Bro..lately byk yg kata kita kena mula pulaukan produk2 USA. USA skrg ni bukan mcm dulu bro. Skrg ni, USA secara terang2an cuba memutar belitkan segala fakta jika dikaitkan dengan kekejaman zionis. Dia meletakkan negara2 Islam sebagai musuh yg perlu diperangi. Keadaan ini sama seperti mana mereka memerangi negara2 komunis sewaktu era perang dingin dulu. Lu ingat lagi kan ttg perang dingin antara blog kapitalis menentang blog Soviet dahulu. Waktu itu mereka berhabis2san untuk menjatuhkan blog komunis dan akhirnya mereka telah berjaya juga merobohkan Perjanjian Warsaw itu. Keadaan yang sama juga di lakukan sekarang ni kepada negara2 yg mereka cop sebagai paksi keganasan walhal mereka lah sebenarnya paksi tersebut. Menyerang dan memusnahkan Afghanistan hanya kerana si Osama dan Iraq juga kerana si Sadam. Pada mereka, menyerang dan memusnahkan sesebuah negara itu bukan keganasan, tetapi mereka yang menyerang sebuah bangunan itu adalah pengganas. Sungguh bodoh punya perbandingan.
Bro, mlm tadi sewaktu menonton Berita Jam 8.00, tiba2 hati wa terguris melihatkan seorang kanak2 yg berkobar2 untuk menuntut bela di atas kematian semua kaum keluarganya akibat kekejaman Zionis. Nada suaranya begitu bersemangat apabila memperkatakan tentang perjuangan menentang zionis. Mau saja diratah setiap askar2 zionis sekiranya berada di depan matanya. Akan tetapi bro, tiba2 sahaja suaranya terhenti, tersekat dan tersedu2 menahan syahdu dan pilu tatkala menjawab pertanyaan pemberita ttg bagaimana semua ahli keluarganya tumbang seorang demi seorang di depan matanya sendiri. Kesihan sungguh melihat anak kecil itu bro. Tiba2 sahaja menjadi sebatang kara di dunia ini angkara ada manusia yang tidak tahu menilai harga sebuah kehidupan.
Persoalannya, takkanlah kita tak berbuat sesuatu..takkanlah kita hanya melihat penuh simpati dari jauh sahaja dengan hanya menggeleng2kan kepala tanda akur tentang kezaliman zionis.
Bro, sebenarnya, byk yg boleh kita lakukan walaupun tak sehebat sukarelawan2 rakyat Malaysia yg sudahpun berada di sana. Wa betul2 tabik pd diorg semua. Klu lah wa boleh dpt cuti sesenang dan semudah yg wa nak, rasanya di bumi Gaza lah wa skrg ni. Nak kita sergah si Uncle Sam, siapalah kita. Kita hanya umpama mentimun. Tetapi jgn lupa bro...klu kita ada 2 bakul besar mentimun, dan baling ke arah durian yg tergantung di dahan, rasanya jatuh gak durian tu..
Selepas saja tamat siaran berita tu, tiba2 wa terfikir pada satu benda yg wa rasa dah terlalu byk kekayaan yg kita beri kepadanya sehinggakan pemiliknya pernah menduduki tangga org terkaya di dunia..Microsoft Corporation.
Bayangkan keuntungan beliau, harga satu OS Windows Vista Basic +-RM300. Dan cuba kira sahaja berapa bilangan komputer di Malaysia yang menggunakan OS ni. (tak termasuk yg pirate..) Semua makmal komputer sekolah di Malaysia menggunakan licensed Windows. Cuba kira berapa sekolah... Itu baru sekolah, belum universiti, kolej, politeknik dan jabatan kerajaan yang lain yang terpaksa menggunakan Licensed Windows kerana terikat dgn perjanjian penubuhan MISC dahulu. Wow..cukup byk dan lumayan kepada pemilik microsoft ni...
Wa rasa cukuplah tu...buat permulaan sebagai tanda bantahan kepada sokongan tidak bermoral USA terhadap zionis...maka terus je wa download OS yang baru untuk pc wa ni..tu dia, UBUNTU yang menggunakan platform Linux.
Bro..OS ni free je. Mmg satu dunia tahu dia free, tapi kenapa kita terlalu sgt terikat dgn perkataan windows ni..cukuplah tu..Marilah kita bertukar ke Ubuntu. Macam2 ada. Laju plak tu. Ada free office suite lagi, dan yg bestnya, fail dari microsoft office suite, compatible plak dgn ubuntu package ni. Entry kali ni pun wa tulis guna ubuntu...
The best thing, OS windows kita masih di situ. So, pc kita akan ada 2 OS. Itu pc lama. Tapi klu pc baru, sure wa akan terus guna Ubuntu ni.. Bye bye lah si speki.. Wa pun dah bosan dengan desktop windows ni.. bila berubah ke ubuntu, wa dapat desktop baru. Sekejap je kita akan mahir..sebab teorinya sama sahaja..object based dan object oriented.
"Contoh Desktop Ubuntu...70% hampir sama dengan windows dan 95% hampir sama dengan Mac OSX"
"Contoh File Browser...Dalam Windows OS, ia dikenali sebagai windows explorer..."
So, kepada yg pc dia dah agak goyang2 nak roboh windows dia, elok lah cuba pulak Ubuntu ni. Bro..klu lah semua rakyat Msia berpindah ke platform Linux, rasanya botak gak lah si speki tu..
Akhir kata bro, wa nak ulang perkataan wa tadi, berbakul2 mentimun boleh merosakkan durian yang gah...yg penting setiap mentimun ada kesedaran untuk bergerak dan tidak hanya berdiam diri. Bergerak ikut mana yang termampu kita lakukan..
Ok lah bro..wa chow dulu.. Jaga emosi lu di sana. Doa wa untuk lu sentiasa melekat dibibir. Sesungguhnya, kenangan tatkala lu bersama wa dulu, begitu giat bermain2 dipandangan hati wa..
Salam..