Showing posts with label Lopburi. Show all posts
Showing posts with label Lopburi. Show all posts

Wednesday, March 18, 2015

Thailand : Summary

Assalamualaikum semua
penggulungan akan dibuat di entry ini
bertabahlah 
sebab 
banyakkkkkkkkk sangat gambar bunga matahari bakal ditepek

ayuh 
(sambil kunyah kacang tanah)




jom lihat apa yang sempat wa rakam
apa yang wa sempat rumuskan
dan
apa yang sempat wa sengal kan...


penggunaan en GRO eh..GoPro yang maksima
thank you abam Janggel !!!


dan juga gabungan gadget-berat-suma-tumpang-letak-kat-bahu-wa.
Iya, wa tolong pegangkan aje
(lap skrin cermin mata sebab masuk abuk bunga)

pergi seorang adalah tak best
sebab lu bukan seorang 'survivor'


di ajak dalam satu kumpulan kecil
kami tiba di sini..  
macam tak cukup lengkap je kan?


TINGGGG!!!!
iya...mempersembahkan sebuku roti !!!
maka, lengkap la jua sarapan golongan marhaen seperti kami
Kami bukan cuti taraf mewah ala keluarga Kardashian...*tetiba*

Begitu juga percutian kumpulan kami, saling perlu memerlukan.
tanpa roti, agak-agak la..sedap sangat ke makan tuna sesaja dari tin tu??



jalan dalam satu arah
niat untuk memberi makan 'hotdog' pada burung merpati itu
pun dah nampak 'cute' di mata ini
takala terlihat kanak-kanak kecil ini beraksi
(satu jam dok dalam keretapi tak bergerak...bosan ok)
pi tinjau satu lagi sudut
kelihatan mereka sedang menunggu sesuatu


apabila masing-masing mempunyai minat yang sama

apabila lu rasa lu boleh 'hilang' di celah-celah gugusan bunga itu?



rasa cam nak lempang je budak lengan merah tudung kuning tu..beriya beno nengok nyer.....
siku siap bengkok 90 darjah!! hahaahah
kita lihat apa yang kita bole lihat
dari mata kasar ini
dan
dari mata hati ini
di ladang bunga matahari ini


anda lawa
anda menarik
anda..sangat lengkap sempurna


tapi ada juga yang di'lahir'kan sedikit cacat.
iya..cer lihat
tak seimbang bulatan bunga di tengahnya


ada juga yang ter'cacat' sedikit
tapi masih mampu berdiri lebih tinggi dari yang lain
juga yang ini
separuh cacat
namun tak menghalang separuh lagi mengembangkan kelopaknya


hodoh?
ada yang kata...eeuuuuiiii
pang karang!
ko dah kenapa nak rasa jijik dengan alam?


sempurna permandangan itu
adalah tertakluk kepada
bersihnya mata hati seseorang untuk melihat sesuatu
Akui ..bunga matahari nih sangat-sangat cantik


kelihatan 2 ekor ulat..yang masing-masing tidak dengki merebut tempat untuk mencari makanan
mereka kongsi
satu bunga
kadang kala ...lebah juga hinggap di sini



masa ko muda


zaman remaja
kadang-kadang zaman remaja jua lah ko diduga


dan pabila tak remaja
pabila dah tua
rebah ke bumi

tapi mengikut resam padi
tunduk ...walaupun isi penuh di hati
itulah adat alam


beringat..asalnya kita dari tanah, kembalinya kita ke tanah akhirnya
beringat....di mana bumi di pijak, langit di junjung

terjumpa sepohon pokok bunga matahari terkeluar dari ladang.. 
 asal pandai membawa diri
terpelanting ko sensorang
masih nampak seri jiwa sendiri
walaupun mulanya tidak girang
ataupun bukan di kalangan bunga yang cantik
namun..bunga lalang tetap hati ini tertarik
jika pandai digayakan di tempak menarik
saja tepek gambar nih sebab wa rasa...cantiknyer gambar nih!!!
hahaahah


apabila anda keseorangan
terasa dihimpit masalah


luaskan cara pemikiran
lihat dari sudut yang berbeza
akan kelihatan 'menarik' dan kurang rasa 'tidak tenang'


cuti kali ini sangat sempoi
dengan kehadiran 'gadis-gadis manis' MasMZ dan Pae
dan juga jejaka 'kegilaan Malaya' ie Janggel dan Shahrul
terima kasih kat korang sebab ajak akak ko yang tak reti beli tiket on-line, book bilik on-line dan check-in on-line.....
(tapi update blog..reti pulak ko???)


itulah bayangan kami untuk trip kali ini


Ipoh - Johor Bahru - Shah Alam - Johor Bahru - Putrajaya Tawau
"you will never know if you are waiting for the right boat...until you missed that boat...."
mujur wa ikut saja 'boat' ini




caption ini adalah untuk gambar 2 orang gadis tadi

not my wishlist but
heyyy...life is too short to sad
so
ENJOY!!!!!

