Wednesday, December 7, 2011

Dulu dan Sekarang

Hai bro

Hari ni, besdey wa yg ke 47. Besar dah angka tu sama seperti sudah besar panjangnya anak2 wa. Walaupun dah menghampiri ke setengah abad, yg kelakarnya, klu lu org pergi ke kampung wa, eloklah jgn guna nama wa klu kepingin mencari wa. Kompom ramai yg tak kenal. Org2 tua kampung wa lebih mengenali wa dgn panggilan manja wa di kampung iaitu "ADIK". Hahahaha... Nama tu kekal sampailah skrg. Semuanya kerana wa anak yg paling bongsu dalam family wa. Ada generasi muda di kampung wa yg panggil wa dgn panggilan Pakcik Adik, atau Abang Adik (rosak tata bahasa ni)

Sempena besdey wa kali yg ke 47 ni, wa ingin masukkan gambar2 lama wa di tahun yg lalu. Sebenarnya, wa sendiri dah rasa agak janggal dgn gambar2 lama wa. Bukan macam wa. Kekadang, wa gelak sengsorang bila tengok gambar2 tu.


Siapa ni...??

T-shirt ni, wa dah tak buleh pakai utk keluar rumah. Dah macam baju pinjam. Tahun lepas, saiz baju adalah XL. Skrg S - M sahaja.

Nampak lain betul muka wa. Saiz pinggang masa ni 36.. Skrg sekitar 29 - 30 sahaja.

Yg pasti, spek tu, masih wa gunakan sampai skrg. Klu wa sarung t-shirt tu, kompom nampak mcm wa pinjam t-shirt gergasi..


Bro, semua gambar tu, wa ambil sekitar tahun 2010. Yg pasti, semua gambar tu adalah sebelum Ramadhan di tahun 2010 sebab selepas raya aidil fitri 2010, wa nekad utk ke gym dan jaga napsu makan wa.

Seminggu, purata wa berjalan atas treadmill adalah 20km. So, sebulan, purata wa berjalan adalah 80km.

Wa ke gym secara intensif sejak awal bulan oktober sehingga April. Intensif maksudnya, wa pasti akan ke gym sebanyak 4 kali seminggu. (7 bulan x 80km sebulan, so, total wa berjalan atas treadmill secara intensif adalah 560km bro. Cuba lu hitung, agak2 dari PD sampai mana tu..?)

Bermula Mei sehingga skrg, wa mula limitkan aktiviti ke gym sebanyak 1 atau 2 kali seminggu. Sebenarnya, bini wa dah mula komplen sb wa dah terlebih kurus. Oklah, demi bini tersayang, wa folow je...

Cuba lu bezakan gambar atas dgn gambar2 di tahun 2011.




Semua gambar ni adalah sekitar bulan Oktober yg lalu.

Ok bro, wa chow dulu. Moral of the story, kena jaga kesihatan bro sebelum kita sakit. Napsu makan perlu di jaga. Jgn layan lapar tipu kerana itu bukan lapar sebenarnya. Makan untuk menjana tenaga badan bukan utk memenuhkan masa lapang.

Cara yg paling senang utk kawal berat badan: lu jgn beli baju oversize. Beli baju yg ngam2 saiz. So, bila sempit, lu akan cepat sedar yg badan lu dah membesar.

p/s: tqvm kepada yg wish besdey wa di FB. Terharu sgt bro...

Tuesday, October 25, 2011

Hujung minggu di Langkawi

Bro..

Lama tak menulis. So, klu ada ayat yg entah apa2 tu, maap yo lah. Perjalanan di Langkawi bermula seawal 10 mlm hari Khamis malam Jumaat.

Seperti biasa, klu bergerak menggunakan bas politeknik ni, perjalanan yg patut pendek buleh jadi berjam2 lewat dari sepatutnya. Berhenti ikut sesuka hati penumpang. Almaklum, bas sendiri.

Seawal 6 pagi, kami bersolat subuh di Juru Penang. Peluang utk mandi pagi, wa sia2kan begitu sahaja kerana beranggapan, "mandi di R&R agak selesalah."

Tetapi, apabila tiba di R&R Gurun, hampa betul hati wa bila bilik mandi hanya 2 butir. Lebar bilik mandi hanya selebar bahu wa di tambah lagi dengan ukuran sejengkal jari wa. Sempit giler bro. Cuba lu bayangkan wa mandi sambil menjunjung kasut adibas wa kerana tak de tmpt letak kasut. Crocodile hunter pun buleh give-up bro..

Wa bertukar pakaian rasmi kerana perlu ke Politeknik Perlis (PTSS) terlebih dulu atas urusan rasmi.

Kami meninggalkan PTSS dan terus ke Jeti Kuala Perlis. Wa jadi tukang beli tiket bersama sorang lagi kawan wa yg bernama Asri gak..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Hanya perlu tunggu 15 minit je.

Gambar suasana di Jeti Kuala Perlis. Feri bergerak ke pulau Langkawi tepat jam 1.30 tghari. Laut begitu tenang tanpa gelombang. Wa tidur je sepanjang perjalanan bot ke pulau. Apa yg berlaku di kiri kanan, lantak ko lah.. wa cucuk mp3 kat telinga dan volume tahap konsert iron maiden.


Sesampai di pulau, AJK kereta mula bertungkus lumus mencari kereta sewa. Disebabkan bilangan kami 22 orang, so, perlu kan satu kereta, satu mpv dan satu van. Lantak ko org lah utk cari. Wa ajk tiket. Punyalah lama menunggu lu org balik bwk kereta.

Giler lama bro tunggu diorg bwk kereta. Dari jalan kat situ kering, then hujan, dan akhirnya kering balik. Lu org beli kereta atau sewa kereta ni.. Klu pemandangan kat situ menarik tak pe lah jugak. Nasib balik ada Jun kat 7E tu, dpt gak lah wa sembang2 utk hilangkan bosan.

