Sekadar renungan untuk diri sendiri..
Diedit skit2 dari presentation Ustaz Mahadi Hj Khalid, IP Batu Lintang, Kuching (KISSM 2007)
Sumber rezeki adalah keperluan utama bagi setiap individu. Hakikatnya, tidak semua dapat mengecapi nikmat kepuasan rezeki yang mereka perolehi. Ia suatu realiti yang tidak dapat dijejaki dengan penjelasan yang mudah.
Kebiasaan yang kita dengar kalau mencari rezeki biar mendapat keberkatan. Wang yang kita terima kita pastikan ia mesti dari sumber yang baik (halal). Tetapi jarang bagi kita melihat kemana perginya wang yang kita perolehi itu.
Wang seringgit walaupun sedikit akan dapat memenuhi keperluan tuan empunyanya jika ianya diberkati.
Sebaliknya jumlah yang banyak belum tentu dapat memuaskan segala tuntutan jika ia hampa daripada nikmat keberkatan tersebut.
Rezeki yang tidak berkat:
i)Bila ada perbelanjaan luar jangkaan seperti terpaksa membaiki kereta yang tiba-tiba buat ragam,
ii)Berapa ramai yang gigih berusaha tetapi amat sukar memperolehi hasil yang banyak,
iii)Betapa ramai pula yang memiliki kepintaran untuk menjawat pekerjaan yang baik tetapi akhirnya sentiasa merasa tidak puas dengan pendapatannya,
iv) Kita juga dapat melihat orang-orang yang berada merasa gelisah diburu hutang piutang di keliling pinggang sedang yang miskin pula bahagia kerana secupak rezeki yang mereka nikmati.
Faktor rezeki tidak berkat:
- NIAT – IKHLAS????
- TIDAK MEMATUHI ARAHAN / ETIKA / PERATURAN MELANGGAR UNDANG2 – RASUAH / SALAHGUNA KUASA
- SIFAT2 KEJI
Prinsip dalam mencari keberkatan dalam pekerjaan:
- NIAT
- SUMBER YANG HALAL
- KESEDERHANAAN DALAM TINDAKAN
- PERLAKSANAAN MENGIKUT PERATURAN
- KEWAJIPAN ASAS DILAKSANAKAN DENGAN SEMPURNA
- ISTIQAMAH DAN ILTIZAM DALAM PERLAKSANAAN
*woops..berblog waktu sekolah ni berkat tak? hehhehe..*
6 Tahun lah!
10 years ago