Wednesday, December 30, 2009

~Love Finding~

Entry khas untuk Pn Wirda yg menggesa aku jawab soklan2 misteri ni lepas kawen. sambil2 tension pikir program strategik, bleh la layan tag ni dulu. tp as Pengantin Baru, maybe byk soklan takleh dijawab dgn sempurna kot hehehhee...

1) First time jumpa your hubby bila dan kat mana?
1st time jumpa di Kuala Kangsar masa program Desa Tercinta MMU Cyberjaya-Melaka. rasanya start noticing him on 2nd or 3rd day kot. tak igt la. hehe. Masa ni dia Alpha FCM, aku plak dah Delta masa tu. tp dia masuk dgn diploma, that's why dia junior, even dia sudah lanjut usia. haha





2) Love at first sight?
tah ek..at first masa dpt berbual ngan dia rasa ok la. jenis suka gurau2 and kacau2 org. then pas balik dari program tu, aku admit to my bff yg aku suka kat dia. hahah..suka in a sense suka berkawan, suka dgn cara dia yg kelakar n pandai bergurau la. tp of cos la dia tatau (mcm cite cinta budak skolah menengah nak amik pmr je ahhaah)

3)
Who is he when the first time you met him?
Alpha FCM (Faculty of Creative Multimedia) student. unluckily he did not proceed his degree in MMU. so 1st sem Beta dia dah move to UMS Kampus Antarabangsa Labuan. kami plak tak pernah ketemu lagi selepas program Desa Tercinta tu, kecuali sekali waktu bulan puasa di Bazar Ramadhan Presint 8 Putrajaya. tu pun just say hi n senyum je.

4) How long it takes for him to ask you out for a date?
We declared as bf&gf in July 05 and i flew to Labuan in January 06 to meet him. so that was our 1st date. (adakah aku menjawab soalan?)

5) First place dating?
Labuan lah as mentioned before heheh. (ni kalau mak aku tau, kantoi)




6) How he proposed?
The unofficial proposal was through YM je. masa ni mungkin dia sudah jatuh cinta sama gue.
The official proposal tentulah melalui rombongan peminangan beserta majlis pertunangan pada 3.10.08.




7) Special date with your hubby?
25.7.05 - boipren and gelpren :p
3.10.08 - engaged
18.12.09 - married ulala
8.6.82 - my birthday (i shared the same birthdate with my MIL)
29.1.80 - his birthday

8) Changes that he asked you to do?
setakat seminggu ++ kawin ni, takde plak dia suh tukar ape2. cuma dia suh be more independent, jgn terlalu bergantung pada dia utk buat perkara2 kecil. (contoh: beli air kat sebelah kedai kena dia temankan, ceh!)

9) What is about him that you love so much?
almost everything! the most important thing, dia sgt sabar melayan aku selama 4 thn perkenalan kami ni

10) What is about him that you wish he would change?
cepat marah. plg tak suka bile tgk muka dah start 'bebai'. nasib baik sekejap je, pastu ok balik.

11) You will lose your mind and crack your head when he..
did not answer the phone. especially kalau dah tido.

12) You will smile through your eyes for the whole day when he..
is around me..huhu susah tau jadi distant wife, jiwa kacau

13) Complete below sentences, "My love towards my hubby is as big as..
undescribeable. no words could explain :)


weii, panjang rupanya tag hg ni wirda. tak siap gak program strategik aku huhuhuhuu.


Sunday, December 27, 2009

sneak peak of reception pics


















all pics credits to Nasirzin Photography

more coming soon :)

Wednesday, December 23, 2009

out

for our first honeymoon..coming back on friday

reception piccas coming soon..

bye2

Monday, December 21, 2009

Alhamdulillah..

sudah sah bergelar isteri kepada mohamad fharid bin mohamad salleh






sukanya mak













Monday, December 14, 2009

4 hari lagi! perjuangan harus diteruskan

terhenti seketika countdown sy tatkala mendapat berita tragedi yang berlaku pada keluarga teh. sungguh, perasaan takut dan berdebar sgt kuat selepas melihat dan mendengar kejadian yg berlaku sekelip mata itu. Allah maha berkuasa, bila-bila masa saja dia boleh ambil nyawa kita. tak kira tempat, tak kira masa. untuk bakal pengantin mcm aku, tragedi ni umpama peringatan kepada diri aku agar sentiasa melengkapkan diri dengan doa dan tawakal.

apapun, yg masih bernyawa, kehidupan tetap perlu diteruskan. persiapan kami tetap diteruskan dan sentiasa beringat dalam hati supaya tidak berlebih lebih. cukuplah dengan apa yang ada. yang penting majlis sempurna dan semuanya selamat. InsyaAllah. Doakan semua urusan kami dipermudahkan

Saturday, December 12, 2009

shocking news!

