Showing posts with label Nara. Show all posts
Showing posts with label Nara. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

DAY 1 - Nara to Osaka

sambung dari entry lepas.
*huiii..ingatkan bole rangkum 1 hari = 1 entry, rupanya tak leh....*
sebab banyak gamba wa yang comel untuk diceritakan

..ehem..

berbalik pada kisah kami berlima 
mencari Nandaimon Gate la...Daibutsuden Hall la..
wa?
tak faham amende tu sume
ikut ajelah mereka-mereka ini
*sambil jalan sambil skodeng pokok-pokok sekeliling*

melintas pabila lampu 'kata' boleh lintas
toksah memandai main lari-lari kat sini ehhh...
babab karang


bayangkan la kalau daun hijau sume bertukar menjadi 
kaler daun kuning /  cekelat / merah
mesti cantikkkkk
tak pe..dah sampai sini dengan selamat pun, dah kira seribu nikmat dah weh!!


kiri kanan ada sahaja tenuk rusa yang bebas berjalan
makan
melihat kami
dan kami melihat mereka
hai..jernihnya air nih...longkang ke anak sungai?


di sini
mereka sangat hargai alam
tu la sebab wa suka pokok
mendamaikan
*terus peluk tiang letrik...ehh...silap...peluk pokok*


kalau buat pre-wedding photo mesti cun
kalau la
ala..Maszuber dan Dan Arif dah kawen
so...sapa next? 
who next-to-wed wanna be in 'the group'?
*krik...krikkk...*


dah macam patung main-main aje rusa tu duduk tepi mesin tuh...
haus?
jangan risau
vending machine macam nih belambak
siapkan duit je

kami sambung berjalan
dan jalan
dan selang seli
bergambo
dan gambo
dan gambo sengeh-sengeh

sebahagian pokok yang mula tunjuk 'autumn is just around the corner'


besar tak taman Nara nih?
*urut kaki yang mula membina otot-otot perkasa*

lalu di kawasan di mana
ada jual cenderamata
dan juga makanan ringan
teringin merasa aiskrim
ode la 
bukan hari-hari belasah es-krim jepun pun,kan?
(di kala ini otak wa gagal berfungsi sebagai kaunter forex)
dah bayar baru sibuk kira dalam hati
"eh 300 yen nih sama dengan bape Ringgit Malaysia?"

"akak...tu seploh hengget punya rege aiskrim tau"
kata John
oooooooooo
(tumpang garuk kepala rusa sat)

ha a laa...
ok.ok...jom makan..
jangan biarkan walau setitik aiskrim cair jatuh atas tanah 
jangan membazir tau
heheh...

ramai kan pelawat masa nih?
elok aje rusa nih tak merusuh ke apa ke


dengan budak sekolah 
kat sini wa perhatikan pelbagai jenis baju seragam ikut jenis sekolah kot?
ada macam tema citer katun "bob the builder'' la.."sailormoon" la..
comel comel belaka

kadang-kadang macam nak tunggang aje rusa nih
MACAM NAK TUNGGANG aje
TAPI tak buat pun
apatah lagi nak DUKUNG rusa nih?


aktiviti mengikut rusa ini
saja saja

nampak tuu langit dah mula gelap
iya
kami dah seharian di sini
pukul 5 petang dah kira malam
masa nih dah beranjak pukul 4 petang


'golden moment'kah?


bergambar dengan kawan lama
balik kampung sok nak tunjuk kat jiran tetangga


kami tak ke Daibutsuden Hall itu
masa suntuk
kami pun keluar dari Taman Nara
bergegas ke Namba Station punggut 'anak-anak tapir' kami di locker
dan menuju ke Hotel Toyo


sampai sini
fuh lega
baru jalan 1 hari
tapi letih mengalahkan jalan dah sebulan?
*ko memang tak fit, eh?*

ruang legar hotel ini
sempoi
dan malam itu, kami makan nasi berlaukan sambal bawak dari Malaysia
nasi beli kat kedai serbaneka
panaskan di microwave

nikmat lapar sebenarnya berbaloi
sebab baru tau
nikmat kenyang tu camneh rasanya

sebab malam masih muda...eceh
kami keluar jalan-jalan tengok Osaka waktu malam


ada plak musim halloween...mmm...
masa nih kami keluar pi minum kopi kat MacD
dan juga
sambil kira-kira duit 
sambil agih-agih duit
sambil budget-budget duit
dan sambil bincang plan esok

kami pulang selepas dapat lepak di dalam MacD
dan kami dah tak sabar
untuk terjun tiruk di....

