Tuesday, November 23, 2010

10.11.10

its the arrival of our dear princess, Raisha binti Mohamad Fharid.

citer selanjutnya..nnt2 lah. or maybe in a new blog, kot?

nak tutup blog ni, make it a private space, ok tak?

Wednesday, November 3, 2010

i'm back

yes, i'm back after a few months of keeping silence..but, but...with a bigger body figure..which explains i'm still carrying this baby in my bump. duh..i almost reach my due date..in just 9 days from today..i always had this scary nightmare of delivering 'her' earlier than the scheduled date. so i ran back from kulai to my hometown alor star for 2 weeks earlier maternity leave (which i've already wasted 5 days of it huhu)..so guys, wish me luck..maybe in a few days i'll spread u the good news. prayers and love from u are most appreaciated. xoxo

Monday, August 30, 2010

kami adalah wonderpets

walaupun aku benci gila dgr lagu wonderpets ni, tp satu benda yg aku agreed pasal wonderpets adalah tagline mereka yg sgt popular tu..."Apa yang penting, kerjasama"...

biasalah, kalau dgr ceramah2 rumahtangga, salah satu yang perkara yang menguatkan hubungan adalah kerjasama. kalau masing2 berkira mcm mana nak hidup bersama..betul tak?

ada jugak yg kita dgr takpun kita tgk drama2 melayu asik2 pmpuan buat keje rumah, laki goyang kaki. pastu laki plak keje bagai nak gila, bini tolong mengabihkan duit. tp syukur la, laki aku tak mcm tu dan aku bukan jenis bini yang macam tu jugak. keje rumah, sama2 buat. tak payah nak berkira sape lebih sape kurang..cuci pinggan sama2 buat, lepas makan kalau ade pinggan..basuh la skali..tayah la nak berkira sgt. kalau memasak, laki aku pun sama2 kat dapur tolong potong2 apa yg patut, buat air ke. dah cukup ringan keje aku. waktu sahur je kadang2 dia tak bgn, sbb tido lambat tgk bola. lgpun kebanyakan benda aku dah prepare siap2 waktu mlm, tinggal nak menggoreng je.

kalau pasal berbelanja, aku pun tak pernah mengharap 100% duit suami utk beli brg2 rumah, pakaian semua..sama2 la kuar..contohnya, dia dah beli brg2 baby, aku beli brg2 dapur. dia belanja aku baju raya, aku belanja dia seluar jeans sepasang. kan sonok camtu. plg sonok bila ujung2 bulan dah 'short' tu, ngan sape lagi kita nak mintak kan *wink*

kalau pasal driving, nak jln2 or pegi mana2..aku pun tak berkira sgt sape yg memandu. maybe sesetengah org nampak pelik bila pmpuan yg drive kan. tp tade hal pun cuma kalau aku dah penat n ngantuk kami gilir2..untung ape dua2 bleh memandu..lagi2 perjalanan jauh nak balik 10 jam dari kulai ke alor star. takkan la kejam sgt kita nak suh laki je bwk kete, kita dok sebelah nyanyi2 bajet suara sedap sgt (eh mcm pernah buat je)

ni bkn nak memuji sape2, saje teringat nak buat entry mcm ni sbb dlm kepala asik dok nyanyi lagu wonderpets je dr pg tadi. pehal tah.haha..apa2 pun harap2 kami menten mcm ni sampai bila2.. :)

Thursday, August 26, 2010

checkup 28w

malas tul nak blogging skang ni. cam takde mood je. main game ade plak mood. hehe..

last monday gi checkup kat Klinik Kesihatan Kulai. alhamdulillah semua ok. uri pun dah naik balik ke atas. bagus, baby dgr ckp mommy dia ni. ari2 pesan suh dia tolak balik uri, sambil2 dok main tendang2 n pusing2 sampai geli2 perut aku (aneen yg suggest suh pesan kat baby kan?). blood pressure pun ok, normal. Hb pun ok..dulu asik turun je..skang dah normal balik. berat, turun 0.5 kg sebab gigih berpuasa. bagus2. berat baby je tatau brp, u know la klinik kesihatan tu..kalau aku tanya ape2 yg tak mampu diorg nak wat, dia sendiri suggest suh gi private. kalau aku gi private, dia bising plak kata membazir bayar mahal2. tu aku punya pasal la kan?

ari isnin depan plan nak gi pakar putri JB, nak buat 3d/4d scan. hasben sy siap amik cuti sbb alang2 selasa tu cuti merdeka kan. yahuu..dpt la berlama lama skit ngan hasben kat sini.

brg2 baby sy lum ade masa (ke sbnrnya malas?) packing dlm beg lg. tah la bila pk pasal packing ni, takut plak kang bersalin kat sini. tp kalau tak packing kang sape nak carikan brg2 aku kalau aku dah masuk wad. harap2 dpt la bersalin kat kedah sana..abih2 pun tak sempat biar la kat kl. takmola sorg2 kat sini, hakikatnya sy sgt gelabah nnt.

dah tgk2 kalendar n plan nak amik maternity leave awal. tp kena dpt kelulusan GB. harap2 Allah lembutkan hati dia supaya dia senang bg cuti. harap2 dpt la berehat kat rumah sambil menghitung hari. doa2 kan ye.

tu je la update skit on my pregnancy. doakan sy sentiasa sihat ye :)

Monday, August 16, 2010

Orange Cake!!

keinginan nak buat orange cake ni dah lama tp sbb takde mixer, maka saya bantutkan sekejap keinginan tu. tp sbb ini mungkin 'mengidam', jd keinginan tu terpaksa dipenuhi. sbnrnya aku mengidam nak buat kek ke nak mkn kek, tak pasti. sbb lepas buat..abis dah dibagi org, yg tinggal utk aku cuma hirisan2 kek yg lebih2 bahagian tepi je sbb mcm tak lawa plak nak bg pada org yg tepi2 tu..hehhe

ok, kak wirda kata sharing is caring..jd sape2 nak cuba bleh la..




Adunan utk loyang kecik (aku pakai loyang 16cm). kalau nak buat kek besar jamu anak 10, pandai2 la buat kira2.

Ingredients
250g butter
1 cawan gula kastor (aku punya sukatan dlm 3/4 cawan je..ikut nasihat doc)
3 biji telur ayam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1g parutan kulit limau (takde penimbang ok, aku agak2 je...parut 2 biji limau. sila guna limau sunkist dan sewaktu, bukan limau kedai ah seng musim raya cina)
3 sudu besar jus oren (aku tak pakai jus oren, aku pakai sunquick je dlm 4 5 sudu gitu..ikut sedap rasa la ye)


Methods:

1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul. (terima kasih encik suami tolong pukul sampai mabeles..gara2 takde mixer)

2. Masukkan tepung, jus oren/sunquick dan kulit oren, gaul rata.

3. Masukkan dalam loyang yg dah grease dgn butter (wah, grease gitu..pandai2 buat term sendiri)

4. Kukus selama 35 minit. Org kaya ade oven, sy tatau brp lama nak bakar. pandai2 la ok


senang je kan? selamat mencuba..