lupa plak..pi terjah blog PAE kat SINI...versi lain, ada bedeo last2 tu



next entry...
wa kena tagged by Janggeltrekker..
apa dia?
nantikan kisah entry itu




Thursday, March 12, 2015

Thailand : Ayuthaya

Bersambung drama bersiri dari entry lepas
Hai hai haiii...
Salam sejahtera
Nih adalah lokasi kedua kami


heheh..lagi banyak bunga matahari mekar lagi..
hehehe... gotcha!!!
(ceh..omputih plak ko main gotcha gotcha bagaiiii...)

dah macam tipu je gambar nih kan?
tapi tu la hakikat sebenar keindahan alam
sapa kita nak pertikaikan kejadian alam???


kat sini..corak kelopak bunga matahari agak panjang-panjang
hampir kelayuan pun ada
tapi masih mekar
dan masih ada ulat ..tuuuu tuuuuu...
dan lagi gambo munge matahari


yeay..
wa di sini akhirnya
yeay..wa tinggi dari pokok bunga matahari
yeayy....
(sambil kuis-kuis ulat tepi lengan)
(sambil kibas-kibas debunga matahari tepi tudung)
(sambil tergaru-garu tapak tangan kena daun bunga matahari)

Ayuh balik
Misi dah tercapai


muka pekerja PATI yang puas hati
hahahaha


lagi muka PATI yang bergumbira ria raya

Kami seterusnya ke bandar Ayuthaya, 1 jam perjalanan menaiki van , dengan bayaran 60 Baht seorang.
Van nih akan bergerak selepas penuh...kalau tak, tunggu je la...

nampaknya ada orang tu tak sabar nak masuk dalam IG gambo bunga matahari ....
mesti 'monk' depan tu dah baca doa kenderaan...kot?


nampak nih
tak sempat nak tengok
eee..besarnya monyet tu
k bai.

Setibanya kami di pekan Ayuthaya, kami termangu-mangu tak reti nak cari manalah hotel yang kami dah booked.
Mujur driver van baik hati.
Tolong 'cakap' dengan pemilik taxi comel kaler pink nih.
Dan kami pun dibawa ke hotel itu.
(tak tercapai akal pikiran ingatkan kami tak muat naik texi comel sebegini ramai-ramai...oh..kami masih 'comel-kecil' lagi rupanya)
hahahahahahahaha 
tarra..dah sampai depan hotel
tu..amacam...comel tak taxi pink tu?


Pae gigih mendengar taklimat keselamatan serta cara-cara hapus sisa pepejal penjelasan tentang tempat yang best untuk dilawati dalam masa yang sangat-sangat singkat ini
iya..memang singkat
  
seterusnya..mendengar taklimat tentang makan kat mana yang best dan halal...
ok..pakcik nih memang sempoi..tau je nak bawa kami ke mana...
Kami letak beg dulu..dan ayuh..misi cari makanan....
dah sampai kedai nih



my lunch and hi-tea


dan tomyam.. wajib dirasai
kata pi Thailand tapi tak rasa tomyam?
apa daaa....

Verdict : Sedap la..of course...dah pulak tengah lapar...
muka-muka kegembiraan sebab dah kekenyangan

Jom kita ke....


berpetang-petangan sampai ke senja di sini
Wa memang tak buat apa-apa rujukan ke..bacaan apa ke tentang tempat nih
Belasah pegi je...sangat tak ilmiah,kan?
beli tiket kat sini



haii...rajin bebeno deme nih susun batu bata merah camnih gaya


dikatakan dibina oleh King Prasat Thong untuk kenangan kawasan rumah maknya pada tahun 1630 (Wikipedia), ikut binaan Angkor Temple kat Cambodia.
 
Yang berdiri tu tu BUKAN mak King Prasat Thong tau...korang jangan memandai pulak...
sebahagian patung tanpa kepala yang ada di dalam kawasan ini 

"kak!!!...kak!!!...mak panggil makan nasik...cepat la turun..."
kata Leman sambil cekak pinggang
"tamau..asyik makan nasik je...akak lemas la dengan nasik tu..tukar menu pls.."
kata kakak Leman berbaju merah sambil buat donno...