Kami menginap di apartment MRSM. Tingkat 5 bro dan tak de lif...hahahaha... Itu yg best tu. Yg paling mencabar ialah, semua bilik mandi tak de lampu. Giler tahap gaban tu bro. Cuba lu bayangkan lu mandi kat bilik air yg tak de lampu. Lu buleh silap ceduk air mandi bro.. kolah dgn toilet bowl.. Haru betul.. Tapi, wa kan jenis belasah je... so, small matter je semuanya pada wa. Org lain wa tak tahu lah..

Inilah rupanya kumpulan 5 jahanam. Kami sekereta dan serumah. Kemana-mana bersama-sama. Memperkenalkan dari kiri wa, Md Noh @ Supir (tetiba terpaksa beli tiket air-asia sebab bini nak bersalin. Di tengah2 tu, yg paling glamour setiap kali masuk ke kedai yg ada awek.. Zul @ cameramen. Berpeluh sakan dia waktu mendaki gunung macincang tu walaupun hanya anak tangganya tak banyak. Di sebelah zul adalah Fadzlan @ AJK besau. Wa berpuas hati semuanya kecuali bilik air tak de lampu bro.. Yg paling akhir adalah Ija @ hero malaya kerana bersusah payah menenangkan kami waktu menurun gunung macincang hinggakan luka jari beliau. Cayalah bro...suspek betul wa. Gambar adalah waktu kami minum petang di Pekan Rabu pada hari Jumaat.

Esoknya pepagi lagi kami dah bangun. Plan asal adalah ke kereta kabel di sebelah pagi utk mengelakkan panas tengahari.


Suasana di gerai2 di area kereta kabel. Byk cerita yg wa dah dgr ttg tahap ngeri bila menaiki kereta kabel di langkawi ni bro.. Wa spt biasalah, belasah je. Dalam hati mmg ada cuak tapi demi menjaga tahap rocker yg ganas, wa kena kontrol bro.. Sebenarnya, mmg dari kecik lagi wa mmg benci dgn ketinggian ni bro. 5 tahun duduk kat area Kudat Sabah, sekali pun tak tergerak hati wa utk daki gunung tu walaupun ustazah sebelah meja wa beria2 mengajak wa pergi.


Lu tengok je gambo2 wa kat bwh ni. Walaupun wa senyum, tapi hati boleh tahan gak tahap cuaknya. Otak asyik berfikir tentang perjalanan turun. Selalunya, wa mmg kalah waktu turun. Naik mmg no problem. Walaupun hati cuak, tapi, wa tetap menten bro..

Senyum, tapi dlm hati.. adohhhhh...camne lah bila turun nanti..

Gamba ni mmg terserlah cuaknya bro.. waktu ni, mmg menyesal dan menyumpah2.. kenapalah wa naik menatang tu tadi.. cehhhh...!!

Mmg tak dpt nak nafikan, permandangan mmg cantik bro. Tapi, lu org jgn tengok bawah.. buleh gigil tahap parkinson wa ckp lu..

Bro..wa malas nak citer ttg pengalaman kami satu kereta waktu turun. Tapi, klu lah ada perakam audio, kompom yg dgr tu akan ingat gondola kanak2. Jerit2 bro...

Sesampai kami di kaki gunung, tetiba wa tertarik dgn satu objek. Lama wa carik benda ni. Segway.. wow..best ni...bisik ati wa. Apa lagi, wa pun jalankan aktiviti meracun kumpulan wa agar ikut sama. Hasilnya, lu tengoklah gambar2 di bawah ni..

Ini adalah waktu mula2 di ajar cara kendalikan segway. Lu tengok je lah muka memasing...cuak je. Takut terempoh kedai.. Permulaan mmg lah cam tu bro..tak biasa lagi.. tapi, lu tengok plak gambar seterusnya...

Ini gambar ketika hampir tamat pusingan. Tahap kompiden dah capai level pro. Lu tengok je lah cara bergambar, ada yg sebelah tangan betulkan spendar, ada yg tak genggam handle langsung. Air muka pun tahap kompiden. Gambar di ambil ketika berada dipuncak jambatan..sebenarnya bukan senang nak kontrol segway dari melurut ke depan... tapi kami, no problem at all...

Wa...cool as usual. Hero mmg kena camtu.. Wa tetap dgn cap walaupun ada helmet sb cuaca tengahari di langkawi mmg tahap panas yg agak merimaskan.. Bila tanya harga segway ni, diorg btahu "RM21000 sebuah je bang..." Menarik tu..lebih murah dari jet ski wa dulu..


Ok bro..wa chow dulu. Itu saja lebih kurang cerita wa di Langkawi. Paling best, wa sampai rumah jam 4 pagi. Ada kelas kul 8 tu plak.. Mamai wa kat kelas..

Salam dari alladiin...

Thursday, October 20, 2011

Langkawi mlm ni..



Bro..

Lama wa tak menulis. Mood utk menulis hilang entah ke mana tanpa wa sedar. Sebagai pembuka kata semula, inilah entry ciput dari wa: "Wa akan bergerak ke Langkawi malam ni utk menghabiskan weekend ni dgn aktiviti2 yg buleh menenang dan mententeramkan jiwa dan pemikiran wa yg selama ni penuh dgn pelbagai due date."



Chow dulu...

Salam dari alladiin...

Monday, August 8, 2011

tolong jgn tensyen buleh...??

Bro..

Lately, tak tahu kat mana punca sebenarnya, ramai kengkawan wa yg wa nampak semacam je. Seperti kata, cigu Sains merangkap cigu disiplin wa dulu, "senyum dlm tangis..".
Sesungguhnya, ramai yg agak stress dgn budaya kerja skrg ni. Mcm2 sistem yg diterapkan. Bila dah terlalu byk sistem, mulalah kita terpingga2, nak ikut sistem yg mana. Cubalah lu bayangkan, kereta yg ada byk ECU..wa rasa, kereta tak jalan dan pemilik pulak kena repair sensor selalu.

Bro...cam biasalah...bulan puasa je, daya fikir wa agak tumpul sikit utk menulis. Almaklumlah, tak dpt nak amik herba spt selalu.

So, utk kengkawan wa yg asyik tensyen je... lu org cubalah baca cerita lama ni... yg dah bacapun wa nasihatkan utk baca lagi... buleh kurang sikit stress lu org..


Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power.


Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "korang nampak kampung kat seberang bukit itu
?"Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak." Satu kampung tu
itu...habiissss aku kerjakan!!!!"


Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda.


Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah. "Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek..
"Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga
habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha
hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya... Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power".


Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"tanya pontianak tua tu..... "Nampak !
Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err tadi aku tak Nampak pulak......" ;)


Ok bro..chow dulu.. jgn stress k... dan satu lagi pesanan wa di bulan posa ni.. pesanan yg wa petik dari ayat bini wa...klu asyik tido je, setahun pun lu buleh puasa..

Thursday, July 21, 2011

alo taikoh...mana buleh lipair...!!

Bro..

Semlm, terpacak je jarum pendek ke angka 5, terpacak jugaklah wa kat mesin punch card. Jarang mcm ni bro.. Sebabnya hanya satu, wa perlu ke KL petang ni. Satu je sebabnya. Bukan susah pun. Yg susahnya, aktiviti sebelum ke sana dan ketika di sana, itu yg byk.

Bila awal keluar dari kawasan poli, sure suasana di simpang keluar cukup clear. Jarang berlaku ni bro.. tetiba je, wa dah berada di jalan besar.

Sebelum ke rumah untuk ambil si sulung dan si bongsu (tetap nak itut..!!), wa ke kedai repair jean dulu. 4 helai jean yg wa repair. Bukan utk besarkan, tapi kecik kan. Wa suruh kecikkan pinggang 4 inci. Town PD as usual, mmg susah sikit nak dpt parking. Tetiba hari ni, buleh plak satu satu parking kosong yg betul2 muncul depan mata wa. Langkah kanan bro... tanpa membuang masa, wa terus saja ke kedai jeans. Ambil dan bayar. Niat hati utk pakai ke KL ni.

Sesampai di rumah, si sulung dan si bongsu dah lama ready. Wa mandi, solat asar dan mencuba jean yg baru di repair. Yg pertama lobos, kedua pun lobos, ketiga lobos dan ke empat pun lobos. Woyyy...!! apa ni. Geram plak hati wa. Niat nak melaram dgn seluar yg BARU repair, tapi hancuss... Pakai je lah seluar lama. Wa capai konci kereta dan kami bergerak keluar rumah. Wa perlu cepat sebab kena amik bini wa di cimb nilai.

Walaumacamanapun, di sebabkan geram kerana tak dpt pakai seluar yg baru repair, wa patah balik ke PD, ke kedai jeans. Wow...punyalah byk kereta di pekan PD. Tapi, tak sangka plak rezeki wa baik, satu parking tetap kosong, parking wa yg tadi gak. Bila wa nak masuk, hati mula cuak.

"Kenapa parking ni dari tadi kosong. Parking utk org kurang upaya ke ni..?" bisik hati wa yg mula curiga.

Sebelum park, wa keluar keta, tengok2 klu ada tanda2 khas yg wa tak perasan.

"Hmmm.. tak de plak...belasah je lah.. wa dah lewat ni.."

Berlari2 anak wa ke kedai jeans tadi. Dari jauh tokeh kedai dah senyum2 simpul bila tengok wa dtg. Ayat yg mmg wa tak nak dgr telah terkeluar dari mulut dia sebelumpun sempat wa bertanya..

"Alo taikoh..!!"
"Itu jeans, mana buleh lipair meh.."
"Lu sulah manyak kulus... 4 inci mau kasi kicik, nnti muleh jadi suar katun meh.."

Tercengang sebentar wa. Kompomlah pekerja dia yg bagi seluar wa tadi tak tahu langsung cerita seluar tu. Main belasah je kata dah repair.

Klu dah mcm ni, mana buleh repair bro.. sedekah je lah kpd yg sudi atau lu buleh buat salut nangka atau kain buruk je...
Nota: gambar adalah hasil dari cilokan dari internet yg dah tentu bukan gambar wa..

Kesimpulannya, 4 helai jeans wa hancus. Ada yg baru sekali je pakai.

Bro...itulah problem wa lately. Byk betul pakaian wa yg kena pencenkan. Semuanya angkara terlalu besar. Dan, dah byk gak duit wa keluar utk beli pakaian baru..

"Siapa kata bila kita kurus tak de cabaran..!!!"

Thursday, June 16, 2011

Maafkan saya kalau mengenepikan awak..

Bro..

Ada byk benda2 privacy yg melingkari diri kita. Ada privacy yg kita boleh berkongsi dgn seseorang atau kelompok org dan ada privacy yg menjadi rahsia kita, yg langsung kita tidak akan berkongsi dgn sesiapa. Klu cakap omputih, P&C untuk diri kita je lah. Kekadang, even dgn org yg terdekat dgn kita pun, kita masih berahsia. Wa mmg amat tidak bersetuju dgn slogan "kalau sayang, jgn ada rahsia antara kita". Boleh blah dgn slogan tu.. Even bini wa pun bersetuju dgn wa dlm perkara ni tatkala kami bincang bersama waktu mula2 berkahwin, kira2 20 tahun dulu.

Senang kata, ada benda yg buleh kita berkongsi dan ada benda yg menjadi rahsia peribadi kita.

Kita jugak akan memberontak secara nyata atau senyap2 sekiranya privacy kita tu cuba dicerobohi secara sedar ataupun tidak. Itulah dia nilai harga diri kita bro.. Klu itupun cuba di kawal oleh pihak lain, maka hilanglah kita. Yg tinggal hanya jasad.

Salah satu benda yg agak privacy dlm hidup wa skrg ni adalah FB wa. Elok lu baca baik2 ayat sebelum ni. Wa tulis, agak privacy. Bukan terlalu privacy atau amat giler punya tahap privacy. Maksud agak privacy tu, wa hanya sanggup berkongsi cerita dan masa untuk sekelompok insan sahaja. Bukan semua umat manusia di muka bumi ni. Kita akan tapis supaya kita dpt mencipta spesifikasi kelompok insan tu.

So, mana2 yg tidak terdpt di dlm spesifikasi kelompok itu, pastinya bukan kelompok yg wa ingin berkongsi cerita dan masa. Wa rasa, lu pun lebih kurang mcm wa gak kan bro?