Sunday, August 15, 2010

menu berbuka day 2, 3 and 4

ni namanya entry tamak haloba..haha..biasala weekend ok, hasben ade..laptop pun malas nak buka, jimat elektrik katanya...

ok, seperti yg dinyatakan dengan tamaknya di atas...ni lah menu2 utk beberapa hari lepas

Day 2


ayam kunyit. aku tatau nape kat johor ni ramai sgt org suka mkn ayam kunyit? nape eh? (ayam kunyit sy ni cincai je, tak cukup bahan)


sambal sotong/telur..ni namanya sambal tamak..mula2 nak buat sambal telur, pastu terjumpa sotong kembang, rasa nak buat sambal sotong pulak..dah rasa nk mkn dua2, campur je sekali. haha (amaran: jgn cuba di rumah mertua, maksudnya jgn tunjuk sgt la anda tamak...dok sorg2 mcm sy takpe..)


Day 3

hari ketiga puasa terpaksa attend meeting kat PPD plak sampai ptg..dah malas nak masak sbb penat n masa tu demam. so singgah bazaar berdekatan (yang hampeh dan tak semeriah thn lepas)..tak byk choice dan yg plg pelik byk plak gerai Char Kueteow Penang, Char Kueteow Utara, Char Kueteow Original bla bla....hello? saya di negeri Johor Darul Takzim ok..tayah la nak poyo2 buat nama gerai awak mcm betul2 original from Penang. mcm aku tak kenal char kueteow mcm mana. disebabkan saya di negeri Johor Darul Takzim, saya memilih utk membeli...


lontong kering (googled). thn lepas punya sedap, thn ni punya tak brp sgt la. takpala, aku phm makcik tu puasa jugak, takleh rasa. tp the best is still lontong berkuah kot..



ayam percik (googled). bulan puasa kalau pegi bazaar, mata nampak ni je...



Day 4
yay, finally dpt berbuka for the 1st time dgn husband. tp yg sedihnya plan nak masak tak jadi sbb kitorang dah spend terlebih masa dekat Sarakids JB (nnt citer pasal Sarakids ni, best tempat ni). sembang2 ngan akak tu, tgk product tu, product ni..beli tu beli ni..skali tgk jam dah 5 lebih (kami disitu sejak pukul 2 kot) sampai kulai dah pukul 6, lauk pun tak beli lg..so hasben ajak mkn kat luar je.hehe...tp rasa bersalah plak sbb tak masak utk dia..takpe, sahur nnt akan sy masak bersungguh sungguh sampai terpotong jari..(mmg berlaku begitu sahur pagi td, hahha)


nasi ayam penyet (googled)..hasben punya menu..terliur tgk sambal belacan nya tuh..tp tak berani nak order sbb pedas,nnt terbakar perut aku. bleh tahan jugak sedap si penyet ni


utk sy, nasi ayam biasa je..(gmbr googled)..bleh la asalkan kenyang..tp nasi ayam penyet td lg mabeles la

menu day 5 (arini) apa plak? malasnya..hasben dah balik :(


Thursday, August 12, 2010

menu berbuka day 1

asik tgk gmbr makanan dlm blog si wirda, aku pun nak jugak la blog berunsur makanan. tp aku bukan nak kongsi resipi macam wirda-sbb-dia-pandai-masak, pasal smlm aku berbuka ala bujang bersama rakan2 bujang yang lain. aku cuma nak menunjuk nunjuk je, sbb aku aim puasa penuh ni tahun ni. conpem bleh buat 30 entry dgn makanan berbeza. eh conpem ke penuh?




menu typical bujang - nasi goreng daging merah



fresh orange tanpa gula dan kurang ais
(sy yg mengikut nasihat doctor)




moist choc cake, buatan rakan bujang. (gambar nak yg tempting je)

*semua gambar adalah hasil carian google, sori tak save link ye.

resipi utk menu 1 dan 2, sila berkunjung ke kedai berdekatan. compem ada. resipi menu 3, bleh beli tepung kek coklat segera.

menu day 2? haa tggu la pas buka posa kang. arini masak cincai.

Sunday, August 1, 2010

lihatlah perbezaannya



ni masa 13 weeks. perut pun kecik lagi. baju yg dipakai masa tu, dah sendat gila kalau pakai skang neh. tak pun rabak terus. muka cengkung, huduh plak tu. pucat lesi.berat masa ni 39 ke 39.5 gitu je. time ni baru nak recover dari morning sickness.




ni yg latest, baru smlm. dah masuk week 25. hah sape kata tak nampak perut, mmg something wrong with your eyes. bulat. dah mcm bola sepak. nak bernapas pun sesak. muka pun dah bulat skit. berat masa timbang last week 46.5 kg. selera makan, toksah citer. dah terlebih berselera. (elok sgt la amik gmbr pun kat kedai makan). kalau muka bulat mcm ni pas bersalin, comel tak? haha.. teringin jugak nak muka bulat

Tuesday, July 27, 2010

berat badan

sebelum kawin, berat = 41 kg

selepas sebulan dua kawin = 43 kg

selepas sibuk bekerja dan penat berulang alik ke pangkuan suami = 41 kg

selepas mendapati dirinya mengandung = masih 41 kg

selepas mengalami alahan = 39.5 kg

selepas beberapa mggu mengalami alahan = 39 kg

selepas habis alahan = 41 kg

selepas sebulan habis alahan dan berselera makan = 44.5 kg

selepas seminggu dan ke klinik utk check up = 44 kg

selepas 2 mggu dan ke klinik lg = 46. 5

persoalan, normal kah begini?

ini bermakna..selepas pantang sy kena mulakan program diet, which..sy tak pernah terlintas nak berdiet ok seumur hidup sbb dah biasa Underweight hahaha. ok, saya mau berat idaman 45 kg selepas bersalin dgn shape yg menarik. oh sy sukakan bontot sy skarang, plis excuse me for that. :D

Monday, July 26, 2010

ade org tu......................