Pengantin baru antara 4 maut dalam nahas kereta-bas


KANGAR: Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun, berkata pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera.

Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Aspah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff.

Katanya, semua mangsa yang menetap di Taman Melati Indah dekat sini sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit, Kedah.

Mereka terbunuh di tempat kejadian manakala 27 penumpang serta pemandu bas yang datang dari arah bertentangan menghala Kangar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zull Aznam berkata, tayar kereta yang dipandu Abdul Kadir, seorang pesara pembantu makmal Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra itu, dipercayai pancit menyebabkan kenderaan yang sedang menghala arah Beseri itu tidak dapat dikawal lalu bertembung dengan bas pesiaran yang membawa pelancong dari Selangor itu.

"Kami masih menyiasat punca kejadian. Pemandu bas itu juga telah direkodkan kenyataannya," katanya semasa ditemui di rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila dibanjiri ratusan sanak saudara mangsa manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai.

Kerja gotong royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya, Teh Hafifah Shahirah Abdul Hamid, 23, dibatalkan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Perlis, Jamsari Jamaluddin, yang juga jiran kepada mangsa berkata semua mangsa sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit dan majlis kenduri perkahwinan Mohd Ariff dijadualkan Ahad ini. - Bernama


nauzubillah..Allahuakbar




*********************************************************************************

shocking! and i was like bursting into tears when i saw the news on tv3. the bride is actually my friend's sister, teh. masa teh bgtau aku di kedai bunga tghari tadi yg adik ipar dia accident dgn bas, aku masih blur..dia ckp pasal sape ni? sbb dlm hati nak menolak yg aku dgr dia sebut "adik ipar". so dlm kepala bermain main takkan yg baru kawin tu? dah berdebar masa tu, tp malas nak tanya byk since nampak perubahan muka teh tgh risau. masa ni teh pun blum tau lagi condition mangsa, just bgtau dia rasa berdebar. then lepas dah chow dari kedai bunga tu, suddenly teh called and tanya whether aku pegi ke tak kenduri adik dia esok. tp aku jwb tak sure pasal ada kenduri lain. she responded by saying, " takpe..tak pegi pun takpe.nnt aku citer" aku dah tak sedap ati sgt masa tu. trus sms and tanye ok ke tak. and she replied "adik ipar aku meninggal". i was like..speechless, n showed the sms to my mum..and we were both diam tak ckp pa pe.


Ya Allah, sampai tgh mlm ni, ati aku masih berdebar debar. Ya Allah, aku takut aku tak sekuat pipah, adik teh. Ya Allah, kau selamatkan lah kami dan keluarga kami, kau panjangkanlah umur kami, kau panjangkanlah jodoh kami.


harap pipah dan family teh tabah menghadapi dugaan ni.

Thursday, December 10, 2009

8 hari lagi! seratus~




ini entry ke 100. (orang lain agaknya dah seribu tak kecoh pun).

mlm ni abah buat mesyuarat keje kawen kat surau taman. aku baru tau, nak kawen pun kena buat mesyuarat. mmglah hidup aku ni penuh dgn mesyuarat je. kalau guru besar aku tau kat rumah pun mesyuarat, mesti dia tergelak kepuasan kan?

rugi tak dapat nak join mesyuarat + majlis baca yassin sbb sudah dtg bulan (terima kasih pada air tebu magic). nampaknya saya tidak perlu risau utk ke masjid minggu depan bg menyaksikan en fharid menerima nikahnya. nyam!

Wednesday, December 9, 2009

9 hari lagi! advice needed, again


mcm citer antu je


tinggal lagi 9 hari, bleh ke nak gi buat last facial..plan nak buat jumaat last week tp bz plak. tak sempat. ok ke kalau buat 9 hari lagi, sempat tak nak recover balik pas kena picit2 blackhead semua tu?

10 hari lagi! sudah dibenarkan bernikah


kiralah, tak byk dah ni..10 je


dah collect kebenaran bernikah di pjbt agama ptg tadi..duh duh..cuak saya melihat nama kami tertulis di situ. (teh, the reason why aku pakai baju kurung kat kedai rainbow ptg tadi heheh)

selain dibenarkan bernikah, kek hantaran juga telah ditempah.

esok nak buat hunting ape lagi tatau la. dah penat dah ni..hajat nak buat spa dan facial pun tak tercapai lagi.

letey jugak keje kawen ni..tp seronok! once in a lifetime.