Bro..lu pun amat tahu yg wa mmg tak suka mencampur adukkan hal2 kerja wa dgn hal2 peribadi wa. Kerja adalah salah satu chapter dlm hidup wa dan hal peribadi jugak adalah satu chapter yg lain. Tak sama chapter dia. So, kalu tak sama, mmg tak buleh bercampur seperti air dan minyak bro..

Itu sebabnya, bila tempat kerja wa tetiba plak buleh nak menjadi friend wa dlm FB, wa tanpa membuang masa, terus pangkah. Sori...plis do not cross the boundry. 8 jam sehari wa sudah berada dlm pagar lu, lu masih gak nak wa bergayut dgn lu selepas tu. Sori..sori and sori..

Perangai FB yg wa tak berapa nak suka, kalau ada antara ahli dlm kelompok kita tu menjadi ahli kepada kelompok yg bukan dlm kelompok kita (bukan friendlist kitalah bro..takkan lah itu pun susah benau nak paham), ahli dari kelompok luar tu masih boleh skodeng aktiviti kita. Itu mmg wa tak berkenan sgt2. Itu maksudnya, menceroboh territory kita tanpa kebenaran. Sebijik mcm PATI.

Wa harap lu tak salah paham ttg pendirian wa ni bro.. Klu lu mmg ikhlas untuk menjadi kawan wa, wa harap lu respeklah pendirian wa ni. Klu tidak, senang kata, kita mmg tidak ditakdirkan utk berkawan. Kita kena ada slogan "agree to disagree". Baru kita boleh menjadi akrab.

Kalu tak, akan timbul ayat, "asyik wa je kena ikut cakap lu" atau "lu kena ikut gaya wa" etc.

Untuk itu, minggu ni, wa pun membersihkan kengkawan wa yg terdpt dlm friendlist wa. Kepada kengkawan wa yg telah menjadi rakan FB kepada tempat kerja wa, wa mohon ampun dan maaf. Wa tak delete, tapi wa letak lu org ke satu kelompok yg terpencil yg agak ketat peraturannya. Wa tak sampai hati nak delete kengkawan yg satu ketika dulu, pernah wa terima as friend wa. Sekali lagi wa mintak maaf.

Tapi, andaikata,lu org telah mengeluarkan diri lu org dari menjadi rakan FB tempat kerja wa, dan masih berminat untuk berkawan FB dgn wa, just pm wa. Akan sepantas kilat wa kasi tukar status lu.

Sori lah wahai kengkawan wa. Ini adalah pendirian wa. Wa mmg tak sama dgn yg bukan wa. Macam yang wa tulis di awal tadi, wa adalah org yg amat perihatin dgn perkataan privacy..

Chow dulu bro..

Assalamualaikum..

Wednesday, June 15, 2011

Kepenatan...

Bro..

Minggu lepas, 3 hari wa berulang dari PD ke Universiti Sains Islam Malaysia. Bunyik mcm jauh, tapi sebenarnya di Nilai je. Walaupun dekat, tapi, satu arah perjalanan memakan masa lebih kurang 35 minit. Itu kalau tak de si gergasi korek lubang bergerak di jalanan di awal pagi. Kalau adalah si gergasi tu, kompom dia akan menyusun kereta yg panjang di belakangnya.

3 hari berulang dari PD ke Nilai sebenarnya amat kacang bagi wa. Wa dah terbiasa berulang seminggu dari Kudat ke Kota Kinabalu yg setiap arah perjalanan memakan masa 4 jam. Itu betul2 memerah tenaga dan fokus.

Minggu ni pulak, wa ke Mersing seminggu. Mengajar dari hari Isnin hingga Jumaat. Setiap hari wa kena mengajar selama 7 jam. Itu adalah time table yg diberi oleh Politeknik Mersing kpd wa. Lepas kelas, kepala hotak wa buleh mereng bro. Nasib baik wa ngajar guna teknologi perisian. CIDOS 95%. 5% je wa ajar secara live. Kalaulah wa guna teknologi lama dgn chalk and talk, mau selepas habis mengajar di Mersing, suara wa akan jadi suara Ramli Sarip waktu konsert hari ke 3 di Istana Budaya. Bukak mulot, tapi suara tak keluar.

Yg tak bestnya di Mersing skrg ni, setiap petang, kompom akan hujan tahap gaban. Kalau utk lari ke kereta yg sejauh 3 langkahpun lu boleh hampir kuyup, cubalah lu bayangkan, mcm mana tahap lebatnya tu. Implikasinya, wa tak buleh nak berjogging waktu petang. Itulah yg buat wa rimas. Memerap di bilik adalah bukan sifat wa sejak dari dulu lagi. Nak jog dgn payung, takut pulak wa terbang sekali bila dtg angin secara tetiba nnti. Nak jog dgn baju hujan, takut plak kena panah petir sebab baju hujan wa kaler silver. Hmmm...

Jumaat sebelum solat Jumaat, wa akan mula gerak ke PD. Balik lah bro.. Nak lepak dgn famili, nak bergolek2 dgn sikecik dan yg lain2, nak mengeteh dgn kengkawan yg lama dah wa tinggalkan. Yg wa paling tak sabar, nak gi Shah Alam.. pergghhhh..!!!

Jumaat.....jumaat....jumaat.... sabar ye Mike...


Chow dulu bro..

assalamualaikum..

Thursday, May 26, 2011

Akhirnya, tiba masa untuk berpisah...

Bro..

Tatkala entry ni di tulis, dah masuk hari ke 6 anak sulung wa, Muhammad Khaidir berada di tempat barunya. Esok, akan selesailah minggu orientasinya yg mmg kita tahu agak menjerihkan. Hati sememangnya merindui beliau sejak mula meninggalkannya pada hari Sabtu yang lepas. Setiap hari wa pasti akan bertanya pada bini wa, "Khaidir ada call atau msg hari ni?" Si sulung kalau hantar msg pada bini wa, kompom panjang, byk yang diceritakan..

Bro..