*ini entry umum, saya tak ckp pasal sape2. nak emosi, gi main jauh2. bg chance aku emosi plak di pg isnin yg suram ni

ade org tu..........
bila dah jenis tak puas hati, dlm hati dia mmg tak puas hati je..kita buat btul pun tak puas hati, buat tak btul pun tak puas hati. jadi perlu ke nak puaskan ati org mcm ni?

ade org tu.........
tatau nak hargai apa yg kita buat atau bagi pada dia. bila kita bagi, masih tak cukup or meminta minta lg.

ade org tu..........
suka rasa diri dia je yang betul. ape org lain buat semua salah. pdhal yg dia buat tu pun tade la bes sgt pun

ade org tu.........
ego. taknak mengaku kesilapan sendiri atau lebih mengharap org lain yg mengaku silap

mmg dlm dunia ni ade mcm2 org. ade yg bleh kita layan, ade yg tak bawak faedah pun kalau layan. ade yang nak tak nak pun kena layan mcm biasa jugak. ape pun...sabo je la.

ok, mari bekerja :P

Thursday, July 15, 2010

Placenta Previa


placenta previa @ uri bawah

skang dah masuk mggu 22. (esok dah 23).baru2 ni pegi checkup, doc diagnosed uri dah turun ke bawah tp masih di tepi. aku agak mcm gambar yg ketiga tu kot sbb kalau yg pertama atau kedua tu, dah tentu ade bleeding. week 18 dulu pegi scan, doc tu ckp mabeles lagi position janin n uri, meaning uri masih di atas. tatau la bila masa dia start turun ke tepi. skang ni kena sgt2 be careful supaya bila janin makin membesar, dia akan tolak balik uri tu ke atas. kalau lasak2 sgt, susah dia naik balik. tp jaminan 80% akan naik balik. insyaAllah, kena yakin dan redha

lasak sgt ke aku ni? takde pun aku buat keje berat. week 18 tu aku masih cuti sekolah 2 mggu. pas cuti skolah sibuk pindah umah sewa baru kat kulai since tak dpt transfer. takde pun angkat barang berat2 sbb ade mama, abah n hasben tolong buatkan. plg berat pun mop lantai je. tu pun takde la beriya sgt. satu lg skang ni baju2 semua hantar dobi je, kecuali yg delicate n kecik2 tu je nak dibasuh sendiri. washing machine mmg takmo beli sbb hasben dah beli sblm kawin. kalau beli lg nnt dpt transfer satu hal pun nak angkut n nak buatpe tah washing machine byk2.

kalau kat skolah, waktu ngajar kalau rasa dah penat berdiri,aku duduk jugak. tu pun tgk keadaan dan keperluan la. cuma yg tak bes, ari2 kena panjat tangga, sambil galas beg laptop n bawak buku lesson plan yg tebal n berat dekat 1/2 kilo kot (ok, exaggerate). tp kdg2 rasa penat nak naik tangga gi kelas, aku panggil budak2 blaja kat bilik guru. start mggu ni, laptop n buku lesson plan 1/2 kilo tu aku suh budak yg bawakkan ke bilik guru. wah, mcm mak datin aku ni. so, aku saspek kelasakan aku disitu la kot. pasni, mana yg bleh dikurangkan, kena la kurangkan skit.

masuk 7 bln nnt doc nak scan balik nak tgk uri dah naik blum. harap2 tu normal balik la. kalau masih di bawah, bahaya..risiko bleeding n kurang darah. nak baca more info bleh baca kat sini .

skang baru paham kenape org kata pregnant woman takleh buat keje berat2. agak lembab di situ. ngeee. tp skolah aku bleh je suruh aku join kursus kawad kaki, ape kes? bodo? nih buktinya



dah mcm makcik sakit pinggang gaya aku tu. ade hati lg nak kawad. tp don't worry guys, 5 minit pastu dah kena kuar baris sbb jurulatih (jurulatih luar yg baru kenal haritu) paksa kuar baris tak bg join sbb taknak tanggung risiko. so ape kes warga skolah yg dah tau aku 5mths+ pregnant still nak include nama aku dlm kursus..ok aku emosi.

Monday, July 5, 2010

ini dia..

selepas 6 bulan lebih2 berkahwin, baru sebok nak menunjuk album kawin mcm org baru kawin.


the cover


getting ready for nikah. tiada langsung kecuakan di wajah saya


mic tak berapa clear, tak sempat nak rasa nebes. end up
muka hepi sepanjang masa


saya menang moto...


tak dpt shot masa btul2 sarung cincin sbb ramai penyibuk di yg
blok camera. ni je yg plg cun wpun aku benci tgk senyuman durjana
aku tu


suka semua ini, hasben trus muka kepuasan berbanding
gmbr2 sebelumnya


buang taik mata :p


balik2 pose tegak


merenjis. byk sgt, page nampak crowded sudah


makan biadab


suka!~


hantaran


family, both sides


outdoor kesukaan


outdoor kesukaan part 2

itu saje, sekian.. selamat pengantin baru.. :p haha

Tuesday, June 29, 2010

selera tak sama

tajuk direct to the point, senang.

selera kami suami isteri, mmg berbeza. suami suka mkn ikan..ikan goreng, ikan asam pedas, ikan stim...sy suka mkn ayam..ayam goreng, ayam masak merah, kari ayam (sah2 anak mamak), tomyam ayam.

suami suka mkn sup, saya lebih suka kari (anak mamak). kalau mkn nasik, sy lebih suka nasik sy tak nampak warna putih lg dah..maksudnya, dah ditutup kuah kari berwarna kuning, atau masak merah, atau masak kicap. suami lebih suka nasiknya masih warna putih.

suami suka mkn sayur. sy kurang mkn sayur. tp sy mkn jugak kalau sayur tu dimasak sedap. sy lebih suka sayur goreng, suami suka sayur masak air.

jadi mcm mana kami mkn bersama kalau selera tak sama? sbnrnya, kami mkn je ape yg ade, mujur dua2 tak memilih sgt. kalau sy yg masak, sy campurkan dua2 selera supaya dua2 bleh makan. tp kalau mak mertua yg masak, sah2 la selera ikut selera diorg je. huhu pdn muka sy.

tp bila mkn kat kedai, nape selera kami bleh jadi sama? sy suka lasagna, dia suka lasagna. saya suka stimbot, dia suka stimbot, sy suka chicken chop, dia suka chicken chop. jadi, marilah kita mkn mewah selalu. haha

*sebenarnya td adalah nak google resipi ikan cencaru, sbb ade ikan lebih dlm peti, tp sy tak suka mkn ikan, jd buatpe nak cari resipi? suami sy bukan ade sini pun arini.