Monday, December 7, 2009

11 hari lagi! balik kampung~




selepas penat chill dgn ayam2, aku meneruskan semula perjuangan singkat aku ni. ari ni pulang ke kampung ibuku di Baling untuk ke rumah sepupuku, Kak Mas. tujuan mengambil barang2 hantaran yg daku beri kepercayaan sepenuhnya pada kak mas utk gubah..dan nyata kepercayaan aku tu tak disia siakan. aku seperti mahu menjerit menyatakan "Hantaran aku lawaaa!!!!" tp seperti orang gila pulak ku rasa. aku juga mahu menjaga adab aku sebagai bakal pengantin. ceceh. tp seriuslah, aku sukakan hantaranku itu..biarla org lain takmau kata lawa pun takpe..yg penting di mata ku ia mmg lawa dan cukup berharga

nah, kenapa selepas pulang dari parti ayam aku bersastera bagai.

Sunday, December 6, 2009

12 hari lagi!~ parti ayam dan parti ketam

hooo, nasik ketam di kuala juru mmg mabeles!.. kalau tau awal2 lagi ajak diorg parti ketam je.

rasanya, diameter abdomen dah bertambah beberapa micrometer.


*gmbr countdown ahkak tak bleh upload plak..

Saturday, December 5, 2009

13 hari lagi! parti ayam ala sopan~


sementara akak bz berparti ayam, adik2 kira la kelawaq dulu


di kidnap oleh arah dan teh utk berparti ayamsecara sopan di pesta penang bersama yat, lartz, mala dan anak2 ayam import yg lain.

gmbr will be uploaded later..menunggu rakan2 ayam upload di facebook.

Friday, December 4, 2009

14 hari lagi! sdg pasif


ya adik2, ari ni kita kira ladybird plak



adoiii..sejak bangun tido sampai skang blum buat apa2 pun..mandi pun tak..makan pun tak..rasa malas gila ni. maybe sbb dah 3 ari berturut turut asik kuar je..tp yg geramnya, susah gila nak cari tudung warna lilac muda tu.. huwaaa!! apesal lak cik kiah tu pi pilih kaler susah2 kat aku..kaler asal yg aku mau tu rasanya lagi senang nak cari..nasib baik kain yg cik kiah beli tu lawa..kaler tu sebenarnya lawa, tp tak sangka lak susah gile nak cari tudung kaler tu. tatau nak cari kat mana lagi dah, abis semua kedai tudung aku dah redah.

esok nak stop berblogging seketika sbb nak pi berpesta dan berparti bersama mak-mak ayam di penang.

Thursday, December 3, 2009

15 hari lagi! pusing2 lagi




backdated entry.. arini mcm tak brp ade mood nak blogging.

ari ni ahkak dah berjaya beli baju utk mlm tahlil dan juga sehelai carpet gebu utk bilik ahkak. tahniah kpd ahkak...

yg tak besnya..ahkak tak jumpa2 tudung nak pakai sanding..last2 beli tudung bawal jak hendaknya. penatnya oi~

Wednesday, December 2, 2009

16 hari lagi! letih~~hapuuuu


adik2, mari belajar mengira buah epal

ok, ari ni ahkak nak cite nape ahkak letih. ahkak letih pasal smlm pas antar borang semua, ahkak kuar buat hunting kek kawin ahkak. sbnrnya ahkak tak hunting sgt pun, pasal ahkak dah aim siap2 kek yg ahkak nak tu..alah, kek ahkak simple2 je..ade buah2 strawberi skit, anggur skit..cukup la tu. ye dik? brp tingkat? alah, ahkak amik 2 tingkat je, pasal ahkak tak suka la membazir..membazir kan amalan syaitan (sebenarnya bajet ahkak ciput je utk kek ni huhuahua..takpe, nak gelakkan ahkak..ahkak tak kesah). oh by the way, kek utk hantaran ahkak tak pi booking lagi pasal ahkak confused~

oh-oh, ahkak sempat singgah dkt mak andam ahkak, nak tgk kain yg diorg custom made utk ahkak tu..woh, ahkak teruja.

ari ni misi ahkak nak cari accesory. dpt la skit2..tinggal nak cari tudung untuk sanding tu..susah jugak nak cari warna tema baju ahkak tu rupanya. takpela, kalau tak jumpe ahkak pakai tudung saji mak ahkak. yg buat ahkak penat pasal ahkak dah pusing abis satu alor star ni, tapi tak jumpa2 baju yg nak bagi ahkak cun skit di mlm majlis tahlil pas majlis akad nikah ahkak tu nanti. haish, ahkak pakai baju kebaya kadet pandu puteri kang sentap plak mak mertua ahkak.