sini!!!
yaaahhhhhh....dapat julur kaki...legaa...
selamat dah hari pertama kami di sini
dan esok?
kami ke???

di Kobe, Negeri Sembilan
dan apakah ootd wa?
jab
amende ootd tuh?
Outfit Of The Day

ootd wa yang pertama
sebuah epic yang fail!!!
sebab?
pi lipat seluar jean tuuuuu....
hahahaha

sapa-sapa yang nak lebih lanjut kisah sistem keretapi di Jepun (kawasan Kansai sahaja) leh pi klik kat sidebar bloglink atas nama KAKI BERANGAN
manakala

sapa nak dengar wa buat voiceover celah leher rusa
leh klik blog JANGGELTREKKING

huh? voiceover???


Monday, November 18, 2013

DAY 1 - Kansai Airport - Nara

Assalamualaikum...
Rasanya dah bole mula citer kisah wa dan rakan-alam-maya-jalan-jalan di negara orang
*betulkan tengkuk sebab letih tenung lappy alas dengan kotak kasut*
macamana wa boleh terjebak?
macamana wa boleh terbabit?
macamana wa boleh terikut?
akhir entry secara keseluruhan akan wa ceritakan.

29 Oktober 2013, wa tak ambik coti sebab gigih kunun-kunun nak menghabiskan saki baki kije
namun tetap kije tak susut kurang dari meja 
maka
wa pasrah
kije akan berkoyan koyan bertambah sementara wa bercuti seminggu

wa tutup komputer dengan sapra, cabut plug, 
pesan dengan pakcik landscape tolong bela ulat beluncas siram  pokok dalam bilik
*jab..ko nih kije dalam taman?*  

Berjanji dengan Janggel dan John di kawasan letak kereta di rumah Janggel, Putrajaya jam 9.30 malam
(rumah Janggel ada tempat parkir berbumbung-silap wa, pi park bawah ada air konkrit yang menitik..maka kesannyer masih ada di bumbung kereta)
*sambil tangisi menyangkung tepi tayar kereta*

eh..back to the story..

maka kami naik teksi ke LCCT
RM50 sehala
kami kongsi kos bersama

Wa ingatkan beg wa sangat berat
Rupanya ada lagi yang lagi berat?
*tengok beg derang itu*

Kami makan malam di MacDonald
dan menapau burger sorang seketul untuk diseludup ke sana
demi sarapan pagi kami nanti di taman rusa
eceh..feeling piknik la makan burger tepi sekumpulan rusa?
errr....

Semua ahli dah cukup?
Jom kita bergerak
Selepas check-in luggage
Selepas melalui boarding room
Jam 1 pagi kami menaiki pesawat AirAsia X
wa dok jauh sket dari mereka
padamulanya dapat seat tepi  pintu tingkap   
tapi disebabkan ada sefamily yang meminta tukar, asalkan mereka dapat duduk satu keluarga
wa malas nak pikir, wa setuju tukar.
Lagipun memang nak tido je. Bukan leh main ping pong pun dalam kapalterbang
.......zzzzzzz......

isyarat pasang talipinggang keselamatan tetiba berbunyi
air-pocket???
wa dah jangka
kerana kawan wa ada yang pesan kawasan laluan berhampiran perairan Philipina/Vietnam
memang akan terjadi air-pocket
nak pulak, 2 hari sebelum kami berangkat ke Jepun
ada Taufan melanda utara Vietnam?
so? kejadian alam tak boleh dikawal
*pegang kerusi sensorang sambil mengingatiNya*

6 jam 30 minit..akhirnya kami tiba di Kansai International Airport, Japan
Alhamdullilah selamat menjejak kaki di bumi 'Matahari Terbit' dalam jam 7 pagi.
Melepaskan hajat / bersiap-siap di tandas yang wa kata 'waaahhh...ada tempat letak bayi di dalam setiap tandas?'..kami bersiap untuk memulakan perjalanan.
Ditegur oleh sepasang askar polis Jepun..wa dan Janggel menjawab apa sahaja soklan yang diajukan
hanya untuk bancian katanya
oooo....bancian dalam bahasa omputih je...
terhangguk hangguk wa pabila nak berkata 'terima kasih' dengan polis perempuan itu
lagi wa ter'hait' hait' dengan beliau, lagi bersungguh sungguh dia dok 'hait hait' dengan wa
*pegang tengkuk sendiri*

nih Kansai International Airport 

pokok yang mula menunjukan warna oren kuning cekelat
di kala ini wa teringat -ingat zaman dolo dolo...
heheh
eh bukan...
wa tak pernah pergi ke negara Jepun
*sambung sengeh sendirian*

kami mencari tempat jual tiket keretapi ke Nara.