Friday, June 25, 2010

20 weeks. i'm halfway thru

alhamdulillah, i made it until 20 weeks, tanpa sebarang masalah besar setakat ni. alah2 pun dah abis. kalau tak silap start alah masa masuk week 6 n ended at week 13. 7-8 mggu gak tu, adoi.masa week 13 dah kurang loya n muntah, tp time tu bleh kata ari2 pening. skang pening pun dah kurang. kalau ade pun jarang2 sgt. selera makan mmg menjadi jadi, nasib baik bleh control lg sbb duduk sorg2, so takleh nak mengada sgt request yg tu yg ni. hehehe. kalau teringin kena cari sendiri or masak sendiri, baik bantutkan je keinginan tu. haha.

skang ni waktu peak lapar adalah waktu pagi. kalau pagi2 tak dpt perut siap bunyi2. tp kalau terlebih mkn, rasa perut mcm dah sendat sgt, nak bernafas pun susah. huhu

haa, ckp pasal sendat. rasanya dah sampai masa utk transform ke maternity dress. eii, segan rasanya nak pakai maternity dress, tp kain baju kurung semuanya dah tak bleh nak kancing lg dah. yg baru buat pun dah takleh nak pakai. tak larat dah rasanya nak seksa diri pakai gak kain tu n bukak kancing bila dlm bilik guru. kat skolah ni waktu rasmi mengajar takleh pakai seluar (sekolah2 lain pun sama kot). kalau tak bleh la gilir2 pakai maternity pants n blouse, tak la nampak mcm makcik2 sgt..hhahaha (eh, no offense ye..sy berckp pasal diri sendiri)

a few days ni, dah bleh rasa baby bergerak ke sana ke mari. adakah dia sedang swimming? atau bermain futsal seperti papa dia? tatau la. tgh2 driving dok ketuk2 pintu perut, haih..buat terkejut je. nak2 plak time tu tgh syok 'corner baring'. maybe dia tgh remind suh berhati-hati di jalanraya kot. :p

masuk week 18 aritu gi scan. gender dah dibgtau oleh doc, tp aku cam malas nak mengharap sgt. takut lain plak nnt. so tggu la sebulan dua lg, scan balik. nampak dr scan, alhamdulillah dah complete n sempurna anggota dia. jari jemari dia yg cute2 tu buat aku rasa nak gigit2 je. geram! kaki pun sibuk menendang nendang, mmg sah la ikut perangai bapak dia ni. mlm jumaat je sibuk main futsal.

tu je update terkini. good news, this blog is open back to public. (temporarily or permanently tatau, tak decide lg). ok nak prepare utk kelas plak jap lg.

Thursday, June 10, 2010

kenape???

apesal sejak2 privatised blog ni, dkt link dlm blog org lain jadi tak update? hohoho

nak buat camne. takmo open to public balik

boring ah camni!

Monday, May 31, 2010

Jika ini ketentuanNya, aku redha...


Permohonan pertukaran anda ke W. Persekutuan Kuala Lumpur tidak diluluskan.
Sila cetak surat di bawah dan kemukakan satu salinan kepada Pengetua/Guru Besar.



kecewa, sedih, risau. tu je dalam kepala

kecewa & sedih sbb sy tau sy layak. ikutkan syarat saya dah terlebih layak..mengikut suami dan berkhidmat lebih dr setahun di daerah/negeri semasa. ni dah nak masuk 3 thn dah sy kat sini. dah naik bosan dah.

risau. penempatan semula adalah thn depan, januari 2011. masa tu sy dah abis berpantang pun. jd di mana sy nak bersalin? adakah di johor, nnt ic baby sama ngan ic bapak dia plak.

dah pun naik putrajaya, buat rayuan apa yg patut. doakan supaya masih ada peluang n rezeki utk saya. dah habis air mata nak bersedih sedih. kesian ngan mama abah yg siang malam asik kol sbb dah mula risau duduk sorang kat sini.

apa2 pun sy tawakkal dan sy redha. mungkin Allah ada rancangan yg lebih baik utk saya.

Thursday, May 20, 2010

allergies

puan-puan yang budiman,

kalau kita ade certain allergies to some food, kalau kita termakan atau saja2 nak makan atau teringin gila nak makan, ade effect tak pada si kecik yang dikandung?

aku allergic pada daging kambing sejak bila tatau. tp mmg mak aku 'prohibited' aku dari memakan kambing. masa kat MMU dulu, aku pun saje2 la nak try daging kambing. mana la tau, masa kecik je mak tak bg mkn, dah tua2 ni ok kot. so try makan nasi beriani gam sblh Uniten tu, berlaukkan kambing kuzie gitew~.. effectnya tak payah amik masa lama, mlm tu jugak aku menggaru seperti beruk mat yeh (eh lama tak sebut nama beruk ni). mlm tu jugak ade bintik2 kecik dah start kuar kat muka n paling teruk di betis. berminggu minggu plak tu nak ilang. perh, hazab gila la dia punya miang. jadi, sy yakin sy adalah allergic pd daging kambing.

tp kalau mkn lamb, allergic mcm kurang skit. yg ade mcm bintik merah di muka. utk jangka masa sehari dua je. kdg2 cuma rasa gatal2 je skit tp cepat ilang.

jadi sebenarnya aku nak tanya, bleh tak nak mkn Grilled Lamb Chop weekend ni? hehehe.

*owh, cerita kambing td ada kena mengena dgn mcm mana aku bleh tau aku pregnant jugak. tp tak citer2 pun lg detik2 tu..perlu ke citer?

sila jawab kedua dua soklan la kalau rajin.

Friday, May 7, 2010

trimester 2 sudah

alhamdulillah, sedar tak sedar dah masuk trimester 2 bermula arini (mengikut calculation dr LMP).

sehari dua ni aku rasa mcm cram skit, mcm rasa nak period. agaknya baby tgh membesar n amik ruang dlm uterus kot.

pastu dari ari khamis lepas sampai ke hari rabu, migrain yang teramat la sakitnya sampai rasa nak tergolek golek je. biasanya kalau migrain, sapu balm, telan ubat, tido. settle. tu sblm pregnant. skang ni, sapu balm tak bleh, ubat migrain langsung la tak bleh. harap paracetamol sebijik dr klinik, tak ilang2 jugak migraine tu. maunya tak tergolek sakit sampai saja2 amik kapas basah letak atas mata sbb rasa berdenyut sampai dlm mata.

ok ni jijik skit. ari selasa lepas, tgh syok2 mkn nasik. time ni mmg kepala berdenyut tak ilang2 since ari khamis lepas lg. tanpa rasa loya bleh je tiba2 termuntah dlm pinggan nasik tu. byk plak tu. trus la berlari2 nak ke toilet, tu pun tak sempat. sib baik ade plastic bag dkt pintu, trus sambar n muntah dlm tu. biasanya kalau aku migraine mmg aku muntah, tp yg peliknya dah muntah sebegitu byk pun tak ilang2 jugak sampai esoknya.

sib baik smlm dah ok. arini pun ok. skang ni selera mkn pun better dr sblm ni, tp masih memilih gak. maybe tak lama lg okla kot.