misi ahkak mencari tudung akan bersambung lagi esok..ahkak dah penat ni. kawan2 plak ajak parti ayam, parti buih dan pesta penang..haih, ahkak keliru jadinya~


Tuesday, December 1, 2009

17 hari lagi! antar borang



potong dah up balik..gila lama nak tunggu payment clear. sbb tu malas nak buat payment pakai M****2**.com tu

ari ni nak pegi pjbt agama antar borang permohonan nikah. smlm bz dgn majlis tunang kak, malam baru settle semua..so ari ni baru nak start uruskan hal2 kenduri aku plak.

nnt sy update lagi..tu pun kalau kami tak berebut encik potong..pasal kakak sy mesti lagi byk juicy update kan? skang mau pegi mandi dan siap2 ke pjbt agama..callooo~~

Monday, November 30, 2009

18 hari lagi! sis got enganged





backdated entry. bilakah potong nak bersambung semula?

ari ni, my only sister got enganged. tahniah kepadanya. nampaknya aku akan melangkah bendul juga huhuhu.

gmbr tunggu dari 'op'. 'op' balik kk sudah ari ni

Sunday, November 29, 2009

19 hari lagi! kenduri kendara




backdated entry. potong masih dipotong.

attend 2 majlis kenduri ari ni sampai sakit2 perut kekenyangan. salah satunya adalah majlis puan dida di BM. dgn menggunakan kepakaran meredah, kami sampai juga di rumah kenduri. haha.

dida, wishing u selamat pengantin baru. sori aku tak masuk umah hg dah ari tu pasal nak balik uruskan majlis kat umah aku lak esoknye..majlis ape..tungguuuu

Saturday, November 28, 2009

20 hari lagi! mari berpusing pusing



plenty ke?

backdated entry lagi ni. potong masih belum diselamatkan.

berpusing pusing mencari hadiah yg tak seberapa utk puan dida utk majlisnya esok. sgt rushing. harap2 dia suka.

Friday, November 27, 2009

21 hari lagi! hari raya qurban




backdated entry. potong masih dipotong.

hari ni sy mmg alpa, ada ke patut sy tak igt pun ari ni ari raya. siap terbabas tak solat sunat hari raya..sila jgn contohi kealpaan sy ni

Thursday, November 26, 2009

22 hari lagi! potong dipotong



backdated entry. potong @ PI Wimax kami dipotong kerana kakakku lalai membayar bil selama 2 bulan. padan muka kami.

oleh kerana tiada aktiviti lain maka saya tido sajalah ari ni.

Wednesday, November 25, 2009

23 hari lagi! pulang




backdated entry. sedang dlm perjalanan pulang ke home sweet home tmn setia berjaya.

Tuesday, November 24, 2009

24 hari lagi! meeting sampai muntah




mesyuarat lagi tak abis2..nak muntah la asik mesyuarat je..keje pun byk lagi tak siap, mcm mana nak cuti. smlm sampai kul 10 mlm pun masih sibuk membasuh baju n berus lantai dapur. siang2 dah bz dgn keje kat skolah, then trus ke larkin utk mkn2 sempena jamuan perpisahan salah sorang cikgu kat skolah ni (tak perlu mention pasal tak bes sgt pun)

alhamdulillah, smlm penantian selama 23 bulan dah berakhir..akhirnya tunggakan semua dah masuk dan dah dpt gaji baru ikut gred gaji semasa. yahuu!

ari ni just nak kemas2 brg utk di bwk balik. harap2 takde yg tertinggal. esok nak balik a star. doakan sy selamat sampai ya..

okeh nak sambung meeting, kena buat in-house ni..


Monday, November 23, 2009

25 hari lagi! sibuk bermesyuarat




ini adalah backdated entry. haha. smlm sibuk bermesyuarat sampai blog telah terabai. sgt chhoy.

ari ni dpt hadiah kawen lagi..mekasih KEBIRU



thanks arman tolong capture gmbr ni walupun ade effect yg sgt dasat di sekeliling gmbr tu. heheh..apek mcm tak ikhlas je nak bg hadiah kat aku, dem..




