Tuesday, July 27, 2010

berat badan

sebelum kawin, berat = 41 kg

selepas sebulan dua kawin = 43 kg

selepas sibuk bekerja dan penat berulang alik ke pangkuan suami = 41 kg

selepas mendapati dirinya mengandung = masih 41 kg

selepas mengalami alahan = 39.5 kg

selepas beberapa mggu mengalami alahan = 39 kg

selepas habis alahan = 41 kg

selepas sebulan habis alahan dan berselera makan = 44.5 kg

selepas seminggu dan ke klinik utk check up = 44 kg

selepas 2 mggu dan ke klinik lg = 46. 5

persoalan, normal kah begini?

ini bermakna..selepas pantang sy kena mulakan program diet, which..sy tak pernah terlintas nak berdiet ok seumur hidup sbb dah biasa Underweight hahaha. ok, saya mau berat idaman 45 kg selepas bersalin dgn shape yg menarik. oh sy sukakan bontot sy skarang, plis excuse me for that. :D

Monday, July 26, 2010

ade org tu......................

*ini entry umum, saya tak ckp pasal sape2. nak emosi, gi main jauh2. bg chance aku emosi plak di pg isnin yg suram ni

ade org tu..........
bila dah jenis tak puas hati, dlm hati dia mmg tak puas hati je..kita buat btul pun tak puas hati, buat tak btul pun tak puas hati. jadi perlu ke nak puaskan ati org mcm ni?

ade org tu.........
tatau nak hargai apa yg kita buat atau bagi pada dia. bila kita bagi, masih tak cukup or meminta minta lg.

ade org tu..........
suka rasa diri dia je yang betul. ape org lain buat semua salah. pdhal yg dia buat tu pun tade la bes sgt pun

ade org tu.........
ego. taknak mengaku kesilapan sendiri atau lebih mengharap org lain yg mengaku silap

mmg dlm dunia ni ade mcm2 org. ade yg bleh kita layan, ade yg tak bawak faedah pun kalau layan. ade yang nak tak nak pun kena layan mcm biasa jugak. ape pun...sabo je la.

ok, mari bekerja :P

Thursday, July 15, 2010

Placenta Previa


placenta previa @ uri bawah

skang dah masuk mggu 22. (esok dah 23).baru2 ni pegi checkup, doc diagnosed uri dah turun ke bawah tp masih di tepi. aku agak mcm gambar yg ketiga tu kot sbb kalau yg pertama atau kedua tu, dah tentu ade bleeding. week 18 dulu pegi scan, doc tu ckp mabeles lagi position janin n uri, meaning uri masih di atas. tatau la bila masa dia start turun ke tepi. skang ni kena sgt2 be careful supaya bila janin makin membesar, dia akan tolak balik uri tu ke atas. kalau lasak2 sgt, susah dia naik balik. tp jaminan 80% akan naik balik. insyaAllah, kena yakin dan redha

lasak sgt ke aku ni? takde pun aku buat keje berat. week 18 tu aku masih cuti sekolah 2 mggu. pas cuti skolah sibuk pindah umah sewa baru kat kulai since tak dpt transfer. takde pun angkat barang berat2 sbb ade mama, abah n hasben tolong buatkan. plg berat pun mop lantai je. tu pun takde la beriya sgt. satu lg skang ni baju2 semua hantar dobi je, kecuali yg delicate n kecik2 tu je nak dibasuh sendiri. washing machine mmg takmo beli sbb hasben dah beli sblm kawin. kalau beli lg nnt dpt transfer satu hal pun nak angkut n nak buatpe tah washing machine byk2.

kalau kat skolah, waktu ngajar kalau rasa dah penat berdiri,aku duduk jugak. tu pun tgk keadaan dan keperluan la. cuma yg tak bes, ari2 kena panjat tangga, sambil galas beg laptop n bawak buku lesson plan yg tebal n berat dekat 1/2 kilo kot (ok, exaggerate). tp kdg2 rasa penat nak naik tangga gi kelas, aku panggil budak2 blaja kat bilik guru. start mggu ni, laptop n buku lesson plan 1/2 kilo tu aku suh budak yg bawakkan ke bilik guru. wah, mcm mak datin aku ni. so, aku saspek kelasakan aku disitu la kot. pasni, mana yg bleh dikurangkan, kena la kurangkan skit.

masuk 7 bln nnt doc nak scan balik nak tgk uri dah naik blum. harap2 tu normal balik la. kalau masih di bawah, bahaya..risiko bleeding n kurang darah. nak baca more info bleh baca kat sini .

skang baru paham kenape org kata pregnant woman takleh buat keje berat2. agak lembab di situ. ngeee. tp skolah aku bleh je suruh aku join kursus kawad kaki, ape kes? bodo? nih buktinya



dah mcm makcik sakit pinggang gaya aku tu. ade hati lg nak kawad. tp don't worry guys, 5 minit pastu dah kena kuar baris sbb jurulatih (jurulatih luar yg baru kenal haritu) paksa kuar baris tak bg join sbb taknak tanggung risiko. so ape kes warga skolah yg dah tau aku 5mths+ pregnant still nak include nama aku dlm kursus..ok aku emosi.

Monday, July 5, 2010

ini dia..

selepas 6 bulan lebih2 berkahwin, baru sebok nak menunjuk album kawin mcm org baru kawin.


the cover


getting ready for nikah. tiada langsung kecuakan di wajah saya


mic tak berapa clear, tak sempat nak rasa nebes. end up
muka hepi sepanjang masa


saya menang moto...


tak dpt shot masa btul2 sarung cincin sbb ramai penyibuk di yg
blok camera. ni je yg plg cun wpun aku benci tgk senyuman durjana
aku tu


suka semua ini, hasben trus muka kepuasan berbanding
gmbr2 sebelumnya


buang taik mata :p


balik2 pose tegak


merenjis. byk sgt, page nampak crowded sudah


makan biadab


suka!~


hantaran


family, both sides


outdoor kesukaan


outdoor kesukaan part 2

itu saje, sekian.. selamat pengantin baru.. :p haha
 
suka.hati - by Templates para novo blogger