Saturday, April 24, 2010

prestasi menurun

dah lama rasa tak update. sbb sibuk main cafe world plak sekarang ni. lagha..lagha..hehe

malas nak type panjang2, jap lg ade kelas. jumaat lepas dah buat BSP checkup (cucuk2 4 kali) and result semua ok. takde naik sampai 6 lebih, menandakan GDM (G...Diabetis Mellitus, G aku lupa stands for ape, malas nak google). masih di tahap under control. tu pun sbb aku control mkn gila2 semingggu tu. takde amik yg manis2 langsung. result ke 3 je yg ade naik skit ke 5.1, tu pun sbb lunch mkn nasik. susah jugak nak jaga mkn mcm ni.

ari sabtu, lepas gian nak mkn manis. nak cari mcflurry berry tp kat jusco tebrau city takde mcd (boleh?). so melantak 1 scoop icecream kat secret recipe n beli lg walls sekotak. gile, tak insaf2.

ari isnin, 1st baby checkup. masa ni perasan byk yang dah menurun. berat turun another 0.5 kg. aku igtkan dah naik. sbb rasa selera dah ok skit skang ni. Hb pun turun bawah 11. erk risaunya. dah scan baby tp kecik lg.tp nampak la bentuknya mcm manusia. hehe. EDD yg scan pun lebih kurang sama dgn EDD yang nurse kira, alhamdulillah.

ari selasa, kena panggil lg ke klinik (aku dah bosan) utk meet up ngan dietrician (tul ke istilah ni?). punya la bosan dgn ceramah dia. dia siap bg list menu utk ibu2 yg berisiko GDM ni. menu tak menarik langsung! sup, rebus2, biskut, oat. erk tak bes la kesimpulannya. kdg2 je aku ikut. cuma aku just jaga dr segi sugar intake je sbb dah kena brainwash ngan doctor. elleh, mcm la aku ni pesakit diabetis tegar. :p

tu je update utk mggu ke 10 ni. actually skang dah masuk mggu 11, owh owh lg seminggu dah 12 mggu, dah abis trimester 1 la yek. ok chow dulu, budak2 ni bising mcm berniaga kat pasar malam. nak pi tampo jap

Monday, April 12, 2010

cik adik manis

ari ni dpt call dari klinik kesihatan kulai, bgtau result test gula dlm darah yg aku buat last week. agak2 kalau sampai tahap klinik kol, result bes ke tak bes? hehe

bacaan gula utk 1st darah before minum glukos = 4
bacaan gula utk 2nd darah after minum glukos (after 2hrs) = 8.3

nurse ckp biasanya kalau normal, 2nd darah patutnya around 7 je. tp aku punya pas 2 jam pun tak turun2, maka bleh la aku kategorikan diri aku si pesakit diabetis kecil-kecilan. ya, aku mmg binti abd kadir. hahaha

terus nurse set appointment utk check darah lagi hari jumaat ni. cis, rosak plan aku nak balik seremban. sgt rindu rumah seremban. darah nak diambil 4 kali. sekali pukul 8 pg, then kul 12tghari, 6 ptg, n last 10 mlm. persoalannnya, kuat ke aku utk diambil darah byk2 kali ni? tgk darah pun pening.

emotional support plak mcm mana? kuat ke aku utk pergi ke klinik 4 kali tanpa berteman, nak2 yg kul 10 mlm tu? huhu.

jgn kesiankan aku, jgn mention husband aku jauh, ok?

*tajuk ok tak? :p

Thursday, April 8, 2010

stressful moment

i went through a great depression this morning, and i know it's not good for my baby.

mummy is truly sorry for hitting u with the emotion.

it won't happen again, i promise.

looks like i need to equip myself with a lot of patience, doa n zikir for a peace of mind.




*sy stress sbb ada urusan penting yg di buat sambil lewa oleh orang lain, sgt terkilan. cerita di lain entry

*since pagi tadi, perut senak, sakit. jgn lah sbb stress pagi td, ya Allah.

Monday, April 5, 2010

demam!

masuk je minggu ke-8, suddenly kena demam selesema. bgn pagi2 rasa mcm tekak dah bengkak n sakit gila. bila cuba kuarkan kahak, kuar skali dgn darah. maknanya dah luka lagi. aduh. igt just demam selesema biasa, so truskan jugak pegi keje pagi tu. nasib baik tumpang hosmet pegi sama2. bila dah dekat tghari suddenly badan rasa lemah gila, panas, sakit kepala, semua la all in one. trus kol mama, sampai nangis2 sebab rasa mcm tak tahan sgt dgn sakit tu. (biasanya kalau aku demam, mmg suka mengadu kat mama atau husband sampai nangis2 haha)

masa kat skolah pun dah muntah skali. pastu cuba makan nasik lemak yg dibeli dekat kawasan umah pg tu. perh langsung tak bleh masuk, nak plak nasiknya mcm lembik2 skit. trus tak jadi mkn. dah tak keruan nak buat mcm mana, turun kantin, mintak akak kantin tu buatkan air asam jawa. pastu, pong pang pong pang la dia membebel kat aku sbb dia kata bahaya minum masam2 ni. langsung dia takmo buat. huhu, pujuk2 dapat air limau nipis cair2 segelas. naik balik bilik guru, kol mama tanye bleh minum ke tak. pun kena pong pang pong pang jugak. huwaaa. tak keruan aku

kul 12 tepat trus chow dari skolah (owh ari itu adalah ari jumaat, skolah abis awal ok). sampai umah muntah lagi dgn kuantiti yg agak banyak. biasanya tak pernah muntah byk2 pun. dah rasa lembik gila, trus masuk bilik tido. ptg tu pegi klinik. mlm tu sambung lg dgn muntah yg plg byk sepanjang pregnant ni. dah, trus rasa mcm.. pas ni sumpah takmo muntah lagi. hahah

esoknya, sabtu, nasib baik cuti. takde aktiviti kat skolah. pagi tu buang kahak lagi, masih ade darah. tekak pun bengkak lagi. tp ari tu dah bleh makan nasik balik, cuma lauk simple2 je. ptg tu dapat jumpa husband sbb dia dtg jb. sejurus lepas jumpa tu, trus ok, takde loya, takde muntah. makan pun byk. sampai ke ari ni loya2 n muntah dah takde. tp yg tak besnya, idung tersumbat, berhingus n batuk. sampai rasa mcm susah nak tido. harap2 loya n muntah dah takde lg, sbb skang ni dah dapat makan balik mcm biasa. yay!

doa2 kan la sy cepat sembuh dari demam ni. kadang2 idung tersumbat sampai dua2 belah, tatau nak bernafas camne. nak guna mulut, tekak jadi gatal n batuk2. haih.