Sunday, November 22, 2009

26 hari lagi!



sy br bangun dari tido dan trus cuba mengonline. nasib baik jiran sy bukak wirelesss dia ari ni aahahhaha. mmg sah jugak sy ni dah gila buat countdown.

ari ni nak gi saloon since smlm dah cancel pasal gb kami yg disayangi tu nak buat meeting. budget sgt tight n limited..huhuh..dpt repair skit2 rambut yg dah mcm dawai ni pun jadi la.

another good news..smlm jln2 di tesco kulai, sign up for travelling priviledge card dan kami dpt voucher 2D1N to selected hotels throughout msia.
(voucher menyusul kemudian pasal payment blum abis buat lagi hihi, dasar sengkek).
pas ni lebih senang nak pegi jln2..just call the agency n they will arrange hotels, transportation n bla bla inclusive in the package. sy sign up pun sbb rasa mcm package nye "make sense".
ada yg berminat, sy bleh bg contact no.

Saturday, November 21, 2009

27 hari lagi!




planning nak pi saloon cancelled..last minute disuruh meeting plak di ari sabtu yg ceria ni..cis cis cis dan cis! menci skolah ni

smlm dpt hadiah kawin pertama dari mak student skolah ni...terharu :*

Friday, November 20, 2009

28 hari lagi!





buat countdown mcm ni, rasa lambat la plak masa berjalan..ni yg buat ahkak tak sabar ni..hihi (please excuse me for this..*grin*) ..

ari ni dah start edar kad jemputan pada warga sekolah..(kak tiny, if u're reading this..jgn kecik ati tau jadi org last dpt kad..sy sgt sengaja..ahahhah, bila lagi nak gurau senda sebagai cik bujang2).

esok nak pi saloon, yahuu! harap2 duit cukup lagi..hehe..gila lambat nak tunggu gaji, pengsan!

oh, ari ni juga adalah ari last persekolahan..tp jgn harap la aku dpt balik dulu..seperti biasa kami ditahan seperti banduan sehingga ari selasa. tahniah kepada kami.

Thursday, November 19, 2009

29 hari lagi!



test mata dulu sblm kawin..sape takleh baca figure dlm gmbr tersebut?





ini adalah backdated entry sebenarnye. bz dgn hari anugerah sampai tak sempat nak ngadap laptop. balik skolah, beli kek utk jamuan thn 4 ari ni..kena migrain plak smlm, tido je semalaman. huhuh. jgn la sakit2 begini di hari bahagia itu, tak bahagia jadinya

Wednesday, November 18, 2009

1 bulan lagi...




masih sebok dgn urusan di skolah..esok adalah hari anugerah cemerlang, saya adalah menyibuk dengan hadiah dan piala esok.

kad jemputan 80% dah edar..ade yg dah dpt, ramai jugak yg puji cantek..(saya hepi). thanx kwn2 yg sudi rsvp secara lisan. kad rsvp takde dlm senarai bajet. kad utk warga sekolah blum edar lagi, maybe plg awal by friday. ada jugak yg baru reply address, sy blum ade masa nak tulis..akan diusahakan. yang tak reply langsung pun ade. insyaAllah urusan mengedar dadah kad akan disetelkan by next week, then pass semua yg extra pada fharid utk dia bg pada sedara mara dia.


p/s: nak buat entry tiap2 ari pas ni..muntah tak?

Tuesday, November 17, 2009

advice needed..

kawan-kawan yang dah kawin especially, or kawan2 yg nak kawin, or kawan2 yg punya ilmu pengetahuan tinggi.. minta advice skit on Folic Acid

btul ke 3 bulan sblm kahwin dah kena start ambil folic acid? info ni aku dpt masa kursus kawin ari tu..tp aku dah tak ingat..baru2 ni, flip through notebook yg diorg bg masa kursus, aku sendiri yg buat note..(padahnya lepas kursus trus simpan buku..heheh)

" 3 bulan sebelum kahwin - ambil folic acid...50% and above
masa kahwin terus makan, semasa mengandung klinik supply
(kurangkan kecacatan sistem saraf bayi)"

ok..ok..maybe its too early to think about pregnancy and baby, tp btul ke 3 bulan before kahwin dah kena ambil? aku tak ambik pun..ni dah tinggal sebulan ni bleh ke? kawan-kawan yg dah kawin, korang amik tak dulu? atau aku yg silap dgr masa kursus tu..help please

*sori, font jadi besar..malas nak edit dah, byk keje

Sunday, November 15, 2009

sentap!

ape korang rasa kalau tiba2 kasut yg bg korang kira dah cun la utk letak dlm hantaran, tiba-tiba ditukar dgn kasut lain sbb tak ikut selera bakal mak mertua?

ok, aku admit kasut tu cuma local brand..tp tak la terrible sgt sampai kena reject (at least di mata aku la)





plak tu, trus beli lain tanpa bincang dgn aku..nak plak yg kulit bagai. oldies tul.



sentap tau. nak dipaksa suka yg bukan pilihan kita.