Sabtu 21 Mei 2011, seawal jam 8.02 pagi kami dah berada di Padang Kawad UiTM Shah Alam. Jumlah kereta masih lagi tidak banyak. Ketibaan kami di sambut mesra oleh OC atau Jawatankuasa Orientasi. Kalau ada markah yg ingin diberi kepada mereka, kompom 9/10 wa bagi. Mesra dan sangat membantu.

Shuttle bus yg sentiasa efisen untuk membawa pelajar dan keluarga bersama gerobok barang untuk ke asrama. Senang dan selesa bro...


Lu tengoklah sendiri tahap mesranya OC tu..hahaha...walaupun wa akan tahu diorg akan tukau kereter bila mak bapak dah balik nanti.. Standard lah tu kan.. Tektik tu mmg wa cukup masak sebab wa mmg terlibat dgn pendaftaran pelajar baru sejak tahun 1991 lagi sehinggalah sekarang.. masakk..!!! (melambangkan betapa bosannya buat kerja tu)


Akhirnya sampai ke tempat yg di tuju. Kaki wa berpijak semula di Kolej Perindu setelah lebih 20 tahun tidak ke sana.. Wow.. byk betul kenangan di situ. Pot tempat wa lepak dulu pun masih ada lagi.. Yg tak sama, dulu wa solo dan ganas...hahaha...tapi skrg ni wa pergi bersama family wa..lebih cool dan tenang..


Sesampai di Kolej Perindu, kami terus di beri kunci bilik. What do you aspect..Perindu mmg dari dulu satu bilik 8 org. Tak spt kolej kediaman di Poli yg kesemuanya 1 bilik 2 org. Anyway, bagus gak tu utk diorg bergaul. Rajin betul bini wa, sebenarnya wa risau, takut2 bila tiba masa utk balik nanti, dia pulak yg akan menangis..


Kami semak semua borang untuk semua jenis pendaftaran supaya tidak bermasalah pula nanti bila diperlukan. UiTM mengamalkan pendaftaran kolej kediaman, pendaftaran pelajar dan modul di dalam minggu Orientasi. Jadi, tak perlulah mak bapak menunggu lama di situ. Biar pelajar belajar menguruskan diri sendiri. Wa mmg sokong penuh tu. Kelihatan sikecik yg tak mau ketinggalan dlm semua aktiviti. Sejak mula pandai bercakap ni (walaupun pelat yg amat sgt), byk soalan tu bro..


Si Sulung sedang asyik menyemak borang. Lepas ni, apa juga masalah bekenaan pendaftaran, beliau perlu selesaikan sendiri. Cayalah bang... Have to think and act as an adult k... Very proud of you.. (Ayah nak tunggu laporan from you bila kali pertama basuh baju nanti..hahaha..)


Akhirnya tiba saat untuk berpisah. Anak sulung wa akan mula berjauhan dari kami. Wa tahu apa yg ada dlm hati bini wa dan anak sulung wa. Tapi, waktu si sulung bersalam dgn Rushdan, wa nampak Rushdan pulak spt nak menangis. Rushdan akan kehilangan roommate yang menjadi teman setia beliau sejak beliau kecil lagi. Wa pun sedih gak sebab tak pernah berpisah dgn anak2 wa, tapi wa kaber baiiikk punya..!!


Kami mula menapak pergi meninggalkan Kolej Perindu. Sesampai di simpang Perindu, wa toleh ke belakang, wa nampak Khaidir di tepi pokok, memerhati dari jauh, kami pergi meninggalkannya. Sedikit demi sedikit sehinggalah kami hilang dari pandangan.. Touching gitu bro...


Shuttle bas dari UiTM mmg sentiasa menunggu. Sempat jugak kami bergambar sebelum naik.

Sebelum kami pulang, wa bwk lah family wa ronda2 sekitar kawasan UiTM yg jauh berbeza skrg ni kalau dibandingkan dgn 20 tahun yg lalu. Kemudian kami ke kolej Jati dan Meranti(dulu dikenali sebagai KPP seksyen 2). Selepas orientasi, Khaidir akan berpindah ke Meranti kerana kampus beliau adalah di seksyen 17.

Kami mula bergerak meninggalkan Shah Alam selepas bini wa cukup puas hati dan bermaklumat tentang kolej kediaman Meranti.. hati seorang ibu mmg mcm tu. Wa layan je.. no problem at all.

Atas permintaan Rushdan, kami ke Bentley Mutiara Damansara. Sesaja je tengok alat muzik terbaru di sana.

Permandangan dari McD yg terletak bersebelahan dgn Bentley Music. Kami lunch di sana. Wa nampak senyum panjang si rushdan sebab kami pergi ke 2 kedai kegemarannya. Anak bro..kita layan je lah..


Bergambar je lah si Rushdan. Nak beli, bila tengok price tag, RM7500. Terkeluar tahi hidung secara auto..Hampir 2 jam kami di Bentley, kesian wa tengok bini wa. Sekejap turun ke ground, sekejap naik semula. Haiqal pula berkenalan dgn semua pekerja di Bentley termasuk jaganya sekali. Peramah betul dia.

2 jam, hampir habis keyboard dan piano yg kami test, tapi akhirnya ini saja yg kami beli. Tak pe lah..janji ada beli..

Perjalanan pulang ke PD agak sunyi. Kami banyak melayan perasaan sendiri. Sunyi rasanya bila ada seorang yg tidak bersama kami waktu tu. Sampai juga ketikanya keluarga kami kekurangan seorang ahli. Walaubagaimanapun, kami tetap bersyukur dgn nikmat dan rezeki yang diberiNya. Dalam hati seperti tidak sabar untuk menanti Sabtu minggu hadapan untuk wa ke Shah Alam semula.. Eh..siapa yg rindu sebenarnya ni bro..? Ontah lah.....wa rockkkk...!!!!

Chow bro..

Salam..

Monday, May 23, 2011

Ekspedisi Tioman bersama rakan lama (Hari 3)

Sambungan...

Bro...