Wednesday, March 31, 2010

strategi

skang ni dapat juga makan nasik skit, dgn syarat ade air oren. kalau dpt oren sunquick dibancuh super pekat tanpa gula, mesti sedap.

lauk mesti kering kontang tak berkuah. masak lemak, sori. bau dia saje dah menyengat sistem paru2 sy :p

lauk di kedai, langsung takde selera nak makan. akibat, hari2 kena pikir nak masak ape, huwaaa..malas!

bila rasa loya, kunyah gula2 guava (kaler hijau yg chewy2 tu), minum vitagen (pun kaler hijau jugak). maaf hijau bukan warna feveret sy, kebetulan sj tu.

kalau rasa nak muntah, buat bodo saja. kecuali dah tak bleh tahan lagi

alhamdulillah, berat dah naik balik 1 kg kot. okla tu drp turun lg dan kena bebel ngan nurse nnt.

skang ni tgh teringin nasik kerabu lauk daging bakar dan solok lada (amboi, td baru cite pasal loya2 :p)

Friday, March 26, 2010

vitagen

surprisingly, minum vitagen bleh mengurangkan rasa loya (pd tekak sy la, org lain sy tatau).

plg berkesan, vitagen kaler hijau. (perisa apple)





takpe kan minum vitagen tgh2 pregnant ni?

*teringat zaman skolah dulu van vitagen dtg skolah. berebut-rebut nak beli, sebotol 50 sen

Tuesday, March 23, 2010

@ 6 weeks +

skang dah mula rasa loya-loya, muntah jarang2 skali tp skali dah muntah sampai luka tekak.bila ludah ade kuar darah skit. eii ngeri. nak telan air liur pun rasa sakit.

pening-pening tu ade, tp bleh tahan lagi. maybe sbb mengidap migraine, so sakit kepala skit2 tu masih bleh tahan tanpa perlu sapu minyak angin dan sbgainya. harap2 macam ni je sampai bila2. jgn kena migraine time2 camni dah la.

dah mula tak lalu makan especially nasik. isk, nak telan pun rasa susah. yg peliknya kalau dpt makan steamboat ke char kueteow ke western food ke bleh plak bantai, loya2 semua hilang. ceh memilih btul. hahha

penyakit tido masih kekal. pas maghrib je mesti dah tumbang. terpaksa bgn seawal kul 5 pagi utk solat isya'.

blum bukak kad lagi di klinik kesihatan. kat skolah ni bz je, asik meeting tak abis2. ari2 balik lambat. plan nak pegi minggu ni tp minggu ni bz gile. ahad pun keje, ding dong!

p/s: mummy2 sekalian tolong suggest apa yg patut dimakan during early pregnancy ni. at the moment just amik obumin n acid folic.6 weeks dah bleh start minum susu?

Thursday, March 18, 2010

berdua lebih baik?

bertiga pun baik gak kan?


:)

Thursday, March 11, 2010

i feel u..

sungguhpun kamu jauh, tp terasa dekat

*kamu = lakiku


nak muntah? silakan. :p

Wednesday, March 10, 2010

penyakit

skang ni ade penyakit baru. penyakit banyak tido. no matter what time i go to bed, end up keesokan harinya di tempat keje, aku tetap mengantuk. kadang2 sampai out of control. bleh tertido dgn senang2 nya walaupun cuma letak kepala atas meja. balik keje, mesti nak tido lagi kurang2 sejam atau dua jam.

untuk menambah cerita, tido sejak pukul 9 mlm sehingga 1 tghari keesokan harinya di hujung minggu yg lalu adalah satu kenikmatan yg jarang2 dapat dirasai. (ketika itu suami di KL, sy di Kulai)

badan tak rasa letih, tp mata berat tak dpt kawal la.

nih mesti keje setan ni. mari hambat setan. hehe

Saturday, March 6, 2010

belum ada berita

em belum lagi dgr apa2 berita mengenai permohonan pindah antara negeri untuk cikgu2. tah la bila nak kuar permohonan online tu. maybe awal april kot. rasa dah tak sanggup nak duduk sini lagi. makin lama, emosi makin terganggu. duit pun dah byk abis asik ulang alik kulai-kl @kulai-seremban. pegi balik pun mau RM70-80, seminggu. tu pun dgn bus. kalau balik ngan kete, campur tol campur minyak..haa.bila dah selalu balik weekend, badan plak penat tak bermaya. bayangkan lah, ari jumaat, abis skolah pukul 12. kalau nasib kami baik dapat la trus cabut. kalau nasib kurang baik, sekurang kurangnya setengah jam atau 45 minit ada taklimat guru. dekat2 kul 1 baru nak kuar dari skolah. perjalanan dari skolah ke rumah sewa dah hampir 20 minit. tu pun kalau tak payah tunggu lama dekat traffic light ataupun bagi laluan org melintas jalan depan masjid utk solat jumaat. kurang-kurang setengah jam baru nak sampai. kira balik, 1.30 baru la ade di rumah sewa. mandi ala2 kerbau, kurang2 pun 10 minit. nak bersiap lagi, mau paling cepat 15 minit. 10+15 = 25 minit. tu maknanya aku dpt kuar dari rumah nak ke stesen bas pukul 1.55 tghari. dan bas aku pukul 2 ptg! nasib baik stesen bas hanya sekangkang kera dari rumah. sampai stesen, tercungap cungap jugakla. naik bas, belum masuk tol lagi, konpem dah tertido sampai ke kl.

mggu ni aku rasa rilek skit sbb tak balik. tp tak bermaksud aku tak rindukan suami. gila ke tak rindu suami sendiri.

apa pun, aku masih perlu pindah. aku rasa emosi aku dah makin teruk skang ni. walaupun diluar org nampak hepi, tp dlm hati aku je tau. dan sampai ati GB aku ckp, sayangkan suami, tinggal-tinggalkan. tak semudah itu, encik, kecuali kalau aku kena kahwin paksa!