Wednesday, November 4, 2009

current mood

^SuKa HaTI^..ooo la la la la....

baju nikah sudah ambil..outcome 95% satisfied! another 5% pasal takde detailings yg diidam-idamkan tp takpe..because the reasons are clear..i'll replace them with something

lain-lain..puas hati.

suka!

Monday, November 2, 2009

Perasaan aku ketika ini.....

wajarkah kalau aku rasa nak kelam kabut? *sigh*..





skang langsung takde masa nak pikir keje2 kawen..keje2 di skolah sungguh maha byk..kena tido kat skolah lagi ujung minggu ni *taik betui*..gila lah kalau sebulan ni tak buat ape2 langsung..nak edar kad jemputan pun tatau bila, skang pun baru sibuk2 kumpul alamat dulu, sbb tatau di masa akan dtg dpt online2 lagi ke tak..serius..aku sgtlah sibuk! dan sibuk aku mungkin berterusan sampai cuti skolah.

but the best thing is..esok dah bleh amik baju nikah..harap2 jadi cun dgn baju itu!

sibuk

gile sibuk aku bulan ni..nape aku kena sibuk time2 mcm ni??

Tuesday, October 27, 2009

perihal kad jemputan




bukan kad kawin saya..(click on image for owner's link)

kawan-kawan..nak tanye pendapat skit la..untuk jemputan rakan2 sekerja, patut ke saya bg satu kad utk setiap seorang (sedangkan saya tau yang boleh dtg pun mungkin sorang atau dua je atau takde langsung..sbb kenduri kat kedah, kerja kat johor..saya paham).

bukan masalah tak cukup kad atau nak jimat atau apa2 la yg korang nak pikir, cuma nak tau je mana yg sesuai. kalau tak bg setiap seorang, nak bg mcm mana? kalau 1 untuk semua, silap2 yg rasa nak pegi dah tak jadi pegi plak kang..

btw, komuniti kami bukannya besar sgt pun. kalau keluar kad jemputan dalam 20-30 keping je. camne ek?

notakaki: kecik ati bila awal2 org dah ckp tak dpt pegi sbb jauh n mcm2 alasan :( kalau aku selagi bleh aku tunaikan jemputan walimatul urus kecuali hal yg tak dpt dielakkan.

Monday, October 19, 2009

for the past 4 days

cuti deepavali baru2 ini saya manfaatkan dengan perkara-perkara berikut:

1) saya telah hantar sebahagian brg hantaran pd si penggubah iaitu cousin saya





2) saya telah mengambil kad jemputan di kedai..malangnya envelope adalah tidak mencukupi. harus pergi claim kerana payment telah dibuat dgn sepenuhnya.




3) saya telah membuat HIV test dan keputusannya sgt memuaskan hati.




4) saya telah mengisi borang permohonan nikah dan diserahkan kepada bapa saya untuk diserahkan pada tuan imam





semua gambar adalah hasil googled..credits utk tuan yg empunya


sekarang, tinggal lagi 1 bulan 30 hari..oh, sudah makin berkurangan angkanya dan semakin serius pula perkara2 yang dilakukan...tunang saya pun baru tersedar yang tak lama lagi kami akan kawin..dia dah start praktis "aku terima nikahnya....." lantas memarahi saya kerana nama saya begitu panjang. sungguh pelik perangai itu.

sekian dari saya.

Friday, October 16, 2009

Koleksi Lagu Pengantin

Attention, bride-to-be's..u can get the songs rite here

http://www.jiwang.org/portal/modules/forum/koleksi-lagu-kawin-t815.html


hope it would help bakal2 pengantin yang nak elakkan lagu2 sentimental jiwang karat/putus cinta/patah hati/karaoke dari dj sendiri/karaoke tak sedap pakcik2/karaoke tak sedap budak2 sekolah menengah/bebelan dj yang tak keruan/etc

mcm saya, takkan ade dj di hari kenduri..sebab:
1) saya malas nak dgr suara dj tu bebel tah hape2 mcm kat pasaraya
2) selalu saya dgr dj2 buat citer yg sama je
3) sy pernah dgr dj karaoke sendiri, adoi
4) byk lagi yg sy malas nak sebut kat sini

jadi kena la cari lagu sendiri..takmolah lagu jiwang2 oldskool semua. selain lagu pengantin, lagu apa lagi bes nak dipasang? gamelan ok ke? ke dah mcm majlis konvo IPTA?