Tatkala entry ini di tulis, mood dan kemeriahan ekspedisi Tioman sebenarnya telah mula menyejuk. Dah lebih seminggu peristiwa berlalu. Gambar2 pun dah habis di tonton. Tapi, walaumacamanapun, wa tatap akan menulis bro.. Lu kalau busan dgn cerita ni, lu pergilah ke page lain.

Cubaan wa untuk menulis aktiviti hari ke 3 dgn memasukkan gambar2 dari kamera wa nampaknya menuju kegagalan. Ontah siapo lah yang mendelete semua gambar dan video di memory card Leica wa ni. Nak bising, perkara dah berlaku. So, wa tahan je lah marah wa dlm hati. Malas nak bising2.

Di part 2, wa bercerita tentang kemunculan hero (wa sorang je cakap hero..) semasa aktiviti pagi sehingga tengahari. Selepas puas di Marine Park, kami pulang ke resort untuk lunch. Perjalanan pulang ke resort terasa begitu cepat walhal sama je jaraknya ketika datang tadi.


Setelah kepenatan dgn aktiviti snorkling, perjalanan pulang agak senyap. Ramai yang melayan perasaan sendiri. Tetapi sampai di satu point, tetiba timbul satu cadangan untuk menyewa bot yg kami naiki itu utk aktiviti petang.. Destinasinya adalah air terjun yg jarak perjalanan kira2 1 jam 30 minit dari resort. Kos sekepala hanya RM20 bro.. apa lagi.. belasah je.. Terima kasih kepada en Bhopal yg begitu mesra dgn pilot bot sehingga meletakkan harga yang begitu rendah. Memang tak masuk akal kos sekepala hanya RM20 untuk perjalanan 3 jam pergi dan pulang menggunakan bot.

Sampai di resort, lunch kami mmg tahap asrama ITM dulu. Nasi goreng dan ayam goreng yg tak buleh tambah. Nasib baiklah tak sedap bro...tapi licin gak pinggan wa.

Spt yg telah dijanjikan, tepat jam 2.30 petang, kami ke Jeti. Pancaran matahari terlalu terik bro.. kalu letak telur kat tgh panas tu, kompom buleh terus menetas.


Perjalanan yg memakan masa hampir 1 jam 30 minit ke kawasan air terjun sentiasa dihidangkan dengan pemandangan tepian laut yg cun. Kekadang mulut wa terlopong tanpa wa sedar kerana terpana dgn kedamaian suasana laut dan pantai yg jauh dari masalah2 kerja yg selama ni wa tempuhi...


Telah 4 kali wa ke Tioman dan inilah kali kedua wa ke air terjun. Cuma kali ni, ke lokasi air terjun yg berbeza dari sebelumnya. Banyak air terjun di Tioman ni bro..Ah Yoi dgn pelastik yg hampir penuh dgn ikan (saja je wa up kan cerita sebab sebenarnya cuma 12 ekor je yg majoriti belum cukup umur). Begok dgn aksi si Badang yg hampir memuntahkan sesuatu dari mulut. Kelaparan yg datang secara tetiba, hinggakan roti umpan ikan pun rasa spt roti di McD.


Air yg begitu sejuk dan nyaman hingga menyucuk2 tulang sumsum wa cakap lu bro.. Sila jgn tengok perut kengkawan wa ye..tengok kat pokok tumbang tu je...hehehe


Sebelum menuruni bukit utk pulang, sempat bergambar beramai2. Jai cukup hepi dgn hasil dari joran pancingnya. Malam sebelumnya, hampir di iklankan di mudah.my angkara tidak berhasil langsung. Sebenarnya wa ada clip video sewaktu Jai menaikkan seekor ikan tetapi memori Leica wa dah kena delete. Habis semua kenangan dari kamera wa di Tioman bro... adihhh...

Sewaktu pulang meninggalkan air terjun yg sejuk dan cantik. Jai masih setia dgn joran pancing. Banyak gak yg dpt dipancingnya. Macam habis satu family ikan tu, dari bapak sampai lah ke anak kecik dia sekali.


Perjalanan pulang dari air terjun ke resort mmg meletihkan. Perkataan popular yg selalu keluar dari mulut kengkawan adalah "sakit tongkeng" kerana duduk begitu lama atas lantai bot. Kelihatan kami sedang berbincang mengenai ikan2 yg ditangkap oleh Jai.. Kalu jual semua pun masih tak cukup utk kaber makan malam ni..



Inilah 12 ekor ikan yg dipancing oleh pemancing bersemangat kami iaitu Jai. Habis satu family bro wa ckp lu. Yg bestnya, ada kedai yg tolong gorengkan. Mlm tu, kenduri ikan goreng rumah diorg. FYI, wa tak makan ikan air tawar.

Malam tu kami lepak2 di kedai kepunyan abg kepada pilot bot. Tengok epl antara Liverpool lawan entah siapalah.. wa lupa plak. Selepas tu, balik bilik dan sekali lagi Battle of the band di bilik 911...zzzzzz...


Hari ke 3, wa agak kesiangan bangun tidor. Selepas subuh, pandangan wa banyak wa lontarkan ke laut yg sedang pasang penuh. Dalam hati asyik membisikkan, bilalah kami akan bersama lagi dalam satu program. Adakah hari ini merupakan yg terakhir.. entahlah. Semuanya bergantung kepada kesanggupan kami semua untuk mencuri masa2 kami yg selalu penuh dgn aktiviti kehidupan sebenar kami. Hidup penuh dgn rutin2 harian yg kekadang membuatkan wa bosan.



Sarapan pagi buat kali terakhir di Tioman bersama rakan2. Entah bila akan dapat bersama lagi begini. Mungkin...!!! Harapnya begitulah bro...


Kaki melangkah meninggalkan Tioman. Cuaca begitu panas walaupun jam baru menunjukkan jam 10.20 pagi. Yg tinggal hanyalah kenangan.. semoga berjumpa lagi..


Dua hari yg lalu kita bersama2 melangkah masuk ke pulau ini. Hari ini, dengan jeti yg sama, kami meninggalkan Tioman. Keletihan yg terpapar dimuka masing2 menjelaskan betapa kami begitu puas dan hepi dgn apa yg kami kongsi bersama. TQ guys...


