 70 baht if xsilap

Bersama Au Thai. Boleh cakap Melayu sikit2. Selamat Tahun Balu
Percaya tak Hana and I x ada beli apa2 melainkan makanan dan minuman je dan budak2 laki ni lak shopping seluar sedap kat kedai Au Thai. hee

Sightseeing and Window Shopping at Bangkok


Selesai p market, kita p shopping complex lak. Macam diberitahu sebelum ni, kitorang kan xde hala tuju. hehe. Jadi jalan mengikut langkah kaki je.

How to go?
BTS Siam. Exit 1 kalo nak p Siam Discovery.

View dari Mo Chit stesen

Kerja kitorang keluar masuk Siam Paragon, pastu keluar masuk Siam Discovery. Turun naik eskalator, jumpa Madam Tussauds amik gambar dengan Leonardo diCaprio kat luarnya.
Then keluar jalan g MBK pula. Turun naik tangga cari Hard Rock Cafe. Pastu jalan-jalan night market dekat kaki lima bawah stesen skytrain itu. Nampak sangat tak ada hala tuju kan. hahahaha.


tak masuk dalam. dok luar je




Siam Discovery
Night market bawah stesen


Macam-macam ada. Ada baju, beg, sabun. Design cantik, harga menarik.

Pastu naik balik stesen Siam. Ada Skywalk!Boleh lalu sini je nak keluar masuk shopping complex.Kebetulan masa kami pergi, mungkin sebab nak New Year jugak, penuh dengan cahaya.Let's bergambar



Paling win, lampu kaler biru. Macam nak check kuman and bakteria je lol.

Nampak shopping complex macam meriah and happening ada artis, kitorang turun. Pastu jalan ikut jalan biasa balik. Penghujung skywalk adalah di BTS Chit Lom. Dan selepas penat memusing, kami beransur pulang ke hostel.





Chit Lom

Hua Lamphong at night
Esok nak bangun awal untuk mengejar bunga matahari~