*sedang mencari PA system secara percuma*

Wednesday, October 14, 2009

kehidupan saya yang stress

going back to home sweet home tomorrow..lega..after all the stress, piles of work, i could at least get some rest and enjoy my time with my great family..and i got to meet him too tomorrow before boarding to alor star..pass some of the hantaran items, show him his ring (which i bought it myself, i dunno whether the size is right for him or not)..hopefully he liked it, or else matila nak beli lain.

ah yes, am going to carry my HIV test on Sunday (at my hometown,don't ask why..i hate being posted here for the rest of my life) ------------------> harap2 ada menteri dari KPM tersesat baca blog ni, tolonglah.

wish me luck for the test. hopefully no serious yet harmful results, InsyaAllah.

kenape ek? lately rasa malas gile nak menguruskan hal2 kawin ni..ops..especially on the forms matters. normal ke dlm masa sebulan dua before the day kita bermalas malas mcm ni..atau aku sorang je yg pemalas?

aduuu, yang sebenarnye aku stress!

Saturday, October 10, 2009

Mesti Belajar Bersabar

dlm hidup ni..ada org yg akan tolong kita bila kita susah..ada org yg akan bergelak dgn kita bila kita gembira dan ada org yang akan menangis dengan kita bila kita sedih.

tak kurang jugak, ada yang cuba menjatuhkan kita. ada yg gelakkan kita bila kita susah, ada yang menangis bila tengok kita senang.

kalau lari sampai hujung dunia pun, masih ada org mcm ni..

mama kata, kadang2 Allah nak duga kita, mana tau kadang2 kita terlupa..kadang2 kita tak sabar. kadang2 kita marah bila benda tak kena, kadang2 kita terlupa atau sengaja tak ikut perintah Dia. mama kata, sabar lah walaupun sampai mati org takkan tau apa yg kita rasa dalam hati.

dan kadang-kadang buat aku terfikir, apa orang-orang tu rasa bila aku mati?



image source: sepiseorangkembara.blogspot.com

Saturday, October 3, 2009

sekali lagi...

amaran: entry ini bersifat panjang. cuma utk perkongsian pengalaman dan kenangan sendiri..wokey??


ini gmbr edit sendiri, tak payah c&c

3 Oktober tahun lalu adalah hari pertama aku bergelar tunangnya..dan tinggal 2 bulan 15 hari saja lagi untuk aku menukar status itu kepada yang lebih advance :P

masa ni blum ade blog. after setahun baru dpt buat citer ni huhu

3 oktober 2008 adalah bersamaan 3 syawal 14.. (aku lupa thn islam, hehe) iaitu hari raya ke 3. at first, kami bercadang mahu melangsungkan pertunangan pd bulan 5, semasa cuti penggal pertama. tp memandangkan guru besar ketika itu menyuruh kami bekerja di minggu pertama cuti, atas perbincangan semula kami sepakat menundanya ke hari raya ke 3. jadi la bulan 10 akhirnya.

majlis simple2 je. takde majlis merisik pun. my parents and his parents met for the first time di mlm sebelum majlis. nasib baik, ok-go je. kalau tak ok, mampusla..takkan nak cancel and balik plak diorg tu. majlis dibuat selepas solat jumaat, dihadiri oleh sedara terdekat n jiran2 yg rapat. rombongan laki pun cuma 4 kereta tak penuh. maklumla ari raya, tu la padahnya kalau buat majlis di hari raya..


antara rombongan dan family

rombongan sampai around 3 30 p.m, dijemput oleh makcik, pakcik, kakak n adik aku di hotel. masa ni aku pun baru je sampai kat rumah lepas abis mekap sbb ada org yg mekap sblm aku tu tak ikut appointment time. jdnya, abis drag org lain punya masa. dlm setengah jam or 45 minutes later sampai la rombongan. sampai2 je trus makan, sbb makanan mmg dah siap2 hidang. masakan semua ala2 kampung, gulai udang, ikan pekasam, sambal belacan n petai pun ada kau..excited aku tgk mereka makan. (aku mengintai dari balik almari di ruang tamu). perut aku masa tu, ya rabbi punyalah lapar.. akibat tunggu mekap lambat kat kedai tu lah. siap bunyik2 dah. nak je masa tu pegi dapur n makan dulu.


kami sengaja tidak menyediakan canopy, jd makan bersila sajalah mereka..baru ade feel

menu semua dimasak di rumah, gotong royong antara semua mak2 sedara (thanx a lot!) . mula2 igt nak tempah caterer je, tp mak2 sedara sendiri yg nak dtg masak..so kami layankan je.