Thursday, February 18, 2010

Bulan Bulan

2 bulan sudah~

sedang enjoy menjadi housewife utk seminggu.

rutin harian, mengemas, membasuh (menggunakan mesin otomatik, of kos), seterika baju, memasak bersama mak (seperti biasa, buat2 kalut basuh pinggan bila mak nak masak dgn harapan tak disuruh masak dan dipantau), melipat dan menjemur baju dan lain2 perkara rutin yg biasa mama buat. hhuhu..jadi cikgu lagi bes dari housewife kot. nak tunggu suami balik keje rasa lama sgt ler.

harap2 dapat pi makan char kueteow mlm ni sebagai upah rajin :P

(tp dengar2 mak nak masak lagi malam ni huhuhu, nape mak aku rajin sgt masak ni?)

Wednesday, February 3, 2010

how do i spend my weekends?

demam dah makin better. sore throat pun dah ok, bergelen gelen air aku minum sampai asik nak ke tandas je. cuma kadang2 denyut kat kepala dtg n ilang, ditambah lagi sakit di pinggang sampai nak baring pun tatau posisi ape yg selesa.

ok, back to the topic. saje nak share mcm mana sy abiskan weekend sy selepas bergelar istewwii :p. sementara ade mood nak menaip since pas kawin blog ni mcm dah ilang arah tuju je. hehe. rasanya semua org pun tau yg sy ni distant wife. sy tak gelar diri sy weekend wife, pasal ade gak weekend yg sy tak dpt jumpe ngan husband sy pun :(

ok 1st weekend: kami bermalam di rumah mertua di seremban pasal esok tu nak balik kulaifornia utk memulakan tugas bg sesi 2010. first time tido umah mertua as a wife. sblm ni dah 2 kali aku tumpang tido umah tu masa bertunang. sekali sbb nak balik kedah dgn in-laws and sekali lagi sbb nak balik beraya, tp gedik nak berbuka dulu ngan ex-tunang, akhirnya dah lewat malam dan dipaksa tido di rumah mereka. keesokan pagi kami bgn around kul 8 pg (dlm erti kata lain, kami termiss subuh haha) sbb drive dr kedah tu konon2 agak memenatkan. pagi2 ayah dah tegur, dlm niat bergurau mungkin.."nape lambat bangun?" aku sengih je sbb takde jawapan yg sesuai. malas nak menjawab dgn org tua lagipun. so the next morning, kul 9 pg kami pecut balik kulaifornia, sampai cun2 kul 11. pegi beli broadband seketoi kat tesco, trus ke larkin antar si suami balik seremban balik naik bas kul 2 ptg. purpose nya di sini, si suami cuma meneman aku bawak balik kete ke kulai. itu saje..sblm ni tugasan meneman adalah mak dan ayah aku, skang dah bersuami kena la dia plak temankan.

2nd weekend:
selepas seminggu berhempas pulas dgn mesyuarat awal tahun dan keje2 persediaan awal tahun, aku trus shoot balik seremban dgn kelisa rempit aku. asalnya nak balik dgn bus, tp tiket plak sold out. jadi cuba2 memberanikan diri utk balik sorang2 dan alhamdulillah, selamat. duduk umah mertua mmg perut tak pernah lapar. hihi. sampai2 je dah siap2 ade hidangan nak dimakan. mak mertua aku mmg jenis suka masak n lauk feveret dia kalau masak mesti ada ikan masak asam pedas.



aku sebenarnya tak keen sgt dgn ikan, tp sbb nak jaga ati maka aku makan jugakla dan lama2 aku rasa cam dah tak kesah, ikan pun ikan la janji perut aku kenyang. hehhe. esoknya tu kami balik ke muar, kampung diorg. segan jugak mula2 pasal dah bertandang umah sedara2 sedangkan blum lagi majlis bertandang masa ni. tujuan balik kampung, nak mengedar kad jemputan dan ada lagi satu tujuan yg aku sengaja buat2 lupa sbb ada memori yg tak brp bes (rujuk entry majlis bertandang)

3rd weekend: mggu ko-kurikulum dah bermula dan aku tak dpt balik ke seremban mahupun selayang. balik alor star lagi jgn mimpi la. huhu. 1st time tak balik, mula2 igtkan ok. rupanya tak bes jugak. mmg sgt rindu-rinduan lah. ye, kedengaran agak gedik di situ, tp tu mmg hakikatnya. tak percaya pi la try. ditambah plak masa tu aku migrain2 n muntah2, rasa sedih sgt sbb takde sape nak tengokkan. ok, tak suka minggu ketiga ini.




4th weekend: balik selayang dgn bus sbb si suami ada hal nak setelkan pd hari sabtu. ptg sabtu, baru kami balik seremban. mcm biasa makan byk sampai kenyang. hihi. mmg bes la balik seremban. masuk minggu keempat baru la aku berani nak cari penyapu tolong2 kemas rumah sbb dah tak rasa kekok sgt. lgpun bila kita dah duduk umah mertua, takkan nak rilek je kan. dah la masuk dapur setakat tolong basuh pinggan n potong2 bawang. hehhe. mmg untung aku dapat mak mertua rajin masak, aku cuma tolong bahagian housekeeping je hehe


owh, kucing kami tak tolong mengemas pun

5th weekend: adalah majlis bertandang yg sy malas nak citer. sy amik cuti sampai selasa. ari ahad semua sedara dah balik. so tinggal la kami 4 beranak sibuk mengemas rumah, mop lantai simpan balik pinggan mangkuk, periuk belanga yg dah dibasuh. sampai tgh malam jugak la buat semua tu. aku plak dah makin berani pakai washing machine umah mertua. sblm ni sanggup aku bawak balik baju busuk ke kulaifornia. rasional? tataulah. mungkin takut mak mertua yg sidai baju aku kot. owh, owh. mlm tu dgn tiba2 mak mintak buatkan sayur kobis. owh, dan2 jadi tak reti bila ada org pantau. haha. yg tak besnya pasal takde letak kicap, sbb sy suka makan makanan berkicap. tp diorg tak brp plak makan kicap2 ni. huh




sblm balik ari selasa, sayur plak semuanya dah abis. yg ada cuma tomato yg lebih2 masa kenduri. aku pun pandai2 la buat kerabu tomato hentam2, nasib baik jadik. nasib lagi baik pasal diorg tak pernah makan kerabu mcm tu. (kat kedah, mcm2 jenis kerabu ada). dpt la pujian skit dari suami n mak. ayah? mcm biasa..kool2 je. masak ape pun dia makan tanpa sebarang rungutan.