Akhirnya..kakak Leman dan Leman serta kawan-kawan mereka pun balik makan magie segera sebab mak derang lupa nak beli beras.
Sekian abis citer merapu
hahahaah



ada yang berbasikal
ada yang menyandarkan diri di tembok merah itu
eh..macam kenal ?

gigih tak? kamera sangkut 2 biji kat bahu..henpon pun ada 2 ketul...apa punya tamak..kan?


suasana ke arah senja...

perlahan-lahan matahari terbenam
...diulangi...SUNSET..bukan SUNRISE....

ramai juga pelancong yang ada


wa tatau pulak sungai nih la Chao Phraya ....
selama belajar tingkatan 3 tentang Geografi..cikgu selalu sebut "Menam Chao Phraya mengalir dari ke Teluk Thailand..membentuk delta..yang dinamakan Delta Chao Phraya yang terkenal dengan padi"

hui..wa memang suka bangat dengan topik Thailand masa berumur 15 tahun..dan sekarang...selepas bepuluhan tahun baru dapat tengok sungai tu.....serius..wa tatau tu la sungai yang wa dok dengar-dengar dalam kelas tingkatan 3 Merah...hahahahaah..padan muka...tak buat research tentang tempat yang nak dilawati...kalau tak..memang lama laaa wa tenung sungai ini sambil cubit-cubit pipi tak percaya..kikiki
  
apabila malam melabuhkan tirainya.
Jom..kita ke satu lagi tempat
naik taxi pink tadi
ke.....
katanya tempat Monk tinggal di sini dalam tahun 1395
dikenali sebagai "Monastery of Golden Mount"


tempat laga ayam ker?
ntah?
ok masa nih kami betul-betul tiba waktu senja
ok..agak..menyeramkan
dan dikala ini pulak haiii..pakcik taxi tadi bole tinggalkan kami di sini?


dibiarkan kami kena gigit oleh binatang penghisap darah!!!!

arghhh....
kami berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat terang ...ke bulatan ini....
*sambil tampar tangan lengan sebab kena kokak dengan nyamuk*
kami tunggu pakcik tadi datang...
mana la pakcik teksi nih..ala...kena tipu ke???
kami tunggu dengan penuh resah dan penuh tampar sana sini
hahhaha

tetiba dari jauh kelihatan teksi yang laju .....sah!!! terus meluru ke wat tadi padahal kami dah berada di bulatan jalan....dan Pae mengeluarkan suara 'pitching-G-Major' ke arah pakcik teksi tadi ...

Bunyi brek yang kuat diikuti U-turn mengalahkan Michael Kior Schumacher bawak kete F1.
kami terkesima sebentar melihat kesungguhan pakcik teksi memecut teksi beliau bagi menyelamatkan kami dari terus dikokak oleh nyamuk Thai itu.

Dramanya kisah tadi.
ahhaahah
tapi betul tau..kami memang ditinggalkan sementara di situ sebab pakcik teksi pi top-up minyak teksi dia.
Tapi pakcik..agak-agak la kan kalau nak tinggalkan kami..pi le anta kat funfair ke..stadium futsal ke..kedai roti canai ke...
adeh sungguh.. 
itulah pakcik teksi kami
Dihantar ke sini.....ada macam pesta apa ntah...
Dan kami berbincang untuk rancangan esok pagi selepas check-out balik ke Bangkok...

tu dia..ramainya manusia!!!


"stop...talk to my hand"
agaknyer la...
lemah lembut je tariannya

dan yang nih ..pasti ramai tau lagu apa bila tengok baju kaler biru ....
FROZEN - as usual...suka benar bebudak ini nyanyi..penuh perasaan ....
sooooo cute....
dah jom balik
tengok je
dan tengok je


tengok dan berhenti
dan order untuk makan
roti canai salut dalam tu ada pisang...manis sebab ada susu pekat dengan cholate...
Kami balik ke Hotel Phrakhun House untuk satu malam sahaja
Dan esoknya, kami bersiap untuk ke Bangkok
permandangan dari tingkap bilik


teksi nih adik kepada pakcik teksi pink semalam
jom kita gerak pulang
nah..sesiap bagi no hp pakcik teksi
dia bagus sebenarnya...dah dok angkat tangan...hon ....bila jumpa mat salleh / minah salleh di sekitar bandar Ayuthaya...dah macam abam kawasan pulak gayanya...
Sila berhubung dengan beliau kalau dah sampai Ayuthaya.

van yang bakal kami naiki ke Bangkok

selesa..dalam +/- 1 jam (kot)...kami pun sampai Bangkok


menuju ke stesen keretapi.
Disebabkan ada di kalangan kami ..pegi Bangkok macam pi Bintang Walk, KL...(sebab dah lebih 5 kali tiba Bangkok...)...maka kami tak sesat...
sambil menunggu tren tiba...
ok dah sampai..jom ke Airport...


dan check in di kaunter


dan sempat layan aktiviti 'snokelling' di depan tandas awam...
hahaahahaaa....
lepas kami dok sengeh2 depan skrin nih..tetiba padam / gelap skrin?
apa nih?
terus kami blah sambil gelak....hampeh tul!!!

jumpa yang nih
kami sua muka..eh...nampak muka laaa
hahahaahah
#kamimudahterhibur


ok Bangkok
until we meet again..
Kami tiba di KLIA , dan meneruskan kehidupan hakiki masing-masing ..........


Itulah kisah kami
percutian yang dirancang sangat-sangat singkat
dan santai
Apa kesimpulannya?
Tunggu.....