selesai makan, baru lah sesi bincang2 bermula. aku pun tatau apa yg diorang bincang sbb sibuk berborak dgn cousin2 and one of my university mate, jihan yg sanggup teman since mekap sampai abis majlis (tenkiu, jihan..walaupun tau budak ni tak baca blog aku)



jihan, she's attached on 3rd syawal too this year ..congrats dear. dpt berkat dr aku kot ahah

sedar2 je, sedara2 kat luar bilik dah panggil utk sarung cincin. masa ni mak sedara fharid yg sarungkan. nak kata neves ke ape time ni, tak rasa plak. rasa cam biasa je. sbb borak dlm bilik blum abis lg citer, tak sempat nak buat penutup.. hahah.





gmbr agak kebiruan ketika ini, akibat setting mungkin


maaf, gambar dari sisi belakang

pas sarung cincin, sesi tangkap menangkap gambar n minum ptg..majlis selesai dlm pukul 6 tp di rumah masih lagi ada yg dtg..kira merangkap open house la. dah namanya pun raya kan. masa ni baru ramai sepupu sepapat yang lain dtg. arah, member MMU pun dtg tp lepas majlis selesai. tp takde plak gmbr dgn dia :(




lakonan semula menyarung cincin oleh ibunya




akibat terlalu byk camera.mata kami di sana sini






cousin..kenapalah gmbr potrait ni bukan gmbr aku dan tunang.syg btul



afiq, my bro



kak nani, my sis



sedikit review utk beberapa perkara berkaitan majlis tersebut

baju:
koleksi sendiri. kain dibeli di serikin, sarawak dgn harga RM25 sepasang (kenape, tak percaya?) tp satinnya agak kasar, so aku beli lain and satin asal aku guna buat alas dulang hantaran. baju kurung moden, upah pd tailor yg biasa aku tempah kebaya. harga upah RM80 shj.

make-up/accessory:
make-up and veil sewa from de kasih. takde pakai crown2 bagai

hantaran:
kotak hantaran made by my cousins, kak mas. kami pakai kotak plastik jernih yg dihias2 tu je dgn alasan senang utk diorg bawak balik (long distance kan) n bajet. haha. lgpun most hantaran adalah berupa makanan seperti kuih muih dan kek (adat bertunang di sana mmg takde bg pakaian dsb, makanan sj). perjanjian asal katanya 5 berbalas 7, tp last minit mak dia nak tambah plak lagi 2 termasuk kain ela. sudahnya aku pun kene tambah juga lagi 2..so 2 ni mmg bukan makanan, tp kain pelikat n baju kemeja. sumbat jugak masuk dlm kotak plastik tu since cousin aku ade standby lebih. tp yg peliknya, masa majlis kira2 balik hantaran laki jadi 9 plak..sudahnya 9 berbalas 9..haih, pening aku. takpela rezeki, amik je la kan.

cameraman:
no official photgrapher. aku sj nak save utk wedding nnt. so aku mintak tolong pakcik aku utk mengabadikan saat2 manis kami dgn menggunakan camera nikon D80 nye. boleh tahan jugak, cuma yg tak bestnya, gmbr kene edit dan print sendiri lah. sampai skang tak print2 pun..ahah..nak edit? lg la takde masa. yg frust skit masa ni, the first few pictures jadik kaler biru2..maybe ada setting kat mana2 yg tersilap kot. masa ni adik aku yg capture, since pakcik sibuk dgn perbincangan. so, kepada yg nak cari photgrapher, pastikan anda tak pilih org kuat majlis utk jadi photographer ok.kalau tak dpt gmbr biru mcm sy. haha.. seb baik la skit je gmbr yg biru2, yg lain meletops jugak. backup dgn camera lain jugak iaitu camera zetty, cousin aku n camera aku sendiri. tp dua2 backup ni lg takleh harap. aku punye goyang2 tahap gempa bumi, n zetty punya tahap blur gile sampai tak nampak jerawat aku..ahah

makan2:
jamuan utama utk mkn tengahari dimasak oleh mak2 sedara. utk minum petang, sumber adalah pelbagai, kebanyakkannya di sponsor oleh makcik aku yg sporting


hmm, mcm baru smlm je majlis ni..bleh igt lagi every details. kalau dah tua2 nnt bleh access balik tak blog ni?

lastly, to my dearest fiance "Happy Engagement Anniversary" dengan ucapan sampingan..tak sabar nak kawen.. :p
 
suka.hati - by Templates para novo blogger