Kami makan bersama buat kali terakhir di Mersing. Sebuah restoran Selera Kampung menghidangkan lauk2 kampung yg best bro.. Tapi tak lama kami di situ kerana saatnya sampai jua untuk kami mula berpisah dan membawa haluan masing2. Insyaallah kita akan berjumpa semula di ekspedisi yang lain; itu antara yg kami selalu suarakan. Insyaallah....

Mantz, Mie, Rasaksa A, Tuek dan wa mula meninggalkan Mersing melalui laluan Rompin atas permintaan Mantz. Kali ni, wa yg memutarkan stering. Slow dan santai mcm biasa. Beberapa kali berhenti singgah ke beberapa kawasan ikut sesuka hati kami.

Sesampai di Muadzam, kami bersolat Asar jamak zuhor di Masjid Muadzam.



Selepas bersolat, kami berhenti makan di sebuah kedai makan di R&R Muadzam. Yg menariknya, kami pekena Lempeng Kelapa bercicahkan kari sambal.. wow..!!! Leleh wa ckp lu...


Selepas makan, giliran rasaksa A untuk memandu. Moto pemanduannya adalah F1. Gilos... laju giler lu drive bro.. Penat wa tekan brake yg tak wujud. Tak de sorangpun dari kami yg tidur. Semua mata sibuk memandang ke depan. Tak aci lah bro.. Wa drive lu dpt tido..

Seperti yg telah kami rancang semasa di Tioman, kami akan menamatkan ekspedisi kami di satu tmpt yg byk meninggalkan kenangan individu bagi kami semua. A&W Seremban sgt popular satu ketika dulu sewaktu kami remaja.

Root Beer Float double scoop dan coney dog XXL menjadi penutup tirai ekspedisi tioman untuk kami. Sesaja mengimbau kembali kenangan di sini bersama hidangan tersebut suatu ketika dulu. Wa hanya belasah root beer saja bro..terlalu besar coney dog tu utk wa makan..

Kami berpisah ke haluan masing2 selepas A&W. Wa ke PD, Rasaksa A ke Senawang, Tuek ke Nilai dan Mie dan Mantz ke KL. Selamat tinggal ekspedisi Tioman. Terima kasih kepada semua kerana merealisasikan ekspedisi kali ini. Insyaallah kalau di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yg baik, diharapkan kita dapat sekali lagi berkongsi masa dalam aktiviti yang lain pula.

Sehingga berjumpa lagi.... Ekspedisi Tioman melabuhkan tirai..

Salam dari Alladiin...

Friday, May 20, 2011

Ekspedisi Tioman bersama rakan lama (..............)

Bro,

Tadi ada pembaca alladiin call, "buleh cepat sikit kasi update entry hari ke 3 tak? Penat wa tunggu ni. Dah 3 kali wa masuk alladiin, tapi masih cerita semalam.."

Memula sekali, wa nak ucap terima kasihlah kat dia sebab menjadi silent reader kat alladiin ni. Wa mmg rasa terharu waktu tu, tapi wa kaber bro.. Tak nak nampak yg wa terharu, takut hilang macho bro...

Anyway, kepada semua pembaca alladiin, wa nak mintap maap bebanyaklah. Hari ni jadual wa agak penuh. Pepagi lagi wa dah kena berada di Mines HQ, then petang ada kerja sikit di opis PD. Kesimpulannya adalah:

dalam bahasa arab:

"أعتذر عن عدم تمكنه من الاستمرار في قصة يوم عطلة في بولاو Tioman اليوم."


atau chinese:

"对不起,我不能够继续在刁曼岛的故事,今天是假日。"


atau dalam Urdhu:

میں کیا جا رہا ہے آج Pulau Tioman میں سے چھٹی کی کہانی جاری رکھنے کے قابل نہیں کے لئے معذرت خواہ ہیں.


atau dalam bahasa Indonesia:

"Saya minta maaf karena tidak dapat sambung cerita tentang liburan di Pulau Tioman pada hari ini."


Insyaallah, kita jumpa lagi pada minggu hadapan bro dengan kisah hari ke 3 di Pulau Tioman.. Jaga diri baik2.. Kalau gi pasar, jangan lupa pakai kasut yg masih tebal bunga tapaknya sebab sangat licin di situ.


Chow...

Assalamualaikum

Thursday, May 19, 2011

Ekspedisi Tioman bersama rakan lama (Hari 2)

Sambungan....

Bro,

Semlm, wa ends the story kat "Battle Of The Bands" di bilik 911. Pemenangnya, sudah tentu si tuek. Bergegar satu bilik bro wa cakap lu. Dengkuran yg paling power, siap dgn distortion tahap tinggi. Siapa yg dengkuran tahap malu2 kucing, tentu akan terkejut dgn tahap high pitch yg keluar dari Band of tuek. Bak kata Mantz, tuek punya pitch mcm marah..siap keluar sound dari bawah. So, utk atasi masalah itu, jawapannya simple je. Semuanya menggunakan mp3 player disumbat dairek ke lubang telinga. Problem solved...

Untuk aktiviti nyelam hari kedua ni, sebenarnya kami ada buat full rehearsal nyelam hari pertama kat pantai depan bilik je. Semuanya berlangsung di petang hari pertama. Saja2 test pickup memasing dan gears yg dibawa utk pastikan kebolehan berfungsinya. Lu tengok gambau di bawah ni..

Bila badan dah di air laut, semuanya tertinggal pangkat kat tanah besar. Lupa kerja, lupa pada due date, lupa pada audit...lupa...lupa..lupa.. Lepak2 di gigi air sambil melihat matahari terbenam mmg pengalaman yg jarang kita dpt. Tetiba bila wa pandang kat horizon, barulah wa terpikir yg wa tersalah horizon utk tengok sunset. Horizon kat Selat Melaka adalah sunset. Horizon kat sini utk matahari terbit buleh lah. Anyway, yg penting kita hepi bro..

Pagi Ahad, kami bangun awal utk bersarapan. Sarapan yg disediakan oleh Paya Beach Resort ni pun dlm kategori so2 je. Wa klu part sarapan pagi, mmg power punya tahap belasah. Takut tak cukup power nak nyelam2 nanti.

