Bersambung....
Kami sampai di Pengkalan Gawi sekitar jam 10 pagi. Adohai.. indahnya permandangan bro. Klu dibiarkan wa sengsorang kat situ.. mau rasanya menitik2 air liur wa. Mmg dari kecik lagi, wa ni mmg jenis yg terlalu appreciate alam sekitar. Masa darjah 3, wa pernah jaga kambing. Kambing berak merata2 pun wa boleh naik angin. Wa pernah lastik kambing tu sebagai tanda protes. Terjerit suara bapak wa memarahi wa.

Gilo punyo cantik bro.. Waktu ni, wa terpikir, dlm masa 20 dari skrg, masih secantik ni atau lagi teruk... semuanya bergantung kpd penduduk di sini dan org yang dtg berkunjung.

Gambar pemandangan dari tempat letak kereta..
Tapi, tiba2, tu dia suara si Lan.. "hoi..angkut semua barang ke boat.." Apa lagi, kerja beratpun bermula. Hujan mula turun semula. Bukit yg curam tanpa tangga, tanah yg lembik untuk berpijak dan kayu yg kecik dan licin utk kami meniti ke boat sambil mengangkat brg.. Wa hampir2 terjatuh di lereng bukit tu bro.. semua tu telah membakar lemak2 di badan wa secara agak drastik.

Gambar kengkawan bergotong royong mengangkat brg yg berat termasuk makanan kami selama 3 hari 2 mlm utk 15 org. Klu lu lihat gambar ni, wa terasa sedihlah bro.. org kat situ membuang bahan repair boat di tepi2 tasik. Mencacatkan pemandangan dan amat memalukan.

Setelah semua brg dimuatkan ke boat, sampailah ke kerja amal yg seterusnya.. bergotong royong membersihkan lantai boat yg akan menjadi tmpt tinggal kami selama kami di Kenyir ni...
Kira2 jam 10.30, boat mula bergerak ke destinasi. Masa yg bakal diambil ke sana kira2 3 jam.. mak ai, gilo jauh tu.. Sebenarnya, bagi org spt kami, semua tu bukan penghalang.. malah menambahkan lagi keseronokan..

Beginilah keadaan boat kami.. saiz agak selesa. Byk ruang memancing utk kami beraksi.

Foot print tu lah yg perlu kami cuci. Keadaan boat mesti bersih bro.. barulah boleh mendatangkan aura untuk kami beraksi nnti.

Perjalanan yg jauh dan memakan masa tu kami manfaatkan dgn cara yang terbaik sekali iaitu dgn menyiapkan senjata memasing.. Geng pro terengganu sdg menayangkan pelbagai jenis spoon kpd kami.. Lan kata, "hehe..kita tunggu lu org tunjuk semua, sebab selepas ni, jgn terkejut dgn spoon kami..."
* spoon tu adalah umpan tipu pelbagai jenis utk pelbagai spesis ikan secara spesifik..faham ke??
Perjalanan masih jauh...tapi senjata memasing telah bersedia di tmpt pertempuran..muahaha.. Signal hp kami mula mengecil sikit demi sikit.. Bad sign tu bro.. maksudnya, sepanjang 3 hari 2 mlm ni, kami akan berada di zon purba..haha.. Hati wa mula tak tenteram..aduh..kalaulah berlaku emergency kat rumah, camnelah bini wa nak kontek ni...tawakkal je lah..

Bila lama sgt berada di atas bot yg bergerak, kami mula kebulur.. nasib baiklah ajk makanan cukup cekap. Pandai lah diorg masak.. boleh bukak restoran tu bro..

Sepanjang perjalanan, kami dihidangkan dgn pemandangan yg gilo punyo cantik. Lu lihat je lah gambar wa ni, terpegun seketika kerana terlalu indah, udara bersih dan suasana yg nyaman. Tetapi, hati wa juga tersentuh bila memikirkan perkara yg pernah berlaku dulu ketika air sungai mula naik menenggelamkan kawasan sekitar dan membunuh binatang2 yg masih byk tidak sempat di selamatkan.. agak tradis waktu tu..tergamam seketika

Kami sampai di lokasi memancing entah pukul berapa.. lupa tengok jam.. Selepas tekong ikat bot ke batang2 kayu lapuk tu..muahaha.. anytime boleh tercabut tu.., semua geng mula beraksi.
Teeetttaaapppiiiii..... lu lihatlah gambar kat bwh..

Aksi wa 1 jam pertama....org panggil makan pun, wa tak berapa nak layan

Aksi wa selepas 2 jam...hmmm.. mano ko poie wahai toman..!!!

Aksi wa setelah 3 jam... adohai...