tu ..nampak tu???
sila sediakan duit 1200 yen.

untuk pengetahuan...ini adalah gambar terakhir yang wa sempat rakam guna kimono kimera kamera kesayangan wa itu
sebab selepas itu
kamera wa ROSAK
diulangi
R.O.S.A.K......

ibarat makan satay tanpa lidi kelapa
macam tu la wa rasa
 pegi jejauh kamera plak rosak?
*terus potong mood*


kami dan 'anak-anak beruang' yang kami gigih angkut
 Sepanjang kami di dalam keretapi ke Nara, kami banyak abiskan masa
bergambo
bertemenung (tu wa...)
sebab perjalanan agak lama, dalam 1 jam kot?
dan setiap stesen keretapi nih berhenti
ada yang lama sangat
sah
kami naik keretapi yang berhenti SETIAP stesen
(melangut la kami lama-lama di dalam gerabak) mujur tak sesak dengan penduduk tempatan....
Setibanya di Namba Station, kami tak bercadang nak hangkut 'anak-anak tapir' (anak tapir la pulak?) itu, maka kami tinggalkan di locker yang tersedia di sini.
Locker besar 800 yen dan 400 yen untuk saiz kecil

sila ingat kedudukan locker nih kat mana,ok?karang dok cari cari plak?

dan kami ke Nara dengan hati girang 
'anak-anak tapir' telah selamat disusun di dalam locker tersebut

kan? girang tak muka memasing???

dah sampai sini
dah hambek peta Taman Nara ini
jom kita terjah 
jommmm.....
(wa berjaya jinjing beg plastik giant shah alam sambil pegang henpon...)

bermula la penggunaan henpon wa di sini
secara semaksima yang boleh
demi gambar yang didambakan
*huhu*
  

muka yang...err....blank sebenarnya...
dah sama macam muka rusa je ko?
cheer up sis..

membaca penerangan tentang rusa di sini
oooo...kena jugak berjaga jaga
kebanyakan rusa di sini dipotong tanduk
supaya tidak mendatangkan bahaya kepada orang awam
macam .... 

nih....
dan juga ada yang letak....


haiii..
keroje sapa la nih?
tapi
cute je nampak ??
kan? kan???
hehehe

kami bergegas makan burger MacDonald yang dibawa khas dari LCCT tadi
sejuk je burger
tapi sedap
*sume sedap kalau ko dah lapar*
tak..kami tak makan tepi sekumpulan rusa...
(nomn...nomnn...)
jom kita ke..

cuma bergambar di sini
tak masuk


ramai pulak pelawat ketika ini
tak kira usia
dari budak sekolah sehinggalah ke golongan warga emas


muka muka kekenyangan makan burger MacD yang sejuk

terkesima dengan mereka dan kamera mereka
dan usia mereka
dan passion mereka
dan uhkhuwah mereka
*semoga kami jua akan begitu nanti*
oh ya
di kala ini
kemurungan wa diubati dengan 
peminjaman kamera kompak dari en Janggel 
*yeayyy!!!*
thank you sooo much Janggel
lap  u!!!
hahaha...tak tido malam la pulak Janggel nak ber'lap lap' dia ???

wa mula beraksi dengan cybershot tersebut. ringan, mudah dan tidak berat...
tuuu tengah skodeng pokok limau

hai limau limau semua!!!!

maka bermula la wa senyum kembali
tunggu entry seterusnya

entry yang lebih ilmiah dan juga terperinci boleh terjah 

*haiii kalau cenggini gaya updet blog..mau makan 2 bulan baru abis citer pasal Jepun?*
err...sanggup ke tunggu?

(bunyi air pam dari tandas)

ps: watermark diubah atas nasihat kawan-kawan rapat....akan diubah sekali lagi bagi memenuhi citarasa sendiri...
nape siput khinzir sebagai watermark sementara?
sebab i lap gery...
(gery=binatang peliharaan spongebob squarepant) 
duhh....minat katun rupanya?