Selesai sarapan, kami mula gerak ke Jeti dgn semangat berkobar2. Slogan Ocean 13 kerap dilaungkan kerana mmg jumlah ahli kami 13 org.


Bergerak ke jeti dgn penuh bersemangat seperti nak gi mencari harta karun. Kelihatan Mantz dgn jaket yg tak buleh nak di cantumkan angkara salah saiz.


Sebelum ke bot, sempat jugak kami bergambar dgn semua ahli Ocean 13. Macam2 gaya bro..dan macam2 cerita yg keluar. Ada yg nak tangkap duyung, ada yg nak tangkap dugung dan ada plak yg nak nyelam, esok baru timbul..gilo bosar peparu lu org weii...lu tengok wa plak, sempoi je kan...hahaha...


Di atas bot semasa menuju ke lokasi rahsia. Siap lengkap dgn jaket tu. Ada yg cakap, air takat 3-4 kaki dalam je.. tapi bila ada yg tanya wa, wa cakap, kedalaman air nanti takat had dada itik je.. jgn takut ya..


Inilah lokasi nyelam kami. Kedalam air +-15 kaki. Ada yg mula cuak...dan ada yg ngeri sampai tak mau turun air langsung walaupun berjaket. Takut hanyut katanya..hahaha..


Gambar Ah Yoi sedang dikerumuni ikan yg kelaparan. Kalaulah ikan2 ni jenis piranha, kompom, tak sampai seminit si Ah Yoi tinggal life jaket je. Ikan2 di sini semuanya dah jadi pemalas kerana hampir setiap hari ada saja yg dtg bagi makan. Klu lu terjun tanpa roti, kompom kena jeling dgn bapak segala ikan di situ..


Kalau lu org tak ikut serta ekspedisi ni, kompom lu org tak tahu siapakah gerangan pemuda yg sedang bermurah hati bersedekah makanan tu. Beliau adalah Mantz. Tetiba wa teringat wa dikerumuni oleh anak2 kecil peminta sedekah semasa di New Delhi dulu. Kalau wa berlalu begitu saja tanpa makanan, mereka akan memandang wa dgn penuh sayu dan tertanya2..."eh..kenapa hari ni bahya(panggilan wa di sana) tak tegur kita ek..?"


En Mie sedang beraksi dgn penuh berani tanpa jaket dan kasut itik disepanjang ekspedisi. Itu sebab wa respek habis dgn dia ni. Org yg penuh stamina saja yg mampu buat cam tu. Wa pun tak berani nak turun lama di dalam air tanpa kasut itik. CAYA MIE...!!!


Bila Tuek turun ke air je, semua ikan melarikan diri ontah ko mano. Mano poie ikan2 ie tuek.. Wa pelik lah.. Anyway, inilah pengalaman pertama tuek menyelam di air dalam (bisik tuek malu2 pada wa..hehehe)


Semasa di Marine Park.. Terlalu ramai org yg menyelam. Kekadang kepala wa ditendang oleh org sebelah. Kekadang wa plak tersepak org belakang.. Wooyyy... gi nyelam jauh2 sikit boleh tak... (wa jerit dalam hati je..hehe) Kelihatan Mantz seperti tersedut air masin..hahaha... Berbaju cerah tu adalah Jai, merupakan rakan sekelas wa dulu semasa belajar. Yg menutup muka seolah malu2 semasa kamera nak di snap adalah haidzir.. senior wa dulu..


Begok sedang beraksi ganas di dalam air. Bergerak senyap dan tetiba je ada di belakang lu.


Si Rasaksa B kerap berada di atas air. Hanya melintas air utk ke pantoon saja. Mempunyai urat dawai yg buleh bertukar menjadi cooling coil kalau lama di dalam air.. Deii...apalah lu, asyik tengok orang nyelam je..


Puas wa cari gambar si Rasaksa A menyelam, tapi tak de lah bro.. akhirnya wa dpt satu gambar ketika rasaksa A sedang bagi "smack down" ikan2 di situ. Bertabur lari semuanya. Yg kat belakang sedang terjun ala2 2 meter papan anjal tu adalah Haidzir..



Haji Pital merangkap life guard. Langsung tak turun air angkara bot tak di sauh ke dasar. Bot hanya di ikat ke bot sebelah. Haji Pital sejak di Bandar Tenggara lagi telah membuat pengumuman supaya tidak di usik tali bot. Dia hendak nyelam sambil tangan melekat di tali sauh... takut hanyut katanya...hehehehe..


Ala2 titanic lah ni.. Aksi si Bhopal dan Rasaksa A. Deii..itu titanic, lelaki dgn perempuanlah.. Apahal lu dua2 jantan cuba aksi titanic plak..

Bro.. tiada di gambar adalah sorang lagi ahli Ocean 13 iaitu Wak. Puas wa cari gambar di air laut. Tapi tak de. Sori lah wak.. Kalau ada, kompom wa akan masukkan.

Dan... Dannn... gambar hero yang last. Aksi tahap pro..hahaha.. Kompom ada yg jeles bila tengok gambar ni. Gambar di kedalaman 15 kaki di dasar laut. Kalau nak di bandingkan dengan scuba, wa sebenarnya lebih suka snorkling sebab lebih bebas bergerak. Scuba penuh dgn peralatan di serata badan.. Lomeh den...!!! Yang penting untuk snorkling adalah stamina.

Gambar di kedalaman 20 kaki tatkala hero sedang mengumpulkan landak laut utk wa kill.. Landak laut ni membunuh batu karang secara perlahan lah bro. Sebelum yg lain jeles dgn gambar ni, wa nak btahu lu, pestaim wa tengok gambar ni, wa sebut dalam hati.."I'm flyin..." hehehe...


Oklah bro.. cukup untuk part 2. Esok wa sambung part 3 plak iaitu jungle tracking merangkap menawan air terjun dan memancing di air terjun..

Wa chow dulu k..

Salam dari alladiin...

Nota: Semua gambar masih lagi ehsan dari FB Mantz dan Rasaksa B