Akhirnya...setelah 4 jam berlalu... raso cam nak tojun mandi yo...
Gambar berikut adalah aksi kengkawan ... hebat gilo wa cakap lu..
Aksi Yazid 5 minit setelah bot berlabuh... semangat waja dan kental.
T E T A P I ...............
SAKSIKANLAH AKSI YAZID SETELAH 2 JAM BERAKSI....
W O W........

Aksi Yazid setelah 2 jam beraksi...makan koci... muahaha... klu bini lu nampak, kompom kena tarik balik permit mancing lu...

Aksi Pro Terengganu...adi.. setelah 3 jam beraksi.. mana joran lu ni..

Aksi Syafiq..terjun ke tasik yg maha dlm tu...setelah hanya beberapa jam beraksi

Aksi Rambo..setelah beberapa jam beraksi...makang koci ke pro ganu nih.. mane jorang mu...

Aksi Lan..juga setelah beberapa jam sahaja beraksi...sibuk main bot kecik.. ke hulu ke hilir ngalau ikan...
Kesimpulannya: adohai.. koshong... mano poie ikan kek kenyir nih... umpan kami langsung tak di sapa. Semua ilmu pro kami telah kami praktikkan.. Umpan kelapa sawit, perut ayam, ikan hidup, ikan mati, ikan busuk, umpan baung yg maha busuk dari Man hinggalah umpan teknologi spoon.. langsung tak di usik.
Kami tukar tektik mancing ke sudut2 terpencil tasik dgn 2 bijik bot kecik yg disediakan..tapi tatap koshong..

Aksi kami memancing dgn bot kecil yg dipandu Lan.. tapi tatap hampa.. Banyak benda yg joran kami dah naikkan, tunggul kayu kecil, tunggul kayu besar, pancing tersangkut atas puncak tunggul kayu... tapi, ikan tatap membisu... Yg paling menyedihkan wa adalah sewaktu set jorang wa terjatuh ke dalam tasik dan terus hilang..
Walaupun, ramai yg luntur semangat, tetapi adolah sorang tu yg tetap tak berputus asa. Alang-alang mengorek lubang idung, biarlah sekurang2nya, seketul dpt dikeluarkan... panas, redup, mendung dan hujan, dia tetap teruskan aksi.. lu lihatlah gambar dia kat bawah ni...(amaran..gambar ada ciri2 aksi melampau sikit. sila pastikan lu dpt guidance dari orang tua lu terlebih dulu..)

Phewiiitt.....!!!
Tahap keciwa kami amat tinggi. Tetapi sebagai pemancing bertaraf pro.. maruah dan martabat perlu sentiasa dijaga. Walaupun koshong, kami tetap berpuas hati. Seronoh sungguh sesekali hidup tanpa telepon, tv, kereta dll urusan kerja. Malam, tidur kami nyenyak. Malam pertama kami masuk tidur seawal jam 9.00mlm dan bangun untuk solat subuh. Semuanya angkara bergelap kerana generator tak mahu bekerjasama. Malam kedua, walaupun terang benderang, kami tetap tidur awal sekitar jam 10.45.
Makan kami cukup berselera. Beberapa rakan terlibat menjaring ikan telah berjaya membawa pulang hasil. Lauk asam pedas ikan tapah, baung dan sebarau amat menjanjikan selera yg tinggi. Wa...??? Wa makan sadin je sb wa mmg tak makan ikan air tawar.
Setiap waktu terluang, pasti mulut mengunyah.. Bila suasana nyaman, udara bersih dan sunyi, selera makan kami umpama dinasor..
Camtulah kesimpulannya bro... outing yg gagal di satu sudut, tapi berjaya di sudut yg lain. Walaupun pancing kami sunyi sepanjang 3 hari, tapi, jaring kami tetap berhasil membawa pulang tapah, baung, lampam dan sebarau.. Bolehlah kami bawa pulang ke rumah memasing..
Chow dulu bro.. ekspedisi seterusnya mungkin ke Yan Kedah.. (sedang dlm proses rundingan..) Lu enjoylah gambar2 di bawah..

Inilah sebahagian dari hasil jaring kami.. dptlah gak dibawak balik ke rumah memasing...

Akhirnya, makan telah menjadi aktiviti utama kami.. sekejap2 makan, sekejap2 mencekik.. selera tatap ditahap dinasor berbuka puasa..

Kami pulang Ahad sekitar jam 11.00. Tepat azan zuhor, kami makan di kuala berang..lapar lagi..hmmm..

Sempat pulak memborong petai yg amat murah tu.. seikat hanya rm2 je bro..
Selamat tinggal Kenyir..entah bila akan ku jejakkan kaki semula ke sana...
Nota: boleh juga di baca di blog
Lan