Sunday, August 14, 2011

berhijrah? berpindah? berambus?

bukankah berhijrah itu untuk kebaikan?

terima kasih encik Armansah kerana menyedarkan saya, sy bukan lg 700 km away from home, tp dah kurang skit.lebih kurang 400 km je skarang.

oleh itu, secara rasminya saya mengumumkan pemindahan blog sy dari suka.hati yg comel ini ke blog baru NisS Fharid at nissfharid.blogspot.com

sekali lg, bukankah berhijrah itu satu kebaikan?

jd jgn salahgunakan blog anda atau salahgunakan blog org lain. nak2 plak yg suka curi2 baca tuh. i warn youuhhh!

silalah link blog sy di blog2 kamu semua ye, kawan-kawan.

Saturday, June 18, 2011

I want to do something with this blog, but...

I AM TOO LAZY. saya perlukan motivasi.

nak tukar layout baru. MALAS.

nak update cerita baru, especially cerita2 berkaitan Raisha. MALAS

nak buat apa pun MALAS.

ADA LAGI KE ORANG YG DOK BACA BLOG NI?

Thursday, March 3, 2011

anak saya tak minum FM, jd biar sy minum untuk dia

alhamdulillah, so far Raisha dah being breastfed exclusively for almost 4 months. ada kot 6 hari je dia minum FM, tu pun masa dlm wad sbb sy deliver secara ceasarean, agak sukar nak bergerak ke nursery utk bf (and agak bengong jugak masa tu sbb tak request nurse bwk baby ke katil utk bf)





ada time2 sy jd ragu2 bila bf, kenyang ke anak aku ni? bila tgk stok pun tak semeriah org lain yg bersusun penuh peti. jd backup plan, sy cuba suap2 kan Raisha dgn fm (ni mungkin menimbulkan rasa oh-no-no bg yg dah berjaya bf exclusively for 2 yrs). tp worry not, Raisha lgsung takde keinginan nk merasa fm tersebut. maybe rasa lain atau susu ummi dia ternyata lebih lazat. maka, sy terpaksa lipat gandakan usaha mengepam susu, termasuk wiken dan pepagi buta.





apa yg sy perasan, waktu dlm pantang susu mmg sgt meriah. Raisha minum, 2 3 jam lg breast berat balik. mungkin faktor persekitaran juga memainkan peranan (cece, ayat style motivator). maklumla skang dah sibuk keje, balik pun penat, kat skolah pun penat terpekik terlolong dgn murid2 (tatau ada kaitan ke tak dgn penghasilan susu).





jadi, sbnrnya sy nak cerita apa? oh kalau anak anda tak minum FM, maka andalah yg kena minum FM. bukan, bukan FM rumusan bayi. kamu bukan bayi lagi. amik la skit suplement dr susu mcm Anmum ke atau apa2 yg sama waktu dengannya. bila kita minum, kita digest n zat2 tu akan masuk ke dlm susu n anak kita pun dpt khasiat2 penting yg org dok pong pang pong pang cakap tu. btul, susu ibu mmg bagus. tp kita pun kena la usaha utk jadikan dia bagus. makanan berkhasiat = susu berkhasiat. alhamdulillah, setakat 4 bulan Raisha membesar ni, tak pernah dia sakit baby-baby, macam demam, selsema ke....cuma kengkadang je badan suka jd merah2 sbb panas. kalau sejuk Raisha adalah putih gebu~.





satu lg, sy jugak minum Melilia Soya Organic. selain rasanya yg sedap mcm rasa soya sebenar yg dibeli di pasar mlm, ia juga byk khasiat. thru my reading in Pa&Ma, Melilia Soya Organic mampu meningkatkan susu badan. plus, kandungan calcium 3 kali lbh tinggi dari susu lembu. plus plus, it's rich in protein, vitamins, mineral..which sgt bagus utk tumbesaran baby. boleh jugak bg direct to baby, but recommended after 6 months n above. bleh bancuh skit and campur dengan solid food. plus plus plus, baik utk perkembangan otak baby dan otak anda yg dah byk short akibat urat putus ketika bersalin haha. ha tak cukup lg ke tu? read more here.





sape2 yang nak cuba tp tatau nak beli kat mana bleh la order dgn sy. harga cuma RM19.90 termasuk postage. lebih murah dari susu fm baby di pasaran, kan?