6th weekend: yeay, wiken paling bes sejak bergelar isteri. dpt spend full weekend dgn husband alone kat selayang celebrating his 30th birthday.




plan asal igt nak beli kek kecik2 utk mkn 2 org mlm tu, tp sampai kl agak lambat due to traffic jam melampau (clashes with thaipusam dgn hari wilayah membuatkan org ramai begitu teruja bercuti). last2 kitorang pi mkn kat kedai seafood kat tepi apartment mewah kitorang tu. dpt jugak mkn kueteow hongkong yg diidam-idamkan selama ni. keesokan harinya, baru la celebrate btul2 his birthday. late lunch dgn steamboat and movie at the curve. kami pi layan citer Adnan Sempit yg mmg ngok abis. mmg penat la gelak.



aku pun mmg taknak tgk citer serius2 ala2 lawan2 tah hape2, buat rosak mood je kan. husband yg request nak tgk Adnan Sempit, aku ok kan je.. bleh gelak2 release tension. Sunday, kami mmg awal2 plan tak nak jln, nak duduk umah je. kemas umah, and masak. lepas kawin ni, mmg syok je nak masak utk suami. kalau kat umah mertua cam segan skit, rumah sendiri bleh la buat ikut suka. hasilnya tghari tu dpt jugak dia makan ikan bawal sweet sour (ikan bawal suami yg siang haha), kangkung goreng belacan and telur dadar.




walaupun simple, tp si suami tambah 2 kali jugak. lega rasa. seronok. tayah beli kete mewah cap ferrari pun utk buat aku bahagia.


7th weekend: adalah ujung minggu ni, dan sy kena kerja ari sabtu dan ari ahad. tatau lagi si suami nak dtg sini ke tak. kalau dtg pun takut sy tak sempat nak layan dia sbb bz dgn keje. emm..

8th weekend: really looking forward for this week sbb nak balik home sweet home taman setia berjaya, alor star. sejak kawin, ni la baru nak balik kg tau...tidak sabar!!

ok, tu je kot utk kali ni. gila panjang entry aku kali ni. puas hati aku selepas satu hari aku MC pada ari ni.

*semua gambar adalah hasil carian google

Tuesday, February 2, 2010

unwell

i'm sick and restless..




my body temperature is not stable. kejap panas, kejap normal. kepala berdenyut denyut dah 2 ari tak ilang2.

sore throat..kejap ada, kejap takde.

bekerja dari 7 30 pagi hingga 6.30 ptg pada hari ini. esok lusa tulat tungging terbalik, sama je rutinnya.

akan bekerja lagi pada hari sabtu dan ahad ini.

tolonglah, sy nak 24hrs transfer to KL right now, sape bleh tolong? ada org kuat KPM baca blog aku tak?

Monday, January 25, 2010

majlis bertandang

majlis bertandang sy


...



...


...


...



...



...



...



@&*)^%##*!!!!!


hint: saya seperti HANTU zaman 60-an, cantik sikit dari Mak Lampir!



p/s: sape tau buat post yg password protected? tolong

Wednesday, January 20, 2010

suggestions, please :)

i need your kind suggestions, friends. next week is my husband's birthday and its going to be our 1st time celebrating it as husband and wife.

the problem is, i really don't have any idea of what to give him as a birthday present...since, most of the item had been given as hantaran during the wedding. (it includes watch, perfume, shoes, shirt-my fav gift for him most of the time, wallet and belt)..my, my.really takde idea ni.

husband once request for this





hoho, mintak mahap la no..duit tak cukup lagi nak beli

Monday, January 18, 2010

sebulan sudah~

cepatnya masa berlalu.. sedar2 dah sebulan. dulu nak buat countdown sebulan pun rasa mcm lama.

anyway, hepi 1 month, dear. i love u soo much!





*nak album! nak album! nak album!

Tuesday, January 12, 2010

sekolah jahat

betoi, skolah sy jahat. lebih jahat dari skolah henry gurney skolah budak2 jahat tu. mcm mana saya tak kata skolah ni jahat? ari2 keje tak pernah kurang, bertambah dan bertambah dan bertambah dan bertambah. hari2 kalau bleh nak meeting je kejenya. tatau apa yg dibincang dalam meeting, kadang2 ulang benda yang sama je.

menambahkan jahat skolah saya tu bila tiba2 tarikh hari sukan diawalkan. maka kami cikgu2 geng jahat ni kena la bertungkus lumus buat latihan rumah sukan pada pukul 4 30 ptg (waktu di mana kebanyakan pekerja lain mula packing untuk pulang) mulai minggu depan di bawah sinaran pancaran matahari terik menjadikan wajahku yang putih suci ni bertukar menjadi keperang perangan! tak buleh ke mereka faham aku blum buat majlis sebelah laki oi!

tak cukup dengan niat jahat nak menggelapkan anak2 dara, mak2 dara dan mak2 orang, serta bapak2 org, anak2 bujang dan anak2 ikan, skolah jahat kami juga suka mengatur misi membuat aktiviti pada ari sabtu (hari di mana kebanyakan pekerja sedang berehat bersama keluarga tersayang). tak cukup dengan kegiatan ko-kurikulum, ade hati lagi nak mesyuarat PIBG hari sabtu. eh eh. tak buleh ke mereka faham aku punya si suami dan kami ada keperluan lain untuk dituntuti? ehhhh.

dah la buat aktiviti tak kira hari tak kira masa, ade plak longkang2 busuk bertanya "tak balik ke, cikgu?"..."balik la cikgu, kesian suami kene tinggal" dan mcm2 lagi pertanyaan dan pernyataan bagi membuktikan mereka lebih prihatin daripada jahat. ehhhhhhh. skolah ni bukan setakat jahat je, malah pelik!

iktibar: jangan hantar anak kat skolah jahat.



Sunday, January 10, 2010

i thought i would be ok.. :(



"all that I'm after is a life full of laughter
as long as I'm laughing with you"

( daughtry -life after you)


i thought being a distant wife was easy. but it's not!

i started blaming myself for not applying for transfer last year. knowing the fact i did't have a strong reason to apply for it,
at that moment. i thought waiting for 6 months is a short period. but 6 hours without him was like a looongg hell!

Ya Allah, grant me with a little more faith to carry on and guard me with patience.

Thursday, January 7, 2010

The Outdoor

ni beberapa outdoor shoot yang diambil dari website OP (klik sini) sy. album masih dlm proses, nnt blk kedah cuti raya cina, harap dah dpt collect itu album. tidak sabar lagi..wee~


Location: Seri Suka Menanti, Alor Star
p/s aku baru tau kewujudan nama tempat ni di hari aku buat shooting (wow, shooting. rasa cam artis ok)

credits to Nasirzin Photography dan adik aku selaku drebar dan peminjam selipar :P
















this is my fav among all :X








ok, cukupla..tu je OP bg dlm website. takut muntah plak korang tgk muka aku byk2. hhaha
 
suka.hati - by Templates para novo blogger