Thursday, February 24, 2011

Cerita Lama 1: The Good News

ha cerita dah dkt setahun baru nak post. sampai dah beranak pon. konon-konon nak catch up blk la since blog ni dah lama dibiar ting tong.





just nak share moment mcm mana i get to know that i was pregnant (read: was..past tense?).





pas kawin, ade kot 2 kali period sampai bln februari. bln mac suddenly miss period, so dah bleh agak maybe pregnant la kot. seminggu before tarikh patut period tu, jd penyakit ngantuk. nak tido je keje. kat skolah tido, blk umah tido, pas mahgrib tido. tp tak terpikir plak yg masa tu dah nak pregnant, eh, ke dah pregnant?





then miss dalam 4 5 hari, tanya kwn2 diorg suh tggu cukup 7 hari n elak mkn benda2 tajam. so on 11th march (hari ke 6) terjaga pagi tak igt kul brp, trus check. dlm mamai2 tu nampak la ini



ok, imej tu pinjam je. yg sendiri punya dlm fon yg dah lingkup. aku tade la pakai smpai 4 test kit, tamak ok





result, positif. ok. senyum. of cos la suka. pastu simpan, n tido blk sbb ngantuk sgt. sok pg teringat wah aku pregnant, tp laki aku tatau lg pasal time tu kan aku dok sorg2 kat kulai.





kalau kita baca kat instruction n info kat kotak pregnancy test ni, dia kata result tu visible in within 10hrs kalau x silap. tp sampai skang pun x ilang2, ada lg dlm simpanan.





tghari pas skolah aku blk kl, mlm tu nak bertolak blk kedah sbb kakak aku kawen. sampai kl br tunjuk ngan hasben. tp dia tak phm plak mcm mana nk baca. bleh plak tanya "positif ke negatif?" kalau negatif buatpe aku tunjuk? suh dia refer kat kotak...."oo..positif kot ni." trus senyum lebar n kiss atas dahi. oh suka~.





hari sabtu kenduri kakak aku. time bersiap siap tu br gtau kat mama, tunjuk kat dia test kit tu tp dia mcm tak yakin je. pas kenduri sok tu, aku ajak gi klinik..kebetulan tu naik ruam teruk sbb mkn kambing. so alang2 nak chek skali. mmg positif la, conpem. kemain suka la dia nk dpt cucu, siap2 blk gtau abah





ok, tu je. more cerita lama coming soon. haha

Thursday, February 17, 2011

Raisha @ 3m1w

Raisha dah pandai meniarap sendiri..syoknya. dah lama dia try tp usaha dia baru berjaya harini. haha. sblm ni percubaan mengiring dah byk kali, tp tgn asik tersepit bwh bdn..dah tu tension sendiri. tak alih2 pagi ni pandai plak buat sendiri. cuma yg risau muka dia tersembam atas tilam, sementara nk dpt position yg dia selesa. congrats anak ummi.

skang ni jugak makin kuat membebel..kalau x layan siap la jerit2 mintak attention. ikut perangai aku la tu. wahaha. gelak pun dah mengekek mcm klaka sgt. haha









cak!~ terer tak saya?

Tuesday, February 1, 2011

Routines

lepas ada baby, hari2 rutin yang sama

1. bangun subuh, pam susu

2. susukan Raisha.

3. main dengan Raisha

4. tidokan Raisha

5. basuh baju, basuh botol susu

6. sapu sampah/kemas rumah

7. mandikan Raisha

8. susukan Raisha

9. tidokan Raisha (suapaya bleh siap pegi keje plak..oh btw, saya mengajar sesi petang skang.masuk pukul 1p.m)

10. mandi sambil basuh baju Raisha (handwash ye)

11. siap2 nak pegi keje

12. sidai baju Raisha (kdg2 tak sempat, sbb Raisha takmo tido)

13. pegi keje

14. balik keje, pam susu (tak pam kat skolah sbb masa free tak byk unless kena pegi awal for meeting, terpaksa cari masa jugak utk pam)

15. susukan Raisha

16. tidokan Raisha

17. kalau lapar, makan dulu dan buat keje

18. kalau tak lapar, tido skali dgn Raisha. bgn tgh mlm, susukan Raisha pastu baru buat keje

19. rutin bersambung semula dari no 1

20. perlu pegi Slim World lagi tak? haha
 
suka.hati - by Templates para novo blogger